Siri bercakap dengan bantal :) aka she’s 5 months already!

Entry Autopublished(now i’m in Jerantut..woowowowo rinduuuu..)

Hari ni genap E-ein 5 bulan!(18.03.2009 – 18.08.2009)

E-ein & baby cot nya
yang dah dimekap2 ari tu,gambar ni diambil lepas aku balik BTN,baru sekarang sempat nak post kat blog….dia paling berkenan kat bantal peluk tu, siap sembang2 ngan ketawa dengan bantal tu…wonder what she’s thinking ye?

Masuk baby cot je terus capai bantal…

sesi hug hug..
main ciku cak…
ralit belek bantal…
sesi makan tangan..nyam nyam!
Pergi Hospital
Untuk pengetahuan semua, E-ein dah sihat, masa aku kat BTN dia dah beransur pulih, Cg Fly bawak g Hospital Pantai kat Batu Pahat…Doktor kata dia suspect E-ein kena urinary tract infection & prescribe antibiotik untuk E-ein…dan sekarang E-ein dah kuat minum susu, kalau dulu 5 oz susu leh tahan 4 jam untuk next meal, sekarang selang 2 -3 jam dia dah merengek2 mintak susu…& E-ein jugak dah diajar makan biskut Farley Rusk & Nestle Bijirin Beras Merah.

The baby who can’t wait!
Yep ,aku tau maybe ada yang tak setuju E-ein dah start makan coz E-ein baru nak cecah 5 bulan….tapi masa dia sakit tu dia nak minum air masak je,badan dia susut & mulai kurus,bukannya sebab susu tak cukup tapi dia sendiri tak nak menyusu langsung!kalau minum pun 1-2 oz je…Alhamdulillah sejak pandai makan, minum susu pun makin bertambah…E-ein cuma makan 2 kali sehari, pagi 1/2 biskut Farley Rusk yg dicairkan(kdg2 campur air, kdg2 campur dgn susu), dan petang, 1 sudu teh Bijirin Beras Merah tu campur 3-4 sudu air..janji dia sihat..tak silap akulah, dulu2 pun hospital kerajaan suruh bg makan kat baby mulai 4 bulan ke atas…cuma sekarang ni kempen breastfeeding smpi at least 6 bulan,yang mana aku tak berjaya coz E-ein dah reject aku seawal umur 4 bulan 1 minggu…my journey as a BF mother ended then….

Bagi aku, bergantung kepada bayi tu sendiri, kalau dia dah bersedia then it’s ok…..kita sebagai ibu bapa cuma ingin lakukan yang terbaik

Baby cot makeover?:)

Salam..heh aku belum pegi outstation lg…baru dapat tiket flight today, opis book kan utk aku & sorang lagi kwn yang gi sekali.Aku nak kongsi makeover yang aku buat utk baby cot E-ein semalam.Sebenarnye sejak E-ein balik, kitorang tido kat bawah jek bentang tilam.E-ein tido lasak, baby cot tak berlapik, bimbang terhantuk pulak.Baby bedding set ni brand Tollyjoy, rega RM40++ jek.Murah kan?Tak de la grand bagai, berpatutan & asalkan E-ein selesa.Aku nak kaler pink sebenarnye tapi tak de stok pulak…Nak tunggu, lame lagi, mmg la mama E-ein ni jenis tak sabar..Heh..nak ke E-ein tido dlm ni, belum cuba, belum tahu..Last dia tido dlm baby cot, masa dlm hari, tapi tu pun byk tido sebelah aku kat katil sebab senang nak BFkan dia masa tu…
sebelum…
selepas…
Link kat bawah ni, baby bedding set nya mmg lawa2, cun tak ingat..huhuhu satu piece lingkungan RM15 – 100 ke atas..huh mmg rega boleh tahan…kalo budget ciput, layan mata jelah mcm aku 🙂 tapi kalau tak kisah apa salahnya kan..mmg cantik2…
Gubibaby.com