My Mini-Me aka Promosi MBP Oktober(Sticky Mode)

Ini adalah Sticky Mode Post-sila scroll ke bawah untuk Entry terbaru

Bestnya dapat Mini-Me percuma dari Jiji of TripleColourLife. Kalau korang nak jugak, untuk info , klik je kat sini k…MomBloggersPlanet atau Nominate MBP & Get Free Mini Me!

Kat bawah ni pulak antara Mini-Me hasil design Jiji.Comel kan?



Lain-lain link berkaitan dengan promo MBP Oktober (feel free to click):

Nominate MBP 1
Nominate MBP 2
Nominate MBP 3
Pencalonan Weblog Popular 1Malaysia
Penawar Duka (September Top Referrers!)

Apa itu APGAR Score?

Korang penah dengar atau tengok APGAR score?Biasanya baby yang baru lahir, doktor akan catitkan APGAR score ni kat kad kesihatan baby tu…E-ein skor 9/10 selepas lahir.Baby korang pula dapat skor berapa?Cuba cek medical kad anak2…mesti ada punye, dicatit selepas baby korang lahir….

APGAR score bermaksud satu metod yang sangat simple dan mudah dilakukan bagi menilai tahap kesihatan bayi yang baru dilahirkan (
a simple and repeatable method to quickly and summarily assess the health of newborn children immediately after childbirth) .

Dr. Virginia Apgar


APGAR score dipercayai dicipta oleh Dr. Virginia Apgar, seorang pakar bius kanak-kanak pada tahun 1952.Skor APGAR adalah dari nilai 0 hingga 10.Lima kriteria berikut diambilkira. (Appearance- rupa, Pulse-nadi, Grimace-mimik muka/respons, Activity-pergerakan, Respiration-pernafasan) yang mana juga digunakan bagi singkatan nama APGAR itu sendiri.


5 kriteria APGAR Score:


Cara kiraan: sekiranya kesemua skor APGAR mendapat nilai 2, maka 2 x 5 skor = 10/10. Kalau setiap satu skor APGAR itu 1, makan akan dikira 1 x 5 = 5/10.

Penilaian APGAR score dilakukan antara 1- 5 minit selepas bayi dilahirkan dan akan diulang beberapa kali sekiranya skor itu rendah.


Skor 1/10, – 3/10 bermaksud sangat rendah dan bayi tidak sihat.
Skor 4/10 – 6/10 tahap kesihatan bayi sedikit rendah.

Manakala skor 7/10 – 9/10 dinilai sebagai bayi yang amat sihat.

Skor 10/10 jarang dicapai kerana setiap bayi akan kelihatan sedikit cyanotic (kebiruan) selepas lahir.

Bagi bayi yang mencapai skor 1/10 – 3/10, APGAR score ini akan diperiksa oleh doktor setiap 5 minit.Sekiranya ia masih tidak meningkat selepas 30 minit, kemungkinan kecacatan saraf telah berlaku serta peluang bayi menghidap cerebral palsy meningkat.Wallahualam..


~sumber dari Wikipedia~

Muo?

Alhamdulillah aku sampai ke rumah pukul 8 malam tadi…cadangnya nak cuti esok, nak rehat2…tapi petang tadi masa otw balik sini, tetiba dapat SMS dari boss,

” esok pagi i nak you dgn zana tolong JPV state Johor pilih lembu jantan baka kat Muar.”

haih….baru plan nak cuti dgn my colleague Zana, betul – betul penat lepas berkursus 10 hari terperuk kat hotel (Hotel Putra Jalan Tun Razak KL)…hadeh..sy yg menurut perintah beb!anyway ok jugak sbb dapat kaw tim dengan bos aku, mintak kerja half day je…tengahari lepas Jumaat, leh la balik Bandar Tenggara jenguk dak tecit E-ein tuh…rindunya ya Rabbi!Tengok muke dia mesti ilang penat…

according to my MIL, E-ein dah pandai:

1.jelous you! kalau adik Aza duk dekat my MIL, E-ein cepat2 mengengsot ke my MIL & duduk menempek sekali…tak sabar aku nak tgk mcmane E-ein jeles hehehe…

2.pandai kejar orang(dia dah makin laju mengengsot).E-ein akan kejar sesape je yang lalu sebab dia nak mintak dukung!

3.kalau dengar bunyi gemerincing orang pegang kunci keta atau motor,dia tau maknanya nak gi jalan lah tu!

hmm..10 hari tak jumpa my Suyin (antara nama timangan E-ein)..Suyin ingat ke kat Mama?huhuhuhu…tak suke betul gi outstation!

Outstation lagik!Ayak!

Autopublished Entry
(aku dah kat hotel time nih!)

Kali ni, aku ke kursus induksi umum pulak selama 9 hari kat KL.Kepada yang tak tau, kursus ni wajib bagi kakitangan kerajaan utk confirm atau sah jawatan…Dah nak masuk 3 tahun aku keje government ni.Kira lambat gak lah g kursus umum ni.Mac baru2 ni dapat gak offer utk pergi tapi masa tu due nak bersalin dah dekat…so terpaksa tolak…

Miss E-ein.Kami hantar e-ein ke umah tok mak Jumaat lepas.Petang semalam, jumpa kejap sebab tok mak ada urusan kat Bandar Kluang dan singgah jap kat umah.Tengok aku je, dia mintak dukung, tak nak dgn org lain dan yang paling manis, E-ein beria2 nak cium pipi aku.Rindu sgt lah tu agaknye.Semua tergelak tgk keletah dia masa tu…sabar ye E-ein( mama pun!)..mama will be back on 29th!

Projek hehehehe..

Yep..weekend lepas aku baru je gi cuci gambar-gambar E-ein dari umur sehari ke yang terkini 7 bulan…total aku cuci gambar= 180 keping!Itu pun banyak lagi gambar-gambar yang masih belum dicuci. Hehehehe..tengok album kat atas ni, tebal giler, boleh ke nak isi gambar-gambar sampai umur E-ein setahun nih?silap haribulan, 1 tahun, 1 album for E-ein!oppps…ni album kedua E-ein,sebelum ni E-ein ada photobook yang mama dia buatkan….

E-ein dah 7 bulan!

A poem for my daughter

We’ve been thru pregnancy together
we’ve been thru labor pain together

we’ve been thru contraction together

we’ve been thru vacuum assisted birth together

we’ve been learning how to breastfeed together

we’ve been thru sleepless night together

we’ve been thru warded together

we’ve been thru jaundice together
we’ve been thru lactose allergic together
we’ve been thru countless visits to paed together

we’ve been thru rashes together

we’ve been thru diarrheoa together

we’ve been thru day by day together
we’ve been thru months by months
together
and will be still together for years to come,
i love you more by each day
for there will be times when you and me will not be together
when you reached teenage and adult years…

for i will miss all the moments we spent together

and i want you to know, my dear daughter,

in this exclaimation print of love,
i will always be there for you….

HAPPY 7 MONTHS OLD,NUR DAYANA INSYIRAH!

Wes mangan?

Snack baru E-ein….Baby Bites rice crackers.Aku tak bagi Farley Rusks lagi sejak 2 minggu lepas.Farley Rusks ada gandum & can trigger diarrheoa @ alergy pada baby bawah 6 bulan.E-ein start mamam Farley Rusks umur 5 bulan….so terpaksa lah stopkan ape2 aje mknn yang boleh menyebabkan allergy.In fact bijirin bayi Nestle plain rice tu pun aku tak bagi sebab ade traces of gluten (dari gandum).Sekarang E-ein tiap2 hari, dua kali sehari akan makan freshly cooked bubur nasi(ditapis/blender).Setakat ni menu utk E-ein selang seli campur carrot atau kentang.Nanti aku nak try masukkan ikan bilis lak….

Berjaya!Fuh!

Alhamdulillah akhirnya berjaya gak aku tukar template blog ni from 2-columns to 3-columns.Dah lama plan nak buat cuma tak de masa utk baca instruction & juga takut widget2 aku hilang (pernah berlaku kat blog Cg Fly masa dia tukar template dulu). Dan alhamdulillah juga aku berjaya kekalkan 99% widget aku ni(ada 2 widget terdelete masa buat ni).Aku agak ketinggalan sebenarnye sbb ramai kawan2 bloggers dah tukar ke 3-column templates ni.Memang nampak lagi terurus dan sistematik kalo buat 3-column especially kalo dah byk sgt widget mcm aku neh…Tak tahulah bpe lame template baru ni leh tahan..tapi aku ni jenis “setia” hehehe….(dlm masa 1 tahun lebih jadi blogger baru 3 kali tukar background & template),mungkin lame lagi baru dpt jumpa template lain yang berkenan di hati…

Dan juga salah satu sebab aku tukar template , atas nasihat Kak Ros aka Little Mama , founder MBP yang mencadangkan aku tukar ke 3-columns template!Oh ya, blog ni dah direview di
MombloggersPlanet(MBP) , leh tengok kat sini Catlinaflybaby – Blog review (masa ni masih template lama..)..rase glamer sekejap keh keh keh…kembang kempis idung muhahahaha!!

Leh gak klik sini utk tgk blog review!


Template baru ni aku amik dari Templatemama-Free Blogger Templates, sgt byk pilihan templates yang cantik-cantik dan juga ada tutorial untuk mengekalkan widget….hmm tapi kan cuma ade sedikit tak puas hati sket..header aku tak center dgn frame dari Template Mama ni..kawan2 ada solution tak camne nak repair?dan..oh,tgk gmbr bawah,baru aku perasan..
widget Lilypie E-ein ilang ..nak g buat semula ni…bye semua!

bye bye my old template & background!!

Aku sayang dia…

Seronok tengok baby tido…bukan tengok E-ein tido je, anak sape2 pun yg tgh tido aku suka tengok…rasa tenang je tengok wajah mulus yang nyenyak tido…satu terapi minda! 🙂 ilang penat lelah seharian bila tgk muka anak…

Hmm…tak sanggup rasanye nak berjauhan lama-lama…next week aku gi kursus lagi…10 hari tu…wuaaa….inilah cabaran ibu-ibu yang berkerjaya.Rasa nak jadi surirumah sepenuh masa jek!heh..namun aku akur dengan panggilan tugas…sedih dan rindu itu ada, tapi itulah pemanis kasih sayang antara ibu dan anak (dan juga abahnye..ehem ehem..hihihihi..)

My Mini -Me aka Calling all mombloggers!


Bestnya dapat Mini-Me percuma dari Jiji of TripleColourLife. Kalau korang nak jugak, untuk info , klik je kat sini k…MomBloggersPlanet atau Nominate MBP & Get Free Mini Me!

Ini pulak antara Mini-Me hasil design Jiji.Comel kan?

Anda cuma perlu ke blog MBP dan nominate MomBloggersPlanet sebagai Weblog Popular 1Malaysia….so, calling all mombloggers..tak silap aku keahlian MBP ada 800 org lebih….tapi yang calonkan MBP baru 16 pencalonan (last update pencalonan kat MBP mggu lepas)..Untuk layak, peserta Weblog Popular 1Malaysia perlukan at least 100 pencalonan….mana pegi semua mommy2 bloggers ni ye? Ahlinya ramai tapi sikit je pencalonannya…kalau korang mencalonkan MBP, akan datang MBP akan ade banyak lagi program best2 untuk korang selain contest yang korang selalu join kat MBP…(aku tgk bila contest kemain ramai…smpi 100 lebih penyertaan tu..ape kata korang yg masuk contest sume ni, calonkan MBP..leh dapat 500 reward points lagi..)

Kalau tak tau mcmane nak buat atau malas nak buat, copy paste je contoh pencalonan aku punya kat sini: Pencalonan Weblog Popular 1Malaysia

Lain-lain link berkaitan:

Nominate MBP 1
Nominate MBP 2
Nominate MBP 3

« Older entries