Marble cheese brownies(lagi!) dan the marbling method!

Yezza…buat marble cheese brownies (kali ni tanpa dulche de leche)lagi atas permintaan kawan2 yang turun berseminar kat tempat keje aku ni….end product tak sempat nak amik gmbr sebab lepas masuk peti sejuk, cepat2 potong masuk tupperware , bagi kat diorg!Ada yang tny mcmana nak buat marble ni, so aku nak share ape yg telah aku belajar kat tenet melalui blog kawan2 yang pernah buat marble cheese brownies ni.

Buat beberapa garisan atas cheese layer menggunakan baki brownies coklat.

Lorekkan secara menegak atas garisan coklat tadi.Buat sampai habis ke penghujung loyang.

Lorekan pertama

Lorekkan kedua(arah berlawanan dari yang pertama).Loreklah sampai habis ke side loyang yg sebelah lagi

Siap!Leh masuk oven!(tgn ku masih keras weh!huhu!)

rupa bila dah masak dan dipotong….(gmbr lama)

Advertisements

Marble Cheese Brownies with DDL


Tarraaa….ni lah projek pagi tadi..masa E-ein tido, sempat aku menggodek kek ni ..sebenarnya E-ein masih tak sihat ni…aku pun dalam dilema nak cuti ke tak esok…tak sampai hati nak hantar dia ke pengasuh bila dia tak sihat..

Okess…jom layan cheese brownies ni dulu…resepi campur2an..aku main belasah jek.Kalau ada yang perasan, aku ni gemar buat kek coklat dan cheese…huhu..kek lain, tak teringin lagi nak membuatnye…lagipun Cg Fly pun mcm aku…suka choc and cheese.

Cookies basetak buat pun takpe,aku letak supaya dulce de leche(DDL) tak jatuh sampai dasar loyang
10-12 keping biskut marie coklat
100g butter(dicairkan)

Gaul bahan di atas hingga sebati.
Lengserkan loyang kek (bulat boleh, empat segi pun boleh) dgn butter.
Letakkan bahan tadi dalam loyang, mampatkan.
Tutup dgn plastic wrap dan masukkan dlm peti sejuk sementara menunggu adunan brownies dibuat.

Brownies-rujukan dari Kak Hana, Along Roz
200g coklat masakan
1/2 cawan serbuk koko-tak ada stok kat umah ku
250g butter
1 cawan gula (aku letak 3/4 cawan)
3 bijik telur sederhana besar
1 sudu teh esen vanilla
3/4 cawan tepung gandum
dulce de leche – jika suka
badam cincang- jika suka

1.Cairkan coklat dan butter secara double boiler.Selepas cair dan berkilat, masukkan serbuk koko, kacau sebati.Ketepikan.
2.Pukul telur dan gula.Masukkan esen vanilla dan coklat cair tadi.Pukul sebati.
3.Masukkan tepung.Pukul sebati.simpan dlm 2 sudu besar utk buat lorekan pada cheese topping.
4.Tuang adunan atas cookies base tadi.Letakkan dulce de leche jika suka.Bakar dalam oven pada 175 darjah celcius, selama 20-30 minit.(hingga masak)

Cheese topping-amik dari Kak Hana
250g cream cheese
1 cawan gula
1 bijik telur
*takletak plain yogurt-(no stock)

1.Pukul cheese dan gula sebati.Masukkan telur dan pukul hingga berkrim.Ketepikan.
2.Bila bronies dah masak, tuangkan adunan cheese atas bronies.Ratakan adunan.
3.Pipe kan adunan bornies (baki) tadi atas cheese topping.Lorekkan guna pisau.
4.Bakar lagi selama 15-30 minit-sehingga cheese topping masak.
5.Tunggu sejuk baru potong.

Lorekan tgn aku yang keras..haih..

Lepas potong tak nampak sgt kehuduhannya hehehe

Nak beli payung comel?Klik lah sini!

When E-ein is sleeping….

Inilah projek aku pagi tadi nih!Skrg E-ein dah tido semula(tido tghari), so leh la update kejap…projek nak menghabiskan saki baki bahan2 kek kat rumah :)…Laporan resipi,rupa dan rasa lepas masak, next entry k..sekian terima kaseeyyyyy!!
Maafkan marble ku comot…first time maa….

Payung comel..payung comel..(klik )

Dulce de leche brownies

Aku dah lama geram dgn brownies ni sejak tgk kat umah Kak Hana.Hurmm…browniesnye yg rangup di atas dan chocolatey di dalam!Tambah pulak ada inti dulce!

Btw, brownies dulce aku mcm tak berapa best rupe dia, sebab dulce tu turun bawah la pulak huhuhu…

Resepi Dulce de Leche Brownies(C & P dari Kak Hana yea)

Bahan-bahan

  • 115g butter (aku main ptong je butter tu..about half dari sebuku yg 250g tu)
  • 170g semisweet chocolate @ coklat masakan
  • 25g serbuk koko ( aku letak 3 sudu besar )
  • 3 biji telur L
  • 200g gula – leh kurangkan
  • 1 sk esen vanila
  • 140g tepung gandum ( 1/2 cawan)
  • 100g kekacang – hana x ltk(aku tak letak gak-cg Fly tak suka kacang dlm kek)
  • 250g dulce de leche – hana kurangkan. main agak2 je amik gune sudu(samalah main agak2 jek!)

Cara-cara

  • Panaskan oven suhu 175. Sediakan loyang empatsegi berukuran 20cm. Alaskan dengan oven paper dan ketepikan.
  • Cairkan semisweets chocolate dan juga butter secara double boiler. Bila sudah cair, angkat dari api dan masukkan serbuk koko. Kacau sebati. Ketepikan sebentar.
  • Pukul telur menggunakan whisk. Masukkan gula dan juga esen. Kacau.
  • Masukkan chocolate cair tadi. Kemudian tepung. Gaul sebati. Last skali masukkan kekacang jika suka.
  • Tuang separuh adunan ke dalam loyang. Ambil dulce sesudu demi sesudu dan taruh ke atas adunan.
  • Tuang baki adunan ke atasnya dan bakar selama 35-40min.
  • Keluarkan dari oven dan potong square. Hidangkan.
Tambahan dari aku: Chocolate topping-kalau berbaki leh wat cicah roti atau biskut atau lempeng
1/2 cawan minyak sayuran

1/2 cawan serbuk koko

3/4 cawan susu pekat manis

1/2 camca kecil esen vanilla
secubit garam

Cara: Gaul semua bahan di atas hingga sebati dan masak atas double boiler hingga berkilat.Hias ikut kreativiti…aku memang surrender bab hias2 ni..hentam sajalah labu…oh ya, yeay!!brownies aku pon merekah jugeee!hahaha…

…Ingin mengabadikan kenangan terindah anda?
Kami bersedia merealisasikan impian anda!
KedaiGambarKami-Johor | Melaka | KL | N9 Family Photographer
Photobook & Poster Printing juga ada di sini!

Trifle Choc Cake II

Request khas dari my fren…stobewi takde dlm stok so aku gantikan dgn golden kiwi.Please bear with me since today sampai 3 entry serentak hehehe…ketagih nak berblog.Masa kat kampung takleh nak berblog huaaa!Ini 3 hari punya entry tau…

Trifle ku tak cantik tapi rasa dia best tau(bagi penggemar coklat dan cheese)..ikut je resepi gerenti menjadi!Resepi kat sini ye…

Ingin mengabadikan kenangan terindah anda?
Kami bersedia merealisasikan impian anda!
KedaiGambarKami-Johor | Melaka | KL | N9
Family PhotographerPhotobook & Poster Printing juga ada di sini!


Butter Pancake

Minum petang tadi…mudah giler nak buat,plus, bahan2 memang dah sedia ada kat umah bg mereka yang suka baking2 ni,..resipi dari Myresipi tapi aku copy paste dari Kak Inahar.Lembut, gebu dan rasa butter tu, wowwweeee!!!

Pancake
6 sudu besar butter ~ dicairkan
2 bj telur
2 1/2 cawan tepung naik sendiri
2 sudu teh baking powder- takde, aku ganti dgn 1 sudu teh soda bikarbonat
2 sudu besar gula castor
2 cawan susu segar
2 sudu besar jus lemon ~ optional-aku tak bubuh
secubit garam

1.Campurkan kesemua bahan dan blend hingga sebati.
2.Biarkan sebentar dlm 10 minit.
3.Masak pancake spt biasa hingga habis.
4.Hidangkan panas2.

Aku hidang dgn pancake syrup, boleh dibeli di mana-mana pasaraya :).

Catlina’s Baked Cheese Cake

Autopublished entry


Tempahan dari rakan sepejabat.Heh..aku buatkan sempena melunaskan keinginan seorg kawan yang mengidam cheesecake…..Aku pun dah lama juga tak makan cheesecake buatan sendiri, takpelah, weekend ni boleh buat.Settlekan kawan punya dulu ;)..anyway, jujurnye aku tak pueh hati dgn gambar2 ni sebab speedlite kehabisan bateri…wuwuwu tu yang gmbr gelap sket tu…pakai built in flash.

Resepi rujuk dari cheese cakes yang aku pernah buat dulu, sini dan sini.

Cookies Base
120g biskut marie biasa @chocolate (lebih kurang 12-15 keping – aku agak2 je..)
120 g melted butter

1.hancurkan biskut dgn blender
2.gaul dgn melted butter
3.tekan dlm loyang rapat2, pastu balut dgn plastic wrapper & simpan dlm fridge dulu smbil sediakan adunan kek….

Simple Cheesecake

Bahan-bahan ( Loyang 18 cm )
250g cream cheese
200cc/ml fresh cream @ plain yogurt (aku gune plain yogurt..)
2 sudu besar jus lemon(kalau tak mo masam sgt, letak 1 sudu je)
3 sudu besar tepung gandum(kalau guna tepung naik sendiri, dia akan jadi gebu sikit)
2 biji telur
90g gula

Cara-cara
1.Panaskan oven 170 degree. Sapukan loyang dgn butter atau alas dgn kertas minyak pun ok(oven paper)
2.Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mixer atau blander. Mix biar sampai jadi cream
3.Masukkan ke dalam loyang dan bakar selama 40-45 minit
4.Setelah hampir masak atau selepas 30 minit bolehlah letak aluminium foil untuk mengelakkan permukaan hangus.
5.Bila sejuk, simpan dalam peti ais semalaman untuk mendapatkan rasa cheese cake yang sedap.

Permintaan dari kawan aku tu: potong siap2 kek ni..

Triple Happiness Chocolate Cake Trifle

Sorry ah..rebeh sket lepas potong hahaha

Kenapa triple happiness?Sebab aku happy bila kek menjadik…mula2 masa nak bake cake ni, suspens juga sebab timer oven tak bergerak!Rupanye timer je rosak, tapi oven tetap berfungsi..nampak sgt lame tak guna oven tuh!hihi!Kalau tak jadi semalam, memang aku nak kukus dah lapisan kek belah bwh ni!

Sebelum kejadian potong memotong!

Resepi diinspirasi oleh Kak Hana nun di Jepung sana!See?Jauh giler aku import resepi ni ekekeke…dan aku rasa nilah kek yang paling complicated pernah aku buat (selain kek lapis), sebab ada tiga lapisan berlainan nak kena buat!

Resepi copy paste dari Kak Hana!Domo arigato gozaimasu!

LAPISAN PERTAMA
EGGLESS CHOCOLATE CAKE@ mana2 kek coklat

Bahan-bahan

  • *1 cawan tepung gandum
  • *1/2 sk baking powder
  • *1 sk soda bicarbonat
  • *6 sudu makan serbuk koko
  • *3/4 cawan gula
  • 1/2 cawan minyak sayuran – hana buh 1/4 lebih skit je
  • 1/4 cawan air panas + 1sk serbuk coffee
  • 1/4 cawan susu segar
  • 1/4 cawan yogurt
  • 1 sk esen vanila

Cara-cara

1.Panaskan oven 170darjah celsius. Gliskan loyang dengan butter. Ketepikan.
2.Ayak bahan2 yang bertanda *. Sebatikan.
3.
Masukkan semua bahan2 lain satu persatu dan sebatikan
4.
Pukul semua bahan menggunakan mixer lebih kurang 2-3min sehingga semua sebati. Jangan over mix yer.
5.
Tuang ke dalam loyang dan bakar selama 30min. Sejukkan.

LAPISAN KEDUA(aku buat setengah adunan je dari resepi kat bwh, sebab kek nye kecik je)
Chocolate Fudge

Bahan-bahan

  • 2/3 cawan tepung jagung
  • 1/3 gula castor
  • 2 1/2 cawan susu segar
  • 200g dark chocolate(aku guna cooking chocolate)

Cara-cara

1.Campur tepung jagung dengan gula dlm periuk.
2.Tuang susu perlahan2 sambil kacau.
3.Masak dengan api sederhana hingga kental. tutup api.
4.Masukkan dark chocolate, kacau sampai larut dan sebati.
5.Tuang ke atas kek dan sejukkan lebih kurang 15min.

LAPISAN KETIGA-Kak Hana kata, tak buat pon takpe, tapi dek kerana aku nak kek yang comey cam Kak Hana, kugagahkan diri buat camni gak!haha!)
Cheese topping

Bahan-bahan

  • 250g cream cheese
  • 1/4 cawan gula
  • 150ml thickened cream – aku gune plain yogurt
  • 1 sk parutan kulit lemon@oren – aku guna sesudu teh perahan lemon

Cara-cara
1.Pukul cream cheese dengan gula hingga smooth.

2.Masukkan thickened cream dan parutan lemon@oren.Pukul hingga sebati.

3.Tuang atas lapisan kedua tadi. Sejukkan 4-6 jam dlm peti ais.

4.Taburkan hirisan dry-roasted almonds atau hazelnuts, stoberi dan parutan chocolate,sebelum dihidang.

Kek pon nak posing owkeyyyy!hehehe
Stoberi lak posing!wakakaka!!!sorry ye, aku ter over excited neh! peace!

Sardin Roll

Breakfast aku pagi ni.Makan sorang2 je sebab Cg Fly gi sekolah today, ada kursus.Aku dah prepare bendalah ni dari tgh malam tadi lagi sebelum tido.Kalau nak menggulung hari ni, kang jadi ape tah kalau dah dgn E-ein hihi…

Cara-cara:

1.Masak sardin mcm nak buat sandwich.

2.Gelek roti sampai leper.

3.Letakkan sardin tadi sebagai inti, secukupnya.
4.Gulung, gulung, gulunggggg…5.Bila dah siap, simpan dlm peti sejuk.Esok leh goreng.

Cara menggoreng:
1.Panaskan minyak.
2.Potong dua roti yg dah digulung tadi.Pecahkan 2 @ 3 biji telur dlm mangkuk, pukul mcm nak buat telur dadar.
3.Celup roti tadi dlm telur dan goreng hingga kekuningan.Kena hati2 supaya gulungan roti tu tak terbukak.

Eh..tgn tecik sape ni?

Berusaha…

Dapat lak tu!Sorry e-ein, mama tak leh kasi sardin roll kat E-ein..sardine not good for babies, nanti dah besya baru leh mamam ye…

Puding karamel @ Puding gula hangus

Teringin nak makan lepas tgk kat umah Kak Dzana.Time panas2 ni makan benda sejuk sedap tau….aku tak pernah boring masak & makan puding ni!

Puding karamel

5 camca besar gula(boleh tambah kalau rasa tak cukup)
1/2 tin susu pekat manis
1/2 tin air(sukat guna tin susu)
1/2 camca teh esen vanila
6 biji telur sederhana besar

1.Panaskan gula dlm kuali leper hingga cair dan kekuningan(jgn sampai hangus sgt, nanti rasa pahit).
2.Tuangkan gula ke dalam loyang.Biar seketika.
3.Masukkan susu, air, telur dan esen vanila ke dalam blender/mixer.Blend/mix hingga adunan sebati.
4.Tuangkan adunan puding ke dalam loyang tadi.
5.Kukus dalam pengukus dan jgn lupe letak aluminium foil atas loyang supaya air dari penutup kukusan tak jatuh dlm loyang..nanti tawar lak puding nye :)..Kukus selama 7-10 minit atau sehingga masak.

Selamat mencuba!

Ni pulak, gambar gula yang sedang dihanguskan (caramelised)…sempat lagi aku snap2 kat dapur time nih hihihi

« Older entries