When E-ein is sleeping….

Inilah projek aku pagi tadi nih!Skrg E-ein dah tido semula(tido tghari), so leh la update kejap…projek nak menghabiskan saki baki bahan2 kek kat rumah :)…Laporan resipi,rupa dan rasa lepas masak, next entry k..sekian terima kaseeyyyyy!!
Maafkan marble ku comot…first time maa….

Payung comel..payung comel..(klik )

Dulce de leche

Yezzaa….penyakit La Dolce telah melanda diriku ini hahahaha….projek yg bermula pukul 6 petang semalam, dan berakhir jam 10 malam!Dengan kata lain, la dolce juga ialah projek yg boleh menghabiskan gas dapur anda!!!Nama sebenar la dolce ini ialah dulce de leche (pronounced as dool-say duh LAY-chay )…mula-mula tgk kat blog Kak Hana,aku tertanya-tanya…ni dodol omputeh ke hape?hahahahahaaaa….

Credit to Kak Along Roz , Wendy dan Kak Hana...tunjuk ajarku – sifuu!hihi!(Ha..jom tengok kat blog Wendy kat sini,siap ada step by step lagik!


Bahan-bahan

  • Susu pekat manis
  • Pengukus
  • Air
  • Cara-cara
  • 1.Buangkan kertas pembalut tin susu pekat manis tersebut.
  • 2.Masukkan tin susu ke dalam pengukus. Letak ditengah2 rack. (hana baringkan tin). Isi air sehingga paras tin susu tenggelam.
  • 3.Tutup pengukus dan kukus selama 3jam atau lebih! lagi lama kukus, kaler akan makin gelap. Pastikan air kukusan tidak kering. Jika tak cukup, masukkan air panas.
  • 4.Tunggu sejuk baru buka penutup tin.
  • 5.Keluarkan dan simpan dalam botol jem atau bekas yang bersesuaian sehingga saat hendak digunakan.


Catlina’s comments:Cara lain utk buat dulce ni:aku google-kat sini.

UPDATE from kak Hana: from wikipedia >> A home-made form of dulce de leche is sometimes made by boiling an unopened can of sweetened condensed milk for 2 to 3 hours (or 30 to 45 minutes in a Pressure cooker), particularly by those living in countries where it cannot be bought ready-made. It is dangerous to do this on a stove: if the pot is allowed to boil dry, the can will overheat and explode.[2]

Hehehe..cuba baca ayat explode tu!Bahaya sungguh bikin la dolce nih!Ada byk pendapat tentang cara buat dulce ni sebnanrnye..kena rajin google/yahoosearch!Tapi kan, la dolce aku tak pejal pun…dia jadi ala2 krim gitu..huhu…sepatutnye rupe dia camne eh?Sempat colek jari sikit tadi…rasa dia mcm gula-gula caramel toffee. Aku takdok bekas/botol jem-botol biskut raya adalah…(melampau lak nak guna hahahaha!)…aku guna bekas aiskrim baki aiskrim goreng tu hari…bolehlah deeee…..

Info :


Info dari kak Hana:dulce de leche ni dikategorikan sebagai jem/spread dan sedap dimakan bersama ngan roti, biskut, wat kek, brownies, aiskerim, pancake, toast, muffin, dessert..

Dulce de leche is the most common name for milk caramel in Spanish. Made as both a thick jam and a caramel candy, it is prepared by slowly heating sweetened milk to create a product that derives its taste from caramelised sugar. Its origin is widely debated, and it remains popular throughout Latin America, including in the Southern Cone, where it is known by this name in Argentina, Uruguay, Paraguay and Costa Rica; in Chile (where it is known as Manjar); in Peru, Ecuador and Colombia (where it is known either as Manjar Blanco or arequipe depending on regional variations); in Mexico (where it is known as Cajeta); and in Brazil (where it is known by its Portuguese name Doce de Leite).

A French version, known as confiture de lait is very similar to the spreadable forms of dulce de leche. A Norwegian version, Hamar pålegg (“Hamar spread”), better known as HaPå, is a relatively thick and not so sweet commercial variant.

Ingin mengabadikan kenangan terindah anda?
Kami bersedia merealisasikan impian anda!
KedaiGambarKami-Johor | Melaka | KL | N9 Family Photographer
Photobook & Poster Printing juga ada di sini!

Butter Pancake

Minum petang tadi…mudah giler nak buat,plus, bahan2 memang dah sedia ada kat umah bg mereka yang suka baking2 ni,..resipi dari Myresipi tapi aku copy paste dari Kak Inahar.Lembut, gebu dan rasa butter tu, wowwweeee!!!

Pancake
6 sudu besar butter ~ dicairkan
2 bj telur
2 1/2 cawan tepung naik sendiri
2 sudu teh baking powder- takde, aku ganti dgn 1 sudu teh soda bikarbonat
2 sudu besar gula castor
2 cawan susu segar
2 sudu besar jus lemon ~ optional-aku tak bubuh
secubit garam

1.Campurkan kesemua bahan dan blend hingga sebati.
2.Biarkan sebentar dlm 10 minit.
3.Masak pancake spt biasa hingga habis.
4.Hidangkan panas2.

Aku hidang dgn pancake syrup, boleh dibeli di mana-mana pasaraya :).

Catlina’s Baked Cheese Cake

Autopublished entry


Tempahan dari rakan sepejabat.Heh..aku buatkan sempena melunaskan keinginan seorg kawan yang mengidam cheesecake…..Aku pun dah lama juga tak makan cheesecake buatan sendiri, takpelah, weekend ni boleh buat.Settlekan kawan punya dulu ;)..anyway, jujurnye aku tak pueh hati dgn gambar2 ni sebab speedlite kehabisan bateri…wuwuwu tu yang gmbr gelap sket tu…pakai built in flash.

Resepi rujuk dari cheese cakes yang aku pernah buat dulu, sini dan sini.

Cookies Base
120g biskut marie biasa @chocolate (lebih kurang 12-15 keping – aku agak2 je..)
120 g melted butter

1.hancurkan biskut dgn blender
2.gaul dgn melted butter
3.tekan dlm loyang rapat2, pastu balut dgn plastic wrapper & simpan dlm fridge dulu smbil sediakan adunan kek….

Simple Cheesecake

Bahan-bahan ( Loyang 18 cm )
250g cream cheese
200cc/ml fresh cream @ plain yogurt (aku gune plain yogurt..)
2 sudu besar jus lemon(kalau tak mo masam sgt, letak 1 sudu je)
3 sudu besar tepung gandum(kalau guna tepung naik sendiri, dia akan jadi gebu sikit)
2 biji telur
90g gula

Cara-cara
1.Panaskan oven 170 degree. Sapukan loyang dgn butter atau alas dgn kertas minyak pun ok(oven paper)
2.Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mixer atau blander. Mix biar sampai jadi cream
3.Masukkan ke dalam loyang dan bakar selama 40-45 minit
4.Setelah hampir masak atau selepas 30 minit bolehlah letak aluminium foil untuk mengelakkan permukaan hangus.
5.Bila sejuk, simpan dalam peti ais semalaman untuk mendapatkan rasa cheese cake yang sedap.

Permintaan dari kawan aku tu: potong siap2 kek ni..

Simple Creamy Mushroom and Onion Pasta


Paaaaaling mudah nak buat..supper aku dgn Cg Fly dua malam lepas rasenye.Very simple tau!

Stove top cooking
(ade cara masak dlm microwave, aku takde bendalah ni dan oven lak dah lama rosak…so aku masak atas dapur je)

1.Masukkan 1 1/4 cawan air , 1/2 cawan susu segar penuh krim, dan 1/2 camca teh mentega dalam periuk.
2.Masak hingga mendidih, kemudian tambahkan isi peket ke dalamnya.
3.Kacau sehingga sehingga mendidih dan biarkan selama 7-10 minit, kacau sekali sekala.
Boleh juga nak masukkan ayam/daging cincang, kcg pis, hirisan carrot dan brokoli utk menambahkan ummmpphh!Aku masak kosong gitu je…nak cepat, dah lapar mlm2 tu hihi..

Ini lah peketnye..

Hmm..

Dah nak masak…semerbak bau….waaaahhh..

Pasta Goreng Oriental

Menu tghari kami Ahad lepas…semenjak dua tiga menjak ni..Catlina makin suke sangat masak..tapi Catlina cuma dpt masak ujung minggu je..hari keje takde masa (penat pun jadi faktor).Cg Fly pun pelik dgn tabiat Catlina skrg…kadang2 dia bebel juge sbb takut Catlina kepenatan(thanks for caring honey..).Bagi Catlina, cooking means adventure!Because you ‘ll never know what u gonna get unless u have finish it! J

Pasta Goreng Oriental
(Catlina amik resepi ni dari Pa & Ma keluaran terbaru-Feb & ade modified sket2..)

1 sudu makan myk zaitun (*Catlina guna myk masak biasa je..)
2 mangkuk pasta
200 gm isi ayam (potong kecil) –kalau tak suke ayam, daging lembu pun ok kut
2 ulas bwg putih(dicincang
Sedikit lada benggala merah dan hijau(potong kecil)
Sebatang lobak (potong memanjang)
Sedikit brokoli (potong kecil)

Garam & serbuk lada hitam secukup rasa

(**Catlina tambahkan cendawan tiram/grey oyster mushroom semangkuk sbb Cg Fly suke mkn cendawan-siat halus)

Cara-cara:

1.Panaskan kuali dan masukkan myk.
2.Tumis bawang putih.
3.Masukkan isi ayam dan goreng hingga masak.
4.Masukkan lobak merah – kacau hingga lobak jadi lembut

5.Masukkan pasta, lada benggala dan brokoli.
6.Kacau rata dan biarkan sebentar.
7.Masukkan garam dan serbuk lada hitam secukup rasa.
8.Sedia utk dihidangkan( boleh mkn mcm tu je @ nk mkn dgn nasi atau lauk lain pun boleh jugee….Catlina masak daging masak kicap tu pun buat tambah2 lauk pasta ni..)

Daging masak kicap

Selamat menjamu selera!

Lapis brownies cheese


Dessert ptg Jumaat ari tu..lepas mkn macaroni cheese, mkn lapis brownies cheese..hohoho giler kejuuuu!!!Resepi amik kat blog Kak Hana Jepong….tapi tak lawa mcm Kak Hana punye huhuhu..

Bahan-bahan

  • *brownies
  • *500g campuran brownies kukus (premix)
  • *4 biji telur gred B
  • *75ml minyak masak
  • *200ml air
  • *5g baking powder
  • *5g soda bikarbonat
  • **inti cream cheese**
  • 250g cream cheese
  • 60g gula castor
  • 1 biji telur gred A
  • 25ml air
  • nota:premix brownies tu bule cari kat giant@kdai baking supply.kalo tak jumpe,bule gune resepi brownies kat blog Kak Hana..(promosi nih Kak Hana kuheh kuheh…)

Cara-cara

  1. campurkan semua bahan bertanda * dalam mixer.pukul dgn kelajuan sederhana lebih kurang 3 minit
  2. utk inti – campur semua bahan bagi inti,kecuali telur.pukul sampai kembang
  3. kemudian,masukkan telur..pukul lagi.(skejap aje..bg rata jek)
  4. cara melapis – masukkan separuh adunan brownies kukus dalam loyang yg dah di alas dgn kertas minyak.kukus selama 15 minit
  5. masukkan pula inti..dan kukus selama 15 minit lg
  6. masukkan baki brownies kukus,kukus selama 20 minit.
  7. edit: balut tutup kukus ngan kain/tutup loyang ngan aluminium foil(utk elak air penutup kukus tu menitik kat atas kek ni),pastu kukus dgn api besar.

Ulasan Catlina:
1.sedap dimakan selepas disejukkan semalaman.
2.konon2 nak hias dgn whiping cream tapi whipping cream tu cair lak masa sesi photoshoot hahaha..kisahnye..

Macaroni & cheese

Ini pulak dek kerana penangan drama Rona Roni Makaroni eheh…aku mcm Rona jugak ..tak penah mkn mac & cheese sbb aku lebih suke makan nasik!(maklumlah perut Melayu…)Tapi saje2 nak try…resipi dari Ultramama my one & only sister.

Mac & cheese
250 – 300gm macaroni pasta (rebus ,letak garam sket & toskan)
50gm butter
2 sudu tepung gandum
3 cwn susu segar
2 cwn grated cheese – cheddar (Catlina takde pemarut, hiris2 je dgn pisau)
1. Cairkan butter (api kecil).
2.Masukkan tepung dan masak hingga berbuih.
3. Masukkan susu segar kacau hingga pekat.
4.Masukkan pasta , dan separuh cheddar cheese.(kacau sekejap bagi rata je)
5. Masukkan dalam loyang (alas dgn aluminium foil pun boleh).Taburkan baki grated cheese atas makaroni.
6. Bakar 30 min, 160 degree celcius….atau hingga grated cheese nmpk brownish sket.
7.Ready to be served!
(PS: pasta nye jadi melekat2 & boleh dipotong mcm kek pulak…sebab cheddar byk sgt kut 🙂 )

Serving suggestion…Catlina tak suke makan mac & cheese kosong, so ayam goreng jadik lauk hehehe..

Gila keju..hehehe

Al kisah …taiiiif..sang kancil datang beramai2..berjumpa dgn sultan firaun….hehe ape aku merepek ni..alkisah sebenarnye..petang semalam balik keje..Cg Fly ckp, “yang, leh wat cheesecake lagi tak?“..hehehe..mlm tu jugaklah g Giant & beli cream cheese lagi..hihihi..eloklah tu, gila keju melanda..makin gumuklah aku & Cg Fly nanti hahaha…cheesecake still guna resepi same yg biduri myresipi nye, tapi aku kurangkan lemon jus ( 1 sudu teh shj), and buat base cookies guna sekut marie chocolate …..

Cara buat base cookies
(dlm myresipi pakai oreo , tapi aku takut manis sgt nanti so aku guna sekut marie)

120g biskut marie biasa @chocolate (lebih kurang 12-15 keping – aku agak2 je..)
120 g melted butter

1.hancurkan biskut dgn blender
2.gaul dgn melted butter
3.tekan dlm loyang rapat2, pastu balut dgn plastic wrapper & simpan dlm fridge dulu smbil sediakan adunan kek….

Adunan kek mcm kat entry aku yg terdahulu…resipi dari biduri@myresipi.com tuh…

Tadaaaa…layannn…..zasss!!

aisey..base cookies tu terlebih tebal laks hehe..anyway..Bon apetit!!

Cheesecake!!!

Aku dgn Cg Fly mmg peminat cheesecake..tapi kat Kluang ni tak dok Secret Recipe…dah lame teringin nak buat cheesecake tapi aku ingatkan susah buat cheesecake ni..bila belek2 myresipi.com (Kak Hana yg kenalkan aku ke website ni)..aku berjaya cari resipi yg mudah utk buat cheesecake…ape lagi..jom layannnnn..resipinye aku copy paste dari biduri@myresipi.com . Dan 100% ikut resipi( tak pandai nk ubah2 kang tak jadik lak)…Anyway aku buat rebranding name cheesecake ni, Catlina Flat Cheesecake hehe..maybe sbb loyang yg aku pakai besar sgt so kek nye flat sket ah..heh..aku kat opis lagi skrg ni so aku tak rasa lagi kek ni..tapi tadi Cg Fly sms aku (dia kat umah)dia ckp kek ni sedap..leh buat lagi lain kali heh..ni yg rasa bersemangat lagi nk masuk dapur ni huhuhu…

(ngences aku tgk gmbr kek ni..sbb aku tak rasa lagi..ni gmbr amik mlm tadi..sebelum kek masuk fridge…tak sabar nak balik umah tghari ni!)

PS: aku punye la bersemangat, balik dari opis ptg semalam terus ajak Cg Fly g Giant, shopping brg2 nk wat kek, termasuklah beli loyang bawwwuuuu huhuhuhu!(aku suke sgt loyang baru ni, loyang springform..biasa aku pakai loyang yg kene terbalikkan utk kuarkan kek tu…)

SIMPLE CHEESECAKE (Ulasan Catlina:mmg simple,mudah sgt nak buat! )

Bahan-bahan ( 18 cm )
250g cream cheese
200cc/ml fresh cream @ plain yogurt (aku gune plain yogurt..)
2 sudu besar jus lemon
3 sudu besar tepung gandum
2 biji telur
90g gula

Cara-cara
1.Panaskan oven 170 degree. Sapukan loyang dgn butter atau alas dgn kertas minyak pun ok(oven paper)
2.Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mixer atau blander. Mix biar sampai jadi cream
3.Masukkan ke dalam loyang dan bakar selama 40-45 minit
4.Setelah hampir masak atau selepas 30 minit bolehlah letak aluminium foil untuk mengelakkan permukaan hangus.
5.Bila sejuk, simpan dalam peti ais semalaman untuk mendapatkan rasa cheese cake yang sedap.

SELAMAT MENCUBA, DIJAMIN MENJADI!!! 😉
To my dear sis : Ultramama , tak dapek nk pos kek ni,mung buat la sendiri , mung kan tgh coti2 sekolah…hahaha..(gelak kejam..)