40 minggu nan indah


40 minggu nan indah…

Minggu 1 -4
Perlekatan awal janin pada uterus, sel-sel aktif membahagi.Genap sebulan, kelihatan bentuk awal otak dan tulang belakang fetus.

Minggu 5 -10
Jantung mula terbentuk dan berdenyut.Kadar denyutan ialah 60 -90 kali seminit.Kaki dan tangan mula berkembang, dan sudah boleh bergerak, namun saiz masih kecil sekitar 2mm , jadi ibu tidak akan merasai pergerakan fetus.Pada minggu ke10, tubuhnya mula memanjang dan jari tangan mula kelihatan walaupun belum sempurna terbentuk.

Ulasan Catlina: “aku start buat ultrasound scan pada minggu ke-8!”

Gambar fetus berusia 20 minggu

Minggu 11 -14
Bayi sudah mula bernafas dan kadar denyutan jantung meningkat 110 – 160 kali seminit. Bayi sudah boleh menghisap jari dan mula belajar menggerakkan bibir.Dalam usia 14 minggu , bayi sudah boleh mengerutkan keningnya.

Jari kaki pada usia 11 -12 minggu

Minggu 15 – 17
Sudah boleh mendengar, bunyi yang paling jelas dan dekat dengannya ialah bunyi suara ibu.Ibu juga sudah boleh merangsang sel otak bayi dengan bercakap2 dengannya atau mendengar muzik yang lembut.Jantina bayi sudah boleh dikenalpasti pada usia 16 – 17 minggu.
Catlina: “Scan kali kedua pada usia 17 minggu :)….”

Minggu 18 – 24
Pendengaran makin tajam dan mula peka dengan bunyi -bunyian luar. Jika terdengar bunyi yang kuat, bayi akan menendang dan ibu sudah boleh merasakan pergerakan bayi ketika ini. Gigi susu mula terbentuk pada usia 19 minggu.

Catlina: “semalam sebelum tido,baby bergerak,byk kali jugak, Cg Fly pun dpt rasa bila letak tgn kat perut :)….tapi aku rasa dia tersedu kut..sebab pergerakan baby terhenjut2 mcm orang tersedu..”

Minggu 25 – 29
Sel-sel otak bayi mula berkembang dan menjadi semakin kompleks. Tulang -tulang bertambah keras. Bayi semakin aktif, mata bayi sudah boleh dibuka dan ditutup pada usia 29 minggu.

Minggu 30 -40

Bayi semakin aktif bergerak dan membuat pergerakan seperti menendang dan memusingkan badan. Kedudukan kepala mula menghala ke arah serviks kerana sudah hampir tiba saat melahirkan .

Sumber : Pa & Ma

2 Comments

  1. ainsahrizal said,

    November 7, 2008 at 7:30 am

    Baby girl ke boy????

  2. CatlinaFly said,

    November 11, 2008 at 6:12 am

    baby malu, dia kepit kaki, doktor tak nampak hehehe


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: