How to feed EBM to baby

How to feed the frozen milk

  • Put it in the refrigerator for one night before you feed it. It normally takes 12 hours to defrost it in the refrigerator.
  • Thaw and/or heat under warm, running water.
  • Shake it well when it is separated into cream and milk layer.
  • Let your baby finish the bottle at a feeding if possible, and do not store it again for another feeding.
  • IMPORTANT: Don’t store it again if you thaw it.
Just a note for myself & to share dgn kawan2…
memang aku dah buat langkah2 mcm ni pun…EBM yang beku tu(aku letak dlm bekas dadih), dari freezer kat atas tu, pindahkan ke bhgn refrigerator kat bwh setengah hari,pastu thawkan dlm semangkuk air hangat/air panas…kalau E-ein tak abis minum..aku buang je..
..dah tak sesuai nak simpan semula..

Relaktasi: Sempatkah?

Stok EBM aku tinggal 5 bekas jek..huhuhu…sempat ke ni…rasenye stok ni abis dulu baru lah susu dtg balik..takpe2..think positive…jgn stress nanti lagi susu takmo keluar.Aku anggap susu ISOMIL yang E-ein minum skrg, bukan sebagai ganti susu ibu tapi as an ally dlm relaktasi yang aku nak buat ni….sementara nak tggu susu bdn flow smoothly again…Rom tak dibina dlm masa sehari kan…amin…

5 bekas jek tinggal..cukup utk 5x penyusuan..huhuhu..thn 2 hari je nih..(aku bg E-ein minum EBM waktu mlm je..)

stok pada bulan Jun (kenangan sungguh..tulah dulu taknak simpan byk2…dasar pemalas..dush dush kat kepala sendiri)

antara usaha..beli milkmaid tea yang dikatakan boleh merangsang pengeluaran susu…beli dari Momlittlesones,order kelmarin, smpi semalam(wow mmg cepat)..belum bancuh lagi,berbuka dah minum mcm2, tak teringat nak minum teh ni(kalau ok, nak beli satu pek..)hasil petang semalam…ciput je susu nye(hehe antara nmpk tak nmpk jek) huhuhu sedey..tapi kalau dah ade sikit tu..kira ada harapanlah kan..

usha2 breast pump letrik…harganya wow,ratus2 ade, riban2 ade ngeeee..(gmbr ehsan dari Momlittleones……Insya Allah akan ku beli juga..tgh mencari2 mane yg sesuwei dgn budget…

Relactation….a new hope?a new journey?

Aku nak mulakan langkah pump susu semula…alhamdulillah dapat dorongan dari Cg Fly dan juga mertua…dan juga aku dah mula bagi E-ein minum EBM yang masih berbaki dalam fridge pada waktu malam.(Dekat sebulan jugak aku tak bagi..sebab aku rasa penat & leceh nak thaw kan susu, nak hangatkan lagi…huhuhu..pemalas nye aku..)

Sebenarnye sejak semalam (30 Ogos)aku dah start…letih juga mengepam guna manual breast pump yg mmg sedia ada cap Heinz Camera.Tapi bila tgk ada lah 3-4 titik susu yang kuar pun dah cukup buat aku rasa hepi 🙂 …

Hari ni pulak, aku minum susu segar segelas dua lepas berbuka…before pumping, dah terasa breast mcm full, tapi masih juga 3-4 titik je yang keluar…aku pump juga sbb kalo berhenti, kang langsung takde…nak tunggu upgrade breast pump, lum tau lagi, dari aku menunggu & susu makin tak ade, pakai je la pump yang sedia ada..penat sikit lah tapinya…

Nak tanya kawan2 yang mungkin penah buat relaktasi ni…sekali sesi pumping nak pump berapa lame ye?biasanye aku tahan dalam 15-20 minit je, pastu surrender sbb tgn lenguh….lagipun masa susu masih byk dulu, aku pump dalam tempoh macam tu juga…

Stok EBM dan jenis -jenis susu ibu

Stok EBM ku..walaupun tak banyak sgt, tapi i’m still pumping!(sekali pump aku leh dpt 3-4 auns, sehari 4-5 kali pump).Masa ambil gambar ni separuh stok dah dibawa ke umah mak mertuaku….awal-awal E-ein tukar ke susu botol, aku ajar dia minum susu perah & EBM dlm botol.Pastu baru ajar minum susu formula (she’s on enfalac).Sedih tau mula-mula bagi susu botol kat E-ein .Kononnye nak fully BF 6 bulan, tapi tak berjaya…byk cabarannya nak simpan EBM (masa berpantang di rumah mertua , dah try simpan EBM tapi petisejuk nya tak berjaya membekukan susu aku tu -peti sejuk 1 pintu).So bila balik umah Kluang, aku gigih berusaha simpan stok.Sekarang E-ein tak berapa suka EBM dlm botol (she prefers the real thing!!!!)..tapi naluri suruh simpan gak..sayang la nak perah & buang (kecuali kalau aku g outstation, kene buang..huhuhu rugi rugi!).Kenapa aku simpan EBM?

1.instinct suruh.
2.EBM leh tahan 3 bulan bila dibekukan…hajatnye bila E-ein dah umur 6 bulan, maybe EBM leh dicampurkan dlm nestum/puri buah/buah lecek nanti…harap2 dia nak.
3.kalau E-ein demam, dia tak berapa suke susu formula, masa demam ari tu mak mertua aku byk kasi EBM dari susu formula, lagipun susu ibu kan penawar segala penyakit!

dan ini info yang aku copy paste dari blog Dhia ,terima kasih Dhia for sharing!

Jenis Susu Ibu

Dalam satu penyusuan, susu ibu terbahagi kepada dua bahagian, iaitu foremilk (gambar kiri) dan hindmilk (gambar kanan).Apa pulak foremilk…hindmilk nih?

Ringkasnya, apabila baby mula menyusu, dia akan mendapat susu awal (foremilk) yang agak cair mengandungi air yang banyak, kurang lemak dan tinggi karbohidrat berperanan untuk menghilangkan dahaga.
Akhir penyusuan baby akan mendapat susu yang agak pekat (hindmilk) dan sangat mengenyangkan sbb mengandungi kurang air berbanding foremilk dan lemak yang tinggi. Hindmilk ada kalori yg tinggi dan penting untuk beri tenaga serta tumbesaran baby.Kalau ikut mitos (kata org2 tua), sebelah kanan mknan, sebelah kiri air.Ini Salah, sbb kedua2 breast kita adalah makanan dan air dan kedua2nya ade foremilk yg menghilangkan dahaga dan hindmilk yg mengenyangkan.
Foremilk dan hindmilk ni kene seimbang kandungannya. kalau hindmilk lebih dan foremilk kurang boleh menyebabkan dehydration.kalau foremilk lebih dan hindmilk kurang, baby tak kenyang dan pembesarannya pun boleh terbantut.kalau baby meragam dan x puas hati, dia mungkin x menerima susu yang kaya dan berkrim atau hindmilk di hujung penyusuan.Cara terbaik perbetulkan masalah ini ialah dengan memberikan susu dengan sebelah payudara sahaja setiap kali menyusu.Cara ini dapat mempastikan yang baby menerima semua peringkat susu ibu iaitu foremilk dan hindmilk.Sebelah lagi, ibu boleh pam buat stok kalau baby xmo nyusu/ baby sudah kenyang.

Foremilk berwarna kebiruan dan kelihatan seperti air biasa.Hindmilk kelihatan lebih pekat dan berkrim kerana kaya dengan khasiat lemak.Baby perlukan Hindmilk untuk membolehkan berat badannya meningkat.Cara ini baik untk bantu baby yang kurang berat badan menambah berat badannya. Baby yang kurang berat badan sejak lahir memerlukan penyusuan yang kerap sepanjang waktu siang dan malam.Jenis susu ibu :
1.Colostrum – Terhasil pada hari-hari pertama selepas melahirkan. Ia berwarna kekuningan dan diperkaya dengan antibodi dan juga protein. Ini menjadikan ia sangat ideal bagi bayi baru lahir. Ia pekat kekuningan, kaya protein, antibodi dan vitamin juga mineral.
2.Transitional- Cair, berwarna putih. Komposisinya hampir sama dengan susu matang.
3.Susu matang – Lebih cair hampir kebiruan (foremilk) pada awal penyusuan tetapi bertukar putih apabila kandungan lemaknya bertambah (hindmilk).