Kalau aku buat giveaway lagi..korang nak kah?


Teringin nak buat giveaway lagi….bercadang nak buat giveaway akan datang….cuma nak tau dulu kalau aku buat hadiahnye is(maybe) 2-3 mini photoshoot sessions oleh KedaiGambarKami, ada ke org nak?Dah lama idea ni ada dlm kepala aku..cuma tak sempat nak kemukakan jek..
Cadangan aku…
Hadiahnye:
KGK Mini Photography Sessions for FREE

1.Lokasi photoshoot ialah di sekitar Kluang…pemenang mesti by hook or by crook dtg ke Kluang..ngeh ngeh…budget lepas raya lah nak buat sesi ni pun.ada ke org nak berposing time puasa?kalau aku, hokey how liao jek!hehehhe..(oh ya..pemenang kalau tak dapat datang, leh gak hadiahkan kepada saudara mara atau kawan2 yg ada di Kluang).

2.Cara nak pilih pemenang: LUCKY DRAW BASED GIVEAWAY.Malas nak handle kontroversi2 sebelum ni hahahaha!mcm glam sgt jek hihihihi..Akan ada 2 @ 3 atau lebih pemenang…cdgn tempoh session maybe dlm 30 minit – 1 jam.So kalau boleh, nak settlekan semua sessions tu dlm satu hari!

3.Kalau sambutan hangat, aku nak buat giveaway ni monthly.Mungkin akan ada tema bagi setiap bulan.

4.Pemenang akan dapat 1 CD mengandungi soft copy gmbr2.Kalau aku rajin aku akan cucikan lah 4-5 keping wokeyyy…

Tema2 yang bermain dlm kepala otak aku ni:

Maternity
Family

Children

Couples

Later ok….will update soon after dgr korang nye pendapat..kalau takde org nak, aku tak buatlah :)..

oh ya…bila lalu kat railway Kluang, ada angan2 nak shoot gmbr kat sana…nantilah..kalau ada masa..:)

Some of our portfolios

Next Photoshoot: Awjan’s sister.Patutnya last week tapi tergendala sebab they went for a wedding reception :).

Very sweet surprise!

Menang gelang kristal(satu, bukan tiga2 kat atas tu heheh).. dari Mama Cira masa teka Gambar Cira tgh buat apa.Yang menariknya,nama penuh Cira iaitu Nur Fatihah Insyirah, sama hujungnya dgn nama E-ein (Nur Dayana Insyirah).Lagi best, aku pun dah lupa yang aku ada take part sampailah MamaCira @ Rini contact aku via facebook (masa aku cuti jaga E-ein demam ).Thank you..


Menang hadiah bagi Top Commentators kat blog Rose.Yeay!Dapat keychain dari Ganung!(err..kepok losong takdok ko Rose?)Thanks Rose and Rafiq!

A very sweet surprise utk awal Mei ni..:)

Hadiah-hadiah on the way..

Bakal diposkan esok pagi, Insya Allah….tunggguuuuu!!

Key:

1.Nurul Baizura-pemenang hadiah misteri KedaiGambarKami- Aivee Emart Best Photo Contest
(bungkusan Nurul tebal sket sebab ade 2 buah photobook yang dia order , aku hantar sekali dgn hadiah..

2.Mama Aerish – pemenang hadiah misteri KedaiGambarKami- Aivee Emart Best Photo Contest

3.Mama Umar – pemenang Kategori A Nur Dayana Insyirah’s First Birthday Give away..

Tahniah sekali lagi!!!

Selingan:

Hubby ku Cg Fly pernah bertanya..”apa yang awak dapat bila wat contest pastu bagi hadiah byk2 kat org neh?Jawapan aku…”kepuasan..gembira dapat happykan org! ” :)….

…bagi aku…we get what we give 🙂 and what we give, we get back(ahaks belasah jelah..)…….renung2kan….:) good nite sume….

Prizes Revealed:Hadiah-hadiah Nur Dayana Insyirah’s First Birthday Giveaway..

** E-ein demam today..dah bgtau pengasuh kalau semakin panas bdn dia , call aku, aku nak bwk ke klinik..pagi tadi dah kasik ubat demam baki yang bulan lepas..hopefully E-ein tak de ape2..makin kerap pulak dia demam skrg ni..

Hadiah bagi Kategori A (1 pemenang)

1 x U.S. Softplay First Word Block Cloth Book
1 pasang leg warmer jenama Combimini “I luv Mum”
(Pemenang boleh pilih samada nak Rainbow Stripes atau Black and White Stripes)

Hadiah bagi Kategori B (1 pemenang)

1 x Voucher @ Gift Certificate Snuggbaby bernilai RM50 !
(pesanan dari Snuggbaby dan sy: voucher ini bukan sponsor dari Snuggbaby,
ia dibeli sendiri oleh sy..)

Sah utk semua produk Snuggbaby ( mengikut available stock)
Expiry date : 5 bulan selepas tarikh pengumuman pemenang.

Cadangan produk yang boleh dibeli menggunakan voucher ini
(voucher boleh diguna 1 kali shj ye):


1.Snugg Diaper Clutch = RM50 – (voucher)Rm50 = RM0 (Save RM50!)
2.Snugg Pouch Sling (basic)RM95 – (voucher)RM50= RM45 (save RM50!) 3.Snugg Ring Sling(basic) RM105 – (voucher) RM50 =RM65 (save RM50!)

4.Snugg Mei Tai (basic)RM160 – (voucher) RM50= RM110 (save RM50!)

Harga bg produk Snuggbaby di atas tidak termasuk pos.
Semua gambar di atas (voucher, diaper clutch, RS, MT dan pouch sling adalah hak milik Snuggbaby.com)

Special thanks to Liza Yaakup, Owner Snuggbaby.com yang byk membantu dlm proses pembelian voucher n (wink, wink!)

Owhhh!sy rasa jeles dgn bakal pemenang nih!haih!..good luck moms and dads…I still couldn’t decide the winners..sabar ye..(ku tgh eyeing Mei tai ni huhuhu)

Catlinaflybaby Presents " Nur Dayana Insyirah 1st Birthday Giveaway"

My baby E-ein dah mencecah satu tahun today(tepat jam 12 tgh mlm ni, but she was born on 7.26pm time azan maghrib on 18th March 2009 to be exact!)!Alhamdulillah…sekejap je setahun berlalu…then, mama E-ein rasa bermurah hati nak anjurkan give away ni, sebagai penghargaan buat pengunjung blog mama dan E-ein ni.

Mudah je…ada 2 kategori bagi give away ni sebab ada 2 hadiah!

Kategori A:

1.Peserta wajib ada blog sendiri.Copy dan paste banner giveaway beserta link ke blog ini,pada side bar blog anda.
2.Then, just tinggalkan komen dan url blog anda pada ruangan komen giveaway ini okeh?Nyatakan anda menyertai kategori A.Senang kan?
3.Satu hadiah misteri buat pemenang, akan ditentukan oleh cabutan bertuah by the birthday girl (harap dia tak masuk mulut lah kertas undi tu)…kalau anda dapat agak, sy gilakan barangan baby yang mana, maybe dah dapat teka apa hadiahnye! 🙂 suspens..suspens…oh ya, takde limit umur anak, mahupun umur mak , ibu-ibu atau bapak-bapak dlm kategori ini hihihi… 😛
4.Syarat tambahan: Peserta luar dari Malaysia leh join, tapi kos pengeposan hadiah ke luar negara hendaklah ditanggung sepenuhnya oleh anda sekiranya menang!

Kategori B:

1.Peserta musti ada blog sendiri jugak!Copy dan paste banner giveaway pada side bar blog anda.
2.Buat satu entry khas tentang giveaway ini bertajuk: “Nur Dayana Insyirah 1st Birthday Giveaway”. Jangan lupa copy paste banner giveaway dlm entry tersebut.
3.Since Mama E-ein sangaaaaaat suka pada babywearing, anda perlu upload satu gambar anda dlm aksi “babywearing” bersama anak anda, samada menggunakan ringsling, Mei Tai, pouch sling atau lain2 jenis material babywear moden atau tradisional.Upload gambar je, tak perlu story mori pasal gambar tu, unless u want to!Gambar baru atau lama2 , boleh aje!, tapi mesti anak sendiri, bukan anak orang mahupun anak patung!No limit bila tarikh anda amik gmbr tu ye?Dan juga no limit berapa umur anak anda sekarang.Janji gambar terang /clear!**Jangan lupa mention nama dan tarikh lahir anak ye..:)
4.Tinggalkan permalink/link entry tersebut pada ruangan komen dan nyatakan anda menyertai Kategori B.
5.Juri adalah rahsia (maybe seorang atau dua).Keputusan adalah muktamad!
6.Ada satu hadiah bagi kategori B iaitu jeng jeng jeng….something from Snuggbaby.com! Rasa2 ramai babywearing moms dah tau apa produk2 Snuggbaby ni kan? Dah menang nanti baru dapat tau ape dia bendanye heheh… Kasi suspens sket!

**Syarat Khas, sayugia diingatkan, anda boleh menyertai satu kategori sahaja…kalau dah masuk Kategori A, tak leh masuk dah Kategori B, dan vice versa!

Giveaway bermula dari 18 Mac 2010 sehingga 31 Mac 2010!*

*Tamat pada jam 12 midnight, 31 March 2010

Double happiness: She’s well now & Buffered earning ke-18!

Alhamdulillah, E-ein dah sembuh, baru petang ni…Malam tadi lepas mamam ubat dia muntah, rasenye bukan sebab sakit, tapi sebab dia tak suke ubat batuk yg aku kasi tu…Thanks kepada semua kawan2 yang mendoakan kesihatan E-ein…

Dan bulan ni bulan Mac, dan aku dapat buffered ke-18 dlm bulan ni.Baru cek semalam.Kebetulan pulak, 18 Mac(esok) ni first besday E-ein .Thanks Nuffnang!

Suka makcik hihihi..baru minggu lepas post entry, dapat 8 buffered earning masa tu…

**PSSSTTT: teringin nak buat giveaway sempena birthday E-ein, tapi belum confirm ape ke jenis give away tu…hadiah dah ade plan dlm kepala dah ……cadang nak wat yang mudah2 je:)..kawan2 rasa camne?Leh cadangkan tema(dan hadiah) yang sesuai?

pssstt…pemenang leg warmer free!

Since masa sy nak buat cabutan ni my baby E-ein dah tido, so mama dia guna random.org lah ye..nak tunggu esok, dah basi lak giveaway ni..so, ini dia senarai peserta yang menyertai my simple giveaway ni

1.@e_da (http://lakaranhatii.blogspot.com/)
2.ezan (http://mareamysarah.blogspot.com/)
3.ely (http://mrspapi.blogspot.com/)
4.queen (http://desirequeen.blogspot.com/)
5.drhanie (http://drhanie.blogspot.com/)
6.nurul baizura(http://nurulazhamsfamily.blogspot.com/)
7.shareen(http://celefinwe.blogspot.com/)
8.naya(http://naayaaa.blogspot.com/)
9.kak dzana(http://dzanariah.blogspot.com/)
10.sirna(http://sambalkicap-sirna.blogspot.com/)
11.zai kulim(http://zaikulim.blogspot.com/)
12.taufidris(http://taufidris.blogspot.com/)
13.syakila(http://nurnuha-syakila.blogspot.com/)
14.juniza(http://blogjuniza.blogspot.com/)
15.sarah(http://sarah-rinduselalu.blogspot.com/)
16.ayuselalu (http://ayuayu101.blogspot.com/)
17.izancute(http://izancute.blogspot.com/)
18.contest(http://usharapa.blogspot.com/)
19.ina sepi(http://inasepi.blogspot.com/)
20.inahassan(http://inahasan.blogspot.com/)
21.segalanya kuterima(http://segalanyerkuterima.blogspot.com/)
22.farhanah(http://farhanahmudzir.blogspot.com/)
23.chugie(http://iezmierah.blogspot.com/)
24.cg jue(http://aldenhope.blogspot.com/)
25.ena(http://zh-bucuk.blogspot.com/)
26.cuppycakemommy(http://honeybunsugarcup.blogspot.com/)
27.uda(http://coretanuda.blogspot.com/)

dan pemenangnya:

No.23

iaitu..chugie!

Tahniah!Random org ni sy cabut sekali je tau, takde dua, tiga dan seterusnye..fair and square!To Chugie,sila email ke catlina7@yahoo.com utk redeem hadiah anda k.Thanks kepada semua yang sudi join..kalau tak menang kat sini, cuba try join contest kat KedaiGambarKami lak k..hadiah kat sana lagi uuummmpphh!

psssstt…nak leg warmer free tak?

Dateline is 6th March 2010.Join now!

Dalam keghairahan membeli leg warmer, rupanye aku ade beli terlebih huhu…leg warmer rainbow ni, lagipun E-ein dah ada 2(satu mama beli, satu Mummy Ayu bagi..)…

Since bulan Mac ni amatlah istimewa kerana merupakan birthday 2 org kesayangan ku ( E-ein- 18Mac 2009, Cg Fly-19Mac..),so Mama E-ein bermurah hati nak bagi satu kat kawan2 E-ein and spread the “loveness”(ade ke perkataan ni :P) of wearing this leg warmer….Senang je, ni bukan contest tau..just tinggalkan komen “ Catlina,sy nak leg warmer rainbow tu!” kat ruangan komen , dan cabutan akan dibuat pada Hari Ahad ni, 6 Mac 2010.Sukacita diingatkan leg warmer ini juga bertindak sebagai arm warmer, so semua peringkat umur anak2 sehingga remaja pun boleh pakai tau bila dah tak muat kat kaki!)

Ni lah rupa leg warmer nye..

Ni pulak model leg warmer…( abaikan rambut serabai tu..mama dia tak pandai nak ikat maklumlah anak bongsu, mane ade adik nak ikat2 kan rambut?kene belajar nih!)

Free punya…

Autopublished entry:
I’m now
away until 26th Feb 2010 coz I have a seminar in Penang
but do visit my blog, I’ll will visit you later k!

tadaa….tekalah ape yang free..

oh no! no!bukan budak ini yang free 🙂
penat lah sy bwk dia for 9 months pastu nak bg free kat orang hehehe

ni ha bendanya…hasil pengumpulan setem Big Headz Guardian…gajah gajah gajah (nyanyi mcm sin chan tapi ni bukan gajah sin chan tau hihi)

masa ni setem belum penuh…dah penuh 40, dapat lah redeem si gajah ni..

shayang sket kat gajah mmuuaaahhh..mama miss you E-ein..
semalam balik dari opis, mama lupa E-ein kat kampung,
mama duk teringat nak gi amik E-ein kat umah babysitter uhuk huk..
tak sabar nak balik(heh sampai pun belum!)

Siapakah mereka?

Geramnyeeee!Comel2 belaka! Klik sini dan sini kalo nak tau sape dia anak2 comel nih!(bestnye kalo diorg sume ni kat Kluang, leh wat baby photoshoot beramai2 hehehe 🙂

Kugagahkan juga menyiapkan senarai bayi/anak2 comel ni malam tadi…kul 11 mlm kepala dah ting tong dah kepala, pastu internet lembab lak..huhuhu…

« Older entries