Perginya seorang Syafia…

Entry ini ditaip dlm keadaan marah..pardon my language please..aku memang alergik & hangin bila baca berita kanak2/bayi didera/dibunuh!Who don’t?

Geram!Marah! Kecewa!Semalam, lepas baca berita ttg Allahyarham Syafia, aku dgn Cg Fly memang bengang yang amat..masa tu, kami belum tau berita sebenar lagi…pas tengok berita dan baca blog kawan2, rupanya suspek tu teman lelaki ibu Syafia.Bapa kandung Syafia pula di penjara.Ibu Syafia dah 6 tahun bersekedudukan dgn suspek dan ade seorg anak berumur 1 tahun 6 bulan.Read this: Her husband hasn’t even divorce her yet!Memang dunia akhir zaman dah…aku tak kiralah kes belum ade keputusan mahkamah,dua2 ni dah bertaubat atau tidak, salah tetap salah, bagi akulah….this is my view of this case:

Situasi 1:
Atuk Syafia pernah tgk kesan cucuhan rokok pada cucunya.Bila Syafia cucunya kata, kesan tu akibat jatuh dlm semak, atuknya percaya.(Oh, kenapalah tak bertindak dari awal..mungkin sudah takdirnya Syafia meninggalkan dunia begitu ..dan, don’t ur know that ur daughter dah bersekedudukan selama 6 tahun?))

Situasi 2:
Ibu Syafia kata, Syafia amat rapat dgn suspek, malah suspek amat menyayangi Syafia.(Hello?rupanye tanda kasih sayang lah ye, sepak terajang, smpi lebam berbirat, smpi pecah perut anak ko ye….takkan ko yang jaga Syafia, ko tak nampak kesan2 tu pada tubuh Syafia?Anak aku, hatta calar segarit sikit pun, sebatu aku dah nampak!)Dan katanye, suspek berperangai seperti binatang.(Really?Then why the h**l ko duk dgn dia lagi?Tahan lak ye duduk bersama 6 tahun?)

Situasi 3:
Kejadian berlaku di padang bola dan dengarnya,ada ramai saksi.(kenapa TAK TOLONG SYAFIA ketika hayatnya masih ada?Tolong tgk je ke?Korang tak pelik ke?bukannya berlaku kat rumah yang orang tak nampak kan?)
Korang rasalah, ni kes Stupid mistakes or stupid people?StAduh..aku geram ni…aku kecewa…baru je berlaku kes buang dan bakar dlm tong sampah, dan sikit masa dulu, kes Aliaa Hana(kalau tak silap namalah) yang mati diliwat boyfriend “pak hitam” ibunya!

_________________________


KUALA KUBU BHARU:
“Dia memang bukan manusia dan tarafnya lebih rendah daripada binatang. Mana tidaknya, binatang pun tidak akan membuat perkara sekejam itu,” kata Siti Nurhanim Aziz, 25, ibu kepada Syafia Humairah Sahari, 3, yang maut dibelasah teman lelakinya, Jumaat lalu.Sebenarnya, sejak tiga hari lalu Syafia jatuh sakit. Dia sering muntah ketika diberi makan ubat dan makan, menyebabkan teman lelaki saya memarahinya.

“Namun, kemarahannya ketika itu hanya seperti seorang bapa kepada anak. Saya tidak pasti apa sebenarnya terjadi sehingga menyebabkan dia hilang pertimbangan dan sanggup melakukan perbuatan kejam itu.

“Apapun puncanya, tindakan teman lelaki saya adalah keterlaluan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Difahamkan, suspek mula hilang pertimbangan apabila kanak-kanak itu tidak mahu pulang ke rumah biarpun disuruh berulang kali.

Malah, rumah mangsa dan teman lelaki ibunya yang bekerja sebagai pemandu teksi dikatakan terletak di kawasan perumahan sama di Kampung Batu 30, Batang Kali, di sini, dan hanya dijarakkan dengan 10 rumah.
Siti Nurhanim berkata, selama menjalin hubungan sejak enam tahun lalu, dia mendapati teman lelakinya panas baran.

“Namun, dia dan Syafia agak rapat. Itu sebab pada mulanya saya tidak percaya Syafia dipukulnya biarpun berulang kali diceritakan ahli keluarga,” katanya.

Menurutnya, jika didapati bersalah teman lelakinya bertanggungjawab melakukan kekejaman itu, dia berharap tindakan setimpal akan dikenakan.

“Orang sepertinya tidak patut wujud atas muka bumi ini,” katanya.

Jenazah Syafia dibawa ke rumahnya di Kampung Batu 30, di sini, selepas bedah siasat selesai dilakukan dan dia dijadualkan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kuang, di sini, pada jam 5 petang, semalam.

Semalam, Harian Metro melaporkan tindakan kejam seorang lelaki yang sanggup memijak kepala dan menendang seluruh tubuh mangsa di sebuah padang permainan di Kampung Batu 30, Batang Kali, di sini, sehingga menyebabkan kematiannya.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 petang kelmarin, suspek dikatakan hilang pertimbangan sebelum membelasah kanak-kanak itu walaupun perbuatannya diperhatikan penduduk setempat.

Perut mangsa pecah

KUALA KUBU BHARU: Timbalan Ketua Polis Hulu Selangor, Deputi Superintendan Bakhtiar Mohd Rashid, berkata hasil bedah siasat mendapati punca kematian Syafia Humairah Sahari, 3, disebabkan bahagian perutnya pecah, pendarahan serius di otak selain kecederaan teruk di seluruh badan.


“Kenyataan saksi bahawa suspek memijak mangsa. Dia ditahan reman selama tujuh hari bermula Jumaat lalu.


“Namun kita berusaha mendapatkan kelulusan mahkamah untuk mendapatkan sambungan reman sehingga tempoh maksimum iaitu 14 hari bagi memudahkan siasatan kes dilakukan,” katanya.


Bakhtiar berkata, pihaknya juga akan merakam percakapan bapa kandung mangsa dalam masa terdekat kerana dia mendakwa mengetahui anaknya didera sejak sekian lama.


“Semuanya masih dalam siasatan. Kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

Sementara itu, Bernama melaporkan Bakhtiar berkata, pemandu teksi yang berdepan tuduhan membunuh anak perempuan teman wanitanya juga bakal dihadapkan ke Mahkamah Syariah kerana bersekedudukan dengan ibu mangsa sehingga melahirkan seorang anak luar nikah.


Menurutnya, polis akan merujuk lelaki berumur 28 tahun itu dan ibu mangsa, 25, ke Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk tindakan lanjut selepas didapati tidak berkahwin tetapi hidup bersama sehingga mempunyai seorang anak berusia setahun enam bulan hasil hubungan selama enam tahun.
“Ibu mangsa masih belum bercerai dengan suaminya tetapi berlagak seperti sepasang suami isteri dengan suspek,” katanya ketika dihubungi Bernama, semalam.

Selain itu, Bakhtiar berkata, polis kini mengesan beberapa saksi di tempat kejadian untuk diambil keterangan mereka.

“Saksi perlu diambil keterangan berikutan beberapa orang melihat kejadian tetapi tidak melaporkan kepada polis,” katanya.

Anak itu dilahirkan untuk dilindungi oleh ibu dan bapanya, bukan untuk diseksa dan dibunuh…Al-Fatihah…

Sumber
Harian metro | Utusan Online |Thestar
Bersama Mazidul |Ummu ammar
Anasfadilah| Catatan seorang isteri

12 Comments

  1. Gieyana said,

    February 28, 2010 at 12:50 pm

    Cat..mmg manusia berhati binatang kan…si ibu lak, kerana sayang tue sanggup lupakan Tuhan..yang pentingnya Syurga adalah utk Syafia kan…sedeyy betui bila baca kisah arwah tue..psl sebaya ngan Nureen…alahaiii dunia akhir zaman nie mcm2 kejadian nonsense kan!!

  2. kenwooi said,

    February 28, 2010 at 1:19 pm

    some human are pretty inhuman! =Skenwooi.com

  3. mommyYen said,

    February 28, 2010 at 2:57 pm

    saya pun sedih sgt.tak tau nak kata apa.sgt terukkan?part ni saya salahkan ibu,ibu yg selalu membelek dan membelai anak,masakkan dia tak nampak tanda lebam kat tubuh anak sendiri..apa dah jadi manusia skrang..

  4. ezan said,

    February 28, 2010 at 3:24 pm

    ezan rasa macam2 rahsia yang terbongkar dlm family ni bila kematian ngeri adik syafiyah ni kan…. entah la.. xde perkataan yang leh gambarkan perasaan ezan ni.. eeeeeeeeeeee…………

  5. Fiza Nordin said,

    February 28, 2010 at 5:47 pm

    mase tgk berita pasal syafia kat buletin utama sabtu aritu,akak terus tarik mierza…ya Allah, budak sekecil ini di tendang,disepak dan dipijak…apelah yang dia tahu dan sememangnya dia tidak akan berdaya mempertahankan dirinya…sayu dan sebak betul rase hati…syurga & al-fatihah buat arwah syafia.moga arwah tenang di sane…

  6. Shazreen said,

    March 1, 2010 at 1:56 am

    Waktu tgk berita pasal ni, mengalir airmata…:(Sedih betul laa…

  7. March 1, 2010 at 9:17 am

    lagi teruk dari binatang jantan ni…bodoh! stupid! idiot!:(

  8. neezareef said,

    March 2, 2010 at 3:34 am

    hi lina..yelah sape x marah…ntah ape nk jd dunia skang..nauzubillah

  9. CatlinaFly said,

    March 2, 2010 at 5:45 pm

    gie: itulah gie, sy sedih gila bila tgk kes gini..kita punyelah lama nak dpt anak, dia senang2 je tamatkan riwayat budak yang comel tu..mmg bangang la(oppss..sori bhs kasar)

  10. CatlinaFly said,

    March 2, 2010 at 5:46 pm

    ken: right..that's why they say even animals love n protect their babies..

  11. CatlinaFly said,

    March 2, 2010 at 5:47 pm

    mommy yen; tu lah kes ni makin lama makin berbelit2 pulak..dari satu newspaper ni kata, arwah syafia tak duduk dgn ibu dia, tapi pakwe ibu dia yang jaga…pelik kan?punyalah dia percaya kat penjenayah tu..anak pun sanggup bg jaga


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: