Perginya Sebutir Pemata….Al Fatihah…


Keistimewaan Ismail sebagai pakar ekonomi

YB Senator Prof Datuk Dr. Ismail Md. Salleh meninggal dunia semalam. Penulis sempat bercakap di telefon dengan Dr. Wan Ali Wan Mamat bekas Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia yang juga jiran Allahyarham tentang kematian mengejut beliau.

Menurut Wan Ali, arwah menghembuskan nafas terakhirnya di bahu isterinya ketika dalam penerbangan pulang dari China ke Singapura pagi semalam. Beliau meninggal pada usia 62 tahun.

Allahyarham Ismail telah meninggalkan pelbagai rekod yang sungguh cemerlang sepanjang kerjayanya sebagai seorang ahli akademik dan pakar ekonomi.

Jawatan terakhir beliau adalah sebagai Ketua Pegawai Eksekutif di Twintech Holdings dan menjadi Naib Canselor, Twintech International University College dan Pengerusi PPP Resource & Advisory Centre.

Ismail anak kelahiran Pasir Mas, Kelantan graduan sarjana muda sains dalam bidang ekonomi dan sains politik daripada State University of New York pada 1973. Beliau kemudian menerima ijazah sarjana sains (ekonomi) pada 1974 dan Ijazah kedoktoran pada 1977 kedua-duanya daripada University of Illinois.

Guinness Book of Record mencatatkan beliau sebagai orang cacat penglihatan yang pertama memperoleh ijazah kedoktoran. Dua tahun lalu Ismail dilantik pula sebagai Senator di Dewan Negara bagi mewakili golongan kurang upaya. Selain itu beliau juga menjadi Pengerusi East Asia, International Council for the Education of the People With Visual Impairment (ICEVI).

Bacaan Lanjut klik sini.

6 Comments

  1. Mama-Danish & Sarah said,

    August 28, 2009 at 3:59 am

    al-fatihah..

    semoga rohnya dicucuri rahmat Allah…

  2. Gieyana said,

    August 28, 2009 at 4:00 am

    Al fatihah buat arwah..

    hmm..beliau mmg tokoh yg patut di banggakan…:)

  3. ashley said,

    August 28, 2009 at 4:04 am

    al Fatihah..
    Inna lillahi wainna ilahi rajiunnn..

  4. CatlinaFly said,

    August 28, 2009 at 4:21 am

    mama danish & sarah, gieyana & tiche ashley: al fatihah…mmg sy kagum sgt dgn arwah…kita yang dikatakan normal ni pun tak tercapai tahap mcm beliau….

  5. Noorul Huda Binti Rafi'e said,

    August 28, 2009 at 5:26 am

    al fatihah.. semoga keluarga arwah tabah menghadapi ujian Allah ini.

  6. cintaKusayangMu said,

    August 28, 2009 at 6:39 am

    al fatihah..
    smoga rohnya dicucuri rahmat..
    qis prnh jumpa arwah …
    sgt kagum dgn kehebatan n kepintaran dia…


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: