Isn’t she lovely?

Di saat ini E-ein tgh selsema..cian dia..aku dgn Cg Fly lah ni yg pembawak virus nih..tgk setakat ni, tak lah smpi tersumbat idung, tapi sekali sekala nafas dia berbunyi srott srettt..pastu asyik bersin je..huhuhu rase bersalah lak..E-ein cpt sembuh ye..lagipun E-ein kuat minum susu ….aku sapu myk Yu Yee cap limau sket kat dada & tapak kaki dia..harap2 E-ein cepat baik….aminn..

Gambar2 E-ein semalam (sebelum selsema):

Ini muke dia cenyum….(suka hati, suka hati, yang penting E-ein happy!-nyanyi cam lagu Aboi!hehe)

Ini muke dia nak nangis tak jadi…

Ini muke ketawa…(mama sy wat lawak laaa…ketawa jelah kang dia tecik ati heheh)

Ini muke stim lepas dpt susu haha…(burrpp…alhamdulillah)

Ini muke dia nak tido….(Zzzzzz..)

Sekian..& doakan E-ein cepat sembuh dari selsema….aminn..

Muke di dalam,muke di luar @ saya tak leh tido hohoho

Amik..penangan baby..aku dah bertukar jadi spesis burung hantu..pas BFkan E-ein..aku susah nak tido…tapi kalau E-ein terjaga kul 4-5 pagi,aku lak susah nak bgn hehehe..(biasa Cg Fly kejutkan muhehehe…Cg Fly biasa bgn kul 5 sbb kul 6 dia dah gerak g cekolah kat Felda Kahang Timur,1 jam dari Kluang)..tapi siangnye bila time E-ein tido, aku tak terasa nk tido siang pulak!

Hmm..lagi satu E-ein suke sgt BF belah kiri..kalau bg belah kanan dia tak nak, dah pndai tolak guna tgnnye yg tecit itu..atau dia geleng2 kepala..(wat aku geram rase nak gigit je pipi dia yg bam bam itu!)..aku paksa juga bagi..tapi biasanye kejap je dia nak..pastu tu taknak dah…lagi satu betul ke org kata, biasanye belah kiri ni air,belah kanan ni makanan..ye ke?Nanti tak balance..huhuhu…Tapi tulah masalahnye,kalau dia taknak belah kanan..woowoowoo..bengkak susu ler jwbnye!Cakit!

Okeh..berkenaan tajuk di atas ye kwn2..sebenarnye nak tnjuk gmbr E-ein dalam perut, & luar perut :)…Gmbr dlm peyut tu mase tu preggie 7 bulan…

Kad besday dari Nur, Award from Emy Omar

Kad Besday E-ein dari Nur..mekacih…E-ein kate..I likeee..hehe

Award ni pulak dari Emy Omar..mekacih2..lebiu..kepada semua kwn2, cam biasa sy forwardkan award2 ni ye….to care is to share..

Kunjungan a.k.a mini gathering 2?

Semalam(Sabtu), Catlina dapat sms dari kawan lama@ roomate masa matriks UPM dulu, Mastura aka Masviona.Katanye diorg satu famili ada kat JB and nak singgah rumah before balik KL.Lame tak jumpe Mastura..last jumpa masa dia nak bertunang dulu..rasenye dah 3-4 tahun lepas jugak lah.err…boleh dikatakan ala-ala mini gathering jugak lah yea..hehe..sebab masing2 ade blog sendiri.Husband Masviona,Nasrul aka Prebet Sabu dan Cg Fly takdok dlm gmbr sbb diorg ler yg amik gmbr…:)..Ini jugak merupakan kali pertama hubby2 kitorg bertemu,biasanye communicate via blog je ;).


Terima kasih atas kunjungan Masviona sekeluarga..Insya Allah kunjungan balas, akan datang, kalau kami sekeluarga ke KL pulak yer.. 🙂 Semalam asyik ketawa tgk keletah Damia yg sangat aktif dan pantang disuruh joget, siap buat goyang gerudi lagi ..syg lak tak rakam video heh.Rasenye kat blog Masviona ade rakaman Damia joget2 nih!Pandai pulak ikut rentak lagu cite kartun dlm tv tu.Terima kasih juga atas lovely gift for E-ein…

Kronologi…Akhirnya pulang ke rumah(Part 4)

19 Mac 2009(Khamis)

5.30 pagi
Aku dah terjaga dari tido.Bgn2 je rasa nak ke bilik air.Rasa seriau takut sakit pun ade tapi kene lepaskan hajat gak kan…Nurse bekalkan sepasang baju hospital yang bersih.Kembali ke katil, diberi ubat pulak dan diperiksa tekanan darah.Aku minta secawan milo dan biskut untuk alas perut.

7 pagi
Breakfast.Aku bertnyakan nurse ttg baby.Bila baby akan dibawa ke sisi aku ni?Nurse kata, belum boleh lagi, masih under observation. Aku dah risau..macamane dgn pemberian susu awal ibu (kolostrum)?Nurse kata jgn risau, kat wad baby ,baby ade diberikan susu. “tapi tak sama dgn susu awal ibu,”bisik hati kecil aku.

7.30 pagi
Doktor dtg memeriksa tempat jahitan..katanya luka jahitan ok..Aku bertanya lagi ttg baby. Kata doktor, selepas aku dipindahkan ke wad bersalin, aku boleh gi jenguk baby di tingkat atas.

8.00pagi
Aku dipindahkan ke wad bersalin. Kelas dua penuh, so aku ditempatkan di kelas tiga sementara nak tunggu bilik wad dua kosong.

9.00pagi
Cg Fly dan Mama datang tetapi tak boleh masuk kerana bukan waktu melawat.Aku pula diperiksa doktor di wad bersalin sekali lagi.Aku minta untuk balik bersama baby, Dr Cho tak benarkan sbb tempat jahit nmpk bengkak katanye.Dia berjanji akan periksa aku petang nanti,kalau ok, aku boleh balik.

10.00pagi
Aku minta kebenaran keluar utk jenguk baby.Aku naik ke tingkat atas dgn Cg Fly.Cuma ibu bapa bayi dibenarkan masuk ke unit special care ni.Mama marah aku sbb aku berdegil nak naik tangga jenguk baby kat wad atas.”nanti bentan, baru berjahit dah panjat tangga,”kata mama.Namun semangat berkobar2 nak jenguk baby mengatasi segala2nya.

Baby ada dalam katil no 4,kat hujung katil kecik ditulis D/O Maizatul Azlina..alah comelnye…nurse mengangkat baby dan letak dalam dukungan aku.Aku belek2 muka baby,cuit2 hidung dan pipi dia.Aku cuba breast feed baby, tapi baby tgh tido dan langsung tak bgn.Letih agaknye dia berhempas pulas nak kuar tgk dunia semalam.Nurse tunjuk cara2 nak breastfeed.Sejam jugak aku dan Cg Fly kat sane.”Hmm..macam tak de susu je saya ni…” aku mengadu kat Cg Fly.

11 pagi
Masuk ke wad semula.Cg Fly dan mama balik rumah dulu.Cg Fly janji dtg lagi time melawat.Aku rasa kepenatan pulak bila turun tangga tadi tu.Tertido lagi.

12.30tghari
Cg Fly, mak mertua dan adik2 ipar dtg melawat, diorg stay dgn aku smpi kul 2.30 ptg.

3.00 petang
Dipindahkan ke wad kelas dua, satu bilik 2 org.Roomate ku seorang akak yang dah overdue 2 hari nak bersalin,anak ketiga dah.

4.30 petang
Cg Fly dtg dgn mak mertua.Cg Fly pergi bertanyakan ttg hal aku nak keluar ni.Kene tunggu Dr Cho periksa aku dulu.

6.30 petang
Giliran aku diperiksa, baby pun dah discharge, tunggu aku je.Dr Cho benarkan aku balik.Alhamdulillah..bengkak lagi katanye tapi dah surut sikit.Cg Fly pergi settlekan hal2 utk aku discharge.Mak mertua tolong aku berkemas.

7.30petang
Dalam renyai2 hujan dan ditemani azan maghrib berkumandang, aku pulang membawa bayi yang kami sekeluarga nantikan…Dilahirkan semasa maghrib, pulang ke rumah pun waktu maghrib.

8.30 malam
Baby tido je..kami naik risau.Dah didukung dan letak kat dada aku pun, dia tak bgn.Mmg macam ni kut baby baru lahir.

9.30 malam
Baby masih nyenyak tido.aku pun curi2 masa lelapkan mata sekejap.

11 malam
Baby masih tido.

11.30 mlm
Baby dah bgn dan aku cuba menyusukan baby. Susu tak keluar lak tu…baby mula menangis melalak kuat..kesian dia kelaparan.

11.45 mlm
Cg fly pergi beli susu rumusan bayi kat 7eleven.Tak sanggup tgk baby kelaparan.Yang ada cuma Dumex Dulac.

12 tgh malam- 6 pagi
Satu rumah tak tido kerana baby tak boleh tido.Baby tak pandai menghisap botol.Nak bagi BF, susu tak ade.Bila dah tau hisap botol, dia masih menangis.Macam dia tak puas minum susu dari botol.Subuh tu, baby BF dgn aku wpun tak ade susu, jadilah asalkan dia kenyang dan dah pandai menghisap dada.Kesian baby…..

20 Mac 2009(Jumaat)

Mula berurut. Mak bidan kata lepas berurut baru susu leh kuar.Kul 10 pagi tu, Cg Fly pegi beli susu Enfalac atas recommendation Kak Ja (ultramama).Alhamdulillah, susu tu sedap kut (harga pun leh tahan..400gm, RM40!)..baby nmpk cam puas menyusu botol, tapi lepas susu botol dia tetap nak BF dgn aku.Mmg digalakkan sbb boleh merangsang pengeluaran susu.Nurse klinik desa pun suruh bagi BF wpun belum ade susu.

21 Mac 2009(Sabtu)

Urut hari kedua.Susu mcm tak nak kuar je.Risau aku.Tapi baby tetap BF.Nurse Klinik Desa dtg memeriksa aku dan baby.Dia suspect baby jaundice.Cg Fly bawa baby ke hospital.Bacaan jaundice 13.8. kalau 14 dah kene admit ward.Patutlah baby kuat tido..tak sihat rupanye.

Malamnye, dlm kul 11 lebih, masa BF baby, aku perasan air susu the other side meleleh.Kalau dah Allah nak bagi rezeki…mencurah2 lah pulak..basah bju aku heh..seronoknye…Alhamdulillah rezeki baby……

22 Mac 2009 (Ahad)

Lepas berurut , bawa baby ke hospital lagi.Bacaan jaundice naik ke 18..masuk wad…cerita lanjut kat SINI.

Penghargaan kepada Doktor-doktor,para jururawat dan jurawat2 pelatih di bilik/wad bersalin Melur 5, Hospital Kluang yg baik hati dan selalu sedia membantu.Jasamu dikenang….

Kronologi..Kelahiran Nur Dayana Insyirah(Part 3)

18 Mac 2009

5.00pmText ColorKontraksi yg makin kerap membuatkan aku rasa nak meneran. Tiap kali rasa sakit, aku teran,tapi baby tak kuar gak.Doktor perempuan yg dari bilik saringan tadi cuba rasa kepala baby.”Sikit lagi ni puan,teran mcm nak berak sembelit tau!”

5.30pm
Masih tak berjaya nak keluarkan baby.Aku pulak rasa tak sabar dalam sakit2 tu.Doktor tadi dah beredar.”Tak ada cara lain ke nurse?” aku tny nurse yg menemani aku. “Boleh bius sy tak?sy tak larat nak teran ni..” “Puan, puan boleh ni puan..tak payah bius..ni sy suntik painkiller ok..”
Dr Cho pulak dtg menjenguk aku dan cek bukaan serviks (sabo jelah digodak2 lagi kat bwh tu).”Ok puan, jalan dah ada, tunggu u je nak tolong baby ni kuar,saya dah rasa kepala dia ni.”

5.45pm
Doktor perempuan tadi dtg lagi jenguk aku.Dia tekan2 perut aku, “puan dah buang air kecik dan besar tak ari ni?sekarang ni rasa tak nak berak atau kencing?”Aku ckp tak.”Bladder puan penuh ni, itu yang baby tak leh kuar.Puan boleh cuba kencing tak?” Aku ckp aku tak rasa pun nak kencing.Doktor tu ckp dia nak buat catheterisation.Aku tny sakit tak?Dia kata tak, cuma rasa tak selesa…huhuhu..ouch..Dr Emad jenguk pulak, “u rasa nak berak ke, kencing ke, jgn malu2 ok..kita nak bagi jalan kat baby u ni.”

6.00pm
Setelah di catheterised dan diberi enema dan telah ‘membuang’ ape yg patut ,dan meneran sekuat hati, masih tak berjaya jugak.”Nurse panggilkan suami saya…” aku makin letih dan rase nak terlelap dalam sakit2 tu..”nurse sy letih sgt ni..””nanti kami panggilkan suami puan,belum masanye lagi ni..”.

6.30pm
“allahuakhbar…” berselang seli dgn rengusan aku menahan sakit.Aku rase mulut aku ni boleh tahan bisingnye gak heh..aku dah bertambah letih kerana byk guna tenaga untuk meneran.Doktor perempuan tadi cuba rasa kepala baby dan katanye kepala baby terdongak sbb tu sangkut.Dia memperbetulkan kedudukan kepala baby.Aku meneran tapi masih juga tak berjaya.Aku terdengar doktor tersebut bercadang menggunakan vakum utk keluarkan baby.Dr. Emad dipanggil.Dan doktor mengarahkan nurse memanggil suamiku.

7.00pm
Akhirnya Cg Fly ada di sisi aku.Aku genggam erat tgn Cg Fly dan Cg Fly mengucup dahi ku serta mengusap2 rambutku.Aku merintih sakit dan sekali sekala memegang perut dan pinggang. Cg Fly memujuk aku dgn lembut.Aku rasa mcm ade satu semangat baru je..kenapalah suami aku tak diberi masuk lebih awal lagi tadi.

7.10pm
Dr. Emad dah sampai dan Cg Fly diminta keluar kerana prosedur vaccuum suction akan dibuat.Dr. Emad menyuruh aku meneran mengikut kontraksi sambil dia menggunakan vakum.

7.26pm
Dengan sekali teran dan bantuan vakum, aku dapat rasakan ada sesuatu dah keluar dan aku rasa lega.Aku dpt juga rasa ada benda yang lembut diletakkan atas dadaku.My baby..alhamdulillah..aku letakkan jari di tangan baby dan baby menggenggam jariku seolah2 berkata“mama,sy dah berjaya keluar ni..”Aku tgk ade tali pusat terbelit kat leher dan bahu baby.Doktor perempuan tadi kata, sebab tu susah sgt nak keluar, tali pusat tu yang menghalang.Tapi alhamdulillah..tak delah smpi terjerut baby dgn tali pusat tu.Nurse mengambil semula baby dari atas dadaku utk dibersihkan dah akan diberikan kpd Cg Fly untuk diazan & diqamatkan.
Hmm..yang peliknya..bila tgk baby je kan,aku dah lupa sakit aku meneran tadi, entah mane hilangnya rasa sakit tu.Sumpah aku tak tipu, aku tak rasa dan tak ingat dah rasa sakit bersalin tadi!Seolah2 telah dihilangkan ingatan tentang sakit tadi tu.Subhanallah Maha Suci Allah pencipta alam ini….aku rasa ibu2 yang lain pun mcm tu..mcm mimpi je sakit bersalin tu.Inilah keajaiban yang dikurniakan Allah kepada insan yang bergelar ibu.

7.45 pm
Sesi jahit menjahit (ouch..)..wpun kesan local anaesthesia tu masih ade, aku masih merasa ngilu setiap kali jarum dan benang ditarik.(rasenye aku tak yah cite detail sgt kut..kang ade yg seriau lak!)..adalah dlm 15 jahitan kut.

8.00pm
Cg Fly masuk dan kebetulan nurse juga menghidangkan mkn malam.Aku yg sememangnya penat, terasa lapar pulak..mungkin byk guna tenaga tadi kut.Makan disuap oleh Cg Fly..rasa bahagia sgt2.

9.00pm
Cg Fly dah beredar.Malam tu aku tido di bilik bersalin kerana pagi esoknye doktor akan dtg memeriksa aku.Aku tny nurse, mana baby?Sebab aku tgk, ibu2 lain, lepas beranak je, baby ada di sisi diorg.Katanya baby dihantar ke wad bayi bagi observation kerana dilahirkan secara vakum.Aku yang kepenatan terlelap smpi ke pagi.

BERSAMBUNG LAGI..(ade lagi sikit je nak cite nih!sabar ye..)

Sajak dari Uncle Mogen Ali Rico,Kad Besday dari Aunty Leen

Sajak indah dari Uncle Mogen Ali Rico:
Uncle Mogen is so tweet….Insyirah kata bila uncle Mogen balik Kluang,dia nak soh mama dan abah dia belanja uncle Mogen kat Kluang Railway!Psstt..mama sy kopipes dgn gmbr sekali naa..tak pe kan..(Insyirah kedip2 mate dgn comelnye..)



HADIAHKANKU SENJA GEMBIRA

Titipan senja yang merona angkasa
Tiada bintang tiada bulan
Seakan tiada duka tiada sengsara
hanya gembira menemani dunia

Di senja inilah tempatnya bercanda
Menyemai kasih berjanji setia
andai ku tahu indahnya senja
tentu kuhadiahkanmu dengan jingganya

Dan senja ini juga kau hadiahkan cahaya
Cahaya pelangkap aneka rona
hanya bunyi-bunyi riang yang berkumandang
hanya bunyi2 zikir dan munajat tanda kesyukuran
hanya bunyi2 rengkohan si kecil diribaan
hanya bunyi2 dengkuran si kecil di pangkuan
Nikmatilah dan bersyukurlah diatas segala penantian

senja gembira ini akan datang tiba lagi..
Namun ku tak tahu untuk siapa gilirannya……
Dapatkah kau hadiahkan senja gembira ini untukku, sahabat?

( Tahniah pasangan fly & Catlina diatas kurniaan cahaya mata pertama tepat jam 7.26 petang..Semoga kalian gembira sentiasa)

Kad besday ni pulak dari lovely aunty Leen:

Tq so much Leen..terharu..so sweet…wuwuwuwuuu…

Kronologi..Kelahiran Nur Dayana Insyirah(Part 2)

Sambungan..

1.30 pm
Doktor di bilik saringan kata, bukaan dah seluas 3cm.Dah boleh bersalin ni.Aku ditolak ke bilikbersalin dgn kerusi roda.Sempat salam bermaafan dgn mama dan abah.Cg Fly ke kereta masa tu, ambil barang2…fuh..berdebar giler..

2.00pm
Aku duk terkebil2 sorang2 atas katil kat bilik bersalin..Nurse tanya bila last aku mkn,last aku mkn, breakfast kul 8pg tadi ler..Ramai gak yg bersalin ari tu.ada la 5-6 org kut.Setiap kali,terdengar yang menjerit, mengerang, menangis..hmm..aku mcm tu jugak tak nanti..

2.30 pm
Nurse dtg memeriksa lagi dan masukkan drip.Aku tny mmg kene masukkan drip ke, katanye mmg prosedur.Dan juga dlm drip tu dah dimasukkan ubat utk rangsang bersalin(aku agak2 mesti oxytocin ni..)..sebab aku awal dua hari ni.ade nurse yg kenal aku dan dtg menyapa..

3.00pm
Nurse pelatih diberikan tugas utk monitor aku.Belum rasa sakit sgt tapi kontraksi dah terasa..rasa cam sakit pinggang pun ade.

3.30pm
Kontraksi makin kerap…mcm 10 minit sekali..aku bagitau nurse aku rasa mcm nak meneran, dah boleh beranak ke ni?Nurse kata belum boleh, bukaan baru 5cm.Tunggu lagi sejam maybe dah bukak 9cm, boleh push.Nurse pasang botol drip kedua.

4.30pm
Doktor yg buat saringan tadi dtg cek..katanye baru bukak 8 cm.Aku dah rase sakit giler ni.Kontraksi bertambah kerap..5 minit sekali kut..aku cuba tahan sakit tapi tak terdaya..terkeluar jugak “aduh..nurse..sakitnye…sy rasa nak meneran nih“.Tangan duk urut2 pinggang yang rase cam nak putus je..Nurse tak bagi meneran dulu..”jgn dulu…nanti serviks boleh pecah kalau baby tak muat nak lalu..

4.45pm
Doktor dtg cek lagi..dah bukak 9cm “ok awak dah boleh teran, tapi teran bila rasa sakit tu dtg je ye.Sekali masuk pulak Dr Emad , doktor pakar yg selalu cek aku monthly tu ade dtg..sekali lagi dia cek bukaan serviks..”ok maizatul, nanti u push ok..when the time comes“.Rase tenang sikit bila nampak muke yangfamiliar.
Aku tny bila husband boleh masuk?(aku tak sempat salam cium tgn pun dgn Cg Fly).Kata nurse..belum boleh lagi..tunggu time betul2 baby nak kuar……Nurse pelatih suruh baca surah Al- Hasyr atau surah Yunus…mulut aku terkumat kamit baca surah al-Insyirah..sebab surah tu je terlintas kat kepala….sakit dah bertambah kerap..Allahu akhbar..hanya kaum ibu yang pernah melahirkan je tahu..Aku genggam erat tgn nurse pelatih yg setia menemani aku sejak dia ditugaskan monitor aku..tapi sebenarnya aku nak genggam tgn Cg Fly..

BERSAMBUNG

Kad dari Aunty Su, Award From Nur

Kad dari aunty Su..lebiuuu mmmuuuahh…terima kasih yg tak terhingga dari kami sekeluarga (Catlina, Cg Fly & E-ein)

Award dari Nur..terima kasih byk2…wpun baru kenal tapi mesra gitu :).Kami same2 suke & minat kucing! Sy forwardkan award ini kepada semua kwn2 k!

Kronologi..Kelahiran Nur Dayana Insyirah(Part 1)

18 Mac 2009

8 pagi:
pergi breakfast kat kedai bersama2 parent ku dan keluarga Ultramama sebelum Ultramama bertolak ke Penang

9 pagi:
balik rumah..macam ngantuk.tido jap lah kat bilik.Cg Fly keluar ke Kluang jap ada urusan .

10 pagi:
bgn tido..boring laks..my mum tgh masak2 kat dapur, abah kat dpn tgk tv rasenye.Online ,blogwalking & ym chat with 3 persons: Neezareef(blogger friend), Kak Fizah Nordin (blogger friend)& Syakirah(my ex college mate)

11.45 pagi:
still blogwalking & chatting..tgh2 chatting..terasa something meletus..rase mcm kentut je (heh i’m sowii)..tapi tetiba mencurah2 air keluar (org tua2 kata ni kembar air).Terus tutup laptop & bagitau mama dan mama suruh bersiap2 pkai kain batik & tshirt..(aku tgh pakai baju preggie masa tu).

12 tghari:
sedang elok Cg Fly smpai ke rumah..ambil ape yg patut,beg baby, beg maknye..bertolak ke hospital…tak rasa sakit lagi..cuma air sekali sekala keluar mencurah ,basah abis kain sarung, seat keta mujur dah dilapik dgn tuala.

12.30 tghari:
sampai ke wad bersalin dan mendaftar.Disuruh tunggu kat luar smpi dipanggil ..mula rasa sakit pinggang tapi kejap2 dalam selang 15 minit, sakitnye tak berapa kuat lah.

1.30 tghari:
masuk bilik pemeriksaan..doktor kata, dah terbuka 3cm.

BERSAMBUNG

« Older entries