Kronologi…Akhirnya pulang ke rumah(Part 4)

19 Mac 2009(Khamis)

5.30 pagi
Aku dah terjaga dari tido.Bgn2 je rasa nak ke bilik air.Rasa seriau takut sakit pun ade tapi kene lepaskan hajat gak kan…Nurse bekalkan sepasang baju hospital yang bersih.Kembali ke katil, diberi ubat pulak dan diperiksa tekanan darah.Aku minta secawan milo dan biskut untuk alas perut.

7 pagi
Breakfast.Aku bertnyakan nurse ttg baby.Bila baby akan dibawa ke sisi aku ni?Nurse kata, belum boleh lagi, masih under observation. Aku dah risau..macamane dgn pemberian susu awal ibu (kolostrum)?Nurse kata jgn risau, kat wad baby ,baby ade diberikan susu. “tapi tak sama dgn susu awal ibu,”bisik hati kecil aku.

7.30 pagi
Doktor dtg memeriksa tempat jahitan..katanya luka jahitan ok..Aku bertanya lagi ttg baby. Kata doktor, selepas aku dipindahkan ke wad bersalin, aku boleh gi jenguk baby di tingkat atas.

8.00pagi
Aku dipindahkan ke wad bersalin. Kelas dua penuh, so aku ditempatkan di kelas tiga sementara nak tunggu bilik wad dua kosong.

9.00pagi
Cg Fly dan Mama datang tetapi tak boleh masuk kerana bukan waktu melawat.Aku pula diperiksa doktor di wad bersalin sekali lagi.Aku minta untuk balik bersama baby, Dr Cho tak benarkan sbb tempat jahit nmpk bengkak katanye.Dia berjanji akan periksa aku petang nanti,kalau ok, aku boleh balik.

10.00pagi
Aku minta kebenaran keluar utk jenguk baby.Aku naik ke tingkat atas dgn Cg Fly.Cuma ibu bapa bayi dibenarkan masuk ke unit special care ni.Mama marah aku sbb aku berdegil nak naik tangga jenguk baby kat wad atas.”nanti bentan, baru berjahit dah panjat tangga,”kata mama.Namun semangat berkobar2 nak jenguk baby mengatasi segala2nya.

Baby ada dalam katil no 4,kat hujung katil kecik ditulis D/O Maizatul Azlina..alah comelnye…nurse mengangkat baby dan letak dalam dukungan aku.Aku belek2 muka baby,cuit2 hidung dan pipi dia.Aku cuba breast feed baby, tapi baby tgh tido dan langsung tak bgn.Letih agaknye dia berhempas pulas nak kuar tgk dunia semalam.Nurse tunjuk cara2 nak breastfeed.Sejam jugak aku dan Cg Fly kat sane.”Hmm..macam tak de susu je saya ni…” aku mengadu kat Cg Fly.

11 pagi
Masuk ke wad semula.Cg Fly dan mama balik rumah dulu.Cg Fly janji dtg lagi time melawat.Aku rasa kepenatan pulak bila turun tangga tadi tu.Tertido lagi.

12.30tghari
Cg Fly, mak mertua dan adik2 ipar dtg melawat, diorg stay dgn aku smpi kul 2.30 ptg.

3.00 petang
Dipindahkan ke wad kelas dua, satu bilik 2 org.Roomate ku seorang akak yang dah overdue 2 hari nak bersalin,anak ketiga dah.

4.30 petang
Cg Fly dtg dgn mak mertua.Cg Fly pergi bertanyakan ttg hal aku nak keluar ni.Kene tunggu Dr Cho periksa aku dulu.

6.30 petang
Giliran aku diperiksa, baby pun dah discharge, tunggu aku je.Dr Cho benarkan aku balik.Alhamdulillah..bengkak lagi katanye tapi dah surut sikit.Cg Fly pergi settlekan hal2 utk aku discharge.Mak mertua tolong aku berkemas.

7.30petang
Dalam renyai2 hujan dan ditemani azan maghrib berkumandang, aku pulang membawa bayi yang kami sekeluarga nantikan…Dilahirkan semasa maghrib, pulang ke rumah pun waktu maghrib.

8.30 malam
Baby tido je..kami naik risau.Dah didukung dan letak kat dada aku pun, dia tak bgn.Mmg macam ni kut baby baru lahir.

9.30 malam
Baby masih nyenyak tido.aku pun curi2 masa lelapkan mata sekejap.

11 malam
Baby masih tido.

11.30 mlm
Baby dah bgn dan aku cuba menyusukan baby. Susu tak keluar lak tu…baby mula menangis melalak kuat..kesian dia kelaparan.

11.45 mlm
Cg fly pergi beli susu rumusan bayi kat 7eleven.Tak sanggup tgk baby kelaparan.Yang ada cuma Dumex Dulac.

12 tgh malam- 6 pagi
Satu rumah tak tido kerana baby tak boleh tido.Baby tak pandai menghisap botol.Nak bagi BF, susu tak ade.Bila dah tau hisap botol, dia masih menangis.Macam dia tak puas minum susu dari botol.Subuh tu, baby BF dgn aku wpun tak ade susu, jadilah asalkan dia kenyang dan dah pandai menghisap dada.Kesian baby…..

20 Mac 2009(Jumaat)

Mula berurut. Mak bidan kata lepas berurut baru susu leh kuar.Kul 10 pagi tu, Cg Fly pegi beli susu Enfalac atas recommendation Kak Ja (ultramama).Alhamdulillah, susu tu sedap kut (harga pun leh tahan..400gm, RM40!)..baby nmpk cam puas menyusu botol, tapi lepas susu botol dia tetap nak BF dgn aku.Mmg digalakkan sbb boleh merangsang pengeluaran susu.Nurse klinik desa pun suruh bagi BF wpun belum ade susu.

21 Mac 2009(Sabtu)

Urut hari kedua.Susu mcm tak nak kuar je.Risau aku.Tapi baby tetap BF.Nurse Klinik Desa dtg memeriksa aku dan baby.Dia suspect baby jaundice.Cg Fly bawa baby ke hospital.Bacaan jaundice 13.8. kalau 14 dah kene admit ward.Patutlah baby kuat tido..tak sihat rupanye.

Malamnye, dlm kul 11 lebih, masa BF baby, aku perasan air susu the other side meleleh.Kalau dah Allah nak bagi rezeki…mencurah2 lah pulak..basah bju aku heh..seronoknye…Alhamdulillah rezeki baby……

22 Mac 2009 (Ahad)

Lepas berurut , bawa baby ke hospital lagi.Bacaan jaundice naik ke 18..masuk wad…cerita lanjut kat SINI.

Penghargaan kepada Doktor-doktor,para jururawat dan jurawat2 pelatih di bilik/wad bersalin Melur 5, Hospital Kluang yg baik hati dan selalu sedia membantu.Jasamu dikenang….

Kat hospital(22Mac – 23Mac 09)

Mase dalam phototherapy..kesian Insyirah…smpi kering bibir dia dijemur bwh lampu ni.

“my love my darling” : Catlina ambil gambar untuk gembirakan hati yg gundah gelana ni masa dlm wad tu…rase mcm mimpi je betul ke aku dah ade anak nih? heh!

Trivia:
Catlina dan Cg Fly ade nickname buat Insyirah sejak di”scan ” as baby girl at 7 months pregnancy… our dear “E-EIN”

Alhamdulillah..

Kami dah balik
Catlina dan baby Insyirah dah balik rumah! (yeay!)…Hmm..Catlina cerita kan dlm beberapa bab ye..

Warded again
Terkejut jugak kena tahan kat wad…bacaan AOB for jaundice baby Insyirah naik ke 18.0!Ingatkan dah kurang, makin meningkat rupenye.Catlina jadi panik bila diarahkan warded by doctor…maklumlah dahlah dlm pantang,g spital dgn berparam, berbengkung bagai..tapi we already be told to expect to be warded..dah bwk siap2 beg baju Insyirah dan mamanya.
Catlina panik sebab tak tau ape2 pasal nak jaga baby sorang2!Rasenye kalau baby tersedu pun, rase gelabah semacam ape lagi nak jaga baby yg tgh jaundice.Rasa mcm nak suruh Cg Fly stay tapi cuma salah seorg ibu bapa je yg leh stay..Catlina baru nak sembuh dari luka bersalin (vakum & extended episiotomy..ouch!).Baby Insyirah pulak baru pandai menyusu badan (sebab mamanya lmbt kuar susu..cian baby..).Wah..ke’panik’an berganda!

Stress
I felt so alone that time…rasenye mcm hampir2 kene post partum blues…mujurlah dgn sokongan hubby tercinta dan keluarga, Catlina berjaya tabahkan hati..yg jadi sedih tu sbb, kesiankan Insyirah…mamanya kurang susu, belah kiri ade tapi sikit,belah kanan ade juga tapi Insyirah taknak pulak (dia dah pandai pilih puting..wah so clever!)..kalau kat umah, Catlina perah belah kanan & bg dia guna botol susu…(terpaksa ajar pkai botol susu sbb 2 hari pertama my breast milk belum ada, kami terpaksa beri susu formula…).Dan POLISI HOSPITAL ialah NO MILK BOTTLES & PUTING TIRUAN!Sebab tu Catlina stress sgt2 masa tu..nak menitik air mata mengenangkan nanti Insyirah kelaparan..pastu kalau kurang menyusu, macamane nak cepat sembuh?

Alone- Hari Pertama di Wad Kanak-kanak
Nak menitik air mata bila Cg Fly dah beredar lepas hantar Catlina dan baby ke ward kanak2 hospital Kluang.
Dan sepanjang hari dari awal masuk ward, baby Insyirah meragam tak cukup susu..I have to hold her most of the time, nak letak bwh lampu UV tu tak leh lame2, dia meragam.Nak pam susu, nurse tak bagi guna breast pump & botol.Catlina pendam sorg2..bila Cg Fly dtg, I let go..nak menangis lagi…tapi tahan..malu lah nangis kat ward (heh ego beb – maintain hati kering konon hahaha malu lah doktor vet nak nangis hihihi)- sebelum tu terdengar nurse bercerita ada mummy yg nangis sbb tak dpt bagi susu kat anak yg jugak jaundice….

Gembira
Alhamdulillah selepas Cg Fly beritahu masalah Catlina pada nurse, nurse janji akan membantu…dan petang tu jugak (bantuan belum diterima nih)..first time Catlina lihat baby Insyirah sendawa lepas breast fed belah kiri je (sorry have to be detail about breast feeding & all..kenangan ni),biasa dia tak cukup, perlukan bantuan botol susu.Selepas tu..hampir tiap 2 jam Insyirah nak menyusu je!Penat tapi Catlina gembira, coz ubat jaundice yg paling mujarab ialah susu ibu selain dari UV light & IV drip.Bacaan AOB (jaundice )utk malam tu ialah 12.2.Nurse kata kalau esok turun lagi, dah leh balik.Hurray!

Jom balik
Kul 6 pagi, nurse amik bacaan lagi…mmg Catlina tak tido sepanjang mlm tu..kalau ade pun, dlm sejam je kut.Dan kul 8 pagi, nurse bagitau result dah kuar..dah turun 10,boleh balik tghari nanti!Alhamdulillah..sedangkan jiran katil sebelah, dah 4 hari kat ward , dari 19, dia baru turun ke 13.Inilah namanye rezeki Allah..ujian sebenarnye…skrg Catlina dah terrer dah dukung baby(sebelah tgn je dah selamba dah ..heh), tukar lampin, pakaikan kain bedung etc..hehehe..bukan tak reti, cuma tak mahir, sebelum ni buat same2 samade dgn my mama, my mak mertua & Cg Fly…maklumlah kite takde adik…tak pernah langsung ade pengalaman dgn baby!Oh Insyirah..Insyirah mmg betul2 melapangkan hati mama dan abah mu ini..alhamdulillah…

Trivia
Maksud Nur Dayana Insyirah ialah cahaya keberanian dan melapangkan dada.