Adik E-ein?

Baby siapa ni?comel kan?Nama dia Muhammad Hakymie Samjis Bin Hadi Samjis.Little prince of Miss Shazreen @ Mrs Shazreen, my long time friend dari sekolah menengah dulu.Sebenarnya dah lama lost contact, jumpa balik masa ku sedang bloghop ke blog ni tahun lepas tak silap :)..

Reen and husband, tahniah for having such a lovely and cute abby boy…:)

Digital Scrapbooking at WiddlyTinks.com
Scrapbooking Photo Tinks by WiddlyTinks.com

Advertisements

How to get pregnant?(For married couple only!)

Perutku..masa ni 6 1/2 bulan preggie..

Oppss…ini bukan entry 18sx yer..to those with pervert thinking, mintak maap ye….ini blog bercorak kekeluargaan :).

Lately dan sebelum2 ni lagi, ade lah beberapa orang kawan ask me about me getting E-ein before….sebab sebelum ni ku senasib dgn kawan2 yang lambat preggie…aku pregnantkan E-ein after 2 tahun lebih kawin.Sebelum tu sedara mara , kawan selalu tanya bila nak pregnant, bila nak bertiga?Berbuih gak mulut nak jawab huhuhu..siap ade yang tny, ko merancang ke?hisyyy!

Tapi..semua tu rezeki kurniaan Allah, alhamdulillah…


Ku suke tgk preggie mommies smpi sekarang..
mereka selalunya nampak lovely,sweet dan berseri-seri…

Ada yang tanya, ade makan apa2 ubat/jamu ke?Makan guna Biodex ke?Take special meds to get pregnant?Tak…memang dah rezeki.Tapi utk kawan2 yang sedang mencuba di luar sana,I want to share this bg mereka yang tak tau atau samar2 pasal ni…. sebanyak mana anda tahu tentang kitar haid anda?Tau tak tentang waktu subur ?Tau tak bila waktu anda subur?

Period.Menses.Haid.Bendera jepun.My aunty come to visit.Cuti.Uzur.

Berbagai istilah bagi benda yang satu ni.Kitar haid yang normal ialah 28 hari…ade yang terkurang dan ade yang terlebih.Bagi mereka yang mempunyai kitar haid normal/tetap, agak mudah utk mengira bila kah harinya anda akan menjadi subur…Kiraan bagi setiap kitar, bermula dari hari pertama bleeding period yang biasanya berlangsung selama 3-7 hari.Dari tarikh anda mula period bagi bulan tersebut, hari ke 14 atau ke15 adalah hari sel telur wanita(ovum) dilepaskan.Itulah waktu subur anda atau juga dikenali sebagai proses ovulation.Tetapi ovulation ini juga berbeza2 bagi setiap wanita,maka anda disarankan memanjangkan waktu hari subur ke 2 hari sebelum, ke 2 hari selepas.Jadi, hari subur anda berkemungkinan jatuh mulai hari ke 12 hingga ke hari 17.

Tulisan hari 14 bertanda merah: waktu subur/ovulation/telur dikeluarkan

Bagi yang mempunyai kitar haid tak tetap, don’t worry, rezeki itu ada, dan tidak semestinya kalau ada irregular menstrual cycle, anda tak boleh mengandung!Leh rujuk sini.Atau nanti ade masa, aku wat post pasal tu pulak ye..

Tahukah anda sel telur lelaki iaitu sperma boleh hidup selama 3 hari(72jam) dalam salur peranakan wanita?Manakala sel telur wanita iaitu ovum pula, cuma boleh hidup selama 24jam -48 jam sahaja selepas dikeluarkan oleh organ bernama ovari.So, anda boleh kongsi maklumat ni with ur hubby, so that he knows when is hari subur anda !

Dan bagi yang tgh mencuba, amalkan pemakanan sihat, jangan stress, ini bukan utk anda je, tapi utk pasangan anda gak…ask ur doctor about supplement to take contohnye,Folic Acid yang berperanan untuk pembahagian dan perkembangan sel serta DNA.Za t besi (Iron ) juga bagus utk menambah darah sebab kalau supply darah kat diri sendiri pun tak cukup atau cukup2 aje, camno nak bekalkan utk baby dlm perut tu?

Artikel kat sini pun menarik utk dibaca: Baby choice:Women fertility

Tahukah anda, you can get free menstrual and ovulation calendar /calculators/predictors from some websites?Can choose below too, sy dah tolong carikan!So anda tak yah susah2 kira sendiri, dah dikira automatik, but perlu diingat, calendar ini adalah 80-99% tepat..not 100%!Sayugia diingatkan juga, ada byk cara utk predict waktu subur iaitu melalui suhu badan, kelikatan mukus serviks , ovulation test kit dan lain2 lagi….banyak boleh dibaca di buku atau pun boleh surf kat internet :)…

Free ovulation calendar 1
Free ovulation calendar 2
Free menstrual calendar 1
Free menstrual calendar 2
Free ovulation calculator 1

**perlu diingat info di atas adalah berdasarkan pembacaan dan pembelajaran saya…I’m not a human doctor, but I know these things readily during my vet studies…sila rujuk pada doktor /gynaecologist masing2 k :)….

Baby leg warmer crazee…

Aunty2, E-ein kan nak share dgn aunty ni..Mama saya tgh excited, baby leg warmer yang dia order dah sampai..syaya pun syuke juga…lawa2..mama kata ini baru first batch..ade lagi pas ni..waaahhh!Mama beli kat sini.

Eh mama nape amik gambar kaki E-ein je?
Gambar2 kat bwh ni, amik dlm kete otw balik umah tok makan petang tadi.E-ein duk umah tok mak mulai mlm ni sebab esok Mama nak gi seminar kat UPM,Serdang..lusa baru mama balik…

Gmbr kaki lagi.Sama tak?

Mama kata membaca amalan mulia, sebab tu E-ein suke baca buku kat mana2 je..

E-ein rindukan mama lah nanti huhu…(abaikan kain buai tu, E-ein wat main jap dlm kete hehe)

Siapakah mereka?

Geramnyeeee!Comel2 belaka! Klik sini dan sini kalo nak tau sape dia anak2 comel nih!(bestnye kalo diorg sume ni kat Kluang, leh wat baby photoshoot beramai2 hehehe 🙂

Kugagahkan juga menyiapkan senarai bayi/anak2 comel ni malam tadi…kul 11 mlm kepala dah ting tong dah kepala, pastu internet lembab lak..huhuhu…

Labor of love by Anne Geddes

Sumber:Andrew McMeel

Mungkin korang pernah tgk gambar ni kat internet dan pernah download sekali.Korang terpikir tak macamane gambar ni diambil?Mungkin ramai yang kata, teknik superimpose atau edit pakai photoshop.Sebenarnye tak.Memang baby ni kecik sebab lahir pada 28 minggu kehamilan ibunya. Anne Geddes ialah photographernye.Beliau mmg tgh wat projek tentang gmbr baby yang kecik2 ni , sampai dia request kat NICU hospital2 utk dapatkan calon2 bagi model baby ni.Dan akhirnya beliau jumpe dgn keluarga baby ni, yang mana gambar ni diambil sejurus sebelum baby ni diizinkan pulang ke rumah setelah berat badan mencecah 1 kg. Tangan yang memegang pulak, milik seorang anggota bomba yang mana direquest oleh Anne sendiri di balai2 bomba.Yang kelakarnye, isteri anggota bomba ni yang beria2 bwk suami dia gi screening, sedangkan pemilik tangan ni sendiri malu nak pegi sendiri.Dan studionye dibuat di hospital itu sendiri, di dalam bilik yang kecil dan hangat supaya baby tu tak kesejukan.

Yang ni pulak gambar baby ni bila berumur 12 tahun, namanye Maneesha.

Kagum giler aku! Best kan bila dah pro..ni pulak antara hasil2 kerja Anne.Beliau mmg suka buat tema ala2 fairies, bunga2, bunny dan lain2 yag comel2.Anne menggambarkan dirinya sebagai baby freak!Oh ye, Anne Geddes juga merupakan baby clothes designer!Sangat2 multitalented!

Celine Dion tu!

Source: Anne Geddes.com

Cerita penuh, baca kat sini.

Apa itu APGAR Score?

Korang penah dengar atau tengok APGAR score?Biasanya baby yang baru lahir, doktor akan catitkan APGAR score ni kat kad kesihatan baby tu…E-ein skor 9/10 selepas lahir.Baby korang pula dapat skor berapa?Cuba cek medical kad anak2…mesti ada punye, dicatit selepas baby korang lahir….

APGAR score bermaksud satu metod yang sangat simple dan mudah dilakukan bagi menilai tahap kesihatan bayi yang baru dilahirkan (
a simple and repeatable method to quickly and summarily assess the health of newborn children immediately after childbirth) .

Dr. Virginia Apgar


APGAR score dipercayai dicipta oleh Dr. Virginia Apgar, seorang pakar bius kanak-kanak pada tahun 1952.Skor APGAR adalah dari nilai 0 hingga 10.Lima kriteria berikut diambilkira. (Appearance- rupa, Pulse-nadi, Grimace-mimik muka/respons, Activity-pergerakan, Respiration-pernafasan) yang mana juga digunakan bagi singkatan nama APGAR itu sendiri.


5 kriteria APGAR Score:


Cara kiraan: sekiranya kesemua skor APGAR mendapat nilai 2, maka 2 x 5 skor = 10/10. Kalau setiap satu skor APGAR itu 1, makan akan dikira 1 x 5 = 5/10.

Penilaian APGAR score dilakukan antara 1- 5 minit selepas bayi dilahirkan dan akan diulang beberapa kali sekiranya skor itu rendah.


Skor 1/10, – 3/10 bermaksud sangat rendah dan bayi tidak sihat.
Skor 4/10 – 6/10 tahap kesihatan bayi sedikit rendah.

Manakala skor 7/10 – 9/10 dinilai sebagai bayi yang amat sihat.

Skor 10/10 jarang dicapai kerana setiap bayi akan kelihatan sedikit cyanotic (kebiruan) selepas lahir.

Bagi bayi yang mencapai skor 1/10 – 3/10, APGAR score ini akan diperiksa oleh doktor setiap 5 minit.Sekiranya ia masih tidak meningkat selepas 30 minit, kemungkinan kecacatan saraf telah berlaku serta peluang bayi menghidap cerebral palsy meningkat.Wallahualam..


~sumber dari Wikipedia~

Cerita 18 Jun….

Things that happened on 18 jun, Khamis lepas..

KUDA

18 Jun, hari Khamis ari tu aku g KL..atas urusan kerja…ade meeting kat Hq Putrajaya, kul 2.30 petang.Bertolak kul 8 pg coz,my colleague Dr Zana ajak g tengok kuda yang baru sampai kat KLIA. Welcome to our new family member!Tristram Hill nama kuda tu, dari Australia. Kata my other colleague , Dr Donny, balik nanti kita kasi name melayu, kita panggil dia Bukit!!! tih tih tih!


Tristram yang encem!punyelah tinggi!

ALAMANDA
Pung pang pung pang kat KLIA (heh macam kecoh benar je..)..tgk2 jam baru kul 11.30 pagi…jalan2 kat Alamanda..mula2 ingat nak cuci mata je..sekali ‘ter’ belilah pulak..adelah shopping sket (mostly utk E-ein – abah E-ein punye takde hehe)..salah satu barang yg aku beli…pacifier Avent, kawan2 asik sebut2 n rekemen Avent..try belilah 1 pair( sebelum ni aku dah beli yang brand Anakku, takpelah, kite mmg nak yg terbaik utk anak2 kan..).



BABY HAMKA

Abis meeting kul 5ptg, aku ajak kawan2 singgah umah my best friend, Dr Nurul Ain. Sebabnye…Ain baru melahirkan baby boy, Hamka Azami bin Sahrizal ..anak kedua pasangan bahagia ni, alhamdulillah.Masa pregnant, macam2 dugaan wat Ain, antaranye kene chikugunya , berat bdn lmbt naik..tapi alhamdulillah all is well..Tahniah Ain & Rizal! Aku dah terbiasa dukung E-ein yang dah 5 kg lebih, bila dukung Hamka rase ringan jek..:) Hamka is born on 15th June 2009, 3.2 kg….



All in a day’s work when i’m outstation
..huhuhu smpi umah 10.30 mlm…melepek!wuhuhuhu…

(Pre)Majlis Akikah & Potong Jambul Part 1: Irfan & Insyirah

Baru berpeluang nak masukkan gambar sekitar majlis akikah E-ein 12 Jun baru2 ni….aku update ni selepas call mak mertua bertanyakan pasal dak tecit tulah.Mak kata E-ein dah pandai isap puting @ pacifier tu..siap tak lepas selagi dia tak tido.Meragam dah kurang.Menyusu pun dah ok sket..Betullah kata artikel kat bawah, baby sekitar 2 -4 bulan ni urge to suckling sgt kuat.Lagipun itulah cara baby untuk comforting diri sendiri.
Semalam checkup kat klinik, berat E-ein turun dari 5.3 kg last month kpd 5.2kg bulan ni.Mungkin sebab dia baru lepas baik selsema, masa selsema tu kurang menyusu sbb E-ein tak selesa bila idung dia tersumbat.Risau betul aku smpi aku rasa kurang selera makan 2-3 hari ni.Sebenarnye E-ein ni, kalau tak de sakit ,mmg senang sgt jaga dia, especially lepas mandi atau menyusu kalau dia tak ngantuk, suke sgt ‘bersembang’..rindunye kat dia…tapi bila mak kata E-ein dah kurang meragam, lega sikit hati aku & Cg Fly.
Jom layan gambar E-ein dan dua pupu nye Mohd Irfan Firaz (5 bulan)….gambar diambil sebelum majlis potong jambul bermula.
Masa ni Irfan tgh disuapkan nasik lenyek….itu yg ade comot sket mulut dia
Irfan jeling – jeling..ai cium E-ein sorang je Aunty Yan(adik Cg Fly)?
My sweet darlin’ …
Ala…abang Irfan jgnlah nanes..mama E-ein amek gambar tu!
E-ein yang manis….mama suke tgk E-ein ketawa tau..
tak dpt sembang dgn E-ein, sembang dgn gambar pun jadik!!!
E-ein kasi pinjam menan E-ein yea…Irfan tak nanes dah…

Berita terkini!!

Heh jgn terperanjat..Catlina lum bersalin lagi wehhhh..lepas Isyak tadi dpt sms dari member baik iaitu Dr. Dobot..org umahnye dah bersalin..kul 3 & 3.30 ptg tadik..peh..two babies sekali gus!Tahniah Dobot! Aku & Cg Fly tumpang hepi..dgn segera kami nengok Flickr ko tuh..sejuk mata tgkkkan anak2 ko ni..chomel syangat2…& alhamdulillah sume selamat..mom & babies…

Hmm..Bot, bila tgk babies ko ni kan…aku & Cg Fly tak sabo nak tgk baby kami pulak…:) tahniah again Bot!Kem salam kat wifey okess…