**Ultramama dah lama tak update sebab soooo bz menjaga keamanan dunia bersama dua orang ultraboboys nye
..dah berbuih mulut ku susurh update, tapi Ultramama kata, raksasa byk sngt ni, tak sempat nak update2 blog sebab bz memfire raksasa!!!
Ini gmbr last year..operation for urolithiasis(batu karang)…
Semoga selamat semuanya….
June 24, 2010 at 2:46 pm (Famili)
E-ein + Amir + Alif = kecoh kecoh kecoh
June 20, 2010 at 2:26 pm (1 tahun, Famili, Insyirah)
Tgklah gelagat sepupu sepapat bertiga ni masa kat kampung tu ari…baru tiga orang, dah kecoh rumah mama tok dgn ayah bah, berlari sana, berlari sini, termasuklah si E-ein ni ha…..kalau tambah lagi sorang dua, roboh rumah agaknya hahahaha(nasib baik umah batu kih kih)…
Mana lagi kuyu?Amir ke E-ein?
Susah betul nak amik gmbr budak beriga ni..ade je yg nak melarikan diri…
Ha…tgk ,kan tak redi jugak…abang Amir je yang dah tgk kamera!
Aku pulang….
June 15, 2010 at 9:39 am (Famili, Mama)
Taraaaa…!!!Us back home in Kluang!…Alhamdulillah!Sebenarnye kami plan nak bercuti sampai 11 Jun je..tapi ada hal sikit.So semalam baru bertolak pulang…
Hal apa yang buat kami tangguh balik?Hari Sabtu lepas, abah Catlina mengalami sesak nafas jam 2 pagi.Mula2, Cg Fly yg perasan, sebab aku ni tido mati(maklumlah kul 1 baru tido sebab siapkan order photobook client).Abah memang ada sakit jantung dan pernah admit ke CCU tahaun 2008 dulu.Puas mama pujuk abah gi hospital.Abah tak nak.Turn aku pujuk, abah nak pulak pegi..alhamdulillah..itupun dah kul 4 pagi baru dia setuju!
Cg Fly bawa ke Unit Kecemasan.Doktor kata, abah penat ni(memang kami gi kenduri semalamnya) dan jantung lemah, tak dapat mengepam dgn betul so, ada air kat paru2…(aku rasa pulmonary edema- Kak Inahar or any doctors,betul tak?)..then, doktor bg ubat IV dan abah tak yah admit ward, just rehat dan observe kat rumah je.Sebab tu kami lambat balik ke Kluang…in case abah sesak nafas lagi.Bos aku pun ok je bg aku extra cuti after I told her about this.
Minta2 abah sihat selalu..amin…
Later aku cite lagi k, pasal cuti dan hal sebelum cuti : ) ) …tata…!!thanks kepada kawan2 yg singgah!
To: Kak Chik & Sajirah, ruginya sy tak dapat jumpa anda berdua..memang nak jumpa pun tapi sibuk pulak bila balik kampung ni..next time insya Allah!!
Balik kampung
June 5, 2010 at 1:37 am (Famili)
Daa…..
Catlinaflybaby akan bersiaran kembali selepas 11 June ye(kalau ada line, aku surf la kejap..) .. take care dan selamat bercuti semua!Hati-hati bilamemandu!Muuaaahhhh!!!Assalammualaikum & daaa !!!
Selamat Hari Guru!!
May 16, 2010 at 1:52 pm (Famili, Kawan2, Semasa)
Dan..aku juga pernah menyanyikan lagu kat bwh ni selama 3 bulan di maktab..(yep, that’s right!)..aku pernah belajar kat maktab selama 3 bulan pada tahun 2007, hinggalah aku menerima lamaran dari Jabatan Veterinar….rezeki akulah tu, 2 tawaran pada tahun yg sama….Hihi..kalau aku tak terima tawaran Jbtn. Vet, so maybe today dah 3 tahun aku bergelar guru TESL sekolah rendah!hehehe!
Psstt..tiapkali nyanyi lagu ni, rasa seriau sket, sebab terbygkan tanggungjawab mendidik anak bangsa..:)
Kami guru Malaysia,
Berikrar dan berjanji,
Mendidik dan memimpin,
Putera-puteri negara kita.
Pada Seri Paduka,
Kami tumpahkan setia,
Rukunegara kita,
Panduan hidup kami semua.
Di bidang pembangunan,
Kami tetap bersama,
Membantu membina,
Negara yang tercinta,
Amanah yang diberi,
Kami tak persiakan,
Apa yang kami janji,
Tunai, tetap kami tunaikan.
Rukun Islam Lima Perkara-Konfius nih
May 6, 2010 at 2:25 pm (Famili, Info, Sembang)
Sembang-sembang dgn adik ipar aku yang bercuti minggu lepas (dia keje kat KL)..dia tanya,” Kak ina, puasa tu rukun Islam ketiga kan?”“Adik (darjah satu)periksa kat sekolah dia, dia jawab puasa tu rukun ketiga, tapi cikgu pangkah.Dalam buku teks diorg, puasa rukun keempat.”
Hmm..macamana tu?kena ikut urutan atau memang takpe mix2 ni?sebab aku rasa aku belajar dulu pun puasa , yang ketiga..zakat yang keempat.
1.Mengucap 2 kalimah syahadat
2.Solat lima waktu
3.Berpuasa di bulan Ramadhan
4.Menunaikan zakat
5.Megerjakan Haji
Kesian kat adik ipar aku tu, konfius nanti dia…Apa pendapat korang or lagi bagus if ada ustaz/ustazah boleh jawab …
Dalam website kat bwh ni, puasa :rukun ketiga, haji: rukun keempat, zakat: rukun kelima.Pulakkkkkkk!!
Cerita di Shah Alam,Sabtu lepas..
April 19, 2010 at 1:31 pm (Adik, Famili, Mama)
So that morning, kami bertolak pukul 2.30 pagi …bertolak awal sebab budget sesat sebab tak biasa dgn kawasan Shah Alam ni..
Masa kat Seremban , Ijat baru nak tukar baju(takut kemeja dgn seluar slack renyuk kalau nak pakai awal2)..sekali aku dgn Cg Fly tunggu, lama nye dak Ijat ni tukar baju, mandi sekali ke ape (kan ke dah mandi kat umah tadi)..tup2 Ijat call Cg Fly “bang, zip seluar slack orang tercabut”.Aku godek2 dlm handbag aku, takde pulak safety pin(biasanye ade aku simpan dlm handbag utk tudung atau wardrobe malfunction).Aku cdgkan dua beradik ni tukar seluar memandangkan my hubby pakai seluar khakis yang nmpk lebih kurang mcm slack dan my hubby pakai jeans his brother pakai dari rumah.Mujur muat!Settle satu masalah…
Pastu pulak, masa kat exit Nilai, budget jalan ikut KLIA..rupanye, awal sgt amik exit dari highway…patutnya tunggu ade signboard Shah Alam dari highway tu..sesat…masa tu dlm pukul 6.30 pagi..pusing2 jumpa Banting, jumpe Sijangkang.Kul 7.30pagi masih belum jumpa Shah Alam..berhenti stesen minyak tanya jalan…dan baru perasan tayar dah bocor.Sebelum tu ade rasa cam terlanggar/terhantuk benda keras tapi tak perasan la rupanye tayar meletup…macam2 dugaan nak gi antar my BIL interview ni..
Ish mujur takde ape2 masa drive tu..
Cg Fly sedang memberi tutorial kepada Ijat cara2 nak bukak nat tayar hehehe(tgk tayar spare tu kecik nye mcm tayar kete sorong jek!)
Tepat 8.30 pagi kami sampai ke UiTM..lega sempat sampai pada masanya.Then, tinggalkan Ijat settlekan interview dia, kami berdua pergi la mencari kedai tayar kat bandar Shah Alam..pusing 3-4 kali tak jumpa..sms dgn Qastalani kot dia tau…
Pastu teringat ade member batch aku duk S.Alam ni..Thanks to Kak Nik yang bg direction yang amat mudah nak follow, di amna kami bergeraqk dari seksyen 7 ke seksyen 15 utk mencari kedai tayar yang dimaksudkan…rupanye, bandar Shah Alam ni dia mcm centralised kan kedai2/bgnn2 ikut seksyen kot..itu anggapan aku lah sebab kat Sek.15 ni hampir semuanya kedai tayar!
Siap ganti tayar dan buat balancing dlm kul 10 lebih…kopak dekat RM200 huhuhuhu dha la belum gaji waaaa!!!Dah settle tayar keta, gi makan kat Kompleks PKNS sambil tunggu Ijat siap interview….Telefon Kak Nik, nak gi umah dia tapi dia keluar pulak, bibik dia angkat bgtau Kak Nik tertinggal hp..so kami melepak ke kat Kompleks PKNS tu smpilah dekat kul 1 baru gi amik Ijat dah abis interview…
Waktu balik aku bergilir drive dgn Cg Fly..biasanye dia je yang drive, nampak hubby ku cam penat, aku offer nak drive (read: aku tak biasa drive di highway!!!biasa hantar E-ein gi umah pengasuh, gi opis, gi klinik dekat2 boleh ler!!!)..lagipun dah smpi Ayer Keroh time tu, aku drive smpi ke Ayer Itam..fuhhh!Syok pulak drive laju2 cam racing je hahahahaha(jakun sikit aku ni bab drive keta,biasa gi bndr pon Cg fly yang bawak eheh.. wakakaka)…alhamdulillah, kami selamat sampai pukul 6 petang (campur berhenti rehat dan makan otw…)…
That’s why trip ke Shah Alam sgt memenatkan….taip panjang2 ni pun rasa penat haih!!!!(cian kat my SIL adik aza tak dapat ikut sebab dia demam…kalau tak leh bwk gi main air kat Wet World tu….)huhuhu…sekian..
Penat..:(
April 18, 2010 at 1:58 pm (Famili, Kawan2, Mama)
Trip to Shah Alam is so exhausting walaupun tak jauh mana pun gi sana (3jam pegi, 3 jam balik)…nantilah aku cite nape jadi penat sgt tu..nak siapkan tempahan2 header, blog badge and photobook ni…:) good nite…
P/S: Thanks to Qastalani and my senior Kak Nik who helped a lot masa kami kat S.Alam..tqvm!
Ke UiTM esok!
April 16, 2010 at 4:21 am (Famili)
(Hmm…gi jkejap je, abis interview balik lah..tak bwk E-ein nih..)
*Kalau ada kawan2 yang ade adik/sedara mara yang apply Uitm, dah leh check kat sini.







