Free Mini Photoshoot Giveaway mungkin ditamatkan awal…

Salam..short update…since sy tgk jumlah peserta dah tak berganjak sejak dua tiga hari ni, rasanye mcm nak buat dateline awal supaya sy boleh pilih pemenang dgn cepat…

Sy akan outstation pada 26hb ni, so kemungkinan sy nak tamatkan giveaway ni sebelum tarikh tu…

Ada sesiapa nak join lagi?Cepat sebelum terlambat!:)

How not to get pregnant Part 2

Sorry meh..terlambat lak buat sambungan artikel ni :)…jom baca!Kaedah2 di bawah digunakan utk menjarakkan kehamilan bagi mereka yang:

1.mempunyai anak yg masih kecil dan belum bersedia utk mendapat anak seterusnya
2.mempunyai masalah kesihatan yang boleh meragut nyawa jika mengandung
3.perlu merantau jauh /berpisahan dgn pasangan, rasa tidak mampu utk menjaga anak berseorangan

dan lain2 sebab..

Image from Yahoo search

Seperti yg sy pesan sebelum ni, kalau dah rezeki, jgn lah tolak ye, sebab ramai lagi yang sedang menunggu utk mendapatkan anak….my part pulak, belum bersedia dari segi fizikal dan mental utk dapatkan anak kedua, sebab nak tumpukan pada E-ein dulu :)..tunggu dia lepas 2 atau 3 tahun kot hehehehe..

Kaedah perancangan keluarga..

6. Diafragma

  • Diafragma adalah getah berbentuk seperti kubah yang dimasukkan ke dalam vagina supaya menutupi serviks. Oleh itu, sperma akan dihalang dari memasuki serviks.
  • Ia mesti digunakan bersama-sama spermisid (sejenis bahan yang membunuh sperma) yang disapu pada diafragma.
  • Ia mesti dipasang oleh doktor.
  • Ia perlu dikeluarkan sekurang-kurangnya 6 jam selepas ejakulasi.
  • Peratus kegagalan: 20%

Cara memasukkan diaphragm

Bagaimana diaphragm berfungsi.Walaupun bentuk dia macam mangkuk kecil, korang jangan sekali2 guna mangkuk kat dapur tu tau!haipp!

7. Kondom untuk wanita

  • Ia diperbuat daripada (polyurethane).

  • Ia ditempatkan di dalam vagina supaya menghalang sperma dari memasuki rahim.
  • Ia juga berfungsi untuk menghalang penyakit bawaan seksual.
  • Lebih mahal berbanding kondom lelaki.
  • Peratus kegagalan: 20%

  • 9.Kondom utk lelaki
  • Diperbuat daripada getah, plastik (polyurethane) atau membran semulajadi.
  • Ia menghalang sperma dari memasuki vagina dan rahim.
  • Membantu menghalang penyakit bawaan seksual.
  • Peratus kegagalan: 4%-10%


9. Mengikat tiub

  • Mengikat tiub dilakukan untuk menyumbat tiub fallopio supaya sperma tidak boleh sampai kepada telur.
  • Ianya dilakukan dengan meletakkan cincin pada tiub atau memotong sebahagian daripada tiub.
  • Prosedur ini mengambil masa satu hari dan insisi sepanjang 1cm akan dibuat pada pusat.
  • Ia tidak akan menjejaskan kebolehan atau keinginan seksual.
  • Ianya tidak boleh dipulihkan. Anda perlu pasti bahawa anda tidak mahu anak di masa akan datang dan tidak akan berubah fikiran lagi.
  • Ianya dilakukan pada minggu pertama kitaran haid, 5 hari selepas pembedahan atau semasa melakukan pembedahan untuk bersalin.
  • Peratus kegagalan: kurang1%

AC_FL_RunContent( ‘codebase’,’http://download.macromedia.com/pub/shockwave/cabs/flash/swflash.cab#version=9,0,28,0′,’width’,’400′,’height’,’300′,’hspace’,’40’,’quality’,’high’,’pluginspage’,’http://www.adobe.com/shockwave/download/download.cgi?P1_Prod_Version=ShockwaveFlash’,’src’,’BTL’ ); //end AC code


10. Vasektomi

  • Pemotongan vas adalah pembedahan minor untuk menghalang vas deferens (tiub yang membawa sperma dari testis ke urethra) dengan memotong atau mengikat vas deferens.
  • Prosedur ini mengambil masa 1 hari dan pesakit akan diberi bius setempat.
  • Pesakit mungkin akan merasa sedikit sakit atau tidak selesa di kawasan skrotum selepas prosedur ini. Pemakaian seluar dalam yang lembut dan longgar dapat membantu melegakan ketidakselesaan.
  • Walaubagaimanapun, anda masih perlu menggunakan kaedah pencegahan kehamilan lain terlebih dahulu sehingga semen anda benar-benar bebas dari sperma. Analisis semen akan dilakukan 3 bulan selepas prosedur untuk melihat keberkesanan prosedur yang telah dilakukan.
  • Kaedah ini tidak menjejaskan keinginan dan kebolehan seksual. Isipadu semen yang dikeluarkan mungkin berkurang.
  • Ianya lebih murah berbanding mengikat tiub fallopio kerana komplikasinya lebih sedikit.
  • Ianya tidak boleh dipulihkan semula. Anda perlu pasti bahawa anda sudah tidak berkeinginan untuk mempunyai anak sebelum menjalankan prosedur ini.
  • peratus kegagalan: kurang1%>

11. Kaedah berkala (Perancangan keluarga semulajadi)

  • Kaedah ini adalah berdasarkan teori bahawa telur boleh disenyawakan dalam masa 24 jam selepas ovulasi dan sperma boleh mensenyawakan telur dalam masa 3 hari selepas memasuki vagina.
  • Kaedah ini sesuai diaplikasikan oleh wanita berusia 28 hingga 30 tahun yang mempunyai kitaran haid yang tetap 28 hingga 30 hari.
  • Ovulasi (pembebasan telur yang matang) berlaku antara hari ke 12 dan 16 bagi wanita yang mempunyai kitaran 28 hari. Maka, kemungkinan waktu subur adalah hari ke-9 (12-3) dan hari ke-17 (16+1) kitaran. Dalam erti kata lain, anda perlu menghindari persetubuhan dari hari ke-9 hingga hari ke-17 untuk mengelakkan mengandung. (Hari pertama adalah hari pertama datang haid).
  • Semasa tempoh subur (hari ke 9 hingga 17) kondom boleh digunakan semasa persetubuhan.

Sekian, tazkirah di pagi Isnin..hehehe..byeeeee!!

1Superkids – MBP Family Day

Sticky Mode hingga 9 Mei 2010(9 Mei juga adalah hari Ibu bagi tahun ini)

Geramnya nak pegi gathering 1Superkids Family Day ni..tapi apakan daya, tak berjaya”ayat” Cg Fly utk pegi..so consider memang tak pegi je lah huhuhu..(to Mommy Lyna , next time buat time cuti sekolah tau, konpom sy pegi!!)

Klik banner for more info

Makluman: Banner kat atas ni didesign dan disponsor oleh KedaiGambarKami(nak gak tumpang glamer tu wahahaha)-sesape yang nak wat contest /giveaway and berminat utk dapatkan sponsor dari kami, contact catlina7@yahoo.com utk pertanyaan
Best tau gi gather2 ni..pernah gather2 dgn 2-3 org kawan2 blogger pun dah seronok gila..kalau jumpa ramai2, jadi lah “beronok-onok “(pinjam ayat Johan Raja Lawak).

1 Superkids -MBP Family Day
ni dianjurkan bersama oleh Mommy Lyna @ My Superkids @ 1 Superkids dan juga Little Mama dari MomBloggersPlanet.

Apa yang ada kat 1Superkids – MBP Family Day ni?

INDOOR :
Aktiviti multi-skill untuk anak-anak – face painting, interactive story telling, origami, felt craft dan mewarna.
Talk dan demo daripada Malaysian Baby Wearers (MBW).
Bengkel ikatan tudung bersama Majalah NUR.
Sesi hati ke hati bersama Ms Maizawati (model, usahawanita, duta Avon).



OUTDOOR :
Bling-Bling Race yang semestinya heboh!
Demonstrasi dari Bling AutoSpa. Kilat kereta?
LAGI MENARIK?
PHDC. Yeah it’s the PLAYHOUSE DISNEY!
Clowns and balloons. Did I mention clownS? Yea ada 2 clown
Press. Oh yeah, event ini akan mendapat liputan pihak Harian Metro, Mingguan Wanita,NUR dan Pa&Ma.
Bintang AF akan turut serta!
Peluang bertemu blogger yang tersenarai dalam 50 Blog Terbaik Malaysia Pilihan InTrend.
Berpeluang shopping di gerai2 yang mengambil bahagian.


Tak cukup lagi? Datanglah sini untuk pengalaman yang lebih menarik !

Tarikh :
9 Mei 2010

Tempat :
Wisma Bling Lustre, TanMing Bolevard,
Tmn Meranti Jaya, Puchong
(dari LDP exit Bandar Bukit Puchong/Tmn Putra Perdana)

Datanglah beramai2 ye. Tak kire blogger ke tak, ada anak ke tak, dah kahwin ke belum, ramai2 datang ke FAMILY NANTI.
Masuk adalah PERCUMA dan keluar juga tak kena bayar(ok..yang ini sy menambah2 sket hehehe)

Rukun Islam Lima Perkara-Konfius nih

Sembang-sembang dgn adik ipar aku yang bercuti minggu lepas (dia keje kat KL)..dia tanya,” Kak ina, puasa tu rukun Islam ketiga kan?”
Aku kata ya.Aku tanya, “kenapa kak?”(satu famili panggil dia akak termasuk aku).

“Adik (darjah satu)periksa kat sekolah dia, dia jawab puasa tu rukun ketiga, tapi cikgu pangkah.Dalam buku teks diorg, puasa rukun keempat.”

Hmm..macamana tu?kena ikut urutan atau memang takpe mix2 ni?sebab aku rasa aku belajar dulu pun puasa , yang ketiga..zakat yang keempat.

1.Mengucap 2 kalimah syahadat
2.Solat lima waktu
3.Berpuasa di bulan Ramadhan
4.Menunaikan zakat
5.Megerjakan Haji

Kesian kat adik ipar aku tu, konfius nanti dia…Apa pendapat korang or lagi bagus if ada ustaz/ustazah boleh jawab …

Dalam website kat bwh ni, puasa :rukun ketiga, haji: rukun keempat, zakat: rukun kelima.Pulakkkkkkk!!

Measles

Nampak tak bintik2 kat muka E-ein?Gambar semalam, bintik2nya belum keluar…

Measles ataupun demam campak adalah disebabkan oleh jangkitsn pernafasan(respiratory).Penyakit ini mempunyai kadar jangkitan yang tinggi dan boleh menjangkiti ahli keluarga di dalam satu rumah yang tidak mempunyai antibody terhadap campak.Demam campak juga dipanggil rubeola(bukan rubella).

Simptom-simptom demam campak ialah demam,selsema,runny nose,batuk,dan ruam berbintik-bintik di seluruh atau sebahagian badan.

Kesan daripada ini, 1/10 kanak2 yang dijangkiti akan terkena jangkitan telinga,1/20 boleh menghidap pneumonia/radang paru-paru, 1/1000 boleh menghidap encephalitis dan 2/1000 berkemungkinan maut akibat penyakit ini.Ada juga kanak-kanak atau pesakit yang tidak mengalami komplikasi dan sembuh sepenuhnya.

Walaupun demam campak ini dianggap demam yang biasa, ia boleh menyebabkan kadar jangkitan dan kematian yang tinggi di kalangan komuniti yang tidak pernah terdedah kepada penyakit ini.

Sumber dari CDC:

Measles is very rare in countries and regions of the world that are able to keep vaccination coverage high. In North and South America, Finland, and some other areas, endemic measles transmission is considered to have been interrupted through vaccination. There are still sporadic cases of measles in the United States because visitors from other countries or US citizens traveling abroad can become infected before or during travel and spread the infection to unvaccinated or unprotected persons.

Worldwide, there are estimated to be 10 million cases and 197,000 deaths each year. More than half of the deaths occur in India. For more information on measles in the United States and worldwide, visit the Global Elimination page.

Photo kanak-kanak dijangkiti demam campak:

How not to get pregnant Part 1

No..ini bukan peyut sy tau..sy jumpa kat yahoo search

Haa…bila baca entry dari Uda today, tergerak hati nak menyebarkan info dari beliau…Entry ni bukan utk gadis(yang takde gadis lagi dah) atau teruna2 (yang takde teruna lagi dah) belajar cara nak elakkan pregnancy y(tapi kalau nak baca boleh juga utk sedar2kan diri tu)..NO!NO!..ini ialah kaedah perancangan keluarga bagi mereka yang tak mahu mengandung lagi(selagi boleh biarlah sementara, bukan kekal, melainkan sebab boleh membahayakan nyawa ibu dan bayi) atas sebab2 yang berikut:

Saya ada masalah kesihatan
-Masalah seperti kencing manis, sakit jantung atau lain-lain yang boleh memudaratkan nyawa ibu dan bayi.
-berumur lanjut dan rasa tak sesuai nak mengandung lagi

Saya tidak mahu anak buat masa ini
-Contohnye:
-baru bersalin dan mahu tumpukan pada anak sorg tu dulu(mahu jarakkan kandungan)
-baru kahwin tapi duduk berasingan mcm sorg kat Malysia , sorang kat obersi- kesian kat anak
-baru kahwin tapi nak enjoy dulu , nak bermanja2 n geli2 hubby & wifey dulu
-baru kahwin tapi masuk maktab-takleh preggie maaaa!

( Tapi rezeki Allah kalau boleh jgnlah tolak melainkan ade sebab2 munasabah, ramai lagi nak baby tapi tak dapat..)

Antara kaedah2 perancangan keluarga yang boleh dipraktikkan ialah:

1. Pil pencegahan kehamilan(pilihan yang paling femes kot ni)

Terdapat 3 jenis pil pencegah hamil:

(i) Pil pencegah hamil campuran

(ii) Pil progesteron sahaja (pil mini)

– Pil mini hanya mengandungi hormon progesteron
– Ia menjadikan dinding endometrium menipis dan mukus di kawasan serviks menebal. Kadangkala ia juga berfungsi mengawal ovulasi.
– Aliran haid akan menjadi sedikit dan pendek. Kitaran haid juga menjadi tidak tetap. Ini menjadikan pil mini kurang popular dikalangan pengguna pil pencegah hamil.
– Ia dianggap pil yang paling lemah dan kurang kesan sampingan tetapi kurang berkesan jika dibandingkan dengan pil campuran.
– Ia diambil sepanjang tahun berterusan tanpa henti.
– Peratus kegagalan: 2%

(iii) Pil pencegah hamil kecemasan

– Pil pencegah hamil kecemasan digunakan untuk menghalang kehamilan sekiranya melakukan hubungan kelamin tanpa sebarang perlindungan, dirogol atau mengesyaki kegagalan kaedah pencegah hamil contohnya kebocoran kondom.
– Ianya diambil 72 jam (3 hari) selepas melakukan seks.
– Ianya tidak setanding pil pencegah kehamilan lain.
– Tidak sepatutnya digunakan berterusan kerana peratus kegagalan yang tinggi.
– Contoh: Postinor
– Peratus kegagalan: 5%
– Cara alternatif bagi pencegahan kehamilan kecemasan adalah dengan memasukkan IUCD dalam masa 4 hari selepas menjalankan hubungan.


2. Alat pencegah kehamilan di dalam rahim (IUCD)

(i) IUCD Kuprum

– Ia mengandungi kuprum yang berfungsi menghalang sperma dari memasuki tiub fallopio.
– Ianya berkesan selama 3 tahun selepas dimasukkan.
– Aliran haid akan menjadi banyak dan panjang selepas dimasukkan.
– Peratus kegagalan:

(ii) Progestogen IUCD (Intrauterine Contraceptive System)

– Ia mengandungi Levonorgestel (hormon seperti progesteron) yang menjadikan mukus di serviks menebal untuk menghalang sperma dari memasuki rahim.
– Ianya boleh bertahan selama 5 tahun selepas dimasukkan.
– Kelebihan IUCD kuprum ialah, aliran haid tidak begitu banyak dan tidak menyakitkan.
– Peratus kegagalan: 0.1%


3. Implan pencegah kehamilan (Implanon)

  • Implanon adalah alat seperti batang mancis, berwarna putih mengandungi etonogerstel yang dimasukkan di bawah kulit di lengan.

  • Ianya dimasukkan oleh doktor terlatih dan bius setempat akan diberikan.
  • Ianya menghalang ovulasi, dinding endometrium menipis maka menyukarkan penempelan embrio. Mukus di kawasan serviks juga menebal menyukarkan sperma untuk berenang ke kawasan uterus.
  • Ianya boleh bertahan selama 3 tahun. Selepas tamat tempoh 3 tahun, ianya mesti diganti dengan yang baru.
  • Aliran haid menjadi sedikit dan sakit ketika haid berkurang.
  • Boleh menyebabkan kitaran yang tidak tetap atau tidak datang haid bagi beberapa bulan.
  • Peratus kegagalan:


4. Suntikan pencegah kehamilan

  • Juga dikenali sebagai suntikan mengawal kelahiran.
  • Suntikan ini mengandungi hormon seperti progesteron yang menghalang wanita dari ovulasi (membebaskan telur yang matang).
  • Suntikan di berikan di punggung. Dos kedua diberi selepas 2 bulan suntikan pertama diberikan dan dos seterusnya diberikan setiap 3 bulan sekali.
  • Ia menjadikan aliran haid sedikit dan boleh menyebabkan haid yang tidak tetap atau tidak datang haid bagi beberapa bulan. Ini antara punca perlu menghentikan penggunaannya.
  • Contoh: Depo Provera
  • Peratus kegagalan: 1%

5. Topi Serviks

  • Topi serviks adalah sejenis getah berbentuk seperti topi yang secocok dengan serviks. Dengan ini, sperma akan di halang dari memasuki serviks.
  • Biasanya ia digunakan bersama dengan spermisid (sejenis bahan yang membunuh sperma) yang disapu pada topi serviks.
  • Ia perlu dikeluarkan selkurang-kurangnya 6 jam selepas ejakulasi dan tidak sepatutnya berada dalam vagina melebihi 48 jam.
  • Ianya mesti dimasukkan oleh doktor.
  • Boleh meningkatkan risiko jangkitan serviks.
  • Peratus kegagalan: 20%

Idolaku Anne Geddes!

Pesanan kepada gadis2 yang bukan gadis, teruna2 yang bukan teruna,yang juga bukan dalam ikatan perkahwinan yang sah,jika anda terbaca entry ni :Renungkan sejenak..zina itu dah satu dosa, buang anak lagi lah dosa iaitu membunuh manusia lain.Why don’t u girls amalkan perancang keluarga atau gugurkan shj(sebelum ditiup nyawa) kalau tak mahu jaga anak tersebut?sekurang2nya, tak delah kamu membuang anak merata2 mcm buang sampah…Sy mengutuk sekeras2nya mereka yang membuang bayi ini..sy jijik dgn org2 sedemikian yang memanggil dirinya manusia, mereka tak layak dikurniakan bayi yang suci itu!!!!fikir2kan…

Bersambung nanti yek..

Saya tau saya ketinggalan keretapi…

Baru ada twitter! Thanks to Qas yang sudi menerangkan panjang lebar kepada ku..hihi ..jom tweet2..(menatang ape tweet2,hash tag bla bla bla ni pun tak mahir lagi hahaha…) ~ nanti nak wat twitter utk KedaiGambarKami pulak....wakakaka..sori laa..aku ketinggalan rupanye!

http://twitter.com/catlinaflybaby

I follow u, u follow I..gitu?hehehe..

Bengang dan bangang

Ape dah jadi ni?dah jadi musim pijak kanak2 ke sekarang?Aduhh..aku dgn Cg Fly menggeleng kepala tgk berita semalam…sedih aku tgk kes2 lelaki dayus yang menjadikan budak kecil sebagai mangsa, kalau dah hebat sgt, fight a man your own size la!Gila!

Bayi lelaki berbangsa India, K. Hareswarrai, 18 bulan maut dipercayai didera suspek, 33 tahun, suami bekas pengasuhnya.

Hasil bedah siasat, mangsa didapati patah 6 tulang rusuk, hancur hati dan kepala cedera parah dikatakan akibat dipijak suspek, kelindan lori kerana enggan mengikut arahannya dan asyik menangis sewaktu berada di taman permainan.
Mangsa bunuh Jumaat lalu, Syafia Humairah Sahari, 3 tahun juga dilaporkan dipijak suspek, 28 tahun, teman lelaki ibunya.. Reman suspek disambung 7 hari lagi bermula hari ini untuk pihak polis melengkapkan siasatan.
Sumber: Bersama Mazidul

*Pagi ni aku baca paper Metro, dikatakan si suspek itu cemburu dgn parent kanak2 tu coz dia takde anak.What the h**l?Kalau ko cemburu, patutnye ko jaga lah budak2 tu elok2, since ko takde anak, ko sayanglah budak tu secukup2nya..no wonder la ko takde anak…kang anak ko pun mati kena pijak!Susahlah kalau mcm ni, asal tension sikit je, pijak anak, tensen sikit je, pijak anak….:(

Leh baca kat sini gak: Berita Harian

**Note: saya marah yang teramat nih!Arrrrggh!Nauzubillah kes ni berlaku lagi..entah2 ade yang berlaku lagi tapi kita tak tahu..

How to get pregnant?(For married couple only!)

Perutku..masa ni 6 1/2 bulan preggie..

Oppss…ini bukan entry 18sx yer..to those with pervert thinking, mintak maap ye….ini blog bercorak kekeluargaan :).

Lately dan sebelum2 ni lagi, ade lah beberapa orang kawan ask me about me getting E-ein before….sebab sebelum ni ku senasib dgn kawan2 yang lambat preggie…aku pregnantkan E-ein after 2 tahun lebih kawin.Sebelum tu sedara mara , kawan selalu tanya bila nak pregnant, bila nak bertiga?Berbuih gak mulut nak jawab huhuhu..siap ade yang tny, ko merancang ke?hisyyy!

Tapi..semua tu rezeki kurniaan Allah, alhamdulillah…


Ku suke tgk preggie mommies smpi sekarang..
mereka selalunya nampak lovely,sweet dan berseri-seri…

Ada yang tanya, ade makan apa2 ubat/jamu ke?Makan guna Biodex ke?Take special meds to get pregnant?Tak…memang dah rezeki.Tapi utk kawan2 yang sedang mencuba di luar sana,I want to share this bg mereka yang tak tau atau samar2 pasal ni…. sebanyak mana anda tahu tentang kitar haid anda?Tau tak tentang waktu subur ?Tau tak bila waktu anda subur?

Period.Menses.Haid.Bendera jepun.My aunty come to visit.Cuti.Uzur.

Berbagai istilah bagi benda yang satu ni.Kitar haid yang normal ialah 28 hari…ade yang terkurang dan ade yang terlebih.Bagi mereka yang mempunyai kitar haid normal/tetap, agak mudah utk mengira bila kah harinya anda akan menjadi subur…Kiraan bagi setiap kitar, bermula dari hari pertama bleeding period yang biasanya berlangsung selama 3-7 hari.Dari tarikh anda mula period bagi bulan tersebut, hari ke 14 atau ke15 adalah hari sel telur wanita(ovum) dilepaskan.Itulah waktu subur anda atau juga dikenali sebagai proses ovulation.Tetapi ovulation ini juga berbeza2 bagi setiap wanita,maka anda disarankan memanjangkan waktu hari subur ke 2 hari sebelum, ke 2 hari selepas.Jadi, hari subur anda berkemungkinan jatuh mulai hari ke 12 hingga ke hari 17.

Tulisan hari 14 bertanda merah: waktu subur/ovulation/telur dikeluarkan

Bagi yang mempunyai kitar haid tak tetap, don’t worry, rezeki itu ada, dan tidak semestinya kalau ada irregular menstrual cycle, anda tak boleh mengandung!Leh rujuk sini.Atau nanti ade masa, aku wat post pasal tu pulak ye..

Tahukah anda sel telur lelaki iaitu sperma boleh hidup selama 3 hari(72jam) dalam salur peranakan wanita?Manakala sel telur wanita iaitu ovum pula, cuma boleh hidup selama 24jam -48 jam sahaja selepas dikeluarkan oleh organ bernama ovari.So, anda boleh kongsi maklumat ni with ur hubby, so that he knows when is hari subur anda !

Dan bagi yang tgh mencuba, amalkan pemakanan sihat, jangan stress, ini bukan utk anda je, tapi utk pasangan anda gak…ask ur doctor about supplement to take contohnye,Folic Acid yang berperanan untuk pembahagian dan perkembangan sel serta DNA.Za t besi (Iron ) juga bagus utk menambah darah sebab kalau supply darah kat diri sendiri pun tak cukup atau cukup2 aje, camno nak bekalkan utk baby dlm perut tu?

Artikel kat sini pun menarik utk dibaca: Baby choice:Women fertility

Tahukah anda, you can get free menstrual and ovulation calendar /calculators/predictors from some websites?Can choose below too, sy dah tolong carikan!So anda tak yah susah2 kira sendiri, dah dikira automatik, but perlu diingat, calendar ini adalah 80-99% tepat..not 100%!Sayugia diingatkan juga, ada byk cara utk predict waktu subur iaitu melalui suhu badan, kelikatan mukus serviks , ovulation test kit dan lain2 lagi….banyak boleh dibaca di buku atau pun boleh surf kat internet :)…

Free ovulation calendar 1
Free ovulation calendar 2
Free menstrual calendar 1
Free menstrual calendar 2
Free ovulation calculator 1

**perlu diingat info di atas adalah berdasarkan pembacaan dan pembelajaran saya…I’m not a human doctor, but I know these things readily during my vet studies…sila rujuk pada doktor /gynaecologist masing2 k :)….

Perginya seorang Syafia…

Entry ini ditaip dlm keadaan marah..pardon my language please..aku memang alergik & hangin bila baca berita kanak2/bayi didera/dibunuh!Who don’t?

Geram!Marah! Kecewa!Semalam, lepas baca berita ttg Allahyarham Syafia, aku dgn Cg Fly memang bengang yang amat..masa tu, kami belum tau berita sebenar lagi…pas tengok berita dan baca blog kawan2, rupanya suspek tu teman lelaki ibu Syafia.Bapa kandung Syafia pula di penjara.Ibu Syafia dah 6 tahun bersekedudukan dgn suspek dan ade seorg anak berumur 1 tahun 6 bulan.Read this: Her husband hasn’t even divorce her yet!Memang dunia akhir zaman dah…aku tak kiralah kes belum ade keputusan mahkamah,dua2 ni dah bertaubat atau tidak, salah tetap salah, bagi akulah….this is my view of this case:

Situasi 1:
Atuk Syafia pernah tgk kesan cucuhan rokok pada cucunya.Bila Syafia cucunya kata, kesan tu akibat jatuh dlm semak, atuknya percaya.(Oh, kenapalah tak bertindak dari awal..mungkin sudah takdirnya Syafia meninggalkan dunia begitu ..dan, don’t ur know that ur daughter dah bersekedudukan selama 6 tahun?))

Situasi 2:
Ibu Syafia kata, Syafia amat rapat dgn suspek, malah suspek amat menyayangi Syafia.(Hello?rupanye tanda kasih sayang lah ye, sepak terajang, smpi lebam berbirat, smpi pecah perut anak ko ye….takkan ko yang jaga Syafia, ko tak nampak kesan2 tu pada tubuh Syafia?Anak aku, hatta calar segarit sikit pun, sebatu aku dah nampak!)Dan katanye, suspek berperangai seperti binatang.(Really?Then why the h**l ko duk dgn dia lagi?Tahan lak ye duduk bersama 6 tahun?)

Situasi 3:
Kejadian berlaku di padang bola dan dengarnya,ada ramai saksi.(kenapa TAK TOLONG SYAFIA ketika hayatnya masih ada?Tolong tgk je ke?Korang tak pelik ke?bukannya berlaku kat rumah yang orang tak nampak kan?)
Korang rasalah, ni kes Stupid mistakes or stupid people?StAduh..aku geram ni…aku kecewa…baru je berlaku kes buang dan bakar dlm tong sampah, dan sikit masa dulu, kes Aliaa Hana(kalau tak silap namalah) yang mati diliwat boyfriend “pak hitam” ibunya!

_________________________


KUALA KUBU BHARU:
“Dia memang bukan manusia dan tarafnya lebih rendah daripada binatang. Mana tidaknya, binatang pun tidak akan membuat perkara sekejam itu,” kata Siti Nurhanim Aziz, 25, ibu kepada Syafia Humairah Sahari, 3, yang maut dibelasah teman lelakinya, Jumaat lalu.Sebenarnya, sejak tiga hari lalu Syafia jatuh sakit. Dia sering muntah ketika diberi makan ubat dan makan, menyebabkan teman lelaki saya memarahinya.

“Namun, kemarahannya ketika itu hanya seperti seorang bapa kepada anak. Saya tidak pasti apa sebenarnya terjadi sehingga menyebabkan dia hilang pertimbangan dan sanggup melakukan perbuatan kejam itu.

“Apapun puncanya, tindakan teman lelaki saya adalah keterlaluan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Difahamkan, suspek mula hilang pertimbangan apabila kanak-kanak itu tidak mahu pulang ke rumah biarpun disuruh berulang kali.

Malah, rumah mangsa dan teman lelaki ibunya yang bekerja sebagai pemandu teksi dikatakan terletak di kawasan perumahan sama di Kampung Batu 30, Batang Kali, di sini, dan hanya dijarakkan dengan 10 rumah.
Siti Nurhanim berkata, selama menjalin hubungan sejak enam tahun lalu, dia mendapati teman lelakinya panas baran.

“Namun, dia dan Syafia agak rapat. Itu sebab pada mulanya saya tidak percaya Syafia dipukulnya biarpun berulang kali diceritakan ahli keluarga,” katanya.

Menurutnya, jika didapati bersalah teman lelakinya bertanggungjawab melakukan kekejaman itu, dia berharap tindakan setimpal akan dikenakan.

“Orang sepertinya tidak patut wujud atas muka bumi ini,” katanya.

Jenazah Syafia dibawa ke rumahnya di Kampung Batu 30, di sini, selepas bedah siasat selesai dilakukan dan dia dijadualkan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kuang, di sini, pada jam 5 petang, semalam.

Semalam, Harian Metro melaporkan tindakan kejam seorang lelaki yang sanggup memijak kepala dan menendang seluruh tubuh mangsa di sebuah padang permainan di Kampung Batu 30, Batang Kali, di sini, sehingga menyebabkan kematiannya.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 petang kelmarin, suspek dikatakan hilang pertimbangan sebelum membelasah kanak-kanak itu walaupun perbuatannya diperhatikan penduduk setempat.

Perut mangsa pecah

KUALA KUBU BHARU: Timbalan Ketua Polis Hulu Selangor, Deputi Superintendan Bakhtiar Mohd Rashid, berkata hasil bedah siasat mendapati punca kematian Syafia Humairah Sahari, 3, disebabkan bahagian perutnya pecah, pendarahan serius di otak selain kecederaan teruk di seluruh badan.


“Kenyataan saksi bahawa suspek memijak mangsa. Dia ditahan reman selama tujuh hari bermula Jumaat lalu.


“Namun kita berusaha mendapatkan kelulusan mahkamah untuk mendapatkan sambungan reman sehingga tempoh maksimum iaitu 14 hari bagi memudahkan siasatan kes dilakukan,” katanya.


Bakhtiar berkata, pihaknya juga akan merakam percakapan bapa kandung mangsa dalam masa terdekat kerana dia mendakwa mengetahui anaknya didera sejak sekian lama.


“Semuanya masih dalam siasatan. Kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

Sementara itu, Bernama melaporkan Bakhtiar berkata, pemandu teksi yang berdepan tuduhan membunuh anak perempuan teman wanitanya juga bakal dihadapkan ke Mahkamah Syariah kerana bersekedudukan dengan ibu mangsa sehingga melahirkan seorang anak luar nikah.


Menurutnya, polis akan merujuk lelaki berumur 28 tahun itu dan ibu mangsa, 25, ke Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk tindakan lanjut selepas didapati tidak berkahwin tetapi hidup bersama sehingga mempunyai seorang anak berusia setahun enam bulan hasil hubungan selama enam tahun.
“Ibu mangsa masih belum bercerai dengan suaminya tetapi berlagak seperti sepasang suami isteri dengan suspek,” katanya ketika dihubungi Bernama, semalam.

Selain itu, Bakhtiar berkata, polis kini mengesan beberapa saksi di tempat kejadian untuk diambil keterangan mereka.

“Saksi perlu diambil keterangan berikutan beberapa orang melihat kejadian tetapi tidak melaporkan kepada polis,” katanya.

Anak itu dilahirkan untuk dilindungi oleh ibu dan bapanya, bukan untuk diseksa dan dibunuh…Al-Fatihah…

Sumber
Harian metro | Utusan Online |Thestar
Bersama Mazidul |Ummu ammar
Anasfadilah| Catatan seorang isteri

« Older entries