Mama, saya lapar..

Buku ni aku beli masa otw datang kursus ni, kat News.com Seremban(R & R).Belum habis baca lagi tapi aku lebih tertarik kat bhgn resepi utk anak2 kat mukasurat2 akhir.Good writing, tapi bg aku, kalau boleh, bykkan lagi resepi kat dlm buku tu.Most resepi, aku dah pernah buat atau tgk kat blog kawan2 lain, kecuali sup tomato oat, ikan masam manis dan sup seribu sayur yg mana aku nak cuba kat umah nanti.Maklumlah E-ein ni ada skin allergy dan resepi yang ada byk pakai lauk ayam, yg mana E-ein tak boleh makan…Resepi pasta pun ada, tapi E-ein tak suka pasta dan pernah aku kasi roti(dah macam2 perisa try bg kat dia, inti kacang, inci butter, inti kelapa dll), terus dicampaknya!Anyway, syabas to Wardina Safiyyah, enjoy baca buku ni walaupun belum habis baca, dan teringin jugak nak menulis buku(ttg veterinar ler)..ada sape2 tau macamane nak publish buku tak?Lagipun tempat keje aku memang tgh nak terbitkan buku teks hasil tulisan staf2 kat sini…

Oh ya, kat sini pun kita leh cari resepi utk 1 tahun ke atas…klik ye:Excellence begins young

Akan balik Kluang jam 12 nanti…ho yehhhh! 🙂

Advertisements

Rona roni makaroni eh silap..macaroni cheese

Cepat dan mudah dari brand San Remo.Leh tgk sini utk tgk resipi mudah.Same brand cuma jenis pasta yang berbeza.Breakfast aku dgn Cg Fly semalam (Ahad)-see…aku malas tahap beruang kutub sekarang, nak masak yg mudah2 je hehehe..

Aku blend kasar2 utk E-ein(maklumlah dah ade gigi-nak masuk 6 btg dah)

Hmm..sedap hingga menjilat jari..(jgn percaya)

Bertuah E-ein nak makan makaroni cheese ni..Second try utk makanan western ni…satu suap, ok ,dia kunyah2, dia telan pastu sengih2.Dua suap, muka dah pelik, tapi mulut nganga lagi (sebab lapar kot).Masuk tiga suap dah tutup mulut rapat..geleng2.Aku terpaksa bagi dia makan roti potato dulu sebab nasi dia belum masak masa ni(baru 7.30 pagi)..sudahnye dia mkn nasi tghari ,sebab kenyang makan roti seketui.Hmm..cepatla gigi tumbuh semua, mama ajar mkn chicken chop nak?
(Jadual makan E-ein biasanya bubur nasi+sayur+lauk sikit , 2x sehari, pagi dan petang.Tghari dia makan macam2 contohnya, roti, biskut ,keropok ikan dan buah-buahan)

Mama, kaki E-ein lagi best lah hehehe

Oh macaroni!

Pagi tadi cikonon aku buat la sup sayur + makaroni utk bekal E-ein..asyik mkn bubur nasik je sejak umur 6 bulan, kang boring lak…bau wangi n semerbak sebab aku letak seulas bwg putih n suku hiris bwg merah nak kasi naik bau.Resepi amik kat internet, tak guna minyak pun ,just masukkan semua bhn n rebus lah smpi masak.Pastu biar suam sikit, blend kan tapi jgn hancur sgt sebab E-ein pun dah besar , kalau halus sgt nanti dia cirit birit lak.

Imej dari Yahoo search : http://www.blisstree.com/files/2009/05/macaroni.jpg

Dan, tghari tadi aku call pengasuh, katanye E-ein mkn sikit je, pastu dia luekkan semula.So, time rehat tghari tadi, aku masakkan sikit bubur nasi utk E-ein mkn petang..mujurlah ari ni Jumaat, rehat lama dan nasib baik lagi, umah aku mmg kat dlm ni (quarters)…

E-ein ni, mmg lidah Melayu la kot 😉

Imej dari Yahoo search http://i194.photobucket.com/albums/z73/taliaann112/macaroni.jpg

Bubur nasi kentang & brocoli

Menu E-ein today…aku masukkan brocoli pulak dlm bubur nasi.Kentang dah biasa masukkan dlm bubur ,biasanye aku sebelum ni selang seli bubur nasi carrot , bayam atau kentang je. Sekarang nak cuba pelbagaikan makanan E-ein.

Bahan2(3 hidangan)
2 genggam beras (basuh bersih)
2 “pokok” kecil brocoli }(hiris halus/cincang)
1/4 biji kentang }
air

Campurkan semua bhn di atas, rebus sehingga masak (nasi kembang, brocoli & kentang jadi empuk.Tapis atau kisar bila dah suam.Boleh juga dibekukan utk simpan, tahan 2 minggu.

**boleh tmbh sedikit isi ayam atau ikan bilis sangai jika suka.Ikan bilis disangai tanpa minyak hingga masak,diblend atau tumbuk.Leh tabur atas bubur atau masukkan sekali semasa nak memasak bubur.

Antara tips memperkenalkan makanan kepada bayi (4-6 bulan ke atas),aku jumpe kat internet
1.Beri mknan yg sama selama 7 hari berturut apabila memperkenalkan mknan baru.Ini untuk melihat sama ada anak anda alergik terhadap makanan tertentu.

2.Jika menggunakan pengisar, jangan guna pengisar yg anda guna utk memasak (blend cili kering , bwg,halia dll.Sediakan pengisar khas utk baby.

Menu E-ein:Carrot Puree dan Bubur nasi ayam & carrot

Resepi carrot puree aku amik dari blog Dhia.First time try buat, semalam dan bagi E-ein mamam pagi tadi.Kata pengasuh, E-ein suka.So aku buat lagi malam ni, bekukan dan simpan.

Carrot puree (aku guna 2 batang carrot je,cukup utk 2-3 kali makan)
Sesuai bg bayi 6 bulan ke atas

Resepi ni sesuai utk breakfast atau makan petang….

Bahan2:
Carrot atau baby carrot (dikupas,dipotong halus2)
sedikit air

Rebus carrot bersama air dalam periuk hingga empuk.Bila dah empuk, toskan.Biar suam sedikit dan blend.Campur sikit air kalau puree tu pekat sgt.

Kalau ada masa, boleh masak setiap hari.Kalau nak simpan pun boleh (bekukan & thaw bila nak guna).Simpan dalam bekas dadih atau bekas MomLittle Ones mcm aku.(bekas tu utk EBM sebanrnye tapi EBM takdok dah..)


Thanks Dhia, selama ni E-ein makan bubur nasi & utk buah, sy bg pisang ,sy keruk dgn sudu dan penah gak bg fruit puree Heinz ,sempat bagi 3-4 kali jugaklah.Tapi not good kan…sebab ade pengawet..terpedaya dgn tulisan no preservative kat botol nye…

Bubur nasi ayam & carrot
Sesuai bg bayi 6 bulan ke atas

Yang ni aku selalu masakkan utk E-ein sejak dia cirit birit tu.Alhamdulillah dia suka.Aku mmg masak sendiri utk E-ein,wpun pengasuh offer nak masakkan.Biarlah dia rasa air tgn mama dia, dah la aku ni selalu sgt outstation, itulah salah satu cara nak bonding dgn anak.Utk pengetahuan kawan2, E-ein makan Nestle baby cereal start umur 4 bulan setgh.Start umur dia 6 bulan lebih, dia sakit cirit birit agak lame jugak dlm 3minggu.Sejak tu aku tak bagi dah cereal.E-ein makan her mama home cooking setiap hari (tok mak cooking kalau aku g kursus heh)

Saiz Sajian: 3 x makan

Bahan2:
2 genggam beras
air
sekeping kecil ayam dipotong halus/cincang pun boleh (boleh diganti dgn ikan kalau suka)
1/4 batang carrot (potong kecik2, senang empuk)
kadang2 aku ganti dgn bayam atau kentang(E-ein tak suke sgt bayam, dia suke carrot & kentang)

Basuh beras bagi bersih.Campurkan semua bahan di atas, masak dengan api besar/sederhana dlm tempoh 45 min atau sejam kalau nak bagi nasi tu kembang lagi.Bila dah suam, kisar atau tapis (aku guna tapis).

**boleh gak beras tu dikisar dulu kalau nak cepat masak.Cara dia, tgk kat blog Dhia k?Setakat ni aku no problem masak cam ni (beras tak kisar)pagi2.Bubur nasi ni aku masak setiap pagi sebelum gi keje.

Bon appetite!
Next menu:nak try custard susu lak for dessert!

Siri bercakap dengan bantal :) aka she’s 5 months already!

Entry Autopublished(now i’m in Jerantut..woowowowo rinduuuu..)

Hari ni genap E-ein 5 bulan!(18.03.2009 – 18.08.2009)

E-ein & baby cot nya
yang dah dimekap2 ari tu,gambar ni diambil lepas aku balik BTN,baru sekarang sempat nak post kat blog….dia paling berkenan kat bantal peluk tu, siap sembang2 ngan ketawa dengan bantal tu…wonder what she’s thinking ye?

Masuk baby cot je terus capai bantal…

sesi hug hug..
main ciku cak…
ralit belek bantal…
sesi makan tangan..nyam nyam!
Pergi Hospital
Untuk pengetahuan semua, E-ein dah sihat, masa aku kat BTN dia dah beransur pulih, Cg Fly bawak g Hospital Pantai kat Batu Pahat…Doktor kata dia suspect E-ein kena urinary tract infection & prescribe antibiotik untuk E-ein…dan sekarang E-ein dah kuat minum susu, kalau dulu 5 oz susu leh tahan 4 jam untuk next meal, sekarang selang 2 -3 jam dia dah merengek2 mintak susu…& E-ein jugak dah diajar makan biskut Farley Rusk & Nestle Bijirin Beras Merah.

The baby who can’t wait!
Yep ,aku tau maybe ada yang tak setuju E-ein dah start makan coz E-ein baru nak cecah 5 bulan….tapi masa dia sakit tu dia nak minum air masak je,badan dia susut & mulai kurus,bukannya sebab susu tak cukup tapi dia sendiri tak nak menyusu langsung!kalau minum pun 1-2 oz je…Alhamdulillah sejak pandai makan, minum susu pun makin bertambah…E-ein cuma makan 2 kali sehari, pagi 1/2 biskut Farley Rusk yg dicairkan(kdg2 campur air, kdg2 campur dgn susu), dan petang, 1 sudu teh Bijirin Beras Merah tu campur 3-4 sudu air..janji dia sihat..tak silap akulah, dulu2 pun hospital kerajaan suruh bg makan kat baby mulai 4 bulan ke atas…cuma sekarang ni kempen breastfeeding smpi at least 6 bulan,yang mana aku tak berjaya coz E-ein dah reject aku seawal umur 4 bulan 1 minggu…my journey as a BF mother ended then….

Bagi aku, bergantung kepada bayi tu sendiri, kalau dia dah bersedia then it’s ok…..kita sebagai ibu bapa cuma ingin lakukan yang terbaik