Catlina’s Baked Cheese Cake

Autopublished entry


Tempahan dari rakan sepejabat.Heh..aku buatkan sempena melunaskan keinginan seorg kawan yang mengidam cheesecake…..Aku pun dah lama juga tak makan cheesecake buatan sendiri, takpelah, weekend ni boleh buat.Settlekan kawan punya dulu ;)..anyway, jujurnye aku tak pueh hati dgn gambar2 ni sebab speedlite kehabisan bateri…wuwuwu tu yang gmbr gelap sket tu…pakai built in flash.

Resepi rujuk dari cheese cakes yang aku pernah buat dulu, sini dan sini.

Cookies Base
120g biskut marie biasa @chocolate (lebih kurang 12-15 keping – aku agak2 je..)
120 g melted butter

1.hancurkan biskut dgn blender
2.gaul dgn melted butter
3.tekan dlm loyang rapat2, pastu balut dgn plastic wrapper & simpan dlm fridge dulu smbil sediakan adunan kek….

Simple Cheesecake

Bahan-bahan ( Loyang 18 cm )
250g cream cheese
200cc/ml fresh cream @ plain yogurt (aku gune plain yogurt..)
2 sudu besar jus lemon(kalau tak mo masam sgt, letak 1 sudu je)
3 sudu besar tepung gandum(kalau guna tepung naik sendiri, dia akan jadi gebu sikit)
2 biji telur
90g gula

Cara-cara
1.Panaskan oven 170 degree. Sapukan loyang dgn butter atau alas dgn kertas minyak pun ok(oven paper)
2.Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mixer atau blander. Mix biar sampai jadi cream
3.Masukkan ke dalam loyang dan bakar selama 40-45 minit
4.Setelah hampir masak atau selepas 30 minit bolehlah letak aluminium foil untuk mengelakkan permukaan hangus.
5.Bila sejuk, simpan dalam peti ais semalaman untuk mendapatkan rasa cheese cake yang sedap.

Permintaan dari kawan aku tu: potong siap2 kek ni..

26 Comments

  1. nadnye said,

    May 21, 2010 at 1:57 am

    Cat, such talented lady semua boleh buat.. sedapnya dah lama tak buat cheese cake

  2. Izan Ishak said,

    May 21, 2010 at 2:01 am

    hmmm…cat, nape pagi2 dah tayang ciskek nih? izan mmg suka sgt nih…nak buat…nak buat…tp blm datang rajin lagi…

  3. CatlinaFly said,

    May 21, 2010 at 2:23 am

    nadnye: hehehe bukan talented..makan punye pasal..sy ni leh baking2 je, masak lauk, haram tak tahu!(kalau utk dua org makan, bolehlah…kalau utk ramai2, tak reti!)hehe

  4. CatlinaFly said,

    May 21, 2010 at 2:23 am

    izan: saje nak menggoda elera izan wakakaka

  5. Diamilikku said,

    May 21, 2010 at 2:31 am

    pos ke perlis boleh tak???

  6. Rozy said,

    May 21, 2010 at 2:35 am

    sedapnyaaa cat..lama xwat ciskek..macam terasa jaa kat tekak nih..

  7. May 21, 2010 at 2:37 am

    wahhh sedapnya.. nak cubala nanti. tq untuk resipi πŸ˜‰

  8. Syigim said,

    May 21, 2010 at 4:54 am

    ape ni doc cat!!!! ari tu sardin rolls ni cheesecake plak… nyummmmm…i LOVE cheesecake! nasib baik dah abis pantang. tp kalo breastfeeding elak makan cheese kan? nanti baby cirit birit? aiyo! πŸ˜›

  9. Ibu_Khalish said,

    May 21, 2010 at 4:56 am

    nampak menggiurkan. belum rasa lagi. nasib baik semalam dah makan oreo ciskek SR kalau tak haru kena lari beli…

  10. CatlinaFly said,

    May 21, 2010 at 4:56 am

    su: bak sini address hahaha..

  11. CatlinaFly said,

    May 21, 2010 at 4:58 am

    rozy: sy pun tak makan ni ha..org punye…hehehe(ok tipu, masa potong2, sy ada calit sikit yang kat pisau!hahahahaaha)

  12. CatlinaFly said,

    May 21, 2010 at 4:59 am

    ardinihumaira:selamat mencuba!

  13. CatlinaFly said,

    May 21, 2010 at 5:02 am

    syigim: hehehehe tgk bawah aa…ade trifle lagik kih kih…actually cheesecake yang dibakar, ibu mengandung dan ibu ebrpantang boleh makan rasanye.Jgn makan yang tak masak.macam sy buat kat trifle tu, tak dimasak…just mix dgn yogurt je dan tuang atas kek.

  14. CatlinaFly said,

    May 21, 2010 at 5:02 am

    ibu khalish :heheheh kalau buat sendiri, puas dapat mkn sebijik.SR dapat sekeping jek hehehee(kalau beli sekeping lah..)

  15. mommyYen said,

    May 21, 2010 at 5:30 am

    sedap nye cheesekek tu..hihi.lama tak jguk e-ein,semoga sihat dan ceria selalu e-ein..muahhxx..

  16. aiDieNa said,

    May 21, 2010 at 5:32 am

    Sedapnyer cheese cake.. my fav tuu.. ikhss kalau dapat raser kan best.. ehehehee..

  17. chugie said,

    May 21, 2010 at 7:00 am

    best nampak cheesecake tu.. agak2nye bila lah cat nk bg sy rasa ni?? hehehepandai ye buat cheese cake!

  18. Ina Hashim said,

    May 21, 2010 at 7:48 am

    nyam nyam sedapnyaaa…kalo le dekat..kompem akak dah tempah

  19. May 21, 2010 at 8:11 am

    Nampaknya bolehlah tempah cheesecake dari Cat kan? πŸ˜›

  20. May 21, 2010 at 8:31 am

    mak oii cat,ur cheesecake tak burning punnnn…pergh…cayalah..i buat selalu slightly burning.

  21. ICA said,

    May 21, 2010 at 12:46 pm

    Cat, memang lah you ni serba boleh belaka… supermom sungguh. Baking boleh, photography boleh, blogging boleh…aishhh serba boleh lah…bagus..bagus…

  22. May 21, 2010 at 2:10 pm

    woho…!! sungguh menyelerakannnnnnnnnnnnnnn… !!!

  23. rynas said,

    May 21, 2010 at 5:22 pm

    cat sedaplah nampak..cat buat untuk tempahan ker..rasa ngidam jugak nie huhuhu

  24. Nadiah Sidek said,

    May 21, 2010 at 11:18 pm

    lama tak buat cheesecake sbb takde request dr hubby. kalau dia tak request, tak rajin nak buat :p. lgpun, kite tak mkn cheesecake πŸ˜€

  25. mummyseri said,

    May 22, 2010 at 12:04 pm

    sungguh mengencesskan kite la :Ppeberet seisi rumah ni..

  26. July 13, 2010 at 2:43 am

    cat, sy mintak resepi awak.dah cuba & jadi.sedap sgt!!!


Leave a reply to CatlinaFly Cancel reply