Dulce de leche ways

Morrrrrninggggg!!!Saje nak kongsi beberapa cara kita nak modified dulce de leche dlm baking dan makan2 ;).Semuanye aku jumpe dlm yahoo search.

Bread spread
Topping
AiskrimFilling
Kek

Kat oversea, siap ada ready made dulche de leche..tak jumpe lagi kat Malaysia rasanye..:)

Info:

Dulche de leche ialah caramelised milk.

Satu keluarga dgn dodol, kerana dodol ialah caramelised coconut milk 🙂

Tempoh memasak/kukus/rebus dulche de leche(home made-guna susu pekat tin), ialah 3- 4 jam.(masih peringkat creamy liquid pada tempoh ini-mengikut yg sy pernah buatlah…)

Semakin lama kita masak dulche de leche, ia akan jadi semakin pejal.

Rasa mcm toffee .Cuba beli toffee candy yang 4 biji 20 sen tu.rasanye mcm tulah :).

Home made dulche de leche mempunyai jangka hayat sehingga tarikh luput susu tersebut.Sumber dari Kak Along Roz. 🙂




Advertisements

Dulce de leche brownies

Aku dah lama geram dgn brownies ni sejak tgk kat umah Kak Hana.Hurmm…browniesnye yg rangup di atas dan chocolatey di dalam!Tambah pulak ada inti dulce!

Btw, brownies dulce aku mcm tak berapa best rupe dia, sebab dulce tu turun bawah la pulak huhuhu…

Resepi Dulce de Leche Brownies(C & P dari Kak Hana yea)

Bahan-bahan

  • 115g butter (aku main ptong je butter tu..about half dari sebuku yg 250g tu)
  • 170g semisweet chocolate @ coklat masakan
  • 25g serbuk koko ( aku letak 3 sudu besar )
  • 3 biji telur L
  • 200g gula – leh kurangkan
  • 1 sk esen vanila
  • 140g tepung gandum ( 1/2 cawan)
  • 100g kekacang – hana x ltk(aku tak letak gak-cg Fly tak suka kacang dlm kek)
  • 250g dulce de leche – hana kurangkan. main agak2 je amik gune sudu(samalah main agak2 jek!)

Cara-cara

  • Panaskan oven suhu 175. Sediakan loyang empatsegi berukuran 20cm. Alaskan dengan oven paper dan ketepikan.
  • Cairkan semisweets chocolate dan juga butter secara double boiler. Bila sudah cair, angkat dari api dan masukkan serbuk koko. Kacau sebati. Ketepikan sebentar.
  • Pukul telur menggunakan whisk. Masukkan gula dan juga esen. Kacau.
  • Masukkan chocolate cair tadi. Kemudian tepung. Gaul sebati. Last skali masukkan kekacang jika suka.
  • Tuang separuh adunan ke dalam loyang. Ambil dulce sesudu demi sesudu dan taruh ke atas adunan.
  • Tuang baki adunan ke atasnya dan bakar selama 35-40min.
  • Keluarkan dari oven dan potong square. Hidangkan.
Tambahan dari aku: Chocolate topping-kalau berbaki leh wat cicah roti atau biskut atau lempeng
1/2 cawan minyak sayuran

1/2 cawan serbuk koko

3/4 cawan susu pekat manis

1/2 camca kecil esen vanilla
secubit garam

Cara: Gaul semua bahan di atas hingga sebati dan masak atas double boiler hingga berkilat.Hias ikut kreativiti…aku memang surrender bab hias2 ni..hentam sajalah labu…oh ya, yeay!!brownies aku pon merekah jugeee!hahaha…

…Ingin mengabadikan kenangan terindah anda?
Kami bersedia merealisasikan impian anda!
KedaiGambarKami-Johor | Melaka | KL | N9 Family Photographer
Photobook & Poster Printing juga ada di sini!

Dulce de leche

Yezzaa….penyakit La Dolce telah melanda diriku ini hahahaha….projek yg bermula pukul 6 petang semalam, dan berakhir jam 10 malam!Dengan kata lain, la dolce juga ialah projek yg boleh menghabiskan gas dapur anda!!!Nama sebenar la dolce ini ialah dulce de leche (pronounced as dool-say duh LAY-chay )…mula-mula tgk kat blog Kak Hana,aku tertanya-tanya…ni dodol omputeh ke hape?hahahahahaaaa….

Credit to Kak Along Roz , Wendy dan Kak Hana...tunjuk ajarku – sifuu!hihi!(Ha..jom tengok kat blog Wendy kat sini,siap ada step by step lagik!


Bahan-bahan

  • Susu pekat manis
  • Pengukus
  • Air
  • Cara-cara
  • 1.Buangkan kertas pembalut tin susu pekat manis tersebut.
  • 2.Masukkan tin susu ke dalam pengukus. Letak ditengah2 rack. (hana baringkan tin). Isi air sehingga paras tin susu tenggelam.
  • 3.Tutup pengukus dan kukus selama 3jam atau lebih! lagi lama kukus, kaler akan makin gelap. Pastikan air kukusan tidak kering. Jika tak cukup, masukkan air panas.
  • 4.Tunggu sejuk baru buka penutup tin.
  • 5.Keluarkan dan simpan dalam botol jem atau bekas yang bersesuaian sehingga saat hendak digunakan.


Catlina’s comments:Cara lain utk buat dulce ni:aku google-kat sini.

UPDATE from kak Hana: from wikipedia >> A home-made form of dulce de leche is sometimes made by boiling an unopened can of sweetened condensed milk for 2 to 3 hours (or 30 to 45 minutes in a Pressure cooker), particularly by those living in countries where it cannot be bought ready-made. It is dangerous to do this on a stove: if the pot is allowed to boil dry, the can will overheat and explode.[2]

Hehehe..cuba baca ayat explode tu!Bahaya sungguh bikin la dolce nih!Ada byk pendapat tentang cara buat dulce ni sebnanrnye..kena rajin google/yahoosearch!Tapi kan, la dolce aku tak pejal pun…dia jadi ala2 krim gitu..huhu…sepatutnye rupe dia camne eh?Sempat colek jari sikit tadi…rasa dia mcm gula-gula caramel toffee. Aku takdok bekas/botol jem-botol biskut raya adalah…(melampau lak nak guna hahahaha!)…aku guna bekas aiskrim baki aiskrim goreng tu hari…bolehlah deeee…..

Info :


Info dari kak Hana:dulce de leche ni dikategorikan sebagai jem/spread dan sedap dimakan bersama ngan roti, biskut, wat kek, brownies, aiskerim, pancake, toast, muffin, dessert..

Dulce de leche is the most common name for milk caramel in Spanish. Made as both a thick jam and a caramel candy, it is prepared by slowly heating sweetened milk to create a product that derives its taste from caramelised sugar. Its origin is widely debated, and it remains popular throughout Latin America, including in the Southern Cone, where it is known by this name in Argentina, Uruguay, Paraguay and Costa Rica; in Chile (where it is known as Manjar); in Peru, Ecuador and Colombia (where it is known either as Manjar Blanco or arequipe depending on regional variations); in Mexico (where it is known as Cajeta); and in Brazil (where it is known by its Portuguese name Doce de Leite).

A French version, known as confiture de lait is very similar to the spreadable forms of dulce de leche. A Norwegian version, Hamar pålegg (“Hamar spread”), better known as HaPå, is a relatively thick and not so sweet commercial variant.

Ingin mengabadikan kenangan terindah anda?
Kami bersedia merealisasikan impian anda!
KedaiGambarKami-Johor | Melaka | KL | N9 Family Photographer
Photobook & Poster Printing juga ada di sini!

Aiskrim goreng comel

Hahaha..izinkan aku perasan sket ye..sebab aiskrim goreng aku buat dulu huduh banga kato oghe kelate(tapi sedap tau-ada aiskrim yg tak sedap ke?hihi!)…so kali ni, aku guna acuan gelas pulak, gelas kaca yg tebal…

Resepi kat sini ye…

Ingin mengabadikan kenangan terindah anda?
Kami bersedia merealisasikan impian anda!
KedaiGambarKami-Johor | Melaka | KL | N9 Family Photographer
Photobook & Poster Printing juga ada di sini!

Trifle Choc Cake II

Request khas dari my fren…stobewi takde dlm stok so aku gantikan dgn golden kiwi.Please bear with me since today sampai 3 entry serentak hehehe…ketagih nak berblog.Masa kat kampung takleh nak berblog huaaa!Ini 3 hari punya entry tau…

Trifle ku tak cantik tapi rasa dia best tau(bagi penggemar coklat dan cheese)..ikut je resepi gerenti menjadi!Resepi kat sini ye…

Ingin mengabadikan kenangan terindah anda?
Kami bersedia merealisasikan impian anda!
KedaiGambarKami-Johor | Melaka | KL | N9
Family PhotographerPhotobook & Poster Printing juga ada di sini!


Aiskrim goreng

Supper kami malam tadi…malam2 panas2 ni sesuwei sgtlah makan eskrem!

Aiskrim goreng ooo aiskrim goreng!Agak huduh rupamu..tapi sedap tau!Dek kerana nak sgt rasa aiskrim goreng yang aku tgk kat umah kak Hana, takdek acuan pun jadik!aku tekap pakai tutup termos E-ein!Hahahaha jgn tiru tau cara aku tekap aiskrim ni, kang korang trauma nengok rupe aiskrim goreng ni.Nightmare wooo!!

Kopipes dari kak Hana

Bahan-bahan:

  • 10 keping roti putih(aku guna 12 keping roti gardenia-dapat 6 bijik)
  • 5 scope aiskrim (apa2 perisa)-6 scoop sebab 6 bijik-guna perisa stobewi
  • Plastik wrap ( untuk balut roti)
  • Minyak

Cara-cara:

  1. Lembabkan roti dengan air ( saya spraykan roti tu )
  2. Skopkan aiskrim ke atas roti.
  3. Tutupkan aiskrim dgn sekeping roti lagi.
  4. Tekan acuan telur yang bulat tu (hana guna acuan spt di atas) supaya roti terputus (Pastikan roti bercantum supaya aiskrim tidak meleleh keluar).
  5. Balut dengan plastik pembalut dan simpan dalam frezeer selama 3jam atau semalaman – hana simpan semalaman(aku simpan semua terus dalam satu tupperware microwave resistant, tak sempat balut dgn wrap..)
  6. Keluarkan dari tempat pembeku dan goreng dalam minyak yang panas hingga kuning keemasan. Jangan lama, paling kurang 1-2min sahaja tp pastikan minyak sudah betol2 panas.

Sebelum dibedahsiasat;agak tak comey/tak simetri a.k.a huduh wooh!!

Ingin mengabadikan kenangan terindah anda?
Kami bersedia merealisasikan impian anda!
KedaiGambarKami-Johor | Melaka | KL | N9 Family Photographer
Photobook & Poster Printing juga ada di sini!

Net Bread @ Roti Jala hehehe..

Sebenarnya, dari malam tadi aku duk berkira2 nak gi cari resepi roti jala kat internet.Alih2, masa amik E-ein petang tadi, pengasuh @Kak Yah bagi roti jala ni…Mcm tau2 pulak..hehe.Rezeki..rezeki.So kensel la nak buat..next time la ye aku belajo cara nak wat roti jala ek? Sekian..burrppp(alhamdulillah!hihi!)

Butter Pancake

Minum petang tadi…mudah giler nak buat,plus, bahan2 memang dah sedia ada kat umah bg mereka yang suka baking2 ni,..resipi dari Myresipi tapi aku copy paste dari Kak Inahar.Lembut, gebu dan rasa butter tu, wowwweeee!!!

Pancake
6 sudu besar butter ~ dicairkan
2 bj telur
2 1/2 cawan tepung naik sendiri
2 sudu teh baking powder- takde, aku ganti dgn 1 sudu teh soda bikarbonat
2 sudu besar gula castor
2 cawan susu segar
2 sudu besar jus lemon ~ optional-aku tak bubuh
secubit garam

1.Campurkan kesemua bahan dan blend hingga sebati.
2.Biarkan sebentar dlm 10 minit.
3.Masak pancake spt biasa hingga habis.
4.Hidangkan panas2.

Aku hidang dgn pancake syrup, boleh dibeli di mana-mana pasaraya :).

Gulai Daging Salai

Dinner kami malam tadi.Aku beli kat Seremban.Haa…jauhnye aku gi beli kan?Idok ler aku gi Seremban semata2 nak beli gulai daging salai ni.

Sebenarnye pagi tadi aku ade meeting kat HQ Putrajaya.Tak sempat jumpe sape2 pun kecuali kawan2 yang memang keje satu blok dgn tempat meeting tu.To be exact, aku beli gulai ni kat R n R Seremban, kat gerai Selera Negeri.Pergghh..sedap tau..rasa cam masak lemak cili padi tapi tak lah pedas sgt & daging tu disalai dulu, baru dibuat gulai.Burrrppp!Alhamdulillah….ada hawa-hawa bau daging salai lagi kat mulut aku neh hehehe…R n R ni reachable dari KL ke selatan (Melaka,Johor)..cubalah!

Triple Happiness Chocolate Cake Trifle

Sorry ah..rebeh sket lepas potong hahaha

Kenapa triple happiness?Sebab aku happy bila kek menjadik…mula2 masa nak bake cake ni, suspens juga sebab timer oven tak bergerak!Rupanye timer je rosak, tapi oven tetap berfungsi..nampak sgt lame tak guna oven tuh!hihi!Kalau tak jadi semalam, memang aku nak kukus dah lapisan kek belah bwh ni!

Sebelum kejadian potong memotong!

Resepi diinspirasi oleh Kak Hana nun di Jepung sana!See?Jauh giler aku import resepi ni ekekeke…dan aku rasa nilah kek yang paling complicated pernah aku buat (selain kek lapis), sebab ada tiga lapisan berlainan nak kena buat!

Resepi copy paste dari Kak Hana!Domo arigato gozaimasu!

LAPISAN PERTAMA
EGGLESS CHOCOLATE CAKE@ mana2 kek coklat

Bahan-bahan

  • *1 cawan tepung gandum
  • *1/2 sk baking powder
  • *1 sk soda bicarbonat
  • *6 sudu makan serbuk koko
  • *3/4 cawan gula
  • 1/2 cawan minyak sayuran – hana buh 1/4 lebih skit je
  • 1/4 cawan air panas + 1sk serbuk coffee
  • 1/4 cawan susu segar
  • 1/4 cawan yogurt
  • 1 sk esen vanila

Cara-cara

1.Panaskan oven 170darjah celsius. Gliskan loyang dengan butter. Ketepikan.
2.Ayak bahan2 yang bertanda *. Sebatikan.
3.
Masukkan semua bahan2 lain satu persatu dan sebatikan
4.
Pukul semua bahan menggunakan mixer lebih kurang 2-3min sehingga semua sebati. Jangan over mix yer.
5.
Tuang ke dalam loyang dan bakar selama 30min. Sejukkan.

LAPISAN KEDUA(aku buat setengah adunan je dari resepi kat bwh, sebab kek nye kecik je)
Chocolate Fudge

Bahan-bahan

  • 2/3 cawan tepung jagung
  • 1/3 gula castor
  • 2 1/2 cawan susu segar
  • 200g dark chocolate(aku guna cooking chocolate)

Cara-cara

1.Campur tepung jagung dengan gula dlm periuk.
2.Tuang susu perlahan2 sambil kacau.
3.Masak dengan api sederhana hingga kental. tutup api.
4.Masukkan dark chocolate, kacau sampai larut dan sebati.
5.Tuang ke atas kek dan sejukkan lebih kurang 15min.

LAPISAN KETIGA-Kak Hana kata, tak buat pon takpe, tapi dek kerana aku nak kek yang comey cam Kak Hana, kugagahkan diri buat camni gak!haha!)
Cheese topping

Bahan-bahan

  • 250g cream cheese
  • 1/4 cawan gula
  • 150ml thickened cream – aku gune plain yogurt
  • 1 sk parutan kulit lemon@oren – aku guna sesudu teh perahan lemon

Cara-cara
1.Pukul cream cheese dengan gula hingga smooth.

2.Masukkan thickened cream dan parutan lemon@oren.Pukul hingga sebati.

3.Tuang atas lapisan kedua tadi. Sejukkan 4-6 jam dlm peti ais.

4.Taburkan hirisan dry-roasted almonds atau hazelnuts, stoberi dan parutan chocolate,sebelum dihidang.

Kek pon nak posing owkeyyyy!hehehe
Stoberi lak posing!wakakaka!!!sorry ye, aku ter over excited neh! peace!

« Older entries