Her third allergy attack&Flu

Hari Sabtu lepas, E-ein diserang alergi.Punca?dua keping nugget ayam…seminggu sebelum ni, E-ein pernah makan sekeping nugget ayam tapi tak ade ape2 lak masa tu.So, E-ein takleh makan ayam lagilah buat sebulan dua ni..Masa kejadian, kebetulan E-ein tak berapa nak mkn bubur nasi, so bila nampak Auntie dia mkn nugget, dia pun nak, tunjuk2 kat nugget tu..mula2 kami bagi separuh je abis, pastu dia abiskan satu keping.Dekat nak maghrib tu, dia makan lagi sekeping.Time maghrib, aku bagi susu dan perasan dia menggaru2 dgn ganas .Ade bintat serta lebam biru kat bwh dagu, pipi , dahi, leher dan ketiak.Nampak bintat2 mcm kena gigit dgn ulat bulu,nak gi klinik, masa tu kul 7mlm, klinik bukak 8.30 malam tapi since aku dah ade pengalaman sebelum ni, aku bagi ubat adik ipar aku (antihistamine-dipenhydramine, tapi utk batuk-kawan2 jgn tiru k, sy ade pengetahuan farmakologi-ttg ubat2an )..Berkurang sikit lah bintat2 tu, tapi kul 8.30 aku dgn adik ipar lelaki , gi gak ke klinik (Cg Fly gi mancing udang galah kat Mersing).

Kat klinik, aku cerita la kat doktor yang aku dah bagi antihistamine adik punya.Doktor kata ok, tapi dia bg ubat antihistamin(piriton) lain, mmg utk gatal2 lah.Suruh doktor cek dah kurang ke belum dan perlu ke bagi ubat lagi. Doktor kata, bagi ubat smpi gatal2 dan bintat2 tu hilang.Dah hilang, leh berhenti bagi ubat…

Ahad malam (malam tadi) E-ein dedar pulak..nak kata demam, bdn dia kejap panas, kejap biasa.Masa tido, panas pulak badan dia…baru je baik demam minggu lepas…cian dia…pastu idung dah bunyi srooot sreet srooot sreet..selsema lah pulak, E-ein ni jarang selsema , sejak lahir baru ni kali kedua dia selsema..aku rasa ni efek dari alergi hari Sabtu tu, antibodi dia down….

Dan pagi ni guess what?Dengan aku2 sekali demam dan selsema!(musykil, sape jangkit sape ni huhu)..MC lah jawabnye…kul 10 jap gi nak gi klinik sebab little princess tgh tido…baru lepas mkn ubat demam dia yang minggu lepas punye, tapi ubat selsema takde…(ubat alergi ade, tapi mcm tak berkesan lak utk selsema tu)

Gambar malam tadi:rambut dah panjang..nak potong, sayang lak…

Anak abah

Salam….adoi baru sempat nak pos entry pasal semalam…semalam betul2 mencemaskan..aku balik rumah kul 1.30 tghari..tetiba kete pengasuh menyusul blkg kete aku…Dia bawak E-ein balik..muke dia cemas, dia kata E-ein meragam dan jadi lembik(lemah) tak bermaya..Cuak giler aku ..risau sbb dia kan jatuh hari Ahad tu…kata pengasuh, dia garu2 muka pastu nangis n tak mau tido…Aku tny ade muntah tak? katanya, tak ade..(phew…leh rule out bleeding otak)..

Aku bawak E-ein ke klinik time tu jugak dgn ditemani jiran aku, Dr. Zana.Mane boleh nak drive sorang2 kalo dia tgh meragam, mmg dia nak berdukung je…muka dan keseluruhan bdn jadi merah2 kebiruan..sejuk je bdn dia..aku raba2 kepala dia, tak de lak bengkak, pastu my neighbour perasan ade bintat2 kat kaki dan leher E-ein.E-ein tak nangis dah masa tu( dapat peluk mama dia, diamlah..) Aku suspek alergi lah ni.Sebab E-ein on medication ubat mefenamic acid (ponstan) selepas jatuh . So tanda2 tu mmg ade persamaan dgn alergi ubat.Bila dah jumpe doktor, doktor confirmkan mmg alergi so E-ein tak boleh mkn ubat cam ponstan ..Hii..tulah aku pelik gak masa lepas E-ein j atuh t u , doktor klinik X bagi ponstan kat dia…tapi kat botol tu tulis mmg utk kanak2 punya…E-ein biasa dgn panadol syrup je..(** doktor tu ingat aku keje spital sbb aku biasa dgn nama2 ubat n disease :))

Kat klinik, lepas cek, nurse terus suapkan E-ein ubat..tanda merah2 tu beransur2 ilang dlm 15 min lepas tu…sebenarnye, alergi kalo tak dirawat segera, boleh menjadi anaphylactic shock yang mana boleh menyebabkan kematian ….sebab lain yang boleh menyebabkan alergi contohnya alah mknn laut atau mknn gatal seperti belacan etc…dan juga alah ubatan seperti antibiotik penisilin ( my sister n her on alergik penicillin , ntah2 aku pon sama kot, except that aku tak pernah dpt antibiotik penicillin lagi..)

Cg Fly dtg jemput aku dgn E-ein kat klinik kul 3ptg tu…sebab my neighbor balik smbung keje..aku mintak leave setengah hari dari bos aku, lagipun balik dari klinik pun dah kul 4 ptg..Nak tau kenapa entry kat atas tu tajuk dia gitu?E-ein anak abah sebab abah dia pun alergik kat ubat thn sakit contohnye aspirin..bahaya woo..leh sesak nafas tau kalau alergi teruk!To Zana..terima kasih byk2 for bringing us to clinic…

* makluman: Bila kita alergi kepada sesuatu mknn atau ubat, first time kita consume benda tu, takkan jadi ape2 sebenarnye..masuk kali kedua atau kali ketiga kita mkn lagi alergen (punca alergi) maka, antibodi dah react dan kenal dgn bhn tu dan hasilkan histamin utk menambah pengaliran keluar sel darah putih utk memusnahkan bhn asing dlm badan.Yang bahayanya efek histamin ni kdg2 teruk, smpi leh sesak nafas kalau salur pernafasan jadi bengkak dan juga boleh menyebabkan sakit perut….sebab histamin juga memainkan fungsi sebagai aktiviti fisiologi dalam perut.


Gambar selingan:Bentuk mcm disk tu, sel darah merah..yang bulat putih tu, sel darah putih..


from wikipedia:
Histamine is a biogenic amine involved in local immune responses as well as regulating physiological function in the gut and acting as a neurotransmitter.[1] Histamine triggers the inflammatory response. As part of an immune response to foreign pathogens, histamine is produced by basophils and by mast cells found in nearby connective tissues. Histamine increases the permeability of the capillaries to white blood cells and other proteins, in order to allow them to engage foreign invaders in the affected tissues.[2] It is found in virtually all animal body cells.

**basophil dan mast cells: sejenis sel darah putih yang bertindak dlm sistem pertahan badan (body immune system)

Happy 6-month old E-ein!

Hari ni genaplah umur E-ein 6 bulan….bila tgk balik gmbr masa E-ein dlm hari, keciknye dia masa tu..skrg kalau diriba, berjuntai kaki dari riba Mama dia yang keding ni..hihihi…Esok kami akan bertolak balik ke Kota Bharu,Kelantan…5 hari raya kat sana pastu balik Kluang semula…to blogger2 BP (Kak Dzana,Kak Ana & Kak Cute Miut)..looking forward to visit all of you! 🙂

Muke concentrate tgk tv,siap menyandar kat bantal

Eheh dia dah perasan la Mama amik gmbr dia


Ingat tak aku cerita pasal E-ein kena eczema dulu?Dia dah baik sekarang, tapi eczema tu dtg on & off…nilah ubat2 yang E-ein pakai skrg…dekat sebulan gak pakai ubat ni & dipantau oleh doktor 2 minggu sekali.
Menurut pakar kulit yang kitorg pegi tu, susah nak ramal bila nak sembuh sepenuhnya, ada pesakit yg baik sendiri, ada yang berterusan smpi dewasa..harap2 E-ein dpt sembuh dari eczema ni ,tak melarat smpi besar nanti…cian tgk dia tergaru2 dgn naik ruam kat muka, menggelupas berair kat kulit tgn….doktor pesan, jgn guna mandian baby yang biasa tu, sbb E-ein alergik kat sabun…terpaksa la guna mandian yg doktor tu bekalkan..agak mahal tapi sebotol boleh tahan 6 bulan..


Ubat-ubat e-ein : ada krim siang,losyen malam & mandian…

Ruam

Petang tadi kami bawa E-ein ke klinik pakar kulit, sejak semalam muka & siku E-ein nmpk berbintat & kemerahan2.Aku g keje ari ni separuh hati jek..dah la pagi tadi kena ngajar surgery memandulkan kucing..haih…(masa wat surgery aku duk pikirkan pasal E-ein!).Malam tadi pun dia tido tak nyenyak sebab kegatalan.Bila aku bagi ubat antihistamine syrup(ubat dari klinik pakar yang 2 minggu lepas), barulah E-ein boleh tido dgn lena, agaknya kurang gatal la tu kot.Doktor pakar kata nothing to worry, dia prescribe krim utk hilangkan gatal. Aku tanya doktor tu, ke nak kena tukar susu lagi?Katanya tak payah….Aku suspect E-ein gatal sebab sejak 2-3 hari ni aku suke sgt makan udang goreng, udang sambal lah, udang celup tepunglah…Doktor kata maybe jugak so dia advise aku elakkan seafood sbb E-ein dapat alergi tu dari susu aku..hmm…aku mula2 tak percaya la benda2 ni tapi maybe jugak sebab baru 2-3 hari ni aku kerap mkn udang.Sebelum ni makan juga tapi tak byk lah.Sejak 2-3 hari ni aku lebih selera makan nasi kalau ada udang tak kira lah masak sambal ke goreng ke…takpelah E-ein punya pasal, tahan nafsu mkn udang dulu ler…

Lagi satu aku wonder juga, takkan E-ein nak bergantung kepada ubat2 jek bila tiap kali naik ruam?Kesian dia…

Lagi satu antara pesanan orang2 tua yang aku terima sebelum2 ni:

1.jgn minum ais, nanti baby selsema
2.jgn makan pedas2 sangat nanti baby sakit perut dan kembung

emm…sejauh mana kebenarannya tu ye?sebab sebelum ni aku penah baca satu artikel ni kat parenting magazine(aku lupa mjlh ape) …”susu ibu adalah makanan yang penuh keajaiban kerana ia tetap menjadi satu makanan yang berkhasiat & cukup lengkap untuk bayi tak kira apa pun yang ibu makan.Cuma dinasihatkan makan makanan yang berkhasiat untuk memperbanyakkan susu...”Camno tu?

Muka lepas mandi petang tadi , balik klinik terus sapu ubat, alhamdulillah nmpk mcm dah kurang…