Perginya seorang Syafia…

Entry ini ditaip dlm keadaan marah..pardon my language please..aku memang alergik & hangin bila baca berita kanak2/bayi didera/dibunuh!Who don’t?

Geram!Marah! Kecewa!Semalam, lepas baca berita ttg Allahyarham Syafia, aku dgn Cg Fly memang bengang yang amat..masa tu, kami belum tau berita sebenar lagi…pas tengok berita dan baca blog kawan2, rupanya suspek tu teman lelaki ibu Syafia.Bapa kandung Syafia pula di penjara.Ibu Syafia dah 6 tahun bersekedudukan dgn suspek dan ade seorg anak berumur 1 tahun 6 bulan.Read this: Her husband hasn’t even divorce her yet!Memang dunia akhir zaman dah…aku tak kiralah kes belum ade keputusan mahkamah,dua2 ni dah bertaubat atau tidak, salah tetap salah, bagi akulah….this is my view of this case:

Situasi 1:
Atuk Syafia pernah tgk kesan cucuhan rokok pada cucunya.Bila Syafia cucunya kata, kesan tu akibat jatuh dlm semak, atuknya percaya.(Oh, kenapalah tak bertindak dari awal..mungkin sudah takdirnya Syafia meninggalkan dunia begitu ..dan, don’t ur know that ur daughter dah bersekedudukan selama 6 tahun?))

Situasi 2:
Ibu Syafia kata, Syafia amat rapat dgn suspek, malah suspek amat menyayangi Syafia.(Hello?rupanye tanda kasih sayang lah ye, sepak terajang, smpi lebam berbirat, smpi pecah perut anak ko ye….takkan ko yang jaga Syafia, ko tak nampak kesan2 tu pada tubuh Syafia?Anak aku, hatta calar segarit sikit pun, sebatu aku dah nampak!)Dan katanye, suspek berperangai seperti binatang.(Really?Then why the h**l ko duk dgn dia lagi?Tahan lak ye duduk bersama 6 tahun?)

Situasi 3:
Kejadian berlaku di padang bola dan dengarnya,ada ramai saksi.(kenapa TAK TOLONG SYAFIA ketika hayatnya masih ada?Tolong tgk je ke?Korang tak pelik ke?bukannya berlaku kat rumah yang orang tak nampak kan?)
Korang rasalah, ni kes Stupid mistakes or stupid people?StAduh..aku geram ni…aku kecewa…baru je berlaku kes buang dan bakar dlm tong sampah, dan sikit masa dulu, kes Aliaa Hana(kalau tak silap namalah) yang mati diliwat boyfriend “pak hitam” ibunya!

_________________________


KUALA KUBU BHARU:
“Dia memang bukan manusia dan tarafnya lebih rendah daripada binatang. Mana tidaknya, binatang pun tidak akan membuat perkara sekejam itu,” kata Siti Nurhanim Aziz, 25, ibu kepada Syafia Humairah Sahari, 3, yang maut dibelasah teman lelakinya, Jumaat lalu.Sebenarnya, sejak tiga hari lalu Syafia jatuh sakit. Dia sering muntah ketika diberi makan ubat dan makan, menyebabkan teman lelaki saya memarahinya.

“Namun, kemarahannya ketika itu hanya seperti seorang bapa kepada anak. Saya tidak pasti apa sebenarnya terjadi sehingga menyebabkan dia hilang pertimbangan dan sanggup melakukan perbuatan kejam itu.

“Apapun puncanya, tindakan teman lelaki saya adalah keterlaluan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Difahamkan, suspek mula hilang pertimbangan apabila kanak-kanak itu tidak mahu pulang ke rumah biarpun disuruh berulang kali.

Malah, rumah mangsa dan teman lelaki ibunya yang bekerja sebagai pemandu teksi dikatakan terletak di kawasan perumahan sama di Kampung Batu 30, Batang Kali, di sini, dan hanya dijarakkan dengan 10 rumah.
Siti Nurhanim berkata, selama menjalin hubungan sejak enam tahun lalu, dia mendapati teman lelakinya panas baran.

“Namun, dia dan Syafia agak rapat. Itu sebab pada mulanya saya tidak percaya Syafia dipukulnya biarpun berulang kali diceritakan ahli keluarga,” katanya.

Menurutnya, jika didapati bersalah teman lelakinya bertanggungjawab melakukan kekejaman itu, dia berharap tindakan setimpal akan dikenakan.

“Orang sepertinya tidak patut wujud atas muka bumi ini,” katanya.

Jenazah Syafia dibawa ke rumahnya di Kampung Batu 30, di sini, selepas bedah siasat selesai dilakukan dan dia dijadualkan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kuang, di sini, pada jam 5 petang, semalam.

Semalam, Harian Metro melaporkan tindakan kejam seorang lelaki yang sanggup memijak kepala dan menendang seluruh tubuh mangsa di sebuah padang permainan di Kampung Batu 30, Batang Kali, di sini, sehingga menyebabkan kematiannya.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 petang kelmarin, suspek dikatakan hilang pertimbangan sebelum membelasah kanak-kanak itu walaupun perbuatannya diperhatikan penduduk setempat.

Perut mangsa pecah

KUALA KUBU BHARU: Timbalan Ketua Polis Hulu Selangor, Deputi Superintendan Bakhtiar Mohd Rashid, berkata hasil bedah siasat mendapati punca kematian Syafia Humairah Sahari, 3, disebabkan bahagian perutnya pecah, pendarahan serius di otak selain kecederaan teruk di seluruh badan.


“Kenyataan saksi bahawa suspek memijak mangsa. Dia ditahan reman selama tujuh hari bermula Jumaat lalu.


“Namun kita berusaha mendapatkan kelulusan mahkamah untuk mendapatkan sambungan reman sehingga tempoh maksimum iaitu 14 hari bagi memudahkan siasatan kes dilakukan,” katanya.


Bakhtiar berkata, pihaknya juga akan merakam percakapan bapa kandung mangsa dalam masa terdekat kerana dia mendakwa mengetahui anaknya didera sejak sekian lama.


“Semuanya masih dalam siasatan. Kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

Sementara itu, Bernama melaporkan Bakhtiar berkata, pemandu teksi yang berdepan tuduhan membunuh anak perempuan teman wanitanya juga bakal dihadapkan ke Mahkamah Syariah kerana bersekedudukan dengan ibu mangsa sehingga melahirkan seorang anak luar nikah.


Menurutnya, polis akan merujuk lelaki berumur 28 tahun itu dan ibu mangsa, 25, ke Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk tindakan lanjut selepas didapati tidak berkahwin tetapi hidup bersama sehingga mempunyai seorang anak berusia setahun enam bulan hasil hubungan selama enam tahun.
“Ibu mangsa masih belum bercerai dengan suaminya tetapi berlagak seperti sepasang suami isteri dengan suspek,” katanya ketika dihubungi Bernama, semalam.

Selain itu, Bakhtiar berkata, polis kini mengesan beberapa saksi di tempat kejadian untuk diambil keterangan mereka.

“Saksi perlu diambil keterangan berikutan beberapa orang melihat kejadian tetapi tidak melaporkan kepada polis,” katanya.

Anak itu dilahirkan untuk dilindungi oleh ibu dan bapanya, bukan untuk diseksa dan dibunuh…Al-Fatihah…

Sumber
Harian metro | Utusan Online |Thestar
Bersama Mazidul |Ummu ammar
Anasfadilah| Catatan seorang isteri

Vote for us and get a freebie!

Sticky mode hingga 28 Feb 2010.Sila scroll utk entry terbaru.

**nantikan: KedaiGambarKami di Selangor!!akan diumumkan kemudian!

Maklumat lanjut, klik sini:
Vote us!
Dateline 28th Februari 2010

Menatap wajahnya…alhamdulillah..

Alhamdulillah, ku dah sampai rumah semalam….rindunye kat E-ein.Dan since I’m away, E-ein kurang selera menyusu..cian dia..Tak pasti pulak atas faktor ape dia kurang menyusu, maybe sebab tak suke Isomil lagi, gatal gusi atau rindukan aku? Dan my MIL telah tukarkan susu E-ein ke rumusan bayi Dutch Lady…sebab dia risaukan E-ein taknak minum Isomil tu.,,kalo dah minum susu 1 kali sehari, mane tak risau, but luckily, she’s eating mcm biasa….

Alhamdulillah, rasenye cow’s milk allergy mcm dah takde coz tak pulak naik gatal atau sakit perut pas try bagi susu baru tu…Cuma rasanya maybe jugak dia rindu kat aku sbb , bila aku dah balik, dia menyusu mcm biasa…

Yang kelakarnya & so sweet, since masa aku balik tu dah malam,E-ein lak dah tido, bila dia bgn menyusu tgh malam tu, dia kejap2 toleh kat aku masa menyusu, dlm 5-6 kali toleh gak lah sambil nak abiskan susu..agaknye dia ingat mimpi kot mama dia dah balik..:)….oh bukan menatap wajah E-ein jek, wajah abah E-ein pon kena tatap jugak wakakaka…

**akan spend masa berblogwalking nanti..terima kasih kepada kawan2 yang sudi singgah ke rumah wpun ku tak ada…macih..saaayang korang!

Tet tet tenet!Auntie2 cepat buat muke suspens!

Mama topi ni besar sgt lah, E-ein boleh nyorok dalam ni

Yeay mama dah balik..nanti belikan E-ein kuda kaler putih satu, coklat satu, bintik2 hitam satu eh..

Ni pulak posing dgn leg warmer pemberian Mummy Ayu…tq auntie!

Jagung oh jagung

Autopublished entry: now I’m in Penang until 26th Feb 2010!

E-ein suka betul dgn jagung..kalau nampak jagung rebus, mulalah menggelenyar nak pegang n geget2 jagung..kalau tak dapat, sure menangis punya..btw, since gigi dia baru seketui(hihi), so dia geget2 suke2 je..kalau nak bagi dia rasa, kami picit2 isi jagung tu smpi hancur n suapkan kat dia…

With her auntie

Free punya…

Autopublished entry:
I’m now
away until 26th Feb 2010 coz I have a seminar in Penang
but do visit my blog, I’ll will visit you later k!

tadaa….tekalah ape yang free..

oh no! no!bukan budak ini yang free 🙂
penat lah sy bwk dia for 9 months pastu nak bg free kat orang hehehe

ni ha bendanya…hasil pengumpulan setem Big Headz Guardian…gajah gajah gajah (nyanyi mcm sin chan tapi ni bukan gajah sin chan tau hihi)

masa ni setem belum penuh…dah penuh 40, dapat lah redeem si gajah ni..

shayang sket kat gajah mmuuaaahhh..mama miss you E-ein..
semalam balik dari opis, mama lupa E-ein kat kampung,
mama duk teringat nak gi amik E-ein kat umah babysitter uhuk huk..
tak sabar nak balik(heh sampai pun belum!)

Tido kul 2 am mlm tadi..

Autopublished Entry: I’m off to Penang
until 26th Feb!

Gara-gara nak siapkan ini..duk hu ha sane hu ha sini(hu ha buat keje ok..), alih2 lupe lak nak siapkan presentation utk seminar patologi kat Penang sok!Actually tajuk pun taram jek!entah betul ke tak tu hihi…Takpelah leh tido dlm kete nanti 🙂 cuak gak nak present coz ini first time aku gi seminar this type..wish me luck ok!

**buat client2 KedaiGambarkami, tunggu ye, bila dah balik nanti, kusettlekan keje2 pending tu huhu..ape2 hal just email atau find my phone no at KedaiGambarKami k..we can chat when I’m free…

Hadiah dari Mummy Ayu

Suke sangat!thanks mummy Ayu, Ian dan Iris!Terharu mummy Ayu fulfill my wish nak pakaikan E-ein baby leg warmer rainbow,sebelum ni tak dapat beli sebab asyik sold out…Sayangnya, belum sempat amik gmbr E-ein pakai leg warmer rainbow ni…sebab sekarang E-ein kat kampung..

Iris with polka dot pink leg warmer…gmbr hak milik mummy Ayu, sy cilok eh 🙂 sori tau..
dan
Abang Ian dgn leg warmer rainbow, maintain macho tau 🙂

Who is this baby?

My weekend photoshoot.Tengok sini k 🙂

Tutorial save widget

Korang teringin nak tukar template tapi takut widget2 hilang?Korang tau tak widget2 korang tu boleh disimpan?Bila dah tukar template baru, just copy paste balik widget tu ke html code template baru…senang je tau!

1.Sign in, dan klik layout.Klik kat edit HTML

klik edit HTML
hasilnya..
2.Cari code b: widget id .Kalo nak cari manual, memang la berpinar mata kan nak scan semua coding tu kan .Click ctrl F kat keyboard utk function find.Dan taipkan b: widget id kat dlm box find tu..


3.Highlightkan kesemua code b: widget tu


4.Pastu leh la import xml code template baru yang diingini …dan tgk dulu hasilnya kat preview..jgn save dulu tau…

5.Bila dah puas hati dgn template baru, leh copy coding utk widget yang disave kat Word tadi dan paste dlm code HTML yang baru tu…kena paste kat area b:widget kat template baru tu jugak..

sekian, harap tuto ini membantu!

Hantar E-ein ke rumah tok

Today, kami balik ke Kluang tanpa E-ein, … E-ein akan berada kat umah tok mak/tok bah smpi hari Jumaat.Aku ade seminar kat Penang..akan bertolak lusa…outstation lagi…demi kerja., kena tinggalkan anak wpun tak sanggup huhu…

Masa nak gerak balik tadi, E-ein nak ikut, pastu tok bah ajak naik moto, mmg kesukaan dia lah tu..E-ein duk umah tokmak baik2 eh..auntie kan ade leh main sama2…

Gmbr minggu lepas, baru sempat nak upload..

Bye mama!

« Older entries