Kronologi…Akhirnya pulang ke rumah(Part 4)

19 Mac 2009(Khamis)

5.30 pagi
Aku dah terjaga dari tido.Bgn2 je rasa nak ke bilik air.Rasa seriau takut sakit pun ade tapi kene lepaskan hajat gak kan…Nurse bekalkan sepasang baju hospital yang bersih.Kembali ke katil, diberi ubat pulak dan diperiksa tekanan darah.Aku minta secawan milo dan biskut untuk alas perut.

7 pagi
Breakfast.Aku bertnyakan nurse ttg baby.Bila baby akan dibawa ke sisi aku ni?Nurse kata, belum boleh lagi, masih under observation. Aku dah risau..macamane dgn pemberian susu awal ibu (kolostrum)?Nurse kata jgn risau, kat wad baby ,baby ade diberikan susu. “tapi tak sama dgn susu awal ibu,”bisik hati kecil aku.

7.30 pagi
Doktor dtg memeriksa tempat jahitan..katanya luka jahitan ok..Aku bertanya lagi ttg baby. Kata doktor, selepas aku dipindahkan ke wad bersalin, aku boleh gi jenguk baby di tingkat atas.

8.00pagi
Aku dipindahkan ke wad bersalin. Kelas dua penuh, so aku ditempatkan di kelas tiga sementara nak tunggu bilik wad dua kosong.

9.00pagi
Cg Fly dan Mama datang tetapi tak boleh masuk kerana bukan waktu melawat.Aku pula diperiksa doktor di wad bersalin sekali lagi.Aku minta untuk balik bersama baby, Dr Cho tak benarkan sbb tempat jahit nmpk bengkak katanye.Dia berjanji akan periksa aku petang nanti,kalau ok, aku boleh balik.

10.00pagi
Aku minta kebenaran keluar utk jenguk baby.Aku naik ke tingkat atas dgn Cg Fly.Cuma ibu bapa bayi dibenarkan masuk ke unit special care ni.Mama marah aku sbb aku berdegil nak naik tangga jenguk baby kat wad atas.”nanti bentan, baru berjahit dah panjat tangga,”kata mama.Namun semangat berkobar2 nak jenguk baby mengatasi segala2nya.

Baby ada dalam katil no 4,kat hujung katil kecik ditulis D/O Maizatul Azlina..alah comelnye…nurse mengangkat baby dan letak dalam dukungan aku.Aku belek2 muka baby,cuit2 hidung dan pipi dia.Aku cuba breast feed baby, tapi baby tgh tido dan langsung tak bgn.Letih agaknye dia berhempas pulas nak kuar tgk dunia semalam.Nurse tunjuk cara2 nak breastfeed.Sejam jugak aku dan Cg Fly kat sane.”Hmm..macam tak de susu je saya ni…” aku mengadu kat Cg Fly.

11 pagi
Masuk ke wad semula.Cg Fly dan mama balik rumah dulu.Cg Fly janji dtg lagi time melawat.Aku rasa kepenatan pulak bila turun tangga tadi tu.Tertido lagi.

12.30tghari
Cg Fly, mak mertua dan adik2 ipar dtg melawat, diorg stay dgn aku smpi kul 2.30 ptg.

3.00 petang
Dipindahkan ke wad kelas dua, satu bilik 2 org.Roomate ku seorang akak yang dah overdue 2 hari nak bersalin,anak ketiga dah.

4.30 petang
Cg Fly dtg dgn mak mertua.Cg Fly pergi bertanyakan ttg hal aku nak keluar ni.Kene tunggu Dr Cho periksa aku dulu.

6.30 petang
Giliran aku diperiksa, baby pun dah discharge, tunggu aku je.Dr Cho benarkan aku balik.Alhamdulillah..bengkak lagi katanye tapi dah surut sikit.Cg Fly pergi settlekan hal2 utk aku discharge.Mak mertua tolong aku berkemas.

7.30petang
Dalam renyai2 hujan dan ditemani azan maghrib berkumandang, aku pulang membawa bayi yang kami sekeluarga nantikan…Dilahirkan semasa maghrib, pulang ke rumah pun waktu maghrib.

8.30 malam
Baby tido je..kami naik risau.Dah didukung dan letak kat dada aku pun, dia tak bgn.Mmg macam ni kut baby baru lahir.

9.30 malam
Baby masih nyenyak tido.aku pun curi2 masa lelapkan mata sekejap.

11 malam
Baby masih tido.

11.30 mlm
Baby dah bgn dan aku cuba menyusukan baby. Susu tak keluar lak tu…baby mula menangis melalak kuat..kesian dia kelaparan.

11.45 mlm
Cg fly pergi beli susu rumusan bayi kat 7eleven.Tak sanggup tgk baby kelaparan.Yang ada cuma Dumex Dulac.

12 tgh malam- 6 pagi
Satu rumah tak tido kerana baby tak boleh tido.Baby tak pandai menghisap botol.Nak bagi BF, susu tak ade.Bila dah tau hisap botol, dia masih menangis.Macam dia tak puas minum susu dari botol.Subuh tu, baby BF dgn aku wpun tak ade susu, jadilah asalkan dia kenyang dan dah pandai menghisap dada.Kesian baby…..

20 Mac 2009(Jumaat)

Mula berurut. Mak bidan kata lepas berurut baru susu leh kuar.Kul 10 pagi tu, Cg Fly pegi beli susu Enfalac atas recommendation Kak Ja (ultramama).Alhamdulillah, susu tu sedap kut (harga pun leh tahan..400gm, RM40!)..baby nmpk cam puas menyusu botol, tapi lepas susu botol dia tetap nak BF dgn aku.Mmg digalakkan sbb boleh merangsang pengeluaran susu.Nurse klinik desa pun suruh bagi BF wpun belum ade susu.

21 Mac 2009(Sabtu)

Urut hari kedua.Susu mcm tak nak kuar je.Risau aku.Tapi baby tetap BF.Nurse Klinik Desa dtg memeriksa aku dan baby.Dia suspect baby jaundice.Cg Fly bawa baby ke hospital.Bacaan jaundice 13.8. kalau 14 dah kene admit ward.Patutlah baby kuat tido..tak sihat rupanye.

Malamnye, dlm kul 11 lebih, masa BF baby, aku perasan air susu the other side meleleh.Kalau dah Allah nak bagi rezeki…mencurah2 lah pulak..basah bju aku heh..seronoknye…Alhamdulillah rezeki baby……

22 Mac 2009 (Ahad)

Lepas berurut , bawa baby ke hospital lagi.Bacaan jaundice naik ke 18..masuk wad…cerita lanjut kat SINI.

Penghargaan kepada Doktor-doktor,para jururawat dan jurawat2 pelatih di bilik/wad bersalin Melur 5, Hospital Kluang yg baik hati dan selalu sedia membantu.Jasamu dikenang….

18 Comments

  1. Rafizah Nordin said,

    March 27, 2009 at 4:40 pm

    ish2x dah abis cite…bace cerita org teringat kisah sendiri…luka bawah tu dah baik.sll anak 1st cepat baik…

  2. yong ibu chem said,

    March 28, 2009 at 12:38 am

    betul lah..baca krono ni..teringat kisahku dulu..bikin rasa rindu nak merasa semua tu kembali..πŸ™‚

  3. @_da said,

    March 28, 2009 at 2:32 am

    seronoknya sy baca pengalama ni… boleh jd rujukan untuk sy nanti…

  4. cintaKusayangMu said,

    March 28, 2009 at 3:34 am

    teringt lak ms ari peetama n kedua..nurse perahkn susu..adoi..sakit..ader la 2-3 titik…alhamdulillah..bf la e ein ye…bkn slalu dpt peluang cmni..hnya ibu2 je yg melaluinye..

  5. CatlinaFly said,

    March 28, 2009 at 4:12 am

    kak fizah: mcm dah baik tapi kdg2 rase jugak ngilunye..kene jalan slow2yong: chem dpt adik lah tak lame lagi..yea yea..

  6. CatlinaFly said,

    March 28, 2009 at 4:14 am

    @_da:nanti @_da cite pengalaman @da pulak ye…qis: betul2, masa kat wad baby tu, nurse try perah gak,sakit tul dipicit kuat2,kuar setitik je!

  7. Shafidah Shamen said,

    March 28, 2009 at 4:47 am

    salam kenal..selalu masuk blog ni..cuma tak bertegur sape. Sejak2 awak dah bersalin ni..hari2 masuk sini, sebab nak follow kronology πŸ˜€ Bila baca ni..rasa mcm nak menitik air mata..seronok yerr jadi ibu. Tak sabr nak tunggu my turn pulakk…3 months to go πŸ˜€

  8. Gieyana said,

    March 28, 2009 at 6:21 am

    teringat gak 2 thn dulu…sm experience ngan Cat..bezanya sy deliver kt specialist sbb fobia kt GH..byk member citer ‘e bad thing..but really touching biler 1st time pegang anak sendiri…Ya la Cat..susu Enfalac tu mmg bagus…sy since anak bb smpai skrg guna Enfa nyer susu…tp mak aai..terlampau aktif!!

  9. karipapsayur said,

    March 28, 2009 at 11:48 am

    btol2.. rasa seronok je tgk breast sebelah lagi menitik2 susu (mcm pili paip tutup x kemas)Tup,,tup,, tup,, akhirnya bole lencun kain!

  10. CuTeMiUt78 said,

    March 28, 2009 at 3:04 pm

    uish..tamat dah ke…alhamdulilah kan.. semua dah selamat.. seronokkan bila citer pengalaman bersalin ni

  11. aznitaz said,

    March 28, 2009 at 5:38 pm

    best lah cat citer psal ur experience tu. citer psal besalin ni mmg best n ulang byk kali baca pon xper..pntg elok2 yer..

  12. kak ina kl said,

    March 29, 2009 at 2:58 am

    ya allah dia naik tangga lepas bersalin…dengan jahitan yang banyak tu…alahai nasib baik tak gelap mata..hati-hati catlina..

  13. CatlinaFly said,

    March 29, 2009 at 3:31 am

    shafidah:salam kenal juga…insya Allah dipermudahkan nanti, awak dan baby..amin….:) jenguk2lah selalu nanti sy g jenguk awak gak yea

  14. CatlinaFly said,

    March 29, 2009 at 3:35 am

    gie:sebenarnye ok je bersalin kat spital kerajaan..(sy kan org gomen kenelah sokong gomen muahaha..)..tapi kdg2 lmbt tuh, biasalah..patient ramai..bila sy tgk sendiri ade nurse yg kepenatan smpi nak pitam(nurse yg teman sy tuh),rase berat tgggjawab diorg ni dari doktor ke nurse2nye.bukan calang2 org leh keje kat wad bersalin nih…sgt2 mencabar nak melayan ibu2 yg kesakitan nak bersalin nih..yg kelakar tuh,kbykan nurse2 pelatih masih muda & sah2 belum kawin, tapi bila kite kate sakit, diorg ckp"sabar puan, sy faham puan.."hehe..mcm skrip pun ade πŸ™‚ takpelah ,dgr suara diorg yg soothing sambil diorg usap2 tgn sy pun dah lega sket sakit..tahniah pd diorg semua

  15. CatlinaFly said,

    March 29, 2009 at 3:37 am

    mommy qastalani: heh betolll…cam paip SAJ yg bocor..baby BF sebelah, sebelah lagi menitik2, kene tutup dgn kain taku basah bju mama & baby πŸ™‚ alhamdulillah..mula2 risaunye ya rabbi…susu takde!

  16. CatlinaFly said,

    March 29, 2009 at 3:40 am

    kak ina: πŸ™‚ semangat nak tgk anak selepas semalaman dipisahkan…stress kak, tgk kat wad bersalin kiri kanan katil sy, mak2 dgn baby..sedih sy masa tuh..mcm tak de anak pulak..siap org sebelah katil tny, belum bersalin eh (maklumlah perut masih buncit kan..)..masa naik tak rasa sakit, nk turun tu rase sakit & letih lak..hubby ade papah sy masa tu..dia bising gak tapi wife dia yg satu ni degil πŸ˜›

  17. CatlinaFly said,

    March 29, 2009 at 3:41 am

    kak cute miut & aznitaz : betul..mcm diulangtayang je semua ni dlm minda..takkan sy lupakan πŸ˜‰ semua ibu2 pun mcm tu kan?

  18. rose said,

    March 30, 2009 at 2:31 am

    salam singgahsuka baca blog ur blog..amek pengetahuan..sbb kita skang pon pegnent & dah nak masuk 6 bulan..takut pon ade..eeheemm..nak tanyela..nape tak pam susu masa baby under obsevation?akak sy ari tuh..anak dia kene tahan gak..tapi sehari je..time tula dia duk pam susu..then alhamdulillah..lepas je baby dapat kuar dr kena tahan..terus banyak susu n baby kenyang..:-)


Leave a reply to CatlinaFly Cancel reply