Tak mau susu lagi..

30 Jan 2010(Sabtu)

6 pagi: minum susu 6 aun
9 pagi: makan bubur nasi + carrot+ bunga kobis
12tgh: minum susu 5 aun
4 petang : makan bubur nasi+ carrot + epal, siap2 balik kampung Pontian(umah tok nyang)
6 petang : minum susu 5 aun
8 malam tido, in between sebelum tido makan baby bites dan biskut marie serta air masak

Total minum susu:
3 kali

31 Jan 2010(Ahad)

12 mlm: bgn tido, nangis, tak mo susu.Tok mak suapkan biskut marie 2 keping (cicah air)
4 pagi: bangun lagi, nangis lapar, masih tak mo susu..haih pening kepalo weh!tok mak suap biskut lagi cicah air masak…pagi2 bute aku masakkan bubur nasi + kentang kot2 subuh nanti dia nak makan…
8 pagi: bgn, makan bubur nasi, habis semangkuk
11 pagi: nak pulak minum susu, 4 aun
1 tghari: bg bubur nasi lagi
4 petang:balik rumah Kluang, tak mo susu jugak..asik minum air masak jek…
5 – 7 petang tido
7.30 : bgn, mandi dan mkn bubur
10mlm: tido….

So total minum susu hari ni ialah 1kali sahaja!Sape tak risau ???

Dah try tukar susu tadi, tak jalan gak….ptg tadi Cg Fly surf internet, ade byk sebab baby tak nak menyusu, salah satu sebab nak tumbuh gigi..mmg aku perasan gusi belah bawah dia mcm keras dan ade putih2 sket…moga2 tak berlarutan E-ein puasa susu…masalah nya, aku suap pakai sudu dia marah, cicah biskut marie dgn susu pun dia marah…

So, utk cope dgn situation baru ni, ape yang kami buat, instead of bagi mkn bubur nasi 2 kali sehari(pagi petang), kami nak bagi 3x sehari pulak (pagi,tghari, petang).Ibu bapa mana tak risau, kita kenyang2 mkn itu ini, anak tak nak menyusu sedangkan susu tu kritikal utk pembesaran dia…..Kepada kawan2 yang bagi pendapat pada entry sebelum ini terima kasih 🙂 dapat belajar dan take note dari pengalaman anda…

Happy Cloth Diapering Give Away

Sticky!Sticky!

Jom join giveaway by Miss Nuzula ni!

Objektif
giveaway ini adalah utk mengajak ibu-ibu semua menggunakan cloth diapers utk baby/ anak2 kita, kira mcm kempen CD la ni (kempen kecil-kecilan dari saya sbg satu usaha utk menghijaukan bumi)…

Syarat2 penyertaan: 1. Terbuka kepada semua mommy bloggers (mereka yg ada blog) dan berminat dgn cloth diapers. 2. Terbahagi kepada 2 kategori, iaitu;

Kategori A: utk mereka yg belum atau baru aje berjinak-jinak dgn cloth diapers

Kategori B: sudah menggunakan cloth diapers (mmg dah berCD la katakan) Cara-caranya… Jadi FOLLOWER di blog ini (dgn segala hormatnya)… dan ADD blog ini dlm bloglist anda.

– Buat satu entry tentang giveaway ini, dengan tajuk entry Happy cloth diapering giveaway. Jadikan sticky mode sehingga 31 Januari 2010.

– Copy banner di atas dan letak dlm entry dan di sidebar blog anda (serta link-kan ke entry ini).

Utk kategori A:

Ceritakan secara ringkas kenapa anda berminat dgn cloth diaper (sbb comel ke, sbb jimat ke… atau sebab apa-apalah). Kalau nak letak gambar baby pun boleh jugak (nyatakan nama n umur baby).

Utk kategori B:

Ceritakan pengalaman anda berCD (secara ringkas je) dan kenapa anda memilih utk menggunakan cloth diaper, serta uploadkan sekeping gambar anak anda memakai cloth diaper. Jgn lupa nyatakan nama n umur baby. Gambar anak anda itu nanti mungkin akan jadi model CD di blog ini…

Akhir sekali, tinggalkan komen (link anda) dlm entri ini supaya saya dapat menjejaki blog anda. Pemenang akan dipilih secara rawak (serawak2nya dan sejujur2nya)…. mungkin akan gunakan random.org (tgk la nanti)…

Tarikh tutup: 31 Jan 2010

Rasanye ku tergolong dalam kategori A..

Dalam koleksi baru ade 2 CD dan 4 insert.Satu ialah Babyland snap button pink beli dari Stylobubble dan satu lagi Coolababy Velcro red dari Miss Nuzula.

Saya mula berminat nak guna CD kerana my baby E-ein selalu kena nappy rash. Dan CD pula mmg diperbuat dari kain khas dan insert dari microfiber yang bebas bahan kimia dan irritant. Memang sesuai sangat la bagi E-ein. Selain itu CD -CD ni tersangatlah comel, nampak cool and suka vibrant colour dia!

Sy pernah berputus asa nak guna CD ni sebenarnye….kerap bocor kat tepi..setelah dapat penerangan dari Miss Nuzula, baru lah tau bahawa CD ni kena ketatkan kat area peha baby.Thanks ye Miss Nuzula!Dan sekarang dah kembali bersemangat berkobar-kobar nak extend penggunaan CD ni ke 24 hours!…Sekarang ni sy cuma pakaikan pada waktu malam je…siang masih pakai dispo diapers…Mula – mula try pakai yang velcro yang terbaru ni, memang tak bocor!Dan sy aplikasikan pada Babyland snap button tu malam tadi!Wah berjaya lagik! Tak bocor langsung!Mungkin bagi mereka yang dah biasa pakaikan CD utk anak2 rasa masalah sy ni remeh…tapi sy rasa ini adalah permulaan kepada sesuatu yang lebih baik iaitu ke arah natural parenting dan environment friendly! Yeay (clap!clap!clap!)

Justeru,sy bercadang nak tambah stok lagi , maybe beli 1 atau 2 CD ke setiap bulan, nanti dapatlah kumpul koleksi CD!Kalau dapat hadiah dari contest ni, lagi lah sy bersemangat!Yeay!

snap button– cutie pie cute!
AIO..easy ,convenient and vavavoom! Velcrocool!

Printed..comey!

Hadiahnya:

Satu CD bagi setiap pemenang kategori tersebut.
Boleh pilih mana satu di atas yang berkenan! Wow!

(miss nuzula , nak bagi dua CD pon takper tau!hihihi…) dan sy juga cadangkan agar pihak penganjur memilih 2 atau 3 pemenang bagi setiap kategori hehehehehe. Harap2 cdgn ni diterima !Jom join sekarang, cuma tinggal 2 hari je lagi sebelum dateline!

Mogok susu?

Pening + risau..sejak 2-3 hari ni E-ein tak berapa nak minum susu…biasanye dia leh minum smpi 4-5 kali sehari..sekarang ni, dapat cecah 3 kali sehari pun dah kira byk..pening , pening, pening..kalau bwk gi klinik pun, for sure doktor just bagi vitamin je kan..dia bukan sakit pun..Malam ni, dari pukul 8 smpi kul 12 mlm ni,aku dgn Cg Fly berusaha nak bg susu kat E-ein, dia meradang , belum sempat masuk puting dalam mulut dia , dia dah meronta2.Pastu nampak je botol susu, terus berpaling ke arah lain…so puzzling…selera makan dia mcm biasa…Last -last , aku bukak peket biskut baby bites bagi dia makan…sengih2 pulak bila dapat biskut..habis 1 keping, pastu dia minum air masak separuh botol air dia tu..air masak laju je minum……yelah, sekurang2nya, ade la isi solid (biskut)dlm perut dia tu…

Dalam 2-3 hari ni, E-ein cuma minum subuh sekali, tghari sekali dan tgh malam sekali.Waktu mkn bubur lak dlm kul 8 pg dan 4 petang…ke, memang dia dah kenyang?sebab sebelum ni, E-ein minum susu selang 3-4 jam sekali…subuh, kul 8pg minum lagi, pastu mkn bubur, tghari ,minum lagi, petang mkn bubur dan minum susu, tgh malam dlm kul doblas dan lepas tu dlm kul 3 pagi(dlm 5- 6kali sehari).Sekarang ni, dia langsung tak bgn dari tido malam utk minum susu.Kalau tido kul 11-12 malam, jawabnye kul 6 pagi esok lah baru dia minum…sigh..aku dgn Cg Fly bad mood betul dan bengang kalau E-ein tak nak menyusu..dah la berat badan dia susah nak naik….jgn susut badan sudah….huhuhu..fenin..fenin!

Gambar selingan:

E-ein suke epal..wpun belum ada gigi, dia suke kemam2 epal tu..biasanye aku keruk epal dgn belakang sudu, suapkan dia…

Cedap!
Auntie2 nak?
Ngaaaaaaa…eksyen je lebih!Gigi belum ado!


Elok je duk bersimpuh…
Dengan auntie Yan..sebelum balik KL..

Clorox Bleach?Eh bukan bukan!

Hahaha..just nak share ape yang aku dan cg Fly tgh tonton skrg….there’s an ungrown child inside me…selain cite ni, aku juga suka Inuyasha dan xxxHolic!Sekarang Cg Fly pon dah terjangkit tgk Bleach ni.Sekarang baru sampai episod 20, season 1!

Dan jawapannye ialah….

Dalam gambar ni aku tgh menjahit (suture) luka pembedahan laparoscopy utk program pembiakan (permanian beradas intrauterine – intra uterine artificial insemination)kambing Boer. Luka ni kecik je, sebesar lubang 5 sen dari tebukan alat laparoscopy.


Oleh kerana tiada seorang pun menjawab dgn tepat, aku pilih yang sipi-sipi lagi nak kena…so…the winner is Mommy Qastalani!Jawapan dia agak berkaitan iaitu “kambing” dan “beranak”,serta merupakan antara yang terawal meneka.Memandangkan subjek pembedahan kecil ini ialah kambing dan the aim of this surgery is to impregnate and getting a baby goat, so there you have it!Tahniah Qas!Email me your add ok..nanti sy pikirkan nak beli hadiah ape yek..:).Buat yang sudi meneka, terima kasih :)…Oh ye, kambing itu dibius ok..no pain!

Agak-agak tengah buat ape yek?

Tgh boring2 (ceh mcm tak de keje yek!oh cepat la pegi jauh2 penyakit M!), aku belek2 gmbr lame, jumpe lak gmbr masa zaman mak buyung..Masa ni aku preggie 6 bulan ++..bulan Disember 2008.E-ein belum pop-out dari peyut..rasa-rasa koranglah, aku tgh buat ape? Kalau ade orang pertama yang teka betul, i might consider utk bagi hadiah ngeh ngeh 🙂

Survey2 kat Penang…

Aku akan pergi seminar kat Penang next month…venue dia kat Bukit Tengah.Tgh survey2 hotel la ni utk stay 3 hari kat sana…so far baru jumpe satu , The Summit n rega satu mlm dlm RM126++.Any recommendation of other hotels kwn2? 🙂 Maybe nak ke Island, lagipun teringin nak singgah umah my sis kalau sempatlah!(tengah terbayangkan pasemboq!hehehe)

**dah start dah outstation utk 2010, bulan Mac pun ado gak, dengar2 cam kat KL cuma belum confirm lagi…huhuhu..tinggal E-ein lagik!Waaa!

**dah la gaji bulan Feb awal!adoi!jenuh nak tunggu next gaji..gi jalan2 kat Penang lak tu!kena tahan nafsu!huhuhuhu…

Siapa yang tak marah dan kecewa?

Bila medium internet seperti blog dan facebook disalahguna…..Nak salahkan siapa?sebelum ni dah byk kes2 yang menghina dan mengganggu gugat perpaduan rakyat Malaysia , tak habis2 kita diduga…bila orang Melayu melenting, dikatakan kita emosional dan cepat melatah…aku tak taip entry pasal ni, sebelum2 ni ade gak terdetik nak wat entry, since sebenarnye since blog ni ttg me and my family, tapi aku lebih suka ambil sikap berkecuali ..sila ke link di bawah utk bacaan lanjut….maybe ade yang dah baca dah pun…perkara ni agak serius dan juga telah menjadi kes polis serta masuk suratkhabar.Semoga dijadikan iktibar buat semua dan semoga kita menjadi rakyat yang taat setia kepada agama, negara dan pemerintah…..amin..

Link 1 Bersama Mazidul

Link 2 Bersama Mazidul
Link 3 Bersama Mazidul

Credit to: Bersama Mazidul

Setia menanti..

Sekarang aku tgh tggu pengasuh balik dari bandar.Kul 5 tadi akak tu call, jgn dtg ambik dulu, dia belum balik…ni dah kali ketiga akak pengasuh bwk E-ein keluar tanpa bgtau aku.Aku mula2 tak kisah sgt, tapi Cg Fly kata, sepatutnye bgtaulah kita kalau nak keluar….korang rasa camne? Patut ke tak patut aku fussy pasal ni?

Gambar selingan:
Kenduri kat Lok Heng Timur lak hari Sabtu dan Ahad !Cian E-ein, kami tido kat sana(umah sedara Cg Fly), skrg ni E-ein selsema sikit dek sebab tak cukup tido(tak nyenyak sbb budak2 bising2 main game tgh2 malam)!Oh ya, semua org geram dgn pipi E-ein!

Malam berinai..

E-ein dengan tok mak..
Tok mak tolong ade auntie ni cuit2 pipi E-ein!!!!
Dengan Tok bah dan acik Apis dari Sabah

Banner baru!


Ha ni lah animated banner baru KedaiGambarKami….vector2 tu aku yang pilih dan dibuat oleh my blogger friend Kuizikel…blogger2 yang berminat, lek klik kat name Kuizikel nih ye?Dan mohon jasa baik kawan2 tempek kat blog masing2 ye?(code kat sidebar belah kanan nih!)TQ for your support!Happy Monday!

« Older entries