Bubur nasi kentang & brocoli

Menu E-ein today…aku masukkan brocoli pulak dlm bubur nasi.Kentang dah biasa masukkan dlm bubur ,biasanye aku sebelum ni selang seli bubur nasi carrot , bayam atau kentang je. Sekarang nak cuba pelbagaikan makanan E-ein.

Bahan2(3 hidangan)
2 genggam beras (basuh bersih)
2 “pokok” kecil brocoli }(hiris halus/cincang)
1/4 biji kentang }
air

Campurkan semua bhn di atas, rebus sehingga masak (nasi kembang, brocoli & kentang jadi empuk.Tapis atau kisar bila dah suam.Boleh juga dibekukan utk simpan, tahan 2 minggu.

**boleh tmbh sedikit isi ayam atau ikan bilis sangai jika suka.Ikan bilis disangai tanpa minyak hingga masak,diblend atau tumbuk.Leh tabur atas bubur atau masukkan sekali semasa nak memasak bubur.

Antara tips memperkenalkan makanan kepada bayi (4-6 bulan ke atas),aku jumpe kat internet
1.Beri mknan yg sama selama 7 hari berturut apabila memperkenalkan mknan baru.Ini untuk melihat sama ada anak anda alergik terhadap makanan tertentu.

2.Jika menggunakan pengisar, jangan guna pengisar yg anda guna utk memasak (blend cili kering , bwg,halia dll.Sediakan pengisar khas utk baby.

10 Comments

  1. November 7, 2009 at 1:26 am

    wah…arini menu e ein kentang n brocoli ye..arini menu darwishes tepung beras + carrot+ pisang…smpi licin dai mkn..terjerit2 mnta lg..hehehe

  2. Baby Lyana said,

    November 7, 2009 at 2:53 am

    menu peberet Lyana ni..hari2 sy masak 2 genggam beras..kentang sebiji..ayam…dan sayur sawi @ bayam @ brokoli…makan habis..kena masak tiap2 hari…. mana taknya, kena share ngan abang Nyanyau sekali..hihi

  3. karipapsayur said,

    November 7, 2009 at 5:34 am

    you, i penah dengar kalo kita simpan makanan baby dalam peti beku, khasiat hilang lah.. misi kata makanan bukan macam EBM nak simpan2 dalam peti. itu pasai laa pagi2 hari kena masak bubur utk baby. i pun mcm x puas hati jugak dengar misi cakap kan. tp dah dia misi yg keje spital tiap2 hari. i nih pelawat spital saje =(friends, any idea?

  4. CatlinaFly said,

    November 7, 2009 at 6:31 am

    qis:tq for the recipes!

  5. CatlinaFly said,

    November 7, 2009 at 6:32 am

    baby lyana: aha…nyaunyau pun mamam bubur?

  6. CatlinaFly said,

    November 7, 2009 at 6:33 am

    qas: wallahualam…tapi sy masak bubur hari2..cuma puree tu baru try sekali bekukan…

  7. Baby Lyana said,

    November 7, 2009 at 8:43 am

    ye yer.. Nyanyau sgt suka bubur nasi Lyana.. Lyana makan, dia pun tunggu sebelah nak makan jugak..btw, kalau boleh masaklah bubur anak hari2…. kalau kita leh masak hari2 lauk utk kita, kenapa kita nak simpan beku makanan anak kita..habis zat makanan dia… plus, x susah nak masak kot…belilah slow cooker, paling kecik belum sampai Rm100.. leh masak tgh2 mlm..esok bangun subuh dah siap… nasi dia pun lembut ajer…then, belilah food chopper utk blend bubur dia…pun dalam RM100..tak salah rasanya melabur utk anak kesayangan kan semua? hiih

  8. Ann said,

    November 7, 2009 at 12:00 pm

    ann pun tiap² hari menu utk husin camni ler tapi ann tambah kurma…ann takde masukkan ayam @ apa² 'haiwan' dlm bubur Husin coz tak berani ler….takat ni Husin still berselera jadi vegetarian 🙂

  9. CatlinaFly said,

    November 8, 2009 at 4:19 pm

    baby lyana: tak kisah la mane2 pilihan..tapi rasenye buah2 bekukan takpe kot, cuma nasi tu takut tak tahan lame…so far, ikut pengalaman my sis, dia masak dlm 3-4 hari sekali utk anak2..& frozen..sy lak masak hari2, baru sekali dua bekukan puree buah…anyway, the choice is urs, mommies…

  10. CatlinaFly said,

    November 8, 2009 at 4:20 pm

    ann: ok gak masukkan ayam atau ikan, babies need the protein dlm tu..tmbh sikit2 je ann, tgk ade naik rashes atau tanda2 alergik tak?kalo takde, ok la tu leh teruskan…


Leave a reply to karipapsayur Cancel reply