Terima kasih, Little Mama @ MBP!


Mari belajar matematik dgn code HTML!(sediakan calculator ok?)


Terima kasih kepada Kak Ros aka Little Mama @ Mombloggersplanet yang sudi membuat entry How to expand blog width Part 1 dan How to expand blog width Part 2 , khas utk membantu aku melebarkan post column @ middle column blog aku nih.Since aku ni jenis suke letak gambar dan kadang2 gambar2 tu agak lebar , maka berlakulah gambar terpotong bila masuk dalam entry blog. Tak sangka juga Kak Ros sanggup melayan pertanyaan aku tu..terima kasih ye kak Ros ! (terima kasih juga belikan fridge magnet dari Disneyland Hong Kong! Kak Ros menang hadiah ke Hong Kong dari Nuffnang Friso Gold contest dan beliau baru je ke sana pertengahan bulan Mac baru-baru ni! Wow, tuah ayam nampak di kaki, tuah Kak Ros nampak di Hong Kong!Best kan?)You can read the winning entry HERE and who knows, you might be inspired!

Okeh…berbalik semula kepada kes aku tadi tu, err…makan masa nak translate dari MBP (disebabkan kekangan masa nak translate, tapi sy akan buat juga nanti insya Allah!)..kawan2 boleh baca tutorial dari sini dan cuba jaya k?(Hanya untuk yang berani mencuba sahaja…sayugia diingatkan, sila savekan html code sedia ada ke dalam Word pad atau Microsoft Word utk mengelakkan kehilangan entry2 berharga!Klik sini)

Layout/ lebar asal

Senang cerita..aku telah berjaya menukarkan lebar blog aku ni dari 950px(pixel) ke 1036 px wide, iaitu dengan menukar content width dari 464 px menjadi 550 px dan layout width dari 950px kepada 1036 px.Tak paham? Baca sini k..

Lebar asal : 950x

Lebar baru : 1036px

Tapi ade off sket lah, sebab header aku tu masih saiz lama iaitu 950px…kalau nak tukar makan masa jugak sebab aku kena edit dan upload gambar2 tu ke Flickr, since mine is a rotating header ( ade org kata, macam slide show).

Header dengan lebar lama:

Header dengan lebar baru:

Nampak tak saiz header sekarang lebih kecil dari jumlah lebar ketiga-tiga column dalam blog ni?Actually tak effect ape pun cuma kalau aku je yang rasa nanti nak tukar saiz header sekali..biar sepadan dengan lebar layout blog ni..

Reminder: sila preview(1) setiap perubahan yang ada buat di html code blog anda sebelum anda save template(2)!

Tutorial save widget

Korang teringin nak tukar template tapi takut widget2 hilang?Korang tau tak widget2 korang tu boleh disimpan?Bila dah tukar template baru, just copy paste balik widget tu ke html code template baru…senang je tau!

1.Sign in, dan klik layout.Klik kat edit HTML

klik edit HTML
hasilnya..
2.Cari code b: widget id .Kalo nak cari manual, memang la berpinar mata kan nak scan semua coding tu kan .Click ctrl F kat keyboard utk function find.Dan taipkan b: widget id kat dlm box find tu..


3.Highlightkan kesemua code b: widget tu


4.Pastu leh la import xml code template baru yang diingini …dan tgk dulu hasilnya kat preview..jgn save dulu tau…

5.Bila dah puas hati dgn template baru, leh copy coding utk widget yang disave kat Word tadi dan paste dlm code HTML yang baru tu…kena paste kat area b:widget kat template baru tu jugak..

sekian, harap tuto ini membantu!

Apa itu Nuffnang Innit?

Aku baru dapat tau pasal Nuffnang Innit ni dari Momy Lyna mySuperkids (congrats for your first thousand dear…sy baru nak cecah RM50 huhuhu)..tertinggal ketapi rupanye aku ni…so buat julung2 kalinya, aku buat tutorial utk share dgn kawan2 yg belum tahu tentang Innit ni mcm aku…jom sama2 naik ketapi chooo chooo…hehe.

Apa tu Nuffnang Innit?
Aku tak berapa pasti definisi sebenarnye, tapi ia merupakan laman di mana kita boleh dapatkan trafik ke blog kita.Kita kena poskan tajuk entry/artikel beserta permalink/link blog kita yang dirasakan dapat menarik perhatian blogger lain untuk membacanya…

Semua ahli Nuffnang boleh join dengan log in menggunakan akaun Nuffnang anda.

1.Log in masuk.

2.Pastu tekan butang add new post(kotak kuning belah atas kanan).

3.Anda perlu taipkan
i.Tajuk entry anda
ii.Sedikit penerangan ttg entry anda
iii.Permalink/url link ke entry tersebut
iv.tag entry/kategori entry contohnye, kalau pasal photography,
tulis tag photography,photos, photographer etc..

4.Dah siap ,isikan capture code dan leh submit…

**bila dah submit nanti, kat tepi sebelah kiri entry kita nanti ada perkataan nang dan dang.Tafsiran aku, kalo korang suke entry tu, leh klik nang, tak suke klik dang…err..betul ke ni?sape tahu ek?

Makna CPC, CPM pada iklan Nuffnang

Aku jumpa artikel ni masa blogwalking…copy paste jelah ye…nak taip semula dah malas, sumber link asal ade kat bwh artikel ni..:

“Perkara yang paling asas yang nuffnangers semua mesti tahu ialah perbezaan campaigns CPC dan CPM.

1. CPC(Cost per click) ialah campaign biasa(asas) dari nuffnang dimana semua blog nuffnangers yang menampal code CPC ini akan diberikan campaign ini secara automatik..(biasanya mengambil masa beberapa jam@hari selepas pendaftaran dan selepas menampal code, barulah advs CPC akan muncul)
– Perlu diketahui bahawa CPC ini berjalan atas kehendak@permintaan dari advertisers.
– Nuffnang akan membayar nuffnangers atas@ mengikut jumlah bilangan “unique click oleh blog’s unique visitors” pada iklan nuffnang tersebut.
– Campaigns akan tamat apabila jumlah maksima yang dikehendaki oleh advertisers mencukupi dan earnings akan di update pada masa yang tertentu.
– Secara mudahnya, sekiranya blog nuffnangers tersebut mempunyai campagins CPC dan walaupun mempunyai visitors yang ramai, tetapi sekiranya tiada seorangpun diantara visitor yang klik pada iklan tersebut, maka nuffnangers tersebut tidak mendapat apa-apa earnings. Ini kerana earnings hanya diberikan apabila adanya klik pada iklan…..
(pemahaman Catlina: iklan CPC ni, bila ada org klik, barulah duit masuk..RM0.25 sekali klik)

2.CPM(Cost per Mille) ialah campaign yang jauh berbeza dari CPC. CPM ini juga tidak diperoleh secara automatik seperti CPC.
– Campaigns jenis ini(CPM) akan menghasilkan buffered earning(earning semasa campaign berjalan) dan seterusnya menghasilkan metered earning(earning selepas iklan CPM tamat)
– Kemudian, barulah earnings campaign biasa(CPC) dicampur dengan metered earning (mPCM) untuk menghasilkan current earnings.
– Campaign CPM ini tidak memerlukan klik pada iklan untuk nuffnangers mendapat earning.
– Ringkasnya, ini bermakna sekiranya blog nuffnangers tersebut mempunyai visitors yang ramai namun tiada klik yang terhasil pada iklan nuffnang, nuffnangers masih lagi mendapat
earnings iaitu buffered earning.
– Buffered earning dan seterusnya metered earning ini sebenarnya bergantung kepada bilangan visitors(traffik).
– Campaign jenis CPM ini berjalan dimana advertisers membeli beberapa bilangan visitors dalam blog nuffnangers untuk melihat iklan mereka bagi 1 tempoh masa yang tertentu. Bilangan pengunjung yang dibeli akan dibahagikan dengan tempoh masa(hari) iklan itu berlangsung.”

(pemahaman Catlina: advertiser akan beli jumlah visitors dari blog kita, iklan CPM ni bukan hanya berdasarkan klik iklan, tapi berdasarkan berape org visitor yg dtg ke blog kita masa iklan tu muncul.Dalam ertikata lain, org tak klik iklan pun, owner blog masih dpt earning!Setakat ni aku baru dapat 1 je metered earning …bila la nak dapat lagi nih!)

Baca selanjutnya:

http://mathsensei.blogspot.com/2009/12/apa-itu-buffered-earning.html