Rukun Islam Lima Perkara-Konfius nih

Sembang-sembang dgn adik ipar aku yang bercuti minggu lepas (dia keje kat KL)..dia tanya,” Kak ina, puasa tu rukun Islam ketiga kan?”
Aku kata ya.Aku tanya, “kenapa kak?”(satu famili panggil dia akak termasuk aku).

“Adik (darjah satu)periksa kat sekolah dia, dia jawab puasa tu rukun ketiga, tapi cikgu pangkah.Dalam buku teks diorg, puasa rukun keempat.”

Hmm..macamana tu?kena ikut urutan atau memang takpe mix2 ni?sebab aku rasa aku belajar dulu pun puasa , yang ketiga..zakat yang keempat.

1.Mengucap 2 kalimah syahadat
2.Solat lima waktu
3.Berpuasa di bulan Ramadhan
4.Menunaikan zakat
5.Megerjakan Haji

Kesian kat adik ipar aku tu, konfius nanti dia…Apa pendapat korang or lagi bagus if ada ustaz/ustazah boleh jawab …

Dalam website kat bwh ni, puasa :rukun ketiga, haji: rukun keempat, zakat: rukun kelima.Pulakkkkkkk!!

11 Comments

  1. sya said,

    May 6, 2010 at 3:43 pm

    salam,ha ah kan… kita belajar dulu lain.tapi, dalam suratkhabar baru2 ni, ada dikatakan, terdapat kesalahan dalam buku teks pendidikan Islam, mungkin ini salah satu darinya…

  2. Miss Q said,

    May 6, 2010 at 9:51 pm

    dulu ni sy dok hafal bila cikgu buat test, haji dok last sekali sebab nk buat haji nk mahal, tak semua org mampu. therefore duduk last sekali. =)

  3. Nadiah Sidek said,

    May 6, 2010 at 10:22 pm

    a'ah, puasa rukun Islam ke-3. cuba tanya cikgu tu knp salah. mana tau dia tersilap tanda ke

  4. nurulazham said,

    May 6, 2010 at 11:19 pm

    wa..confius nih..rasanya mmg ketiga..haji kelima..(coz xsume mampu..)hohoho

  5. Diamilikku said,

    May 7, 2010 at 12:33 am

    ishhh memang confirm rukun islam mengikut turutan begitu…takde maknanya boleh ubah2 cat….rasanya cikgu tu yang tersilap tanda…bawak balik kertas tu gi jumpa cikgu…

  6. CikLilyPutih said,

    May 7, 2010 at 2:29 am

    hah itulah. boleh jadi confius di buatnya

  7. azzamoro said,

    May 7, 2010 at 3:12 am

    isk.. buat i confius pulak.. ade ker ustaz yg boleh tlg jawab neh..

  8. Izan Ishak said,

    May 7, 2010 at 3:50 am

    ye lah…ntah2 cikgu dia salah tanda kot…sbb kita puasa dulu then bayar zakar …haji tu last skli bagi yg mampu…**apa2 pun sila rujuk pada yg pakar…

  9. Izan Ishak said,

    May 7, 2010 at 3:50 am

    ye lah…ntah2 cikgu dia salah tanda kot…sbb kita puasa dulu then bayar zakar …haji tu last skli bagi yg mampu…**apa2 pun sila rujuk pada yg pakar…

  10. mamanoa said,

    May 7, 2010 at 6:16 am

    ni cikgu tu dia dulu belaja skola mana??? rukun islam pun xreti..(pantang haku!!) lepas puasa barulah wajib zakat(sbb tu zakat fitrah kena bayar dlm bulan ramadhan..)rukun islam belajar ikut turutan mcm tu gak amalan dia..org nk masuk islam or org islam kena mengucap dulu baru bleh solat 5 waktu(kalu x solat dia xsah sbb dia bukan muslim) pas da bleh solat dia kena berpuasa di bln ramadhan plak..pas puasa dia wajib berzakatfitrah plak(which is done during ramadhan) pastu kalu mampu kudrat & harta baru la buat haji..p/s: sorry..terpanjang plak komen…

  11. UstazCahaya said,

    May 7, 2010 at 1:06 pm

    Salam Lina.oh, saya bercuti menulis di blog sekejap, sebab ada yang perlu diberikan perhatian lebih. Tetapi saya masih selalu monitor blog itu.Astaghfirullah. Mengapa cikgu itu sampai begitu sekali. Patut diberi perhatian juga perkara ini. Apa ada pada urutan? Yang penting semuanya berkaitan dan mesti dilakukan semuanya selagi termampu.Dua hadith menerangkan rukun Islam juga tidak dalam urutan yang sama. Iaitu hadith Jibril yang popular itu dan satu lagi hadith yang hanya memberitahu tentang rukun Islam.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: