How not to get pregnant Part 1

No..ini bukan peyut sy tau..sy jumpa kat yahoo search

Haa…bila baca entry dari Uda today, tergerak hati nak menyebarkan info dari beliau…Entry ni bukan utk gadis(yang takde gadis lagi dah) atau teruna2 (yang takde teruna lagi dah) belajar cara nak elakkan pregnancy y(tapi kalau nak baca boleh juga utk sedar2kan diri tu)..NO!NO!..ini ialah kaedah perancangan keluarga bagi mereka yang tak mahu mengandung lagi(selagi boleh biarlah sementara, bukan kekal, melainkan sebab boleh membahayakan nyawa ibu dan bayi) atas sebab2 yang berikut:

Saya ada masalah kesihatan
-Masalah seperti kencing manis, sakit jantung atau lain-lain yang boleh memudaratkan nyawa ibu dan bayi.
-berumur lanjut dan rasa tak sesuai nak mengandung lagi

Saya tidak mahu anak buat masa ini
-Contohnye:
-baru bersalin dan mahu tumpukan pada anak sorg tu dulu(mahu jarakkan kandungan)
-baru kahwin tapi duduk berasingan mcm sorg kat Malysia , sorang kat obersi- kesian kat anak
-baru kahwin tapi nak enjoy dulu , nak bermanja2 n geli2 hubby & wifey dulu
-baru kahwin tapi masuk maktab-takleh preggie maaaa!

( Tapi rezeki Allah kalau boleh jgnlah tolak melainkan ade sebab2 munasabah, ramai lagi nak baby tapi tak dapat..)

Antara kaedah2 perancangan keluarga yang boleh dipraktikkan ialah:

1. Pil pencegahan kehamilan(pilihan yang paling femes kot ni)

Terdapat 3 jenis pil pencegah hamil:

(i) Pil pencegah hamil campuran

(ii) Pil progesteron sahaja (pil mini)

– Pil mini hanya mengandungi hormon progesteron
– Ia menjadikan dinding endometrium menipis dan mukus di kawasan serviks menebal. Kadangkala ia juga berfungsi mengawal ovulasi.
– Aliran haid akan menjadi sedikit dan pendek. Kitaran haid juga menjadi tidak tetap. Ini menjadikan pil mini kurang popular dikalangan pengguna pil pencegah hamil.
– Ia dianggap pil yang paling lemah dan kurang kesan sampingan tetapi kurang berkesan jika dibandingkan dengan pil campuran.
– Ia diambil sepanjang tahun berterusan tanpa henti.
– Peratus kegagalan: 2%

(iii) Pil pencegah hamil kecemasan

– Pil pencegah hamil kecemasan digunakan untuk menghalang kehamilan sekiranya melakukan hubungan kelamin tanpa sebarang perlindungan, dirogol atau mengesyaki kegagalan kaedah pencegah hamil contohnya kebocoran kondom.
– Ianya diambil 72 jam (3 hari) selepas melakukan seks.
– Ianya tidak setanding pil pencegah kehamilan lain.
– Tidak sepatutnya digunakan berterusan kerana peratus kegagalan yang tinggi.
– Contoh: Postinor
– Peratus kegagalan: 5%
– Cara alternatif bagi pencegahan kehamilan kecemasan adalah dengan memasukkan IUCD dalam masa 4 hari selepas menjalankan hubungan.


2. Alat pencegah kehamilan di dalam rahim (IUCD)

(i) IUCD Kuprum

– Ia mengandungi kuprum yang berfungsi menghalang sperma dari memasuki tiub fallopio.
– Ianya berkesan selama 3 tahun selepas dimasukkan.
– Aliran haid akan menjadi banyak dan panjang selepas dimasukkan.
– Peratus kegagalan:

(ii) Progestogen IUCD (Intrauterine Contraceptive System)

– Ia mengandungi Levonorgestel (hormon seperti progesteron) yang menjadikan mukus di serviks menebal untuk menghalang sperma dari memasuki rahim.
– Ianya boleh bertahan selama 5 tahun selepas dimasukkan.
– Kelebihan IUCD kuprum ialah, aliran haid tidak begitu banyak dan tidak menyakitkan.
– Peratus kegagalan: 0.1%


3. Implan pencegah kehamilan (Implanon)

  • Implanon adalah alat seperti batang mancis, berwarna putih mengandungi etonogerstel yang dimasukkan di bawah kulit di lengan.

  • Ianya dimasukkan oleh doktor terlatih dan bius setempat akan diberikan.
  • Ianya menghalang ovulasi, dinding endometrium menipis maka menyukarkan penempelan embrio. Mukus di kawasan serviks juga menebal menyukarkan sperma untuk berenang ke kawasan uterus.
  • Ianya boleh bertahan selama 3 tahun. Selepas tamat tempoh 3 tahun, ianya mesti diganti dengan yang baru.
  • Aliran haid menjadi sedikit dan sakit ketika haid berkurang.
  • Boleh menyebabkan kitaran yang tidak tetap atau tidak datang haid bagi beberapa bulan.
  • Peratus kegagalan:


4. Suntikan pencegah kehamilan

  • Juga dikenali sebagai suntikan mengawal kelahiran.
  • Suntikan ini mengandungi hormon seperti progesteron yang menghalang wanita dari ovulasi (membebaskan telur yang matang).
  • Suntikan di berikan di punggung. Dos kedua diberi selepas 2 bulan suntikan pertama diberikan dan dos seterusnya diberikan setiap 3 bulan sekali.
  • Ia menjadikan aliran haid sedikit dan boleh menyebabkan haid yang tidak tetap atau tidak datang haid bagi beberapa bulan. Ini antara punca perlu menghentikan penggunaannya.
  • Contoh: Depo Provera
  • Peratus kegagalan: 1%

5. Topi Serviks

  • Topi serviks adalah sejenis getah berbentuk seperti topi yang secocok dengan serviks. Dengan ini, sperma akan di halang dari memasuki serviks.
  • Biasanya ia digunakan bersama dengan spermisid (sejenis bahan yang membunuh sperma) yang disapu pada topi serviks.
  • Ia perlu dikeluarkan selkurang-kurangnya 6 jam selepas ejakulasi dan tidak sepatutnya berada dalam vagina melebihi 48 jam.
  • Ianya mesti dimasukkan oleh doktor.
  • Boleh meningkatkan risiko jangkitan serviks.
  • Peratus kegagalan: 20%

Idolaku Anne Geddes!

Pesanan kepada gadis2 yang bukan gadis, teruna2 yang bukan teruna,yang juga bukan dalam ikatan perkahwinan yang sah,jika anda terbaca entry ni :Renungkan sejenak..zina itu dah satu dosa, buang anak lagi lah dosa iaitu membunuh manusia lain.Why don’t u girls amalkan perancang keluarga atau gugurkan shj(sebelum ditiup nyawa) kalau tak mahu jaga anak tersebut?sekurang2nya, tak delah kamu membuang anak merata2 mcm buang sampah…Sy mengutuk sekeras2nya mereka yang membuang bayi ini..sy jijik dgn org2 sedemikian yang memanggil dirinya manusia, mereka tak layak dikurniakan bayi yang suci itu!!!!fikir2kan…

Bersambung nanti yek..

17 Comments

  1. Mummy Dasy said,

    April 21, 2010 at 1:38 pm

    Good Info…IUCD tu rasa cam was2 keberkesanannya coz ada jiran guna x smpi setahun sangkut, bila pregnant check IUCD nye hilang xde kat tmpt yg sepatutnye..seram…

  2. Syigim said,

    April 21, 2010 at 2:29 pm

    thanks for this doc! mmg ini info yg plg nk cari skang lepas deliver my 3rd boy, sbb jarak dekat dgn my 2nd one! :)in ur personal opinion, mana satu yg the best n selesa/senang ye? i really dont know n really nk choose one soon!

  3. chugie said,

    April 21, 2010 at 3:06 pm

    info yg bagus tuk di kongsi..tp sy takut tengok semua yg di atas tu.. jadinye, kaedah saya sekarang ni hanya lah plan sendiri.. kalau ade rezeki Allah nak bagi, sy terima jelah.. cuma dalam solat tu, sy akan doa " moga rezeki yang di beri tu, dapat saya pikul dan laksanakan, dan biar lah kena pada masa yang sepatutnye"

  4. kakchik said,

    April 21, 2010 at 3:27 pm

    salam catlina.entri yang bagus tapi tak sesuai untuk kakchik hehe.entri yg sesuai ialah 'how to get pregnant?' tapi info tetap info kan… tima kasih catlina.p/s; kakchik ada hadiah utk catlina. nanti dtglah ambik ya.

  5. Mama Hanim said,

    April 21, 2010 at 4:15 pm

    perhh.. detail tuh.. bagus2..tq for d'info..

  6. Miss Q said,

    April 21, 2010 at 10:21 pm

    dalam nona baru2 nih.. nama gelang faraj ape ntah. bole masukkan sendiri aje. tapi seram menengok!

  7. CatlinaFly said,

    April 21, 2010 at 10:30 pm

    mumy Dasy: oh ye?ei takut juga ye..tapi mishap happens juga kalau kita guna yang mana2 pun 🙂 wallahualam…

  8. CatlinaFly said,

    April 21, 2010 at 10:31 pm

    syigim: the best one?syigim, i tak tahu sebab yang i pernah guna noriday and rigevidon(pills) tapi since sy ni jenis lupe nak makan pil tu, so skrg, ingat2 sendiri je, if you get what i mean !hehehhee**tgh eyeing juga yang implanon tu tapi hubby kata,tak yah la..hehehe

  9. CatlinaFly said,

    April 21, 2010 at 10:32 pm

    chugie: samalah! hehehe

  10. CatlinaFly said,

    April 21, 2010 at 10:32 pm

    kak chik: oh sy dah ade buat entry tu sebelum ni kaka chik :)..http://catlinaflybaby.blogspot.com/2010/03/how-to-get-pregnantfor-married-couple.html

  11. CatlinaFly said,

    April 21, 2010 at 10:33 pm

    mama hanim: hehehe tq..alah copy paste je, kecuali bhgn intro 🙂

  12. CatlinaFly said,

    April 21, 2010 at 10:33 pm

    qas: euw…masukkan sendiri?biar la dok pung!hehehe

  13. Ella said,

    April 22, 2010 at 12:36 am

    i lps deliver anak yg 1st used IUCD. Alhamdulilah. so far ok.Then after lepas open, 3 kali period terus dpt baby no2.Now i lepas deliver anak no2, plan nak pakai IUCD lg. Belum sempat nk pergi jumpa doctor utk psg.Apapun cara, semua ada risiko or not 100% guarantee.

  14. April 22, 2010 at 1:38 am

    hmm.. cara pencegahan yg paling tradisional tak termasuk dlm ni.. heheheheh!thanx for sharing!

  15. CatlinaFly said,

    April 22, 2010 at 1:41 am

    ella: thanks for sharing 🙂 ye..lain org lain pulak risiko nye kan

  16. CatlinaFly said,

    April 22, 2010 at 1:41 am

    queenin murni: oh..belum termasuk sebab ade sambungan lagi lepas ni..sy tak larat nak copy paste n taip, so sambung annti 🙂 i know what u mean tu hehehe

  17. Ely Hasrul said,

    April 22, 2010 at 3:48 am

    good info cat.. sy nk pakai iud tu.. tp charge gynea ya allah mahalnye.. nk tuka gynea xbkesempatan.. insya allah tiada lah kawan sami smpai dia umur 4-5 thn 😛


Leave a reply to Queenin Murni Cancel reply