Aku pulang….

Salam..
Taraaaa…!!!Us back home in Kluang!…Alhamdulillah!Sebenarnye kami plan nak bercuti sampai 11 Jun je..tapi ada hal sikit.So semalam baru bertolak pulang…

Hal apa yang buat kami tangguh balik?Hari Sabtu lepas, abah Catlina mengalami sesak nafas jam 2 pagi.Mula2, Cg Fly yg perasan, sebab aku ni tido mati(maklumlah kul 1 baru tido sebab siapkan order photobook client).Abah memang ada sakit jantung dan pernah admit ke CCU tahaun 2008 dulu.Puas mama pujuk abah gi hospital.Abah tak nak.Turn aku pujuk, abah nak pulak pegi..alhamdulillah..itupun dah kul 4 pagi baru dia setuju!

Cg Fly bawa ke Unit Kecemasan.Doktor kata, abah penat ni(memang kami gi kenduri semalamnya) dan jantung lemah, tak dapat mengepam dgn betul so, ada air kat paru2…(aku rasa pulmonary edema- Kak Inahar or any doctors,betul tak?)..then, doktor bg ubat IV dan abah tak yah admit ward, just rehat dan observe kat rumah je.Sebab tu kami lambat balik ke Kluang…in case abah sesak nafas lagi.Bos aku pun ok je bg aku extra cuti after I told her about this.

Minta2 abah sihat selalu..amin…

Later aku cite lagi k, pasal cuti dan hal sebelum cuti : ) ) …tata…!!thanks kepada kawan2 yg singgah!

To: Kak Chik & Sajirah, ruginya sy tak dapat jumpa anda berdua..memang nak jumpa pun tapi sibuk pulak bila balik kampung ni..next time insya Allah!!

Ingin mengabadikan kenangan terindah anda?Kami bersedia merealisasikan impian anda!KedaiGambarKami-Johor | Melaka | KL | N9 Family PhotographerPhotobook & Poster Printing juga ada di sini!

5 Comments

  1. ummumishkah said,

    June 15, 2010 at 10:12 am

    mesti seronok insyirah balik kampung kan? moga abah cepat sembuh!

  2. CatlinaFly said,

    June 15, 2010 at 10:34 am

    ummu mishkah; amin..seronok memang seronok, tapi penat layan e-ein yang nakal ni hehehe..ligat betul dia!maklumlah jumpe sedara mara

  3. Miss Q said,

    June 15, 2010 at 11:57 am

    ina. ayah sy sakit jantung, doc bg ubat kemam. sampai 3 kali. kali ke 3 kali masih sakit dada, baru gerak pi spital.Ari tu dia sampai 2 kali masuk CCU. Lepas tu bila buat stress test, dia bole accomplished sampai level 7! Mcm org x penah ada sakit jantung pulak! Tatau lah.. jantung ni buat main2 je

  4. CatlinaFly said,

    June 15, 2010 at 12:15 pm

    qas: tu lah abah sy ni dlm sakit2 dia ni, lepas je kes sesak nafas ni, dia leh pi basuh kereta!haiyoh!nak ckp ape pun tak leh dah sebab dia kata dia dah ok…huhu..tak dapat lak ubat kemam tu, tapi daily medication memang ada dan gi amik bekalan ubat dlm 2 bulan sekali ..

  5. Ummi Ummair said,

    June 17, 2010 at 5:08 am

    Catlina..sori ek hari tu tak dpt jmpa.InsyaAllah lain kali k..rasa ralat jgk tak dpt jmpa E-ein..si budak comel.hehe..


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: