Her third allergy attack&Flu

Hari Sabtu lepas, E-ein diserang alergi.Punca?dua keping nugget ayam…seminggu sebelum ni, E-ein pernah makan sekeping nugget ayam tapi tak ade ape2 lak masa tu.So, E-ein takleh makan ayam lagilah buat sebulan dua ni..Masa kejadian, kebetulan E-ein tak berapa nak mkn bubur nasi, so bila nampak Auntie dia mkn nugget, dia pun nak, tunjuk2 kat nugget tu..mula2 kami bagi separuh je abis, pastu dia abiskan satu keping.Dekat nak maghrib tu, dia makan lagi sekeping.Time maghrib, aku bagi susu dan perasan dia menggaru2 dgn ganas .Ade bintat serta lebam biru kat bwh dagu, pipi , dahi, leher dan ketiak.Nampak bintat2 mcm kena gigit dgn ulat bulu,nak gi klinik, masa tu kul 7mlm, klinik bukak 8.30 malam tapi since aku dah ade pengalaman sebelum ni, aku bagi ubat adik ipar aku (antihistamine-dipenhydramine, tapi utk batuk-kawan2 jgn tiru k, sy ade pengetahuan farmakologi-ttg ubat2an )..Berkurang sikit lah bintat2 tu, tapi kul 8.30 aku dgn adik ipar lelaki , gi gak ke klinik (Cg Fly gi mancing udang galah kat Mersing).

Kat klinik, aku cerita la kat doktor yang aku dah bagi antihistamine adik punya.Doktor kata ok, tapi dia bg ubat antihistamin(piriton) lain, mmg utk gatal2 lah.Suruh doktor cek dah kurang ke belum dan perlu ke bagi ubat lagi. Doktor kata, bagi ubat smpi gatal2 dan bintat2 tu hilang.Dah hilang, leh berhenti bagi ubat…

Ahad malam (malam tadi) E-ein dedar pulak..nak kata demam, bdn dia kejap panas, kejap biasa.Masa tido, panas pulak badan dia…baru je baik demam minggu lepas…cian dia…pastu idung dah bunyi srooot sreet srooot sreet..selsema lah pulak, E-ein ni jarang selsema , sejak lahir baru ni kali kedua dia selsema..aku rasa ni efek dari alergi hari Sabtu tu, antibodi dia down….

Dan pagi ni guess what?Dengan aku2 sekali demam dan selsema!(musykil, sape jangkit sape ni huhu)..MC lah jawabnye…kul 10 jap gi nak gi klinik sebab little princess tgh tido…baru lepas mkn ubat demam dia yang minggu lepas punye, tapi ubat selsema takde…(ubat alergi ade, tapi mcm tak berkesan lak utk selsema tu)

Gambar malam tadi:rambut dah panjang..nak potong, sayang lak…
Advertisements

Happy 6-month old E-ein!

Hari ni genaplah umur E-ein 6 bulan….bila tgk balik gmbr masa E-ein dlm hari, keciknye dia masa tu..skrg kalau diriba, berjuntai kaki dari riba Mama dia yang keding ni..hihihi…Esok kami akan bertolak balik ke Kota Bharu,Kelantan…5 hari raya kat sana pastu balik Kluang semula…to blogger2 BP (Kak Dzana,Kak Ana & Kak Cute Miut)..looking forward to visit all of you! 🙂

Muke concentrate tgk tv,siap menyandar kat bantal

Eheh dia dah perasan la Mama amik gmbr dia


Ingat tak aku cerita pasal E-ein kena eczema dulu?Dia dah baik sekarang, tapi eczema tu dtg on & off…nilah ubat2 yang E-ein pakai skrg…dekat sebulan gak pakai ubat ni & dipantau oleh doktor 2 minggu sekali.
Menurut pakar kulit yang kitorg pegi tu, susah nak ramal bila nak sembuh sepenuhnya, ada pesakit yg baik sendiri, ada yang berterusan smpi dewasa..harap2 E-ein dpt sembuh dari eczema ni ,tak melarat smpi besar nanti…cian tgk dia tergaru2 dgn naik ruam kat muka, menggelupas berair kat kulit tgn….doktor pesan, jgn guna mandian baby yang biasa tu, sbb E-ein alergik kat sabun…terpaksa la guna mandian yg doktor tu bekalkan..agak mahal tapi sebotol boleh tahan 6 bulan..


Ubat-ubat e-ein : ada krim siang,losyen malam & mandian…

Ruam

Petang tadi kami bawa E-ein ke klinik pakar kulit, sejak semalam muka & siku E-ein nmpk berbintat & kemerahan2.Aku g keje ari ni separuh hati jek..dah la pagi tadi kena ngajar surgery memandulkan kucing..haih…(masa wat surgery aku duk pikirkan pasal E-ein!).Malam tadi pun dia tido tak nyenyak sebab kegatalan.Bila aku bagi ubat antihistamine syrup(ubat dari klinik pakar yang 2 minggu lepas), barulah E-ein boleh tido dgn lena, agaknya kurang gatal la tu kot.Doktor pakar kata nothing to worry, dia prescribe krim utk hilangkan gatal. Aku tanya doktor tu, ke nak kena tukar susu lagi?Katanya tak payah….Aku suspect E-ein gatal sebab sejak 2-3 hari ni aku suke sgt makan udang goreng, udang sambal lah, udang celup tepunglah…Doktor kata maybe jugak so dia advise aku elakkan seafood sbb E-ein dapat alergi tu dari susu aku..hmm…aku mula2 tak percaya la benda2 ni tapi maybe jugak sebab baru 2-3 hari ni aku kerap mkn udang.Sebelum ni makan juga tapi tak byk lah.Sejak 2-3 hari ni aku lebih selera makan nasi kalau ada udang tak kira lah masak sambal ke goreng ke…takpelah E-ein punya pasal, tahan nafsu mkn udang dulu ler…

Lagi satu aku wonder juga, takkan E-ein nak bergantung kepada ubat2 jek bila tiap kali naik ruam?Kesian dia…

Lagi satu antara pesanan orang2 tua yang aku terima sebelum2 ni:

1.jgn minum ais, nanti baby selsema
2.jgn makan pedas2 sangat nanti baby sakit perut dan kembung

emm…sejauh mana kebenarannya tu ye?sebab sebelum ni aku penah baca satu artikel ni kat parenting magazine(aku lupa mjlh ape) …”susu ibu adalah makanan yang penuh keajaiban kerana ia tetap menjadi satu makanan yang berkhasiat & cukup lengkap untuk bayi tak kira apa pun yang ibu makan.Cuma dinasihatkan makan makanan yang berkhasiat untuk memperbanyakkan susu...”Camno tu?

Muka lepas mandi petang tadi , balik klinik terus sapu ubat, alhamdulillah nmpk mcm dah kurang…

Kesian dia..

Banyak betul peristiwa berlaku minggu ni..penat den!Patutnye aku amik cuti 1 & 2 Julai, nak spend masa dengan E-ein lebih lama, tapi kene g bengkel kat Fraser Hill la pulak masa tu.Masa aku baru je check in kat hotel, Cg Fly call, bagitau E-ein terseliuh bahu, mak antar g urut kat bidan(E-ein mmg jenis kuat meronta-ronta ). Adoi.. kalau dekat, nak jugak balik terus tengok E-ein…Cg Fly dan mak confirmkan E-ein dah ok lepas urut, lega sikit hati aku….
Balik dari Fraser Hill, bersiap2 nak amik E-ein esoknye..dan bawak g jumpe pakar kulit sekali sbb E-ein kalau menggaru, tersangatlah ” ganas”nye..sampai calar balar muka dia..mcm kene cakar dgn kucing!kalau dia dah gosok2 muka, sampai mittens dia leh tercabut!Untuk info, kali ni dah masuk kali ketiga bwk g klinik. Dua kali bawak g klinik biasa je…kali ketiga ni baru tergerak nak g klinik pakar, sebab e-ein asyik tergaru2 je dan ada tanda2 eczema kat kulit kaki dan tgn dia…

Macam mangsa dera je…

Menurut Dr. Surjit, owner klinik pakar kulit tu, E-ein ni alah pada susu lembu( cow’s milk allergy), sebab tu ada masalah kulit.So dia rekemen aku tukar ke susu soya atau lactose free milk. Dan juga Dr tu bagi krim sapu,losyen dan ubat minum .

Balik, aku study pasal milk allergy..Kesian E-ein, nape lah lambat detect yang dia alah susu lembu….Aku dengan Cg Fly dah suspect gak , pernah kami berkira-kira nak tukar susu lain tapi sebab dua klinik yang aku pegi sebelum tu kata, it’s ok, tak payah tukar susu..Sebelum ni aku pakai Enfalac, sekarang atas recommendation kawan, aku tukar ke Isomil.Memang enfalac tu susu terbaik, tapi tak sesuai utk E-ein rupanye…Rasa bersalah kat E-ein..bukan muka je calar, pergelangan tgn, peha pun calar dia garu..dua bulan tu she’s on Enfalac!Tapi lepas sehari disapu krim & losyen , nampak dah kurang dah eczema tu, dah kurang menggelupas dan kulit tgn dia mcm dah lembut sikit (sebelum ni kasar…). Mintak2 E-ein cepat sembuh!


Sehari selepas treatment, kulit pipi E-ein dah cerah & takde rashes dah..

Sedikit info ttg milk allergy & lactose intolerance..yang aku boleh simpulkan dari bacaan aku..nak share dgn kawan2..pengajaran , next time follow ur instinct, mothers’ instinct biasanye betul!!

Cow’s milk allergy
Disebabkan oleh tindakbalas Immunoglobulin E (IgE) dengan protein susu.

Tanda2:
Type 1: tanda2 pada kulit seperti eczema dan urticaria (E-ein kena jenis ni)
Type 2: muntah dan cirit birit
Type 3: kombinasi dua2 jenis di atas, adakalanya bersama masalah pernafasan

Colic (kembung) juga salah satu tanda cow’s milk allergy.Dalam kes serius, cow’s milk allergy boleh menyebabkan anaemia (ish…mujur E-ein tak sampai tahap ni..)
Pesakit juga akan mudah allergy kepada habuk, dan mudah kena selsema (huhuhu..E-ein kdg2 selsema..)

Rawatan: elakkan produk susu lembu selama 12-18 bulan. Biasanya pesakit muda (bayi dan kanak2)akan pulih sendiri setelah ‘berpuasa’ dari dairy product. Pesakit yang terkena allergy ini setelah dewasa biasanya tidak akan pulih dan perlu mengelakkan produk susu sepanjang hayatnya….

Lactose intolerance
Biasanya dihidapi oleh pesakit berumur 5 tahun ke atas.Disebabkan oleh kekurangan enzim lactase yang diperlukan utk mencernakan susu.Ia merupakan penyakit seumur hidup (life long disease).

Tanda2: loya, muntah, kekejangan perut,kembung perut.

Rawatan: elakkan produk tenusu.Ada juga terdapat enzim lactase yang ditelan dlm bentuk tablet, yang perlu diambil setiap kali pesakit makan/minum produk tenusu.