Mama, saya lapar..

Buku ni aku beli masa otw datang kursus ni, kat News.com Seremban(R & R).Belum habis baca lagi tapi aku lebih tertarik kat bhgn resepi utk anak2 kat mukasurat2 akhir.Good writing, tapi bg aku, kalau boleh, bykkan lagi resepi kat dlm buku tu.Most resepi, aku dah pernah buat atau tgk kat blog kawan2 lain, kecuali sup tomato oat, ikan masam manis dan sup seribu sayur yg mana aku nak cuba kat umah nanti.Maklumlah E-ein ni ada skin allergy dan resepi yang ada byk pakai lauk ayam, yg mana E-ein tak boleh makan…Resepi pasta pun ada, tapi E-ein tak suka pasta dan pernah aku kasi roti(dah macam2 perisa try bg kat dia, inti kacang, inci butter, inti kelapa dll), terus dicampaknya!Anyway, syabas to Wardina Safiyyah, enjoy baca buku ni walaupun belum habis baca, dan teringin jugak nak menulis buku(ttg veterinar ler)..ada sape2 tau macamane nak publish buku tak?Lagipun tempat keje aku memang tgh nak terbitkan buku teks hasil tulisan staf2 kat sini…

Oh ya, kat sini pun kita leh cari resepi utk 1 tahun ke atas…klik ye:Excellence begins young

Akan balik Kluang jam 12 nanti…ho yehhhh! 🙂

Rindu

Adeh menghitung hari aku nak balik ni..huhuhu..esok baru abis kursus..itupun maybe tghari baru abis..

Layan video E-ein, masa ni aku gi lawat kawan sejabatan kat asrama tempat keje aku, dia dtg sebab ada seminar baru2 ni kat sana..2 minggu lepas..

E-ein sampai tak nak balik sebab ralit main TV(kat umah, nak godek2 tak sampai…),tapi bila kawan aku nak dukung, cepat2 dia lari..

Dan keputusannya ialah…

Muktamad sudah, tiga keluarga bertuah yang terpilih oleh random.org utk merakamkan detik2 keluarga bahagian anda bersama KedaiGambarKami!

Dan…..ada hadiah tambahan!!!!!

…..Hadiah misteri buat peserta pertama giveaway ni..iaitu….Nad@Mama Zakwan!

Para pemenang sila hubungi sy di catlina7@yahoo.com , ok!Tahniah dan terima kasih kepada semua yang menyertai!

Tukar2 payung lak,..hehehe

Pagi tadi sebelum bertolak ke Sepang, aku ke Putrajaya, lagipun driver nak hantar pegawai ke HQ..so aku call Alycia, ajak jumpe jap sebab dah janji nak exchange payung dgn dia..:)..

suke sgt dapat payung rainbow ni..dah lama mencarik!Pueh aku cari kat Kluang, tak dok!TQVM dear!

copy paste dari Alycia eh..malas nak taip kuheh kuheh…cerita lanjutnya cam kat bwh ni haa…

“pagi tadi Catlina mesej alycia cakap dah nak bertolak pergi kursus kat Sepang… so, on da way nak ke Sepang tu Catlina akan jumpa alycia kat Putrajaya sebab nak buat sesi tukar payung… mesti korang pelikkan, tukar payung pasal apa pulak ni… actually cerita dia macam ni… Catlina minat payung colorful alycia yang selalu en ajip buat untuk photoshoot tu.. alycia pulak minat payung jepun yang catlina guna untuk photoshoot… so, kami decide main tukar-tukar payung… boleh menambah koleksi payung kami untuk jadikan sebagai props photoshoot…

nilah payung-payung tu..


… payung Jepun Catlina belikan untuk alycia …

payung colorful yang belikan untuk catlina …


tq yer Cat … lain kali kita exchange lagi ;)”

Sekian…result Giveaway tgh malam kot ye…jeng jeng jeng…

Outstation di Empress Hotel, Sepang@ Salak Tinggi

Bersiaran dari Empress Hotel, Sepang(tapi alamat hotel ni, Bandar Salak Tinggi).Ada bengkel sampai hari Jumaat…

Luckily this hotel ada wifi percuma ke seluruh bahagian hotel.Not like certain hotel, wifi percuma kat kafe dan lobby, the rest of the floors kena byr..huhu kedekut sungguh padahal bayo bil sebulan sekali je hehehe…nyibuk je aku ni, sukahati tuan punya hotel tu lah kan?ada dia kisah ?heh..

Semalam hantar E-ein ke umah tok mak..kena tunggu dia tido baru leh gerak balik ke KLuang.Dia menangis nak ikut…ciannye E-ein kena tinggal….mama gi keje ye shayanggg..Jumaat ni balik lah..

Maybe malam nanti aku siarkan keputusan giveaway ye…nak rehat jap…byeee…

Gambar dari website Hotel Empress…

Update Senarai Peserta Catlinaflybaby-KedaiGambarKami Free Mini Photoshoot Giveaway

Senarai peserta….good luck kepada semua ye!Lucky draw akan dibuat menggunakan Random.org mengikut nombor di bawah..

** entry khas utk giveaway ini tidak wajib, jadi sekiranya anda ada membuat entry khas, sy ucapkan jutaan terima kasih,dan sayugia diingatkan tiada bonus mark bagi entry khas serta ia tidak akan mempengaruhi keputusan giveaway…

1.Nad @ Mama Zakwan
2.Izan Ishak
3.Afne
4.Anje
5.eima
6.Liz Rohaizat
7.Syawal Simpsons
8.Yantz-yeem
9.Reitak
10.Kayyana
11.Arol DSHW
12.Gewe cun
13.Nurul Azham
14.Momma Mia
15.Ain
16.Asfaliza
17.Dyahaha
18.Nanizamros
19.Lynn Hamzah
20.Alycia
21.Damia Aleesya & Damia Ayunnie
22.Anin
23.MAMA
24.Ayunaufal
25.Imaan09
26.diya
27.Umie Eisya

Terima kasih semua yg sudi menyertai!Love u all!

Big M…

Big M?Adoih…aku dah terjebak dgn Big M ni rasanya….dulu kalau tak update at least once a day,rasa mcm tak sah…skrg, mcm tak kisah…huhuhu camne tu…

Mungkin jugek dek kerana bz sgt…dan latest….E-ein jatuh sakit lagi..start with diarrheoa or kata my fren Qas, cherry berry…sudah 3 hari E-ein diarrheoa…skrg ni disusuli dgn demam lak.Sepatutnya aku ke Salak Tinggi today, ada kursus 6 hari kat sana.Esok kena call penganjur kursus lah utk bgtau samada nak postphone atau cancel terus kehadiran aku ni…adeh..nak cite panjang pun rasa tak mood neh…

Blog walking pun dah lama tak buat…rindu nak jengah kawan2 ni…

Tentang peserta2 giveaway, aku cuba listkan by malam ni atau pagi esok k….pastu maybe lepas aku aku terus cabut undi pememang atau buat dua2 sekali senarai dgn lucky draw kot…good luck kepada semua ye??!

One, no…3 mini photoshoot session for FREE giveaway!

Sticky mode post
until 23th July 2010
pls scroll for new entries

Ok, berdasarkan komen kawan2 kat entry sebelum ni, jadinya aku bersemangat nak buat giveaway ni…sambutan, belakang kira…sape tak masuk, rugi sebab hadiahnya sgt gorjes ok!

Akan ada beberapa siri giveaway free photoshoot ni ye…
Family
Couples
Maternity

Tema bulan July/Ogos ini ialah Family!

Syarat2:

1.Musti seorang blogger!!!Tempekkan banner di atas di side bar anda dan linkkan ke entry ini.

2.Add KedaiGambarKami dan Catlinaflybaby dalam blog list.

3.Tinggalkan komen....”Sy nak join/sy mahu/I want this photosession!” kat ruangan komen dan nyatakan berapa org ahli family yang akan turut serta dalam photoshoot ini sekiranya anda terpilih..contohnya, tinggalkan komen seperti ini. :

“Saya nak join!Ahli keluarga ialah 4 orang! Suami isteri + anak 2 orang”
Atau
“Saya nak join!Ahli keluarga ialah 5 orang!Suami isteri + anak 1 org + ibu dan bapa mertua”

Perhatian:Jumlah minima ialah 3 orang ahli keluarga dan had maksima ialah 6 org ahli keluarga semasa photoshoot.

Tak perlu buat entry khas, jadi follower, tapi terpulang kepada anda kalau nak buat.., sy tak paksa…

4.Satu entry bagi seorang blogger shj…

5.Sesi photoshoot adalah di sekitar Kluang sahaja(selalunya sekitar KL dan Lembah Klang je kan?)Hadiah ini boleh diberikan kepada orang lain(keluarga/kawan2) sekiranya anda tidak dapat ke Kluang.

6.Itu sahaja…dateline ialah pada 30 Julai 2010.Tarikh photoshoot ialah pada 7 @ 8 Ogos(tempat dipilih oleh kami) atau bila2 masa sesuai.3 orang pemenang dipilih berdasarkan lucky draw menggunakan Random.org.Sekian…good luck!!

Update pada 21/07/10: Dateline baru giveaway ni ialah pada 23 Julai 2010, jam 12 tghari .Terpaksa ditamatkan awal kerana sy hendak memilih pemenang seblum sy bertugas outstation! 🙂 Harap Maklum.

Jangan pandang bawah meja….hiiiihiiiiihiiiii

Sejak cecah setahun lebih ni, E-ein memang suka gayakan baju2 dan tudung aku.Pastu diseret ke sana sini, dipakai, diposing depan cermin, dan yang paling sadis,last-last sekali, dia kesat meja atau lantai dgn baju/tudung aku.

sape nama E-ein?

SAYA!!!

Ada makhluk di bawah meja……uuu takut tak?lariiiiiiiikkkkk!!

Marble cheese brownies(lagi!) dan the marbling method!

Yezza…buat marble cheese brownies (kali ni tanpa dulche de leche)lagi atas permintaan kawan2 yang turun berseminar kat tempat keje aku ni….end product tak sempat nak amik gmbr sebab lepas masuk peti sejuk, cepat2 potong masuk tupperware , bagi kat diorg!Ada yang tny mcmana nak buat marble ni, so aku nak share ape yg telah aku belajar kat tenet melalui blog kawan2 yang pernah buat marble cheese brownies ni.

Buat beberapa garisan atas cheese layer menggunakan baki brownies coklat.

Lorekkan secara menegak atas garisan coklat tadi.Buat sampai habis ke penghujung loyang.

Lorekan pertama

Lorekkan kedua(arah berlawanan dari yang pertama).Loreklah sampai habis ke side loyang yg sebelah lagi

Siap!Leh masuk oven!(tgn ku masih keras weh!huhu!)

rupa bila dah masak dan dipotong….(gmbr lama)

« Older entries