Selamat tahun baru 2010…selamat tinggal 2009 yang indah

Tak sangka yang aku akan menutup ujung tahun 2009 ni dgn menghadiri bengkel kat Cherating (dah lebih 7 hari kursus/seminar/bengkel utk tahun ni!).Recap tahun 2009…the most memorable & sweet memory, mestilah detik lahirnya Nur Dayana Insyirah aka E-ein ke dunia on 18th March 2009. Pertama kali aku & Cg Fly bergelar mama dan abah..dan melalui blog yang menjadi catatan perjalanan kami sekeluarga, juga membawa kepada perkenalan dgn lebih ramai kawan2. Aku bersyukur dapat melalui segala dugaan,suka dan duka pada tahun 2009 ni, dgn suami, anak, keluarga dan kawan2 di sisi. Semoga tahun 2010 membawa lebih makna dan rezeki kepada kita….
18 Mac 2009:
Kelahirannya yang dinanti2kan setelah 2 tahun menunggu…

Below 2 months

2- 6 months

Penghujung tahun 2009:

Kami bersyukur pada Mu ya Allah atas limpah kurnia dan rezeki Mu kepada kami, seorang cahayamata yang comel, pengubat duka lara……semoga kami tergolong dalam umatMu yang bersyukur..amin…

Jumpe jugak!

Dua dalam satu!Tak sangka dapat jumpa Mommy Qastalani aka Karipapsayur masa gi bengkel kat Cherating nih..gi tgk wayang cite AVATAR 3D lagi tu..:)

Qas datang dgn bodyguard tau..Qayyum name dia…tak dapat jumpe baby QZ @ Qaiser,dpt jumpe abg Qaiser jadiklah!Kitorg ada plan nak temukan E-ein dgn Qaiser nih!Next time la ye..bila kami otw balik Kelantan, mmg wajib bermalam di Kuantan, leh la jumpe lagi nanti..

Ku pakai skema baju kurung sbb sebelum keluar tu ada taklimat,bwk bju pun tak byk so tak tukar la baju…

Hohoho..pas tgk wayang, gi makan nasi dagang ngan kepok lekor kat Tanjung Lumpur lak…Qas,terima kasih daun keladi…sudi bwk jalan2 round Kuantan!Ade significantnye perjumpaan ni sbb kitorg kenal masa masing2 tgh pregnant..Qaiser dan E-ein lahir dlm bulan yg sama, selang seminggu…Terima kasih lagi sekali buat Qas yg sudi entertain diriku yg lara (masa tu lah) ini…lupe kejap rindu kat Suyin …Dan juga harap2 lepas2 ni dapat jugak berjumpe dgn blogger2 lain gak….

Will be back in Kluang tommorrow!Yeay!

Cutest Baby of the Planet 2009: Nominate Your Baby!

Little Mama dari MomBloggersPlanet sedang mencari 6 orang bayi untuk menggenapkan bilangan peserta Cutest Baby of The Planet 2009(Final) kepada 20 orang peserta…hoh ape lagi…jom cepat2 join!
Sedikit info mengenai contest ini…

Ia dijalankan secara bulanan mulai Jun 2009 di website MomBloggersPlanet.
Pemenang bulanan tempat pertama dan kedua ,automatik layak masuk pertandingan final.
Seramai 14 orang peserta setakat ini.
Sebanyak 11 syarikat bisnes online telah menjadi sponsor kepada hadiah2 yang gempak!

Grand prize bernilai RM2,180!(Wow!)..dan hadiah2 tempat pertama, kedua , ketiga dan seterusnya yang juga menarik!

Syarat2 contest:

Just follow the steps below and you could grab one of the wonderful prizes.

  1. Get the best photo of your baby – ONE picture only!
  2. Insert the photo on TOP of your entry. Mention his/her name and date of birth.
  3. Write about this contest with title Cutest Baby of the Planet 2009
  4. Include a link to this nomination page in your entry
  5. Include a link to MomBloggersPlanet in your entry
  6. Put the Cutest Baby of the Planet 2009 BANNER on your sidebar (where I can clearly see) with LINK to this page
  7. Leave a comment here with link to your blog post (permalink)

Please note that the below link must be included:

Link to MomBloggersPlanet in entry: http://mombloggersplanet.com

Link to this nomination page in entry and banner:

http://www.mombloggersplanet.com/2532/cutest-baby-of-the-planet-2009-nominate-your-baby/

Gambar utk contest:

Nur Dayana Insyirah 18.03.2009 ( 9 months)

Contest ini tiada hadiah, ia memberi kelayakan kepada bayi anda memasuki contest final sekiranya terpilih!

Jom singgah ke MBP dan join contest ni!

Dah sampai Cherating

Salam…aku dah smpi Cherating (Residence Inn) kul 2 petang tadi.Mujur sesangat la ade free wi fi..(tapi kejap ade, kejap takde) …kalo takde, aku nak subscribe Celcom Broadband dah tadi…huhuhu idak ler kopak duit ku RM20/ subscribe seminggu (hehehe berjimat ok, bukan kedekut..hihi)….

Dan bila aku check in tadi, baru ada 2 org yang dah dtg termasuklah aku.Dan tgk senarai2 nama, cam aku je yang paling muda..rasenye, aku jadi wakil Pengarah ni…gulp….mcm semua peserta2 bengkel ni dah tahap otai2 jek(kecuali aku hihi)….

Aku terlupa bwk jadual bengkel , so aku call urusetia yang belum smpi lagi. Dan katanya, program yg sepatutnya start malam ni, akan delay sehari sbb fasilitator akan smpi esok!Aduhai…abis aku nak wat ape..bersaje2, bersenang-lenang ler, kata urusetia(dlm hati aku..masa itu emas tau..first time aku attend seminar/bengkel yang leh main delay2 ni..jgn delay jadi 5 hari sudah..)Aku ni byk lagi tak mark paper exam student2 aku.Aku ingatkan jadual pack, aku bwk satu je paper…..makanya, masa yang terluang itu aku akan gunakan utk berblog , mark ing paper dan buat design2 header yang pending…..

Gonna miss you,baby..

Off to Cherating 10am ni..ada workshop 4 hari kat sana…alahai ingatkan takde dah outstation…kena gi jugak..sebab my bos calonkan nama aku…huhuhu..gonna miss E-ein..lupe lak amik selimut dia wat tutup muka nak tido..ade bantal dgn topi dia jek, jadilah kot …kalo ade wifi kat sane, will online k…

** para pemenang blog header contest yg dah hantar gmbr2 utk header, tunggu ye….belum sempat nak design lagi..will do soon!

Bang bang boom E-ein!

Makluman: Tiada kanak – kanak ,bayi mahupun anak kucing yang cedera semasa aksi ini dirakamkan.

Amaran: Jangan tiru aksi ini di rumah tanpa pengawasan ibu bapa dan adik beradik anda…hehe

Budak Rajin..

Align CenterHarapnye rajin smpi ke besar hehehe..

Apa itu Nuffnang Innit?

Aku baru dapat tau pasal Nuffnang Innit ni dari Momy Lyna mySuperkids (congrats for your first thousand dear…sy baru nak cecah RM50 huhuhu)..tertinggal ketapi rupanye aku ni…so buat julung2 kalinya, aku buat tutorial utk share dgn kawan2 yg belum tahu tentang Innit ni mcm aku…jom sama2 naik ketapi chooo chooo…hehe.

Apa tu Nuffnang Innit?
Aku tak berapa pasti definisi sebenarnye, tapi ia merupakan laman di mana kita boleh dapatkan trafik ke blog kita.Kita kena poskan tajuk entry/artikel beserta permalink/link blog kita yang dirasakan dapat menarik perhatian blogger lain untuk membacanya…

Semua ahli Nuffnang boleh join dengan log in menggunakan akaun Nuffnang anda.

1.Log in masuk.

2.Pastu tekan butang add new post(kotak kuning belah atas kanan).

3.Anda perlu taipkan
i.Tajuk entry anda
ii.Sedikit penerangan ttg entry anda
iii.Permalink/url link ke entry tersebut
iv.tag entry/kategori entry contohnye, kalau pasal photography,
tulis tag photography,photos, photographer etc..

4.Dah siap ,isikan capture code dan leh submit…

**bila dah submit nanti, kat tepi sebelah kiri entry kita nanti ada perkataan nang dan dang.Tafsiran aku, kalo korang suke entry tu, leh klik nang, tak suke klik dang…err..betul ke ni?sape tahu ek?

9 bulan…

Membaca amalan mulia

Sebenarnya, E-ein dah mencecah 9 bulan 18Mac lepas.Tapi baru ni nak buat entry hehe…pagi tadi dah gi checkup kat klinik dan E-ein dah seberat 7.4kg…

Sekarang dia dah pandai/makin mahir:

1.Merangkak
Ya rabbi ..laju giler…kalau kita leka kejap, sekejap je dia dah leh across ruang tamu…mujur antara ruang tamu dan dapur, ada pintu kat hallway tu, so, tak yah lah beli safety gate, just tutup pintu je …dan juga E-ein mcm tak berapa suka pakai walker, lagi suke merangkak.

2.Memanjat
Dah cukup tangkas!Bila dah berdiri, pakai sebelah tgn jek, sebelah lagi dia pegang mainan atau remote,atau hset mama and abah dia ,yg mana dia sempat capai!

3.Meniti
Yang ni, tgh belajar, dia masih tak kuat lagi…slow2 ye my Suyin..

4.Duduk
Dah boleh duduk tanpa menyandar/support…tapi belum pandai duduk dari posisi berdiri…

5.Memilih orang
Antara aku dgn Cg Fly, dia lagi suke Cg Fly dukung!nak tido pun dgn abah dia!kalau tak dapat, dia nanges!kalo kat umah pengasuh, dia lagi suke Ayah Rafi(suami babysitter) tu dari akak babysitter tu!(ish kecik2 dah nampak preference kat org lelaki…haiiii…E-ein2….

5.Pandai turunkan palang car seat sendiri

6.Tengah tido, kalo puting tercabut dari mulut dia, tgn dia gagau2 cari puting dan leh masukkan puting walaupoun mata pejam!Yang nih aku kagum!Tapi harap2 dlm umur 2 tahun, dah boleh berhentikan puting..

Playtime!

Another milestone achieved!Yeay!

ISOMIL: Halal atau tidak?

Susulan dari entry my blogger friend,Nurul Dhia mengenai status halal/haram susu formula..aku telah semak website JAKIM(Directory Halal : sini dan sini). Tak ada maklumat jadi aku telah call sendiri ke sini( 23.12.2009 , 2.59pm)…
Menurut PR Jakim, mereka ada status Isomil keluaran Abbott Laboratories, cuma belum update dan akan disemak.Dan PR tu janji nak call aku semula…dari cara dia bercakap, bunyi nya mcm status Isomil tu halal.Sebab katanya mmg Abbott ada mintak Pensijilan halal dgn mereka.Kalau betul, harap pihak Halal JAKIM update lah selalu ye..sebab ini penting untuk rujukan umat Islam di Malaysia dan juga bagi yang menetap di luar negara.

** update:JAKIM telah call aku semula pada hari yang sama jam 3.14 petang (terima kasih JAKIM) dan mengesahkan status ISOMIL sebagai halal.Katanya, sila cek ada tak logo halal Malaysia kat tin susu tu, kalo takde pun, tgk ade tak logo halal Majlis Islam Amerika kat situ….Dan aku telah mohon supaya mereka update website tu dgn detail utk elakkan rasa was-was dari kalangan parent cam aku ni…

Cara lain cek status halal(sila klik utk gmbr lebih besar):

dan kalo ada kawan2/pengunjung yang ada maklumat lanjut..minta kongsikan kat ruangan komen k…terima kasih in advance….

HALAL WIDGET: leh letak kat blog utk semak status produk halal

HALALAN THOYYIBAN…

« Older entries