Marble cheese brownies(lagi!) dan the marbling method!

Yezza…buat marble cheese brownies (kali ni tanpa dulche de leche)lagi atas permintaan kawan2 yang turun berseminar kat tempat keje aku ni….end product tak sempat nak amik gmbr sebab lepas masuk peti sejuk, cepat2 potong masuk tupperware , bagi kat diorg!Ada yang tny mcmana nak buat marble ni, so aku nak share ape yg telah aku belajar kat tenet melalui blog kawan2 yang pernah buat marble cheese brownies ni.

Buat beberapa garisan atas cheese layer menggunakan baki brownies coklat.

Lorekkan secara menegak atas garisan coklat tadi.Buat sampai habis ke penghujung loyang.

Lorekan pertama

Lorekkan kedua(arah berlawanan dari yang pertama).Loreklah sampai habis ke side loyang yg sebelah lagi

Siap!Leh masuk oven!(tgn ku masih keras weh!huhu!)

rupa bila dah masak dan dipotong….(gmbr lama)

Petua menghalau semut

Hehehe..bukan aku nak bagi petua , aku nak tny kalau2 ada antara kawan2 yang tau petua/tips tak nak kasi semut masuk rumah???

Setakat ni aku guna spray shieldtox dgn ridsect jek..tapi tulah…membuatkan lantai berminyak2, dan not safe for babies & environment kan.Kalau kat dapur yg dihurung semut, tensinya aku…macam tghari ni, petang semalam aku baru je mop lantai bagai, hari ni semut ada lagi..wooo woo wooo..sakit ati aku…lepas spray of course ler sume bertaburan kat lantai…nak kena sapu balik..rasanye dlm seminggu ni 3-4 kali kena serang semut, walaupun takde tumpah ape2 kat lantai…kadang2 semut tu gi landing baik punya kat dalam peti sejuk pun dia nak masuk…haih….

Amacam?korang ada petua yang tradisonal & eco-friendly tak?Sharelah jom!

How not to get pregnant Part 2

Sorry meh..terlambat lak buat sambungan artikel ni :)…jom baca!Kaedah2 di bawah digunakan utk menjarakkan kehamilan bagi mereka yang:

1.mempunyai anak yg masih kecil dan belum bersedia utk mendapat anak seterusnya
2.mempunyai masalah kesihatan yang boleh meragut nyawa jika mengandung
3.perlu merantau jauh /berpisahan dgn pasangan, rasa tidak mampu utk menjaga anak berseorangan

dan lain2 sebab..

Image from Yahoo search

Seperti yg sy pesan sebelum ni, kalau dah rezeki, jgn lah tolak ye, sebab ramai lagi yang sedang menunggu utk mendapatkan anak….my part pulak, belum bersedia dari segi fizikal dan mental utk dapatkan anak kedua, sebab nak tumpukan pada E-ein dulu :)..tunggu dia lepas 2 atau 3 tahun kot hehehehe..

Kaedah perancangan keluarga..

6. Diafragma

  • Diafragma adalah getah berbentuk seperti kubah yang dimasukkan ke dalam vagina supaya menutupi serviks. Oleh itu, sperma akan dihalang dari memasuki serviks.
  • Ia mesti digunakan bersama-sama spermisid (sejenis bahan yang membunuh sperma) yang disapu pada diafragma.
  • Ia mesti dipasang oleh doktor.
  • Ia perlu dikeluarkan sekurang-kurangnya 6 jam selepas ejakulasi.
  • Peratus kegagalan: 20%

Cara memasukkan diaphragm

Bagaimana diaphragm berfungsi.Walaupun bentuk dia macam mangkuk kecil, korang jangan sekali2 guna mangkuk kat dapur tu tau!haipp!

7. Kondom untuk wanita

  • Ia diperbuat daripada (polyurethane).

  • Ia ditempatkan di dalam vagina supaya menghalang sperma dari memasuki rahim.
  • Ia juga berfungsi untuk menghalang penyakit bawaan seksual.
  • Lebih mahal berbanding kondom lelaki.
  • Peratus kegagalan: 20%

  • 9.Kondom utk lelaki
  • Diperbuat daripada getah, plastik (polyurethane) atau membran semulajadi.
  • Ia menghalang sperma dari memasuki vagina dan rahim.
  • Membantu menghalang penyakit bawaan seksual.
  • Peratus kegagalan: 4%-10%


9. Mengikat tiub

  • Mengikat tiub dilakukan untuk menyumbat tiub fallopio supaya sperma tidak boleh sampai kepada telur.
  • Ianya dilakukan dengan meletakkan cincin pada tiub atau memotong sebahagian daripada tiub.
  • Prosedur ini mengambil masa satu hari dan insisi sepanjang 1cm akan dibuat pada pusat.
  • Ia tidak akan menjejaskan kebolehan atau keinginan seksual.
  • Ianya tidak boleh dipulihkan. Anda perlu pasti bahawa anda tidak mahu anak di masa akan datang dan tidak akan berubah fikiran lagi.
  • Ianya dilakukan pada minggu pertama kitaran haid, 5 hari selepas pembedahan atau semasa melakukan pembedahan untuk bersalin.
  • Peratus kegagalan: kurang1%

AC_FL_RunContent( ‘codebase’,’http://download.macromedia.com/pub/shockwave/cabs/flash/swflash.cab#version=9,0,28,0′,’width’,’400′,’height’,’300′,’hspace’,’40’,’quality’,’high’,’pluginspage’,’http://www.adobe.com/shockwave/download/download.cgi?P1_Prod_Version=ShockwaveFlash’,’src’,’BTL’ ); //end AC code


10. Vasektomi

  • Pemotongan vas adalah pembedahan minor untuk menghalang vas deferens (tiub yang membawa sperma dari testis ke urethra) dengan memotong atau mengikat vas deferens.
  • Prosedur ini mengambil masa 1 hari dan pesakit akan diberi bius setempat.
  • Pesakit mungkin akan merasa sedikit sakit atau tidak selesa di kawasan skrotum selepas prosedur ini. Pemakaian seluar dalam yang lembut dan longgar dapat membantu melegakan ketidakselesaan.
  • Walaubagaimanapun, anda masih perlu menggunakan kaedah pencegahan kehamilan lain terlebih dahulu sehingga semen anda benar-benar bebas dari sperma. Analisis semen akan dilakukan 3 bulan selepas prosedur untuk melihat keberkesanan prosedur yang telah dilakukan.
  • Kaedah ini tidak menjejaskan keinginan dan kebolehan seksual. Isipadu semen yang dikeluarkan mungkin berkurang.
  • Ianya lebih murah berbanding mengikat tiub fallopio kerana komplikasinya lebih sedikit.
  • Ianya tidak boleh dipulihkan semula. Anda perlu pasti bahawa anda sudah tidak berkeinginan untuk mempunyai anak sebelum menjalankan prosedur ini.
  • peratus kegagalan: kurang1%>

11. Kaedah berkala (Perancangan keluarga semulajadi)

  • Kaedah ini adalah berdasarkan teori bahawa telur boleh disenyawakan dalam masa 24 jam selepas ovulasi dan sperma boleh mensenyawakan telur dalam masa 3 hari selepas memasuki vagina.
  • Kaedah ini sesuai diaplikasikan oleh wanita berusia 28 hingga 30 tahun yang mempunyai kitaran haid yang tetap 28 hingga 30 hari.
  • Ovulasi (pembebasan telur yang matang) berlaku antara hari ke 12 dan 16 bagi wanita yang mempunyai kitaran 28 hari. Maka, kemungkinan waktu subur adalah hari ke-9 (12-3) dan hari ke-17 (16+1) kitaran. Dalam erti kata lain, anda perlu menghindari persetubuhan dari hari ke-9 hingga hari ke-17 untuk mengelakkan mengandung. (Hari pertama adalah hari pertama datang haid).
  • Semasa tempoh subur (hari ke 9 hingga 17) kondom boleh digunakan semasa persetubuhan.

Sekian, tazkirah di pagi Isnin..hehehe..byeeeee!!

Dam dam dum, traffik merudum!!

Saja nak kongsi trafik blog ni yang jatuh merudum dan menjunam semasa aku gi bercuti..hehe..bukannye nak kata ramai sgt lawat blog ni cuma average reader aku biasanye 100 org sehari..thanks to my readers…Dan kepada blogger2 lain,(termasuk aku jugak)- jangan lupe membuat kunjungan balas bila ada org datang melawat dan komen kat entry kita/tinggal msg kat chatbox kita.

Cuma satu ada yg sy tak berapa gemar, bila org singgah chatbox, dia shout“hoi!”,” Nuff satu!” ” Klik2″ la..dan lain2 yg seangkatan dengannya.Nak tegur , tegurlah elok2…tegurlah dgn ikhlas dan jgn harap sy akan ke blog anda semata2 utk klik Nuffnang.Sy cuma klik bila sy teringin nak klik.Dan I never tell, not anymore.Jangan terlibat dgn geng Klik2 Nuffnang tau!Biarlah Nuffnang kita tak bertambah, asal jgn terlibat dgn benda2 tak halal nih!Usahalah utk menaikkan traffik dgn cara yg jujur..bukan cara nak mudah je…

Ingin mengabadikan kenangan terindah anda?
Kami bersedia merealisasikan impian anda!
KedaiGambarKami-Johor | Melaka | KL | N9 Family Photographer
Photobook & Poster Printing juga ada di sini!

Anda seorang blogging freak???

Gambar dari sini

…Anda cek blog anda lebih dari sekali dalam satu hari…

  • cuma untuk baca post yang lama2..
  • cuma untuk baca komen baru dan juga komen2 lama…
  • cuma utk menulis draft utk dipublish esok
  • untuk menulis beberapa entry yang akan dijadualkan utk esok atau lusa…
  • untuk membaca semula post yang telah didraftkan
  • untuk menulis semula/membuat pembetulan pada draft yang dibaca tadi..dan cycle nye bersambung!hehe!

…Cara anak anda tido dalam kereta pun dah boleh jadi topik blog anda keesokan harinya….

Perkara yang nampak remeh tapi memberi anda idea untuk menulis.Apa sahaja, di mana sahaj.Stokin suami berlubang.Anda cuba membunuh lalat dalam dapur anda.Hari ini hujan seharian.anda terpaksa beratur lama utk membeli goreng pisang!Bawang habis pulak kat rumah.Apa2 sahaja yang sesuai dijadikan topik!!

…”Aku tak sabar nak masukkan ni dlm blog!“menjadi motto anda

Anda menulis bila ada cashier dia shopping mall biadap terhadap anda.Atau mengenai pengharaman memakai kain pelekat di Dubai-err…Syigim, are they such thing as this?hehehe..

…Keluarga dan kawan2 melihat perkembangan anda(dan anak2)di blog
Anda tidak menelefon kakak anda dalam beberapa ketika dan kakak anda tahu bahawa anak anda baru dipotong rambutnya..”Kak Ja baca blog mung, E-ein dah potong rambut eh” “E-ein ada kereta baru eh”…Sila guna telefon ye utk berhubung dgn sanak saudara anda(hehehe..termasuklah aku!)oh ya, aku gi HQ Putrajaya minggu lepas dan seorang kawan bgtau” aku baca blog engko hari2!”wahahaha!

…Anda mengambil gambar dgn caption sudah ada di kepala anda…
Bila anda keluar berjalan2, anda mengambil gambar.Dan anda sudah dapat bayangkan bentuk entry dan caption gambar tersebut.Bila anda mengambil gambar anak anda memakai tutu, anda sudah bygkan caption/tajuk “Dayana The Ballerina” atau “budak nakal dgn tutu”!

…Kawan-kawan anda bernama pelik karipapsayur“(a kuih), kucingorengemok“(a fat red tabby cat) ,”ciklilyputih“(mungeeeeeee) hihi, just some examples haha!

…Anda mereka satu blog badge supaya kawan2 anda boleh copy dan paste serta linkkan anda di blog mereka!
Bukan sahaja anda berpuas hati dgn kawan2 anda menjadi follower anda, anda juga pastikan mereka betul2 meletakkan blog badge anda secara personally di blog mereka!(to the original writer, Syigim, yes you should have one, kalau nak, contact sy k!hehehe..!)..

…Perbualan harian anda dgn suami berkisar tentang blog, sekurang2nya, sekali….

  • Apa yang kawan2 blogger anda tulis hari ini.
  • Berapa banyak komen anda terima hari ini.
  • Entry terbaik yang anda rasa anda telah tulis
  • Komen yang membuatkan anda gembira!
…..Anda ketandusan idea dan menjadikan tulisan orang lain sebagai inspirasi: akulah tu…hahahaha….daaaaa!!!

adapted from:You Know You’re A Freakoblog When..by Syigim @MomBloggersPlanet

Where Moms Unite

Catlina’s message:
“this is an scheduled entry because I’m going outstation now and I’m a freakoblog!Haha!

Ku bukan lagi Glitterati

Sebenarnye dah 2 hari status Glitterati Nuffnang aku yang dah kupegang selama hampir 1 tahun, dah terlucut..nape tah.Aku pon pelik ni.Mana ada aku lettak iklan lain kat blog2 aku nih..semuanye iklan Nuffnang.Nanti aku nak email pihak Nuffnang lah pasal ni.Byk perbezaan kemudahan yang Glitterati dapat berbanding dgn ordinary members…contohnye kat bawah:


Glitterati ni ala2 loyalty programme la..:

* The Loyalty Program is open to exclusive Nuffnang bloggers where “exclusive” is defined as not having any advertisement unit being placed on the user’s blog that originates from South East Asia ad network, or any other ad network that Nuffnang deemed as a direct competitor.

* Loyalty Program membership cannot be backdated to allow for benefits to be earned prior to joining the program.

* Glitterati status may be lost if for any reason we are unable to detect a Nuffnang ad on any of your registered blogs (e.g. if your blog is taken private, has been suspended, or your blog server suffers a prolonged failure), or any blog does not receive any traffic for an extended period of time.

* Any users who are found attempting to manipulate or ‘cheat’ to be included in the Loyalty Program will be banned for an indefinite period of time.

* Nuffnang reserves the right to restrict or ban any users from the Loyalty Program without reason or cause.

* Nuffnang reserves the right to alter the Terms and Conditions.

Macamana nak apply jadi Glitterati?

Oh, kita tak apply, pihak Nuffnang sendiri akan menentukan kita layak ke tak..kalau memang blog kita takde iklan berbayar lain mcm Innity dan Adsense.Tapi Google Ads takpe rasanye sebab iklan tu tak berbayar.Boleh baca kat sini.

Lagi satu paling ketara ialah jumlah byran dan juga tempoh menunggu utk mmendapatkan cheque tu yang berbeza.huhuhuhuhu!!Itulah, cuba tgk blog aku, mana ada iklan lain?Kenapa, ye?

Kenapa saya suka Nuffnang?

Dah lama aku tak buat entry pasal Nuffnang.Ok, let’s admit it, aku suka Nuffnang sebab pertamanya,dapat duit free kan?hehehe..tapi ada sebab lain kenapa aku suka Nuffnang.Aku suka application analytic kat Nuffnang.Dengan ini ku tahu berapa ramai datang jenguk blog ni(views & unique).

Kalau korang tgk kat atas, 8 Mei, 9 Mei dan 10 Mei , kurang yang dtg menjenguk, sebab 8 dan 9 Mei aku tak update(takde entry baru-kalau ada pun jarang sebab aku balik kampung tiap2 weekend, dan 10 Mei pun tak ramai orang sebab aku tak update gak).Bukannya nak menujnjuk ke apa, tapi aku nak ucapkan terima kasih kepada pelawat2 blog ni yang sudi dtg jenguk sini.:)

Nota-Perbezaan views & unique: Views: orang yang sama dtg tgk(view) blog kita byk kali Unique: bilangan visitor/pelawat yang berlainan(bukan org yang sama).

Ada paham?tak paham, kena baca kat Nuffnang ye..

Yang ni pulak, utk lihat top referrer kat blog kita….(Referral)

Pssttt : Kak Hana, takde hadiah lah nak bagi kat Top Referrer Catlinaflybaby ni, tapi Kak Hana leh cuba nasib kat KedaiGambarKami @ Makan-makan by Catlina hehehe…Tq semua..

Oh ya, dah lama org war2kan hal ni,jgn terlibat dgn geng klik2 Nuffnang…biarlah orang yang klik tu , klik dgn ikhlas, tanpa minta dibalas…aku pernah terlibat juga tapi masa tu aku tak tahu benda ni salah so, aku tak buat dah skrg.Sekarang aku klik juga, tapi tak bgtahu org tu yang aku klik2 kat blog dia..kalau sapa2 nak klik iklan kat sini, tak yah bgtau k…:) klik je, dengan ikhlas tanpa paksaan atau balasan…

Sekian, terima kasih.

How not to get pregnant Part 1

No..ini bukan peyut sy tau..sy jumpa kat yahoo search

Haa…bila baca entry dari Uda today, tergerak hati nak menyebarkan info dari beliau…Entry ni bukan utk gadis(yang takde gadis lagi dah) atau teruna2 (yang takde teruna lagi dah) belajar cara nak elakkan pregnancy y(tapi kalau nak baca boleh juga utk sedar2kan diri tu)..NO!NO!..ini ialah kaedah perancangan keluarga bagi mereka yang tak mahu mengandung lagi(selagi boleh biarlah sementara, bukan kekal, melainkan sebab boleh membahayakan nyawa ibu dan bayi) atas sebab2 yang berikut:

Saya ada masalah kesihatan
-Masalah seperti kencing manis, sakit jantung atau lain-lain yang boleh memudaratkan nyawa ibu dan bayi.
-berumur lanjut dan rasa tak sesuai nak mengandung lagi

Saya tidak mahu anak buat masa ini
-Contohnye:
-baru bersalin dan mahu tumpukan pada anak sorg tu dulu(mahu jarakkan kandungan)
-baru kahwin tapi duduk berasingan mcm sorg kat Malysia , sorang kat obersi- kesian kat anak
-baru kahwin tapi nak enjoy dulu , nak bermanja2 n geli2 hubby & wifey dulu
-baru kahwin tapi masuk maktab-takleh preggie maaaa!

( Tapi rezeki Allah kalau boleh jgnlah tolak melainkan ade sebab2 munasabah, ramai lagi nak baby tapi tak dapat..)

Antara kaedah2 perancangan keluarga yang boleh dipraktikkan ialah:

1. Pil pencegahan kehamilan(pilihan yang paling femes kot ni)

Terdapat 3 jenis pil pencegah hamil:

(i) Pil pencegah hamil campuran

(ii) Pil progesteron sahaja (pil mini)

– Pil mini hanya mengandungi hormon progesteron
– Ia menjadikan dinding endometrium menipis dan mukus di kawasan serviks menebal. Kadangkala ia juga berfungsi mengawal ovulasi.
– Aliran haid akan menjadi sedikit dan pendek. Kitaran haid juga menjadi tidak tetap. Ini menjadikan pil mini kurang popular dikalangan pengguna pil pencegah hamil.
– Ia dianggap pil yang paling lemah dan kurang kesan sampingan tetapi kurang berkesan jika dibandingkan dengan pil campuran.
– Ia diambil sepanjang tahun berterusan tanpa henti.
– Peratus kegagalan: 2%

(iii) Pil pencegah hamil kecemasan

– Pil pencegah hamil kecemasan digunakan untuk menghalang kehamilan sekiranya melakukan hubungan kelamin tanpa sebarang perlindungan, dirogol atau mengesyaki kegagalan kaedah pencegah hamil contohnya kebocoran kondom.
– Ianya diambil 72 jam (3 hari) selepas melakukan seks.
– Ianya tidak setanding pil pencegah kehamilan lain.
– Tidak sepatutnya digunakan berterusan kerana peratus kegagalan yang tinggi.
– Contoh: Postinor
– Peratus kegagalan: 5%
– Cara alternatif bagi pencegahan kehamilan kecemasan adalah dengan memasukkan IUCD dalam masa 4 hari selepas menjalankan hubungan.


2. Alat pencegah kehamilan di dalam rahim (IUCD)

(i) IUCD Kuprum

– Ia mengandungi kuprum yang berfungsi menghalang sperma dari memasuki tiub fallopio.
– Ianya berkesan selama 3 tahun selepas dimasukkan.
– Aliran haid akan menjadi banyak dan panjang selepas dimasukkan.
– Peratus kegagalan:

(ii) Progestogen IUCD (Intrauterine Contraceptive System)

– Ia mengandungi Levonorgestel (hormon seperti progesteron) yang menjadikan mukus di serviks menebal untuk menghalang sperma dari memasuki rahim.
– Ianya boleh bertahan selama 5 tahun selepas dimasukkan.
– Kelebihan IUCD kuprum ialah, aliran haid tidak begitu banyak dan tidak menyakitkan.
– Peratus kegagalan: 0.1%


3. Implan pencegah kehamilan (Implanon)

  • Implanon adalah alat seperti batang mancis, berwarna putih mengandungi etonogerstel yang dimasukkan di bawah kulit di lengan.

  • Ianya dimasukkan oleh doktor terlatih dan bius setempat akan diberikan.
  • Ianya menghalang ovulasi, dinding endometrium menipis maka menyukarkan penempelan embrio. Mukus di kawasan serviks juga menebal menyukarkan sperma untuk berenang ke kawasan uterus.
  • Ianya boleh bertahan selama 3 tahun. Selepas tamat tempoh 3 tahun, ianya mesti diganti dengan yang baru.
  • Aliran haid menjadi sedikit dan sakit ketika haid berkurang.
  • Boleh menyebabkan kitaran yang tidak tetap atau tidak datang haid bagi beberapa bulan.
  • Peratus kegagalan:


4. Suntikan pencegah kehamilan

  • Juga dikenali sebagai suntikan mengawal kelahiran.
  • Suntikan ini mengandungi hormon seperti progesteron yang menghalang wanita dari ovulasi (membebaskan telur yang matang).
  • Suntikan di berikan di punggung. Dos kedua diberi selepas 2 bulan suntikan pertama diberikan dan dos seterusnya diberikan setiap 3 bulan sekali.
  • Ia menjadikan aliran haid sedikit dan boleh menyebabkan haid yang tidak tetap atau tidak datang haid bagi beberapa bulan. Ini antara punca perlu menghentikan penggunaannya.
  • Contoh: Depo Provera
  • Peratus kegagalan: 1%

5. Topi Serviks

  • Topi serviks adalah sejenis getah berbentuk seperti topi yang secocok dengan serviks. Dengan ini, sperma akan di halang dari memasuki serviks.
  • Biasanya ia digunakan bersama dengan spermisid (sejenis bahan yang membunuh sperma) yang disapu pada topi serviks.
  • Ia perlu dikeluarkan selkurang-kurangnya 6 jam selepas ejakulasi dan tidak sepatutnya berada dalam vagina melebihi 48 jam.
  • Ianya mesti dimasukkan oleh doktor.
  • Boleh meningkatkan risiko jangkitan serviks.
  • Peratus kegagalan: 20%

Idolaku Anne Geddes!

Pesanan kepada gadis2 yang bukan gadis, teruna2 yang bukan teruna,yang juga bukan dalam ikatan perkahwinan yang sah,jika anda terbaca entry ni :Renungkan sejenak..zina itu dah satu dosa, buang anak lagi lah dosa iaitu membunuh manusia lain.Why don’t u girls amalkan perancang keluarga atau gugurkan shj(sebelum ditiup nyawa) kalau tak mahu jaga anak tersebut?sekurang2nya, tak delah kamu membuang anak merata2 mcm buang sampah…Sy mengutuk sekeras2nya mereka yang membuang bayi ini..sy jijik dgn org2 sedemikian yang memanggil dirinya manusia, mereka tak layak dikurniakan bayi yang suci itu!!!!fikir2kan…

Bersambung nanti yek..

Jelajah Blog Ibu

Tertarik bagai magnet bila tgk tajuk Jelajah Blog Ibu kat blog mama Faheem, Cik Min.Pernah juga baca blog Ben Ashaari ni..setau aku, dia ni otai blogger dan ada kaitan dgn Geng Blogger(sebab mcm selalu nampak blog ni kat sana..).Yang aku pernah baca kat blog beliau, segmen blogger lama bantu blogger baru…bagus gak sebab blogger yang berpengalaman buat review sekaligus boleh memperkenalkan dan menaikkan bilangan pengunjung ke blog blogger baru…

Blog Catlinaflybaby-Our Bundle of Joy ni lahir pada Ogos 2008, masa tu aku tgh expecting my baby E-ein, yang baru berusia 2 bulan dalam kandungan. Aku bermula dari “kosong”, dari tak tau apa2 pasal blogging, hinggalah kini dah boleh design blog header, blog badge, ubah layout sikit2 dan bermain dgn HTML coding!Teringat mula2 berblogging, langsung tak ade komen kat entry blog ni, tapi lama2 dgn usaha blogwalking , akhirnya dapat ramai kawan yang maintain bertegur sapa smpi sekarang!Ada juga yang ku telah bersua muka bila ada kesempatan….

Snapshot pertama E-ein dalam kandungan…gmbr pertama E-ein dlm blog ni

hingga ke hari pertama E-ein dilahirkan dan ..

menginjak setahun (dan tahun2 akan datang!), blog ni setia menjadi online diary mama!

Memang blog ni dedikasi khas untuk anakanda E-ein, dan hampir 90% entry dalam blog ni mesti berkait dgn E-ein.Dan contents dalam blog ni juga semakin byk sejak aku kenal kawan2 blogger dan juga sejak menjadi antara 10 org penulis tetap di MomBloggersPlanet. Sejak itu aku makin berusaha untuk bukan shj berkongsi cerita E-ein dan keluarga, malah sejak awal tahun lepas, byk tips seperti tips kesihatan ibu mengandung/bayi ,babywearing, breastfeeding, tips Nuffnang, tips / cerita fotografi dan resipi aku kongsikan di sini. Makanya, selain dari cerita E-ein dan ada sentimental value yang tinggi , blog ini juga ada kepelbagaian utk dikongsi dgn pengunjung…

Moga2 dapat menjadi top 5 Blog Ibu di bloglist En. Ben!Amin!

Ini dia syarat2 dari En. Ben kita:

“1 ) Paste HEADER blog BEN ASHAARI(dah)
2) linkkan ke entri ini ..(Dah)

3) cerita serba sedikit mengenai blog anda … itu akan membantu promosi blog anda ..
(dah)

4 ) dari mana anda tahu mengenai SEGMEN JELAJAH BLOG IBU ini ..
Saya tahu pasal Jelajah Blog Ibu ni dari mama Faheem @ My playground..

tu jeeeeeeeeeee.. ok ???

p/s : blogger yang dah penah dijelajah pun boleh buat juga… setiap blog yang saya jelajah , akan saya masukkan dalam blog list terbaru saya .. TOP 5 BLOG IBU … ahaks

~IBU-IBU(bapak-bapak tak qualify kali ini),JOM JOIN RAMAI-RAMAI!~

Terima kasih, Little Mama @ MBP!


Mari belajar matematik dgn code HTML!(sediakan calculator ok?)


Terima kasih kepada Kak Ros aka Little Mama @ Mombloggersplanet yang sudi membuat entry How to expand blog width Part 1 dan How to expand blog width Part 2 , khas utk membantu aku melebarkan post column @ middle column blog aku nih.Since aku ni jenis suke letak gambar dan kadang2 gambar2 tu agak lebar , maka berlakulah gambar terpotong bila masuk dalam entry blog. Tak sangka juga Kak Ros sanggup melayan pertanyaan aku tu..terima kasih ye kak Ros ! (terima kasih juga belikan fridge magnet dari Disneyland Hong Kong! Kak Ros menang hadiah ke Hong Kong dari Nuffnang Friso Gold contest dan beliau baru je ke sana pertengahan bulan Mac baru-baru ni! Wow, tuah ayam nampak di kaki, tuah Kak Ros nampak di Hong Kong!Best kan?)You can read the winning entry HERE and who knows, you might be inspired!

Okeh…berbalik semula kepada kes aku tadi tu, err…makan masa nak translate dari MBP (disebabkan kekangan masa nak translate, tapi sy akan buat juga nanti insya Allah!)..kawan2 boleh baca tutorial dari sini dan cuba jaya k?(Hanya untuk yang berani mencuba sahaja…sayugia diingatkan, sila savekan html code sedia ada ke dalam Word pad atau Microsoft Word utk mengelakkan kehilangan entry2 berharga!Klik sini)

Layout/ lebar asal

Senang cerita..aku telah berjaya menukarkan lebar blog aku ni dari 950px(pixel) ke 1036 px wide, iaitu dengan menukar content width dari 464 px menjadi 550 px dan layout width dari 950px kepada 1036 px.Tak paham? Baca sini k..

Lebar asal : 950x

Lebar baru : 1036px

Tapi ade off sket lah, sebab header aku tu masih saiz lama iaitu 950px…kalau nak tukar makan masa jugak sebab aku kena edit dan upload gambar2 tu ke Flickr, since mine is a rotating header ( ade org kata, macam slide show).

Header dengan lebar lama:

Header dengan lebar baru:

Nampak tak saiz header sekarang lebih kecil dari jumlah lebar ketiga-tiga column dalam blog ni?Actually tak effect ape pun cuma kalau aku je yang rasa nanti nak tukar saiz header sekali..biar sepadan dengan lebar layout blog ni..

Reminder: sila preview(1) setiap perubahan yang ada buat di html code blog anda sebelum anda save template(2)!

« Older entries