Happy birthday Abah E-ein & gambar birthday girl!

Hari ni besday my hubby..lambat wish kat blog tapi tepat jam 12 mlm tadi aku dah wish tau hihi….takde hadiah lah bang kecuali kasih dan sayang ku ini :)..mmuuaaahhh!ngeeee…

Ini pulak keletah E-ein dgn kek harijadi keduanye (kek pertama kek free kat Pumpkin House Restoran).Kami tak buat majlis sebab belum bersedia(dan juga keluarga kami tak berapa sambut besday..:)..ada tak org lain camni ye?), maybe next year kot.Insya Allah akan ku jemput kawan2 semua nanti.Saje aku dan Cg Fly amik gmbr buat kenangan…tapi since E-ein baru baik demam and agak cranky sebab masih selsema dan batuk, ini je gambar2 yang sempat kami ambil sebelum dia guling2 dan melenting2 sebab ngantuk dan bad mood.

Banyak jugak la ralat semalam, E-ein takmo pakai gaun satin dan skaf riben mama baru beli , pastu ingat nak amik gambar atas padang depan umah, tapi ujan lebat menyebabkan kami terpaksa buat indoor photoshoot…huhu…maybe lepas2 ni amik gambar lagi bila E-ein dah pandai jalan betul2…Tapi yang kelakarnye bila bagi dia pegang kek, dia mula2 cuit sikit2 dulu, pastu tgk muke mama dan abah dia, tgk kitorang larang ke tak hehehe..pastu mulalah dia ramas2 kek tu, masuk mulut sikit pastu dia geli pulak sebab tgn dia melekit2 adeh2 hahaha …pastu bermulalah episod melalak2 sebab cranky…

Visit us at http://kedaigambarkami.blogspot.com!

Gambar kek lagi byk dari tuannye hihi

Cranky girl mula cuit2 kek
Rasa geli sebab kek melekit2..
Kek yang lunyai dikendurikan oleh E-ein.. Nampak tak secalit aising kek
atas gebar tu?semalam jenuh aku nak membasuh nye :)..tapi
memang saje alas khas utk E-ein comot2kan…

Visit us at KedaiGambarKami!

Setahun lalu..hari ini…

E-ein dilahirkan (vacuum assisted) tepat jam 7.26 pm!Time tu azan maghrib berkumandang…Pengalaman bersalin: sakit tak digambarkan dgn kata2.. tapi indah!Lupe rasa skait bila baby diletakkan atas dada kita…

Sekejap je setahun dah berlalu…Selamat hari lahir my baby, Nur Dayana Insyirah binti Zulkeflai..”cahaya keberanian dan melapangkan hati ” mama dan abah….actually kami dah sambut birthday E-ein advance pada 15 mac yang lepas, ade 3 orang dlm keluarga kat Johor ni, birthday bulan mac iaitu, E-ein (18mac),abah E-ein (19mac) dan tok mak E-ein( 15 mac)..kami gi makan malam di Restoran Pumpkin House kat Kluang…dapat kek birthday free lagi 🙂 tapi ade ralat sikit, mama lupa bawak kamera DSLR tu!Dah kena bebel dgn Cg Fly …”biasa awak tak lupa bwk kamera“..huhuhu…dok kalut2 uruskan E-ein masa nak gerak ke restoran, lupe bwk kamera..tapi takpe..nanti mama beli kek lain ari ni, kita amik gambar banyak2 ye E-ein?

Update : Perkembangan E-ein:
Ada bahasa sendiri dah sekarang…

1.”Ne ne ne..” bermaksud “nak”

2.” cak”…bermaksud ” cicak ” (sambil tgn tunjuk kat dinding)

3.”eeehhh” …(sambil tgn letak kat telinga )-” tengah bercakap kat handphone”

4.Suka korek purse mama sampai berterabur duit2 dan name card2 serta kad2 bank dan kad kwedip dlm tu..pastu kalau jumpe name card member mama yang keje petshop yang ade gambar kucing, dia belek2 dan mulut bising nak bagi tau ade kucing kat dlm gmbr tu.

5.Masih belajar berdiri dan berjalan…berjalan 2-3 tapak, pastu melompat kat kita, kalut sgt..dia tak sabar, jalan lau lak tu!

6.Kalau marah , bunyiknye ” Arrgghhh!”

7.Suke kelepuk2 muka mama dan abah yang tgh tido..

8.Paling suke, tepuk dan cubit perut abah dia..

9. Suke main air..kadang2 mandi kat sinki, menjerit2 tak nak kuar dari sinki..

10.Kalau nak susu, kita tanya dia”nak susu?” dia akan tunjuk ke meja yang ade bakul susu dia..kalau dia taknak, bo layan lah jawabnye!..

11.Kalau dengar azan, tangan dua2 naik ke telinga tanda tgh azan, yang ni aku tak tau mane dia belajar, maybe tgk tv atau tgk anak pengasuh kot..sekarang aku dgn Cg Fly selalu azan depan dia 🙂 sambil wat gaya..

One year and keep counting!

Lagi 8 dan 9 hari…

E-ein first birthday jatuh pada 18 mac 2010..alhamdulillah, dah setahun rupenya E-ein.Cepat betul masa berlalu.Meanwhile, 19mac pulak birthday abah E-ein. So double celebration la tapi tak plan lak nak wat majlis birthday, maybe gi makan2 bersama keluarga je….

Perkembangan E-ein mencecah 1 tahun ni:

1.makin nakal dan ligat!laju je merangkak , maklumlah dah expert, sambil bwk mainan pun dia leh merangkak dgn laju!

2.tengah belajar berdiri dan berjalan…sangat lah tak sabar, belum pandai berdiri lagi, dia dah berjalan..dapatlah 2-3 tapak pastu dia hempas badan kat kita sebab dia tau kite mesti sambut punya.Pastu ketawa sorang2 bila dah berjaya berdiri dan berjalan( belum sempat amik video sebab nanti dia terkam hset terus lupe nak tunjuk skil jalan tu)..rekod paling lama berdiri ialah 8 saat je tapi dah cukup buat mama dan abah hepi giler!

3.garang yang amat, tak leh usik mainan dia melainkan dia yang offer, cubalah rampas kalau nak dengar ” Ziana Zain’s high-pitched note” kuar dari mulut kecik tu.Tapi kalau dia offer pun,buruk siku gak sebab nanti dia amik semula barang yang dia bagi tu hehehe

4.kalau bagi handset, dia bagi balik kat kita, suruh bukak video kartun

5.kalau bagi mainan berbentuk box yang bertutup, dia bagi kita jugak, suruh bukak (arahan bukak ialah “Hek hek hek hek hek!tapi kadang2 terkeluar perkataan “kak”, tak taulah dia sengaja ke tak sebut tu)

6.kalau terhantuk (dengan mainan atau kusi atau lantai), akalu dia wat dunno je maknanye tak sakit.Kalau dia garu2 tempat terhantuk tu, sakitlah tu, tapi dia tak nangis tau, tetap mengerjakan ape2 depan dia cam mainan ke buku ke sambil tgn tergaru2 kepala

7.tengah belajar sign language sikit2…mama dia pun ajar yang basic2 je without rujuk buku, tapi ade la rujuk internet sikit…

susu = aku tunjuk ibu jari kat mulut ,wat aksi minum, tunjuk kat dia, kalau dia mmg nak minum, dia akan ckp ” heh” maknanye nak la tu, dan dia akan tunggu aku buat susu…cuma belum pandai buat sign tu sendiri.. tapi kalau lepas tunjuk isyarat tu,kalau dia mengekor je kita, tak duk diam, tandanye bukan nak susu lah tu..ade lah benda lain dia nak tu

abis= tangan dia dah leh sikit2 wat tanda abis(pusing2 pergelangan tangan)

aku baru ajar dua ni je..

akan datang aku nak ajar..

oegang perut =utk bgtau sakit perut
gaya pegang stereng =jalan2/naik kete
makan = jari telunjuk tunjuk kat mulut

Itu lah sebahagian dari perkembangan E-ein..sok aku nak try wat sup makaroni + sayur sebab E-ein mcm dah boring mkn bubur nasi …harap2 menjadi…

Siapa tu?

she’s my sunshine..

Hah nak lari lah tu..

I believe the children hold our future….

Ucapan khas:
Happy first birthday to Qaiser Zahrin Zusafly(
esok besdaynye),
born 11 march 2009,
handsome boy of Mommy Qastalani aka
Karipap Sayur!
Awal seminggu dari E-ein!

Gigit kang…

Adoi..susah betul nak amik gmbr gigi dak kecik ni..mcm nak berperang!Mujurnya, last2 dapat gak gmbr yang dihajati hehe ..

Tengok, dia katup mulut daa..Taktik tak nak bagi mama amik gmbr dia..Mama terpaksa jadi badut supaya dak ni ketawa besar2an
Tadaa…(gmbr over contrast nak differentiate gigi punye pasal..)

Petang tadi, ni dessert E-ein, dadih soya perisa mangga. Ternampak masa shopping kat Giant, cepat je aku capai masuk troli hehe..Dadih segera ni..bancuh dlm air mendidih tuang dlm acuan kecik2 dan sejukkan.Mulanya nak beli perisa jagung tapi tercapai mangga lak..since E-ein tgh teething, dia suke dapat kunyah2 dadih ni sejuk2..tapi aku tak bg banyak, sikit je dlm 2-3 sudu, takut sakit perut pulak since ini first time dia mkn dadih..yang belen dia, mama dia yang ngap!

Oh ya..esok E-ein dah 11 bulan!Yeay!

Waiting eagerly..for my next steps!

Salam Merdeka….happy birthday to me!

Kad dari kakakku Ultramama..yep..I’m a Merdeka baby, born on 31st August 1980..10.53 pm..no surat beranak nak jugak ke hahaha….kidding! 🙂 Besday E-ein (18 mac) dekat dgn besday abah dia..(19Mac)..harap2, adik E-ein nanti, same besday atau dekat2 dengan besday aku wehh..hehehehe..(err..E-ein nak adik dah ke?hahahaha..)

Salam 1 Malaysia!MERDEKA!MERDEKA!MERDEKA!

Blogniversary 14 Ogos 2008 – 14 Ogos 2009

Sekejap je dah setahun umur blog aku nih…Kalo korang nak tgk entry pertama aku dan malas nak scroll entry2 lame2 yang menimbun2 tu, klik sini dan sini ye? Tulah detik permulaan aku berkecimpung dlm dunia blog & menjadi seorang blogger tegarrrr!eheh!(cukup tegar ke aku ni?)Aku mula menjadi blogger masa E-ein dlm peyut..masa tu preggie 2 bulan….
Dan juga sejak minggu lepas lagi aku dah tukar background & header, rasa2nye lepas setahun, pastu dekat2 bulan puasa ni, teringin la pulak nak cat umah sempena hari rayeee….hehehehe…seronok berblog ni, terutama bila dpt ramai kwn2 seangkatan :)….dari pelbagai bidang lak tu dan apa yang penting (kerjasama!Wonderpets wonderpets!opps!)….dpt berkongsi cerita,hobi & pengalaman terutama bg aku yg baru menjadi ibu ni(majulah kaum ibu untuk negara!)…syok dpt saling berkenalan & berkawan tak kisahlah mom blogger ke,photoblogger ke dll…

Header & background lama dlm kenangan:
Muka aku je terpampang, rasenye sejak jadi mama ni dah
tak sesuwei hehehehehe….header lama ni sentuhan Cg Fly, aku suka sgt header ni sebenarnya…

Sempena Bulan Kemerdekaan Negara..mari kibarkan Jalur Gemilang!MERDEKA!!

Kad Untuk Ultramama & Ultrayah,Photobook E-ein dah sampai….

Happy Birthday Ultramama!

Buat Ultramama, Happy Birthday yang ke..err…leh ke bgtau umur hahaha…,semoga mung panjang umur & murah rezeki sokmo , nati buleh belanja adik mung sefamili ni 🙂 jangan sedih2, Insya Allah Ultrayah akan cepat sembuh…jumpa raya nanti!

Get Well Soon Ultrayah!

Buat Ultrayah (abang iparku, ayahnye Ultramir & Ultralif), semoga cepat sembuh….jaga kesihatan k, banyak2kan berehat & minum air masak(pesanan dari doktor haiwan!!ngeh ngeh hehehe..)…kami sekelurga mendoakan kesejahteraan Ultrayah!

PhotobookPhotobook E-ein dah sampai petang tadi…projek serampang dua mata ni, pertama untuk koleksi peribadi gambar2 E-ein & kedua, jadi sampel photobook bagi KedaiGambarKami, kepada yang berminat, klik sini –> KedaiGambarKami. TQ