OrphanCare…sy hargai niat murni kamu!

Aku terjumpa ni masa tgh belek2 blog Daniel Zain….My friend, Qastalani @ Karipapsayur pun aktif dlm Orphancare ni..sayangnya mcm takde cawangan di Kluang je....

“Abandoned and left to die. This is the fate of an increasing number of unwanted babies that end up in toilets and rubbish bins among other places. A few are found dead while others are saved in the nick of time.

With this in mind I’d like to share some info on OrphanCARE, an NGO dedicated to solving this issue.

Give your baby a chance for a better life

Protect your baby’s right to life

  • Do good by giving your baby to OrphanCARE who will provide him/her with caring parents.
  • If you want help at any stage of your pregnancy, please call or come to OrphanCARE.
  • We will assist you with the safe delivery of your baby.
  • You don’t have to face this difficult predicament on your own.
Contact OrphanCARE at our 24hour helpline @ 03 7876 1900



———————————————



What we do



OrphanCARE is working closely with the Ministry of Women, Family & Community Development to expedite the adoption process whereby abandoned and orphaned babies and children are quickly matched up and placed with suitable parents.

We undertake awareness programmes to make society recognise that orphans ans abandoned children should not be left permanently in orphanages or shelter homes.

We have a database of interested adoptive parents with complete background profiles and are working with orphanages, single mother shelter homes, hospitals and clinics to provide suitable families for orphans and unwanted or abandoned babies.

About orphanCARE


OrphanCARE is a non-profit organisation established in April 2008, under the patronage of HRH Sultanah Pahang Hajjah Kalsom. It aims to give every orphan and abandoned baby a chance to feel love and care in the security of a family in accordance to our tagline “Every child needs a family”.

Most orphanages are often ill-resourced to provide children the kind of love, attention and security that could be offered by families. Orphans and children who spend large parts of their childhood in orphanages, in large number of cases grow up (unsurprisingly!) with low self-esteem resulting in behavioral problems, delinquency, and poor academic performance. Many leave orphanages at the age of 18 without a family support system, making it difficult for them to start a new life.
Unwed mothers whom abandon their babies are mostly young and come under pressure arising from social stigma and legal implications, compounded by a sense of hopelessness due to not knowing where to seek help. OrphanCARE was set up to discourage such women from abandoning their babies by providing the assurance that their babies would be placed in good homes.

For more information or if you would like to volunteer, please contact us at:

OrphanCARE
6, Jalan SS 1/24A
Kampung Tunku
47300 Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan

Email: orphan.care@gmail.com

Tel: 03 7876 1900


Ingin mengabadikan kenangan terindah anda?
Kami bersedia merealisasikan impian anda!
KedaiGambarKami-Johor | Melaka | KL | N9 Family Photographer
Photobook & Poster Printing juga ada di sini!

Advertisements

Video yang boleh buat aku nangis-selain video gmbr2 org buang/dera bayi/anak

Tak mo cakap lebih..korang tgklah…Tak dapat bygkan Oni atau Chibi tanpa kaki..(owhh..dah lama tak cite poasal anak2 aku yg dua ekor tu..hehehe jadi anak tiri kejap sebab ada E-ein-jgn risau, makan pakai sume cukup utk budak berbulu dua ekor tu)

Owner video dan kucing ni kat sini:KakiMotong

Sedang membaca buku ini….

Sambungan dari trilogi novel di bawah….

Sekian..good nite! 🙂

Sanggul tinggi-tinggi, sampai cucur atap!

Sanggup kah?


Dah banyak blog aku baca pasal ni… yang kat bawah ni dari blog Kak Chik, thanks ye Kak Chik!:

It’s a trend nowadays that many muslim Malaysian women are into the new hijab wearing i.e. wearing a shawl-like syrian style hijab. I posted on my Fb status recently stating that I too, would want to wear the syrian women hijab style with high bun but unfortunately my hair is short thus cannot tie or do a bun at all. I also received few suggestions to buy fake buns online or at Arzu, KLCC.
I used to study in an arabic-medium school and had learned that when you wear tudung, you’re not supposed to show any indication that your hair is long by tying your hair really high/do a bun until men can notice the presence of your long hair eventhough you wear your cover/hijab. That defeats the purpose of wearing a hijab. However, I can’t remember the hukum whether it’s haram or harus or makruh.
Being curious, I googled about this sanggul arab issue and found the hadith related:
Quote::
“ akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka (isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang (nipis & ketat). Di atas kepala mereka pula (wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat”
– hadith riwayat Ahmad, jil.2, ms. 223.
Rasulullah s.a.w bersabda:
Quote::
“dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka di dunia: golongan yang membawa cemeti seperti seekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan juga kaum wanita yang berpakaian seperti bertelanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang-lenggok, kepala mereka ada suatu seperti bonggol di kepala unta yang bergoyang-goyang. Mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu dan begini”
–hadith riwayat Muslim. Hadith no 212-
I would say that I was tempted at first as I saw some women/celebraties/tv presenters looked really pretty wearing the syrian style hijab with high sanggul/bun. Sometimes, bila nak cantik, manusia selalu lupa pada hukum walaupun dah belajar. I am one of them. Bila nak buat benda jahat, laju je.
Anyway, in wearing hijab, niat perlukah menghalalkan cara? I dare not jatuhkan hukum or say that it is haram wearing the fake sanggul arab. However, at the moment, I’ll just forget about buying the sanggul arab thingy.
Tulisan ini ialah hasil nukilan: Haslinda binti A. Karim.(rasanye dari emel, betul ye Kak Chik?)


Selamat Hari Guru!!

Alamak, dah malam baru aku nak wish ni..actually,baru sampai dari kampung Cg Fly maghrib taid, nak berblog , kenalah tunggu E-ein tido.Tapi sebenarnya aku dah wish kat Cg Fly, hubby etrcinta, dan kawan2 yang reachable by sms sejak pagi tadi..Dan, terima kasih kat ex-student aku yang sudi wish kat aku dari pagi ke petang dok terima diorg(ex-student je bagi?current student ni tak anggap aku ni cikgu kot..takpelah..sob sob!)….

Dan..aku juga pernah menyanyikan lagu kat bwh ni selama 3 bulan di maktab..(yep, that’s right!)..aku pernah belajar kat maktab selama 3 bulan pada tahun 2007, hinggalah aku menerima lamaran dari Jabatan Veterinar….rezeki akulah tu, 2 tawaran pada tahun yg sama….Hihi..kalau aku tak terima tawaran Jbtn. Vet, so maybe today dah 3 tahun aku bergelar guru TESL sekolah rendah!hehehe!

Psstt..tiapkali nyanyi lagu ni, rasa seriau sket, sebab terbygkan tanggungjawab mendidik anak bangsa..:)

LAGU GURU MALAYSIA

Kami guru Malaysia,
Berikrar dan berjanji,
Mendidik dan memimpin,
Putera-puteri negara kita.

Pada Seri Paduka,
Kami tumpahkan setia,
Rukunegara kita,
Panduan hidup kami semua.

Di bidang pembangunan,
Kami tetap bersama,
Membantu membina,
Negara yang tercinta,

Amanah yang diberi,
Kami tak persiakan,
Apa yang kami janji,
Tunai, tetap kami tunaikan.

Tiada lagi…

Gambar dari Google..mesti Paknil paling terasa sgt2 sebab dia kendalikan
rancangan bersama Din kat Era setiap hari….

Al Fatihah…buat Allahyarham Din Beramboi atau nama sebenar beliau Mior Ahmad Fuad Mior Badri.Sedap rupanye namasebenar arwah.Buat kita berigat masa ajal maut menjemput bila-bila masa shj….Semoga Allah cucuri rahmatnya..amin..

Boleh baca kat sini utk berita lanjut.

Demam Ahad

Gmbr amik pkai hset je….

Anak daraku demam…start pagi tadi..aktif mcm bisa, cuma bdn dia panas dan tak selera mkn bubur…tghari bwk gi klinik n beli Kool Fever.Balik klinik, mkn ubat, E-ein tido.Pastu bgn nmpk mcm dah sihat sikit, mcm dah dedar..balik ke Kluang, smpi umah, pas menyusu terus tido..memang nmpk mcm lembik gak la, dia baru rasa tak sihat agaknye.Mlm ni pun tak berapa aktif, nak menempek je..tapi dalam demam2 tu, sempat gak berdiri dan menapak 2-3 tapak.Rasa2nye demam nak berjalan ni..dan juga, dah start tumbuh gigi no dua kat sebelah kiri gigi pertama tu ari…Tengoklah kalo esok pagi masih demam, aku amik cuti lah kot, jaga E-ein.Memang kalau E-ein tak sihat, aku lebih suka jaga sendiri dari hantar ke rumah pengasuh.Kalau kat umah pengasuh, ade kwn dia baby boy n anak pengasuh yang darjah satu, kang E-ein asyik main je, tak cukup rehat lak kang…

yang ini nak test gak rasa Kool Fever camne..baki Kool fever yang aku potong dua,kasi auntie E-ein wat main..kepada yang tak tau,nilah Auntie e-ein adik Aza..

Dah bgn, merengek2, aku dudukkan kat motor, baru diam .

Peluk tiang pulak..dah mcm rupe Rambo lak kool fever kat dahi tu

Esok:Menunggu Diva sampai!Harap2 smpi esok!

Bengang dan bangang

Ape dah jadi ni?dah jadi musim pijak kanak2 ke sekarang?Aduhh..aku dgn Cg Fly menggeleng kepala tgk berita semalam…sedih aku tgk kes2 lelaki dayus yang menjadikan budak kecil sebagai mangsa, kalau dah hebat sgt, fight a man your own size la!Gila!

Bayi lelaki berbangsa India, K. Hareswarrai, 18 bulan maut dipercayai didera suspek, 33 tahun, suami bekas pengasuhnya.

Hasil bedah siasat, mangsa didapati patah 6 tulang rusuk, hancur hati dan kepala cedera parah dikatakan akibat dipijak suspek, kelindan lori kerana enggan mengikut arahannya dan asyik menangis sewaktu berada di taman permainan.
Mangsa bunuh Jumaat lalu, Syafia Humairah Sahari, 3 tahun juga dilaporkan dipijak suspek, 28 tahun, teman lelaki ibunya.. Reman suspek disambung 7 hari lagi bermula hari ini untuk pihak polis melengkapkan siasatan.
Sumber: Bersama Mazidul

*Pagi ni aku baca paper Metro, dikatakan si suspek itu cemburu dgn parent kanak2 tu coz dia takde anak.What the h**l?Kalau ko cemburu, patutnye ko jaga lah budak2 tu elok2, since ko takde anak, ko sayanglah budak tu secukup2nya..no wonder la ko takde anak…kang anak ko pun mati kena pijak!Susahlah kalau mcm ni, asal tension sikit je, pijak anak, tensen sikit je, pijak anak….:(

Leh baca kat sini gak: Berita Harian

**Note: saya marah yang teramat nih!Arrrrggh!Nauzubillah kes ni berlaku lagi..entah2 ade yang berlaku lagi tapi kita tak tahu..

Perginya seorang Syafia…

Entry ini ditaip dlm keadaan marah..pardon my language please..aku memang alergik & hangin bila baca berita kanak2/bayi didera/dibunuh!Who don’t?

Geram!Marah! Kecewa!Semalam, lepas baca berita ttg Allahyarham Syafia, aku dgn Cg Fly memang bengang yang amat..masa tu, kami belum tau berita sebenar lagi…pas tengok berita dan baca blog kawan2, rupanya suspek tu teman lelaki ibu Syafia.Bapa kandung Syafia pula di penjara.Ibu Syafia dah 6 tahun bersekedudukan dgn suspek dan ade seorg anak berumur 1 tahun 6 bulan.Read this: Her husband hasn’t even divorce her yet!Memang dunia akhir zaman dah…aku tak kiralah kes belum ade keputusan mahkamah,dua2 ni dah bertaubat atau tidak, salah tetap salah, bagi akulah….this is my view of this case:

Situasi 1:
Atuk Syafia pernah tgk kesan cucuhan rokok pada cucunya.Bila Syafia cucunya kata, kesan tu akibat jatuh dlm semak, atuknya percaya.(Oh, kenapalah tak bertindak dari awal..mungkin sudah takdirnya Syafia meninggalkan dunia begitu ..dan, don’t ur know that ur daughter dah bersekedudukan selama 6 tahun?))

Situasi 2:
Ibu Syafia kata, Syafia amat rapat dgn suspek, malah suspek amat menyayangi Syafia.(Hello?rupanye tanda kasih sayang lah ye, sepak terajang, smpi lebam berbirat, smpi pecah perut anak ko ye….takkan ko yang jaga Syafia, ko tak nampak kesan2 tu pada tubuh Syafia?Anak aku, hatta calar segarit sikit pun, sebatu aku dah nampak!)Dan katanye, suspek berperangai seperti binatang.(Really?Then why the h**l ko duk dgn dia lagi?Tahan lak ye duduk bersama 6 tahun?)

Situasi 3:
Kejadian berlaku di padang bola dan dengarnya,ada ramai saksi.(kenapa TAK TOLONG SYAFIA ketika hayatnya masih ada?Tolong tgk je ke?Korang tak pelik ke?bukannya berlaku kat rumah yang orang tak nampak kan?)
Korang rasalah, ni kes Stupid mistakes or stupid people?StAduh..aku geram ni…aku kecewa…baru je berlaku kes buang dan bakar dlm tong sampah, dan sikit masa dulu, kes Aliaa Hana(kalau tak silap namalah) yang mati diliwat boyfriend “pak hitam” ibunya!

_________________________


KUALA KUBU BHARU:
“Dia memang bukan manusia dan tarafnya lebih rendah daripada binatang. Mana tidaknya, binatang pun tidak akan membuat perkara sekejam itu,” kata Siti Nurhanim Aziz, 25, ibu kepada Syafia Humairah Sahari, 3, yang maut dibelasah teman lelakinya, Jumaat lalu.Sebenarnya, sejak tiga hari lalu Syafia jatuh sakit. Dia sering muntah ketika diberi makan ubat dan makan, menyebabkan teman lelaki saya memarahinya.

“Namun, kemarahannya ketika itu hanya seperti seorang bapa kepada anak. Saya tidak pasti apa sebenarnya terjadi sehingga menyebabkan dia hilang pertimbangan dan sanggup melakukan perbuatan kejam itu.

“Apapun puncanya, tindakan teman lelaki saya adalah keterlaluan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Difahamkan, suspek mula hilang pertimbangan apabila kanak-kanak itu tidak mahu pulang ke rumah biarpun disuruh berulang kali.

Malah, rumah mangsa dan teman lelaki ibunya yang bekerja sebagai pemandu teksi dikatakan terletak di kawasan perumahan sama di Kampung Batu 30, Batang Kali, di sini, dan hanya dijarakkan dengan 10 rumah.
Siti Nurhanim berkata, selama menjalin hubungan sejak enam tahun lalu, dia mendapati teman lelakinya panas baran.

“Namun, dia dan Syafia agak rapat. Itu sebab pada mulanya saya tidak percaya Syafia dipukulnya biarpun berulang kali diceritakan ahli keluarga,” katanya.

Menurutnya, jika didapati bersalah teman lelakinya bertanggungjawab melakukan kekejaman itu, dia berharap tindakan setimpal akan dikenakan.

“Orang sepertinya tidak patut wujud atas muka bumi ini,” katanya.

Jenazah Syafia dibawa ke rumahnya di Kampung Batu 30, di sini, selepas bedah siasat selesai dilakukan dan dia dijadualkan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kuang, di sini, pada jam 5 petang, semalam.

Semalam, Harian Metro melaporkan tindakan kejam seorang lelaki yang sanggup memijak kepala dan menendang seluruh tubuh mangsa di sebuah padang permainan di Kampung Batu 30, Batang Kali, di sini, sehingga menyebabkan kematiannya.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 petang kelmarin, suspek dikatakan hilang pertimbangan sebelum membelasah kanak-kanak itu walaupun perbuatannya diperhatikan penduduk setempat.

Perut mangsa pecah

KUALA KUBU BHARU: Timbalan Ketua Polis Hulu Selangor, Deputi Superintendan Bakhtiar Mohd Rashid, berkata hasil bedah siasat mendapati punca kematian Syafia Humairah Sahari, 3, disebabkan bahagian perutnya pecah, pendarahan serius di otak selain kecederaan teruk di seluruh badan.


“Kenyataan saksi bahawa suspek memijak mangsa. Dia ditahan reman selama tujuh hari bermula Jumaat lalu.


“Namun kita berusaha mendapatkan kelulusan mahkamah untuk mendapatkan sambungan reman sehingga tempoh maksimum iaitu 14 hari bagi memudahkan siasatan kes dilakukan,” katanya.


Bakhtiar berkata, pihaknya juga akan merakam percakapan bapa kandung mangsa dalam masa terdekat kerana dia mendakwa mengetahui anaknya didera sejak sekian lama.


“Semuanya masih dalam siasatan. Kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

Sementara itu, Bernama melaporkan Bakhtiar berkata, pemandu teksi yang berdepan tuduhan membunuh anak perempuan teman wanitanya juga bakal dihadapkan ke Mahkamah Syariah kerana bersekedudukan dengan ibu mangsa sehingga melahirkan seorang anak luar nikah.


Menurutnya, polis akan merujuk lelaki berumur 28 tahun itu dan ibu mangsa, 25, ke Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk tindakan lanjut selepas didapati tidak berkahwin tetapi hidup bersama sehingga mempunyai seorang anak berusia setahun enam bulan hasil hubungan selama enam tahun.
“Ibu mangsa masih belum bercerai dengan suaminya tetapi berlagak seperti sepasang suami isteri dengan suspek,” katanya ketika dihubungi Bernama, semalam.

Selain itu, Bakhtiar berkata, polis kini mengesan beberapa saksi di tempat kejadian untuk diambil keterangan mereka.

“Saksi perlu diambil keterangan berikutan beberapa orang melihat kejadian tetapi tidak melaporkan kepada polis,” katanya.

Anak itu dilahirkan untuk dilindungi oleh ibu dan bapanya, bukan untuk diseksa dan dibunuh…Al-Fatihah…

Sumber
Harian metro | Utusan Online |Thestar
Bersama Mazidul |Ummu ammar
Anasfadilah| Catatan seorang isteri

Selamat Tahun Baru 2010 dan Maal Hijrah…

Harap masih belum terlambat mengucapkan salam Maal Hijrah..semoga hari esok kita lebih baik dari hari semalam!

*”entry terpendek nih hehehehe”

« Older entries