Welcome to WordPress.com. This is your first post. Edit or delete it and start blogging!
Got boobies?
November 2, 2009 at 7:39 am (Breast cancer, Info)
Kanser payu dara (breast cancer) merupakan kanser atau barah yang paling kerap menyerang wanita. Di anggarkan 1 dari 12 wanita menghadapi risiko mengidap kanser ini dalam hidup mereka. Wanita diantara umur 45 dan 55 tahun berada dalam kategori paling berisiko.
Apakah faktor penyebab kanser payu dara?
Ia terjadi mungkin akibat :
- Faktor geografi : wanita barat lebih kerap menghidap barah ini.
- Umur : Sangat jarang berlaku dibawah umur 20 tahun. Tetapi lebih kerap terjadi selepas itu.
- Jantina : Lelaki menghadapi risiko mendapat kanser ini sebanyak 1% saja
- Diet : Lebih terdedah jika makan lebih lemak dan berat badan lebih
- Endokrin : Lebih kerap pada wanita yang tidak pernah melahirkan anak
Trivia: pengambilan alkohol berlebihan juga menyumbang kepada faktor terjadinya kanser payudara.
Apakah tanda-tanda mendapat kanser ini ?
- Ada kebengkakan pada buah dada
- Buah dada berubah bentuk
- Puting termasuk kedalam
- Kulit buah dada berubah seperti kemerahan dan berkedut
- Sakit pada buah dada
- Tanda-tanda akibat perebakan sel-sel barah :
- Bengkak kalenjar
- Perebakan pada dinding dada
Apakah penyiasatan saringan dan diagnosis untuk kanser payu dara ?
- Pemeriksaan sendiri payu dara (PSP)
- Pemeriksaan klinikal payu dara
- Mammografi : Xray untuk melihat tisu payu dara
- Ultrasound : untuk memeriksa jenis kebengkakan
- Biopsi : pemeriksaan secara mengambil sedikit tisu buah dada untuk pemeriksaan patologi
Mammogram adalah percuma (subsidi) di hospital-hospital kerajaan di Malaysia, beruntung kan jadi rakyat Malaysia?
Mesej Got Boobies ini khas utk kaum wanita dan juga lelaki.Lelaki juga boleh menghidap kanser payudara. Sokongan suami dan keluarga amat diperlukan oleh wanita yang menghidap kanser jenis ini….
Spread the pink ribbon, spread the love!
Risau..hmm..
November 2, 2009 at 4:18 am (Baby, Babysitter, Insyirah)
Hari ni hari pertama aku antar E-ein ke umah pengasuh semula setelah lebih kurang 2 minggu aku tak hantar. Time aku hantar pagi tadi, mula2 masuk tu aku perasan ada buaian baru warna biru,tengok2 ade baby boy sebaya E-ein, rupa2nya pengasuh amik lagi sorang baby…hmm…bukanlah aku ni tamak,nak suruh dia jaga E-ein sorang tapi boleh ke pengasuh tu jaga dua orang baby?Takut E-ein terabai pulak..sebab selama ni dia sorang baby kat umah pengasuh tu…tengahari ni aku nak gi jenguk E-ein kejap ..risaulah…dah la E-ein tu jenis susah nak tido, kita kena enjut buai dlm setengah jam ke sejam baru lah dia tido…memang pengasuh tu ada 2 orang anak lelaki yang bersekolah menengah yang boleh tolong dia tapi anak2 dia cuma ada lepas sekolah je…hmm..logik ke aku risau cam ni ye?
Bertukar!(lagi!)
November 2, 2009 at 3:19 am (Makeover, Mama)
Ini pun dalam pembikinan lagi nih..header baru bakal menyusul…Insya Allah…
My Mini-Me aka Promosi MBP Oktober(Sticky Mode)
October 30, 2009 at 7:34 am (Info, MomBloggersPlanet)
Bestnya dapat Mini-Me percuma dari Jiji of TripleColourLife. Kalau korang nak jugak, untuk info , klik je kat sini k…MomBloggersPlanet atau Nominate MBP & Get Free Mini Me!
Kat bawah ni pulak antara Mini-Me hasil design Jiji.Comel kan?Nominate MBP 1
Nominate MBP 2
Nominate MBP 3
Pencalonan Weblog Popular 1Malaysia
Penawar Duka (September Top Referrers!)
Apa itu APGAR Score?
October 30, 2009 at 2:41 am (Babies, Info)
APGAR score bermaksud satu metod yang sangat simple dan mudah dilakukan bagi menilai tahap kesihatan bayi yang baru dilahirkan (a simple and repeatable method to quickly and summarily assess the health of newborn children immediately after childbirth) .
APGAR score dipercayai dicipta oleh Dr. Virginia Apgar, seorang pakar bius kanak-kanak pada tahun 1952.Skor APGAR adalah dari nilai 0 hingga 10.Lima kriteria berikut diambilkira. (Appearance- rupa, Pulse-nadi, Grimace-mimik muka/respons, Activity-pergerakan, Respiration-pernafasan) yang mana juga digunakan bagi singkatan nama APGAR itu sendiri.
5 kriteria APGAR Score:

Cara kiraan: sekiranya kesemua skor APGAR mendapat nilai 2, maka 2 x 5 skor = 10/10. Kalau setiap satu skor APGAR itu 1, makan akan dikira 1 x 5 = 5/10.
Skor 1/10, – 3/10 bermaksud sangat rendah dan bayi tidak sihat.
Skor 4/10 – 6/10 tahap kesihatan bayi sedikit rendah.
Manakala skor 7/10 – 9/10 dinilai sebagai bayi yang amat sihat.
Skor 10/10 jarang dicapai kerana setiap bayi akan kelihatan sedikit cyanotic (kebiruan) selepas lahir.
~sumber dari Wikipedia~
Muo?
October 29, 2009 at 3:54 pm (Insyirah, Kerja)
” esok pagi i nak you dgn zana tolong JPV state Johor pilih lembu jantan baka kat Muar.”
haih….baru plan nak cuti dgn my colleague Zana, betul – betul penat lepas berkursus 10 hari terperuk kat hotel (Hotel Putra Jalan Tun Razak KL)…hadeh..sy yg menurut perintah beb!anyway ok jugak sbb dapat kaw tim dengan bos aku, mintak kerja half day je…tengahari lepas Jumaat, leh la balik Bandar Tenggara jenguk dak tecit E-ein tuh…rindunya ya Rabbi!Tengok muke dia mesti ilang penat…
according to my MIL, E-ein dah pandai:
1.jelous you! kalau adik Aza duk dekat my MIL, E-ein cepat2 mengengsot ke my MIL & duduk menempek sekali…tak sabar aku nak tgk mcmane E-ein jeles hehehe…
2.pandai kejar orang(dia dah makin laju mengengsot).E-ein akan kejar sesape je yang lalu sebab dia nak mintak dukung!
3.kalau dengar bunyi gemerincing orang pegang kunci keta atau motor,dia tau maknanya nak gi jalan lah tu!
hmm..10 hari tak jumpa my Suyin (antara nama timangan E-ein)..Suyin ingat ke kat Mama?huhuhuhu…tak suke betul gi outstation!
Outstation lagik!Ayak!
October 20, 2009 at 8:59 am (Info, Kerja)
(aku dah kat hotel time nih!)
Miss E-ein.Kami hantar e-ein ke umah tok mak Jumaat lepas.Petang semalam, jumpa kejap sebab tok mak ada urusan kat Bandar Kluang dan singgah jap kat umah.Tengok aku je, dia mintak dukung, tak nak dgn org lain dan yang paling manis, E-ein beria2 nak cium pipi aku.Rindu sgt lah tu agaknye.Semua tergelak tgk keletah dia masa tu…sabar ye E-ein( mama pun!)..mama will be back on 29th!
Projek hehehehe..
October 19, 2009 at 2:13 pm (Baby, Famili, Fotografi, Insyirah, Photobook)
E-ein dah 7 bulan!
October 18, 2009 at 12:14 pm (Info, Insyirah)
We’ve been thru pregnancy together
we’ve been thru labor pain together
we’ve been thru contraction together
we’ve been thru vacuum assisted birth together
we’ve been learning how to breastfeed together
we’ve been thru sleepless night together
we’ve been thru warded together
we’ve been thru jaundice together
we’ve been thru lactose allergic together
we’ve been thru countless visits to paed together
we’ve been thru rashes together
we’ve been thru diarrheoa together
we’ve been thru day by day together
we’ve been thru months by months
and will be still together for years to come,
i love you more by each day
for there will be times when you and me will not be together
when you reached teenage and adult years…
for i will miss all the moments we spent together
and i want you to know, my dear daughter,
in this exclaimation print of love,
i will always be there for you….
HAPPY 7 MONTHS OLD,NUR DAYANA INSYIRAH!




