Mek sibuk …

Tgk ni masa photoshoot dgn famili Laila Sabtu lepas, ade seorang mek sibuk yang namanye dirahsiakan…

Sibuk-sibuk…tgk background kan ada org tgh berposing tu E-ein…hehehe
Sibuk-sibuk-sibuk..aiseh payung E-ein tak leh tutuplah mama!
Ni pulak gelagat si photographer (abah mek sibuk tadi)dan papa kepada model hehehe..


Ni gambar mama mek sibuk masa makan-makan kat Kluang Rail Coffee lepas photoshoot …mek sibuk tu tgh badmood sebab kepenatan, tak dapat main buaian dan juga ada sikit2 mengantuk.

Masing2 tinggalkan DSLR dalam kete masa ni..hp juga berguna! :)hehe..

To Laila: thanks ye sudi datang walaupun awal pagi! 🙂 Lagi gambar kat sini ye?

Sekian..

Kat mana beli tutu?

Since ada beberapa org kawan yg tanya tentang tutu E-ein, kat bawah sekali entry ni aku letak link online shop tempat aku beli tutu tu ye?Tutu ni handmade, ada yang dah ready design(tinggal kita bg saiz pinggang anak je) dan ada juga yang kita leh request sendiri kaler malernye…starting price about RM40 and above.Masa aku beli ni, lambat sikit siap dlm seminggu sebab ada material yang takde kaler yang aku request dlm stok .Tapi tak silap aku, normally, dlm 4-5 hari dah leh sampai kat tgn kita.Aku pun tgh tunggu lagi satu tutu utk baby photoshoot ni 🙂 maybe hari ni atau esok sampai.

Weekend lepas ni jadual penuh gak lah…

Sabtu :
8 pagi- 10 pagi
-photoshoot keluarga Laila(pememang contest KedaiGambarKami dua tiga bulan lepas..)baru ada masa nak buat photoshoot famili Laila ni….nanti aku upload gmbr2 dgn Laila and family eh..

2petang -8malam
-pegi Plaza Angsana, Johor Bahru..kenapa gi sana?adalah…nanti aku bgtau hehehe..

Ahad
7 pagi – 6 petang
Pergi hantar sepupu Cg Fly ke Kuantan, dia dapat masuk Kolej Matrikulasi Pahang(second intake).Dia ni anak yatim…dan dia agak kecewa bila tak dapat panggilan pertama, ingatkan tak dapat langsung dah…alhamdulillah..dapat juga…aku harap dia belajar bersungguh2..kaum keluarga semua doakan dia.Maklumlah dia anak yatim, semoga dia berjaya menghabiskan pengajian dan dapat kerja yang baik2…amin..

Pagi tadi baru kami gerak dari rumah my MIL ke Kluang..penat gak lah..tapi puas hati..sebab dapat buat ape yg dah diplan dgn baik..alhamdulillah..

ok..berbalik cerita tutu tadi, ada yg tny, hari tu E-ein pakai kaler lain, last entry kaler lain..sebab aku beli 2 tutu saiz E-ein, satu lagi saiz budak2 umur 6-7 tahun..total aku beli: 3 pasang tutu…so,kat mana aku beli?

Kat sini(sila klik):
TwirlPrincess.com

Nanti sape2 dah beli tutu, letaklah gmbr anak2 kat blog eh? 🙂

Bila E-ein jalan-jalan

Pagi tadi, trykan another tutu to E-ein.Longgar sikit,sampai londeh2 tutu tu sebab laju sgt budak ni berjalan!

Terkedek2 itik gembo gembo..tutu dah londeh di hadapan ittewwww…takpelah, janji dah takde jatuh2...(hmm..kena order lagi tutu saiz E-ein ni..hehehe)
Pemandangan yg menyakitkan mata aku…biasanye depan umah hijauuuu je…rumput depan rumah diracun!Tak eco-friendly langsung!Aku dah ckp kat mereka yg terlibat soh potong, dia pi racun pulak aih…nak keje senang lah tu!

Yang ni pulak, masa kami kat Kluang Mall petang tadi, tgklah gelagat E-ein, kadang2 sampai tak terkejar dah..kat rumah pun, mcm nilah dia, mana nak duduk diam satu tempat dah, kita ke dapur dia nak ikut, ke bilik air pon nak itutttt!!! 🙂

Oh ya..dah jumpa kasut yang E-ein muat ngam-ngam semalam..beli dua terus!hihi..yang putih pink dan biru kat dlm gmbr n video ni…

Net Bread @ Roti Jala hehehe..

Sebenarnya, dari malam tadi aku duk berkira2 nak gi cari resepi roti jala kat internet.Alih2, masa amik E-ein petang tadi, pengasuh @Kak Yah bagi roti jala ni…Mcm tau2 pulak..hehe.Rezeki..rezeki.So kensel la nak buat..next time la ye aku belajo cara nak wat roti jala ek? Sekian..burrppp(alhamdulillah!hihi!)

Jobs in June!

A note for me….this coming June..Photo above from here

1.Aku kena siapkan 3 buah photobook bulan depan(job yg diterima bulan ni)..
2.Ada 1 banner,1 invitation card,2 buah header & logo in the making…
3.Photoshoot family pemenang contest KedaiGambarKami sedikit masa dulu..tarikh belum decide
4.Next week nak launch promosi KedaiGambarKami utk Hari Bapa..tungguuuu!!!
5.Wedding Photoshoot 5 & 6 June – semoga berjalan lancar semuanya..amin..
6.KedaiGambarKami bakal ada busines card sendiri(patutnye dah lama aku kena buat ni tapi duk siapkan design hak org, hak sendiri tak terbuat!hehehe!)
7.Announce pemenang KGK Top Referrer Contest pada 12 Jun.Insya Allah..
8.Announce pemenang Food Blog Review by Catlina (kalau dah cecah 25 org peserta, leh la buat cabutan)
9.A project yang aku belum confirm 100% lagi nak jalankan ke tak sebab aku ni ala2 one man show gak ler (kecuali utk some designs & photography, Cg Fly ada..)

Semoga semuanya berjalan lancar..amin…

Sekelip mata kau membesar..



Emo..emo..aku tinggalkan E-ein baru 2 hari, dia dah pandai berjalan dgn stabil!!Jalan mcm budak besar yang dah umur 2 tahun!Terharu okayyyy…masa mula2 aku sampai klat uamh Tok Mak dia, dgr bunyi kereta je, dia jalan gi sambut kat depan pintu!Pintu depan tu ada grill so dia berdiri je kat gril tu dgn auntie dia sambil topang dagu kat situ, tunggu kami bukakkan grill, so cute tgk budak berdua ni gitu!hihi!

Sebenarnye sejak nak cecah setahun (2 bulan lepas), dia dah mula berdiri-jatuh.Sebulan lepas tu, dia jalan-jatuh.Sekarang jalan, takde jatuh2 dah..mama kena cepat2 cari kasut utk E-ein ni(dulu aku ade cerita, kasut E-ein kalau beli saiz 2 tak muat, saiz 3, longgar pulak!!)..huhu dah 2-3 kedai dah pi cari kasut dia last week….kena cari lagilah ni..

Oh oh..habis la umah aku yang memang bersepah bertambah sepah…ada budak tecit yang bakal membongkar isi rumah nih! hehehe..nak larang dah takleh sebab dia dah terer jalan!!!

E-ein new vocab: nanak(taknak),nyau(kucing),katak dan eeee!(geli kat katak-sambil tangan sebelah peluk bdn tanda geli…adeh adeh..anak aku takut kat katak…-ada mainan katak kat umah tok mak)

Konon-konon bg makan ikan..

My wiggy design

Dear Nuffnang,if I ever owned a wiggy, I want it to have design like this…

Image taken from here

Coz I’m a cat-person!

too complicated?…or..maybe this one…
colourful paws print on my wiggy!!!

Here’s the video belongs to Project Alpha!

Episode 33

Episode 34

Episode 35

Project Alpha is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS.

Menerima kekalahan….

Aku sampai rumah kul 7 petang tadi….dari Putrajaya.Kenapa aku gi sane?Sebab aku dan kumpulan aku dari tempat keje ni pergi bertanding di Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif(KIK).Kami dapat tempat ke4 dari empat kumpulan yg bertanding….tak dapat tempatlah tu kan.Actually ini kali pertama aku join pertandingan mcm ni.Kalau sape2 keje kerajaan mesti tahu ape tu KIK.Aku harap juga ahli kumpulan aku tak kecewa dgn kekalahan ini,Memang kami berdiskusi dan berlatih bagai nak rak, tapi dah bukan rezeki nak buat macamane..adatlah kalah menang dlm pertandingan kan?

Sebelum bertanding..nampak dak aku?

Berdebar2..dah start wooo..

Close up sket…

That’s the sad part(tapi aku dah ok dah..terima jelah heh)..the happy part is…

1.Jumpa kawan2 classmate masa kat UPM dulu:Anim, Chai Ha, Thevanai, Zue, Kak Eton..sumenye takde blog tapi ada FB…

2.Jumpa my ex-students: gomen ne!sy tak ingat nama korang..sowwiii…

3.Jumpa Alycia kat MOA

4.(Gambar Atas)Jumpa Qastalani(sempat buat facial lagi hehehe-Qas sekarang consultant Mary Kay woooo)

5.Sempat shopping sehelai blouse kat Bazaar kat MOA HQ tu hehehe..tiap2 kali gaji memang ada bazaar kat lobi MOA, meriah!!!

K..nak tido dah..so many things happen today..penatlah…esok nak meeting post mortem KIK lak…harap2 kami dapat baiki kelemahan yg ada hari ni 🙂

Good nite!

Anda seorang blogging freak???

Gambar dari sini

…Anda cek blog anda lebih dari sekali dalam satu hari…

  • cuma untuk baca post yang lama2..
  • cuma untuk baca komen baru dan juga komen2 lama…
  • cuma utk menulis draft utk dipublish esok
  • untuk menulis beberapa entry yang akan dijadualkan utk esok atau lusa…
  • untuk membaca semula post yang telah didraftkan
  • untuk menulis semula/membuat pembetulan pada draft yang dibaca tadi..dan cycle nye bersambung!hehe!

…Cara anak anda tido dalam kereta pun dah boleh jadi topik blog anda keesokan harinya….

Perkara yang nampak remeh tapi memberi anda idea untuk menulis.Apa sahaja, di mana sahaj.Stokin suami berlubang.Anda cuba membunuh lalat dalam dapur anda.Hari ini hujan seharian.anda terpaksa beratur lama utk membeli goreng pisang!Bawang habis pulak kat rumah.Apa2 sahaja yang sesuai dijadikan topik!!

…”Aku tak sabar nak masukkan ni dlm blog!“menjadi motto anda

Anda menulis bila ada cashier dia shopping mall biadap terhadap anda.Atau mengenai pengharaman memakai kain pelekat di Dubai-err…Syigim, are they such thing as this?hehehe..

…Keluarga dan kawan2 melihat perkembangan anda(dan anak2)di blog
Anda tidak menelefon kakak anda dalam beberapa ketika dan kakak anda tahu bahawa anak anda baru dipotong rambutnya..”Kak Ja baca blog mung, E-ein dah potong rambut eh” “E-ein ada kereta baru eh”…Sila guna telefon ye utk berhubung dgn sanak saudara anda(hehehe..termasuklah aku!)oh ya, aku gi HQ Putrajaya minggu lepas dan seorang kawan bgtau” aku baca blog engko hari2!”wahahaha!

…Anda mengambil gambar dgn caption sudah ada di kepala anda…
Bila anda keluar berjalan2, anda mengambil gambar.Dan anda sudah dapat bayangkan bentuk entry dan caption gambar tersebut.Bila anda mengambil gambar anak anda memakai tutu, anda sudah bygkan caption/tajuk “Dayana The Ballerina” atau “budak nakal dgn tutu”!

…Kawan-kawan anda bernama pelik karipapsayur“(a kuih), kucingorengemok“(a fat red tabby cat) ,”ciklilyputih“(mungeeeeeee) hihi, just some examples haha!

…Anda mereka satu blog badge supaya kawan2 anda boleh copy dan paste serta linkkan anda di blog mereka!
Bukan sahaja anda berpuas hati dgn kawan2 anda menjadi follower anda, anda juga pastikan mereka betul2 meletakkan blog badge anda secara personally di blog mereka!(to the original writer, Syigim, yes you should have one, kalau nak, contact sy k!hehehe..!)..

…Perbualan harian anda dgn suami berkisar tentang blog, sekurang2nya, sekali….

  • Apa yang kawan2 blogger anda tulis hari ini.
  • Berapa banyak komen anda terima hari ini.
  • Entry terbaik yang anda rasa anda telah tulis
  • Komen yang membuatkan anda gembira!
…..Anda ketandusan idea dan menjadikan tulisan orang lain sebagai inspirasi: akulah tu…hahahaha….daaaaa!!!

adapted from:You Know You’re A Freakoblog When..by Syigim @MomBloggersPlanet

Where Moms Unite

Catlina’s message:
“this is an scheduled entry because I’m going outstation now and I’m a freakoblog!Haha!

Dayana the ballerina


Dayana?Sape lak nama Dayana ni?hehehe tu nama E-ein lah…Nama penuh Nur Dayana Insyirah..Kalau gi berurusan kat klinik @ hospital, org akan sebut Nur Dayana.Kadang2 aku siap lupa lagi Nur Dayana adalah E-ein, sebab dok panggil E-ein jek.Nanti E-ein jadi macam mama, kat rumah famili panggil Lina, kawan2 sekolah dulu panggil Maiza, tempat keje skrg panggil Dr. Mai, nama online Catlina!huhuhu krisis nama betullah hehehe….

Ini ialah tutu utk props fotografi KedaiGambarKami akan datang..E-ein rasmikan dulu eh..hehehe…gambar ni diambik dua hari lepas..

muka budak baik

muka budak-yang-kena-umpan-dgn-botol-air-mineral-baru-dia-nak-duduk-diam

muka budak nakal

muka budak hepi

muka budak yang bertambah nakal & ada gigi kapak yang tajam!!

Later on bila dah beli kasut yang muat kaki E-ein(susah tul cari kasut/selipar yg tak longgar), kita amik gmbr atas rumput ye shayangggg…..Oh ya..E-ein nakalnye Ya Rabbi sekarang!!!Semput aku duk kejar dia sejak ada kaki ni..kalau gi shopping mall, eksyen, nak jalan sendiri.Takmo dukung, tak mo duk dlm troli sgt dah.Isnin dan Selasa ni aku kat Putrajaya, so malam tadi dah hantar E-ein umah tokmak dia.E-ein jangan nakal2 tau..syian tok mak nanti….will miss you like hell..oppss..

The tutus…

« Older entries