Triple Happiness Chocolate Cake Trifle

Sorry ah..rebeh sket lepas potong hahaha

Kenapa triple happiness?Sebab aku happy bila kek menjadik…mula2 masa nak bake cake ni, suspens juga sebab timer oven tak bergerak!Rupanye timer je rosak, tapi oven tetap berfungsi..nampak sgt lame tak guna oven tuh!hihi!Kalau tak jadi semalam, memang aku nak kukus dah lapisan kek belah bwh ni!

Sebelum kejadian potong memotong!

Resepi diinspirasi oleh Kak Hana nun di Jepung sana!See?Jauh giler aku import resepi ni ekekeke…dan aku rasa nilah kek yang paling complicated pernah aku buat (selain kek lapis), sebab ada tiga lapisan berlainan nak kena buat!

Resepi copy paste dari Kak Hana!Domo arigato gozaimasu!

LAPISAN PERTAMA
EGGLESS CHOCOLATE CAKE@ mana2 kek coklat

Bahan-bahan

  • *1 cawan tepung gandum
  • *1/2 sk baking powder
  • *1 sk soda bicarbonat
  • *6 sudu makan serbuk koko
  • *3/4 cawan gula
  • 1/2 cawan minyak sayuran – hana buh 1/4 lebih skit je
  • 1/4 cawan air panas + 1sk serbuk coffee
  • 1/4 cawan susu segar
  • 1/4 cawan yogurt
  • 1 sk esen vanila

Cara-cara

1.Panaskan oven 170darjah celsius. Gliskan loyang dengan butter. Ketepikan.
2.Ayak bahan2 yang bertanda *. Sebatikan.
3.
Masukkan semua bahan2 lain satu persatu dan sebatikan
4.
Pukul semua bahan menggunakan mixer lebih kurang 2-3min sehingga semua sebati. Jangan over mix yer.
5.
Tuang ke dalam loyang dan bakar selama 30min. Sejukkan.

LAPISAN KEDUA(aku buat setengah adunan je dari resepi kat bwh, sebab kek nye kecik je)
Chocolate Fudge

Bahan-bahan

  • 2/3 cawan tepung jagung
  • 1/3 gula castor
  • 2 1/2 cawan susu segar
  • 200g dark chocolate(aku guna cooking chocolate)

Cara-cara

1.Campur tepung jagung dengan gula dlm periuk.
2.Tuang susu perlahan2 sambil kacau.
3.Masak dengan api sederhana hingga kental. tutup api.
4.Masukkan dark chocolate, kacau sampai larut dan sebati.
5.Tuang ke atas kek dan sejukkan lebih kurang 15min.

LAPISAN KETIGA-Kak Hana kata, tak buat pon takpe, tapi dek kerana aku nak kek yang comey cam Kak Hana, kugagahkan diri buat camni gak!haha!)
Cheese topping

Bahan-bahan

  • 250g cream cheese
  • 1/4 cawan gula
  • 150ml thickened cream – aku gune plain yogurt
  • 1 sk parutan kulit lemon@oren – aku guna sesudu teh perahan lemon

Cara-cara
1.Pukul cream cheese dengan gula hingga smooth.

2.Masukkan thickened cream dan parutan lemon@oren.Pukul hingga sebati.

3.Tuang atas lapisan kedua tadi. Sejukkan 4-6 jam dlm peti ais.

4.Taburkan hirisan dry-roasted almonds atau hazelnuts, stoberi dan parutan chocolate,sebelum dihidang.

Kek pon nak posing owkeyyyy!hehehe
Stoberi lak posing!wakakaka!!!sorry ye, aku ter over excited neh! peace!

28 Comments

  1. atie @ ejay said,

    May 17, 2010 at 2:34 am

    erggghh nak kena try ni..mengidam2 dah tekak nak rasa niih

  2. hana said,

    May 17, 2010 at 3:10 am

    cantiknyer kek dierrr! tahniahH! anda telah berjaya buat dengan jayanya!! hehehehe…. bak sepotong! tp akak nak slice yg besoo! kekekeke

  3. mummy_ayu said,

    May 17, 2010 at 3:34 am

    lamanya tak buat kek…emmm..mcm nak buat gak la….nampak yummy sgt!!

  4. amar haziq said,

    May 17, 2010 at 3:59 am

    macam susah je kak..orang bujang macam saya ni tak reti lah..ada resepi yang simple2 tak kak?jenguk2 lah blog saya k..http://amarhaziq-ceritasaya.blogspot.com/

  5. May 17, 2010 at 5:20 am

    mak aihhh, melampau ni… kita nak tutup la blog makan kita! (malu)

  6. CatlinaFly said,

    May 17, 2010 at 5:53 am

    atie: trylah🙂 kek ni kombinasi kek coklat, choc fudge & cheese topping🙂 syedappp(ehem!)

  7. CatlinaFly said,

    May 17, 2010 at 5:54 am

    kak hana: tehehehee see the cikgu ler..selamat hari cikgu ye kak hana😛

  8. CatlinaFly said,

    May 17, 2010 at 5:54 am

    mummy ayu: sila2🙂 sy pun dah lama tak wat kek, ni baru nak mengaktifkan diri semula hehehee

  9. CatlinaFly said,

    May 17, 2010 at 5:55 am

    amar: hehehehe cuba amar tgk resepi sardin roll kat bawah..yang tu mudah kot🙂

  10. CatlinaFly said,

    May 17, 2010 at 5:56 am

    kucingorengemok: nyanyauuuuu, nyanyau jgnlah majuk, jgn la tutup blog makan tuh, nanti kucing2 lain nak gi mkn kat ne?hihihi

  11. May 17, 2010 at 6:43 am

    wow..mabeles je nanmapkdap tak rasa dia cat? (sure cat angguk2 kan? )eheheh

  12. shaniza said,

    May 17, 2010 at 7:05 am

    Salam..Sedap nampak kek tu.. ada strawberry lagi. Nak kena try buat ni.." selamat hari guru…"

  13. Uda said,

    May 17, 2010 at 7:39 am

    tgk jer pun dah tergoda .. byk tul strawberi tu.. geram pulak

  14. mummyseri said,

    May 17, 2010 at 8:06 am

    baru tengok aje ni ..da tau sedap;)kalo dapat masok lam mulut ni..huhu bertambahlah sedapkan:)mabelesla:)

  15. indahhouse said,

    May 17, 2010 at 10:40 am

    salam kak catlina,Looks sooo yummy! saya suka chocolate! pandainya kak catlina buat. ya, nampak complicated, but congrats!😉

  16. May 17, 2010 at 12:03 pm

    adoi cat..klulah zety ni dok kt johor tu lame dah dtg bwk pinggan!!

  17. CatlinaFly said,

    May 17, 2010 at 12:32 pm

    rose: sy angguk2 sambil tersipu2 ngeh2 hahaha paling best bila hubby kata "kek awak sedap" …waaaa..i'm on cloud nine!hihi!

  18. CatlinaFly said,

    May 17, 2010 at 12:33 pm

    shaniza: sila2🙂 mudah je nak buat sebenarnye, cuma lapisan bwh je masak dlm oven, lapisan kedua masak atas dapur, dan lapisan cheese, tak yah masak, mix dan tuang je!🙂

  19. CatlinaFly said,

    May 17, 2010 at 12:33 pm

    uda: versi stoberi jatuh lori ni hahahaha

  20. CatlinaFly said,

    May 17, 2010 at 12:34 pm

    mummy seri: mai la sini, cepat naik kapalterobang meh dtg makan kek nih!hehhee!

  21. CatlinaFly said,

    May 17, 2010 at 12:35 pm

    nur: heheheheeeee..nampak je complicated, tapi kalau dah bc resepi tu, mudah je sebenanrnye🙂

  22. CatlinaFly said,

    May 17, 2010 at 12:35 pm

    zety: eh datang la sini esok, bwk pinggan tau!hihi!

  23. Miss Q said,

    May 17, 2010 at 1:12 pm

    minyak sayuran tu minyak jagung ke? minyak cap buruh pemeringkatan 2 kali pun x bole ek?ina: beli yg saiz kasut besar sikit, then jahit getah yang halus ikut saiz dia. bila da besar sikit, baru bukak getah tuh. kan jimat. tp kena tgk material jasut jugak. keras2 x bole nk jahit

  24. Izan Ishak said,

    May 17, 2010 at 1:17 pm

    cat…nak jugak! sedapnyeee…kalau izan tak daya plak nka buat kek2 komplikated cam nih. nak kena cari motivasi nih nak tiru cam catlina jgk…

  25. Nadiah Sidek said,

    May 17, 2010 at 2:07 pm

    wah..terliur dibuatnya! pos sini skit. tak rajin nak buat kek yg rumit2 berlapis2 nih :p

  26. CatlinaFly said,

    May 17, 2010 at 3:16 pm

    nadiah: hehehe ok esok sy hantar pos ekspress(kalo belum abis ler hihihi)

  27. miralatiff said,

    May 17, 2010 at 6:43 pm

    Cat..memang menggode nafsu makan I! *drooling*

  28. aiDieNa said,

    June 16, 2010 at 6:23 am

    Sangat² terliur melihat entri inie.. urrrmmmm..


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: